Assalamualaikum
(Amaran : jangan memandang rendah Broga Hill. gambar kualiti kamera hp sahaja. harap maaf)
Pada cuti CNY yang lalu, saya dan adik adik adik saya telah mendaki Broga Hill atau Bukit Broga yang terletak tidak jauh dari pekan Semenyih. Kami bertolak dari rumah nenda di Lenggeng selepas Subuh. lepas Subuh lah sangat. pukul 8 masih lagi kt pekan Lenggeng beli nasi lemak buat bekalan. dalam 10 minit perjalanan menaiki kereta, sampai lah kami ke tempat yang dituju.
dah lama sebenarnya nak pergi sini. dari pas konvo lagi. konon2 nak naik ramai2 dgn coursemate. 2 tahun lepas, lalu2 depan jalan utama, tak nampak pun jalan masuk. kelapa sawit je memanjang. sekarang terang dah kebun sawit tersebut. pintu masuk betul2 di hadapan Rabbit Farm. ada signboard. tidak perlu risau.
jadi, kami mula mendaki pukul 8.30 pagi. Di kala orang dah turun dari atas, kami orang baru terhegeh2 nak naik. Orang memang ramai lah. laluan pendakian adalah gila! ingatkan biasa2 je, sebab tuh pakai sandal je. amek ko. melecet kaki ku. aku yang bwk bekal makanan pun dah termengah dan pancit beberapa kali, apatah lagi yang bawak tripod, gitar and siapa yang bawak
basikal tuh memang gila (kerja gila yang berbaloi) i must say~ selain basikal,
anjing pun ada?
|
orang dah turun, kami baru nak naik~ |
|
muka2 sebelum kepancitan |
Secara keseluruhannya, saya mendapati, tiada trek yang khusus disediakan maksudnya takde lah jalan dia betul2 bentuk tangga ke, agak curam, banyak lurah, kire kalo tergelincir ada bahaya sedikit, and jalan die terbentuk pun disebabkan oleh kesan2 pendakian orang lain yang terdahulu. ini untuk dari tempat parking ke kaki bukit yang pertama.
dari kaki bukit yang pertama ke puncak yang pertama pun gila jugak laluannya! gila lagi dari yang tadi. sama jugak mcm sebelum ni, takde trek khusus, just pijak dekat tempat2 yang berlekuk dan terbentuk sahaja. masa mendaki kat sini, teruskan je panjat naik atas, jangan pandang2 bawah atau belakang. sebab gayat ko. risau jugak kalo tergelincir apa, dahlah ktorg memfolo dekat2. dah sampai puncak pertama tuh agak lega lah, ada tempat untuk melepaskan lelah.
|
pancit lagi di kaki bukit |
|
pendakian ke puncak pertama |
|
di puncak pertama |
jadi, ktorg rehat sekejap sebelum sambung balik. dari puncak pertama ke puncak yang kedua, jalan dah ok sket. tidak ada lubang di sana sini. lari2 ala cite hindustan masih selamat insyaALLAH. ktorg sampai di puncak kedua dalam pukul 9.30 pagi. kire satu jam jugak lah dari pintu masuk mula2. kalo fit, sekejap je boleh sampai. tp ktorg berhenti banyak kali. mmg gile lah naik atas perut kosong. patut alas lah perut dgn kuih sebiji ke before naik. ktorg sampai puncak kedua je. puncak seterusnya tak sanggup dah. lepak2 kat atas dalam sejam, breakfast nasi lemak ikan sembilang harga seringgit 2 bungkus sorang, kuih bahulu, air kosong, amik2 gmbr, then pukul 10.40 camtu, turun lah kami ke bawah balik. tamat lah sudah.
|
berlatar belakang kan puncak pertama |
|
matahari dah muncul, cari tempat berteduh dulu |
|
nasi lemak ikan sembilang. kurang umphh berbanding nasi lemak maini |
|
berlatar belakang puncak ketiga |
|
gambar2 di puncak kedua |
gambar semasa turun pulak
|
background puncak kedua neh |
|
abaikan wajah the scream itu.tulah turun nak laju sangat. poin utama yang di belakang itu. nak tunjuk betapa berhati2nya diorg semasa turun |
kesimpulannya, berbaloi untuk mendaki ke atas. walaupun payah (bagi saya yang tidak berapa fit ini), tapi hasil yakni pemandangan yang dapat dilihat dari atas tuh sangat berbaloi2. mendaki lah secara beregu at least. elakkan naik sorang2. sebab tgk keadaan trek yang macam itu, saya yang naik waktu siang2 matahari dh tegak atas kepala pun rs bahaya je, apatah lagi kalo naik pagi2 buta. malang kan tidak berbau. moga dijauhkan dari perkara-perkara yang tidak diingini. amin.
broga hill nih mmg santek, samada naik subuh2 xpon tunggu sunset.. tp kt atas tuh xdek kemudahan ape2 kan.. kire trail dia pon xbuat khas la ek? mintak maap la makcik xlarat nk naik sini.. tgk gambo aje dh terasa kepancitannye hahahha
ReplyDeletetulah psl. lalang biasa pun jadi cantik. gigih tak gigih je.
ReplyDeleteseronok sebab berangin and berangan lah kejap kat atas. keke
atas mmg takde pape kak. trail die pon tak de rupe trail sangat
g bukit belacan confirm tak pancit. heheh