Monday 31 December 2012

Ba'kelalan : The Valley

Selepas 5 jam dilambung jalan balak dan Jiwa Murni (jalan yang dibuat oleh tentera), sampai lah kami ke destinasi yang dituju...

(ingat-ingat lupa je ni. padan muka, lama sangat tinggal.ahaha)

Welcome to Ba'kelalan




Kami tumpang bermalam di klinik berhampiran. Sementelah hari mulai petang dan generator pun akan di'off'kan tidak lama kemudian, ambil kesempatan dulu membersihkan diri and prepare for dinner. nyummeh~ bahan mentah actually ktorg beli siap2 dari pekan Lawas sebab kebolehdapatan makanan segar di sini sedikit susah dan pilihan pun agak terhad.






quite mewah nak? aku lupa ikan2 di atas apa namanya tapi yang pasti ikan warna putih itu ditangkap dari sungai gitu. harga pasaran agak mahal sebab ikan ni hanya boleh dijumpai di sunai jernh yang berbatu itu. rezeki kitorg dapat rasa.



tadaa. presenting to you ice cream bean. setakat ni jumpa kat Ba'kelalan je, xpernah jumpa kat tempat lain (dah ko singgah Ba'kelalan je memang lah tak jumpa kat tempat lain). Bentuk macam ice cream kan. cara membuka adalah dengan memulas-mulas ice cream bean nya macam makan ice cream pop dalam plastik zaman sekolah dulu. cenggitu lah. Rasanya berlemak macam ice cream sikit2. ada macam rasa vanila juga. (lidah saya rasa cenggitu. hee) Itulah pencuci mulut kitorg pada malam yang berkenaan.

Usai makan dan ambil angin luar sikit2, tu jelah boleh buat, nak bermesejan, line maxis je ade. tidurlah kami orang bertemankan angin malam Ba'kelalan. Sejuk. Macam Cameron, sejuk lagi rasa walaupun kipas apa semua tak pasang sebab generator dah off kan.

Esok mok jalan2 di kampung pula~