Sunday, 29 January 2012

FRIM and Fit

Assalamualaikum

Cuti seminggu yang padat. Isnin ke Broga Hill. Rabu ke FRIM. Jumaat ke Bukit Cerakah pula.Ahad nak balik Sarawak. tak nak tulis banyak2 (konon). tepek gambar jelah wpn gambar sendiri tak banyak. ohoh

FRIM yakni Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia terletak di Kepong tidak jauh dari taman tasik kepong yang menjadi lokasi utama kawasan bermain layang-layang di Kuala Lumpur

banyak tarikan kat sini. tempat terbaik untuk belajar mengenai perhutanan di Malaysia. selain makmal kajian yang banyak, kat dalam ni juga terdapat Taman Botani, kawasan perkelahan. banyak orang berjoging dan juga berbasikal di dalam kawasan FRIM ni. sek rendah and sek agama pun ada.

motif kami ke sini?
menaiki jambatan gantung. wohoo~
kali kedua bagi saya, kali pertama bagi mereka orang

Bayaran masuk :
Lokasi : pintu utama FRIM
Exact value tak tahu sebab melihat kaedah pengiraan pak guard, dia kira ada berapa orang. then dia caj sorg RM1. mintak diskaun dapat lah RM8. dekat resit tulis kereta + pemandu (RM5), then 3 dewasa RM3. aku pun konfius.

Bayaran Canopy Walkaway :
Kaunter tiket : Pusat Cenderahati
Harga : Seperti dalam gambar. Kami berempat, kakak and ahmad je yang naik. mak ayah and Irsyad g mandi2 di kolam renang di hujung jalan
ada disediakan map fotostat. titik akhir adalah picnic area.


dah siap2 beli tiket, bergerak lah kami ke titik permulaan. btol2 dekat simpang masjid.
as usual. set dulu masa. 10.50 pagi. 900 m to go~


contoh laluan adalah seperti dalam gambar :) 1st 400m adalah macam ini.


500m seterusnya macam ini. amacam? best tak. bertangga tangga yang proper jika dibandingkan dengan Broga Hill. tapi anak-anak tangga nya bentuk gaya bebas lah. ada yang tinggi, rendah, pendek, panjang.
pukul 11.20 dah sampai di pondok canopy.
menurut petugas di kaunter tiket kat bawah tadi, katanya jambatan gantung ini lebih tinggi dari aras laut berbanding yang Taman Negara Pahang punya. mengikut pengalaman zaman sekolah saya, Taman Negara punya tak tinggi tapi panjang lagi berbanding yang FRIM ini
Berikut disertakan waktu operasi.
kirenya plg last kalo nak gerak dari titik permulaan adalah pukul 1.30 ptg. bajet2 lah. ktorg amik masa setgh jam. kalo banyak kali berhenti atau nk santai2 je jalan, mungkin ambil masa lebih sedikit.

sebab ada sorang budak termenangis, disebabkan ketinggian dan juga jambatan gantung yang bergoyang2 ditiup angin, terpaksa lah jalan laju2 kat canopy walkaway itu untuk cepat sampai di hujungnya. kegayatan budak2 ini menyebabkan ku tergayat sekali. ces.
muka gembira masing2 awal2~
jalan dekat2 sebab takut~
tak lame kot atas tuh. terpaksa amik gmbr sambil jalan, kat pelantar pun kejap2 je amik gmbr. View from the top memang awesome. Subhanallah. boleh nampak KL rase2 nye. hehe. tak sempat nak hayati lama2. settle2, turun lah ke bawah. turun bawah tidak mengambil masa yang lama. sbb tak pakai tenaga sangat tapi masih perlu berhati2 sebab walaupun ada tangga, batu2 besar2 pun banyak juga.

apa yang menyeronokkan adalah semasa turun itu, di mana kedengaran deruan air terjun menderu2.
tak dalam pun air terjun nya, tapi oklah kan dari takde.
sejuk dan redup je.
gambar 6 - en baju biru menghala ke campsite. hanani tudung biru bj pink itu trn ikut batang paip menghala picnic area
belum sampai lagi ni.

picnic area bawah lagi. jadi kami berpisah di sini, sebab daku kene amik keta nk bwk ke hujung FRIM tempat picnic area itu. mereka yang muda2 ini meneruskan perjalanan mengikut trail dan ikut arah air terjun lah kire. (rujuk caption =)


jalan punya jalan, sampai sudah. opkos depa sampai dulu. sy sampai kemudian. kecik je picnic area neh. untuk budak2 seronok dan sesuai lah sebab depa ade buat kolam cantik2 and sebab tak dalam sangat.

ms i pergi dgn coursemate dulu2, kami tgk air cetek je mcm tak puas nak mandi, jd ktorg pergi ar membawa diri ke Air Terjun Kanching kat Rawang yang xjauh sgt dr FRIM. yang neh mmg puas mandi.



dah mandi2, tgk Arapaima gigas pulak kat kolam yang dekat dengan keta lembu. orang kata dalam kolam ni ada arowana jugak. tapi tidak dinafikan giler besar ikan die. mcm buayer adik ku kata. 

ikan berenang2 mcm tu jelah. xde beliau tunjukkan muka

tamat lah sudah perjalanan setengah hari kami di FRIM. hihi. Bukit Cerakah pula selepas ini~

Friday, 27 January 2012

Breakfast @ Broga Hill

Assalamualaikum

(Amaran : jangan memandang rendah Broga Hill. gambar kualiti kamera hp sahaja. harap maaf)

Pada cuti CNY yang lalu, saya dan adik adik adik saya telah mendaki Broga Hill atau Bukit Broga yang terletak tidak jauh dari pekan Semenyih. Kami bertolak dari rumah nenda di Lenggeng selepas Subuh. lepas Subuh lah sangat. pukul 8 masih lagi kt pekan Lenggeng beli nasi lemak buat bekalan. dalam 10 minit perjalanan menaiki kereta, sampai lah kami ke tempat yang dituju.

dah lama sebenarnya nak pergi sini. dari pas konvo lagi. konon2 nak naik ramai2 dgn coursemate. 2 tahun lepas, lalu2 depan jalan utama, tak nampak pun jalan masuk. kelapa sawit je memanjang. sekarang terang dah kebun sawit tersebut. pintu masuk betul2 di hadapan Rabbit Farm. ada signboard. tidak perlu risau.

jadi, kami mula mendaki pukul 8.30 pagi. Di kala orang dah turun dari atas, kami orang baru terhegeh2 nak naik. Orang memang ramai lah. laluan pendakian adalah gila! ingatkan biasa2 je, sebab tuh pakai sandal je. amek ko. melecet kaki ku. aku yang bwk bekal makanan pun dah termengah dan pancit beberapa kali, apatah lagi yang bawak tripod, gitar and siapa yang bawak basikal tuh memang gila (kerja gila yang berbaloi) i must say~ selain basikal, anjing pun ada?



orang dah turun, kami baru nak naik~

muka2 sebelum kepancitan



Secara keseluruhannya, saya mendapati, tiada trek yang khusus disediakan maksudnya takde lah jalan dia betul2 bentuk tangga ke, agak curam, banyak lurah, kire kalo tergelincir ada bahaya sedikit, and jalan die terbentuk pun disebabkan oleh kesan2 pendakian orang lain yang terdahulu. ini untuk dari tempat parking ke kaki bukit yang pertama.

dari kaki bukit yang pertama ke puncak yang pertama pun gila jugak laluannya! gila lagi dari yang tadi. sama jugak mcm sebelum ni, takde trek khusus, just pijak dekat tempat2 yang berlekuk dan terbentuk sahaja. masa mendaki kat sini, teruskan je panjat naik atas, jangan pandang2 bawah atau belakang. sebab gayat ko. risau jugak kalo tergelincir apa, dahlah ktorg memfolo dekat2. dah sampai puncak pertama tuh agak lega lah, ada tempat untuk melepaskan lelah.

pancit lagi di kaki bukit

pendakian ke puncak pertama



di puncak pertama

jadi, ktorg rehat sekejap sebelum sambung balik. dari puncak pertama ke puncak yang kedua, jalan dah ok sket. tidak ada lubang di sana sini. lari2 ala cite hindustan masih selamat insyaALLAH. ktorg sampai di puncak kedua dalam pukul 9.30 pagi. kire satu jam jugak lah dari pintu masuk mula2. kalo fit, sekejap je boleh sampai. tp ktorg berhenti banyak kali. mmg gile lah naik atas perut kosong. patut alas lah perut dgn kuih sebiji ke before naik. ktorg sampai puncak kedua je. puncak seterusnya tak sanggup dah. lepak2 kat atas dalam sejam, breakfast nasi lemak ikan sembilang harga seringgit 2 bungkus sorang, kuih bahulu, air kosong, amik2 gmbr, then pukul 10.40 camtu, turun lah kami ke bawah balik. tamat lah sudah.

berlatar belakang kan puncak pertama



matahari dah muncul, cari tempat berteduh dulu

nasi lemak ikan sembilang. kurang umphh berbanding nasi lemak maini

berlatar belakang puncak ketiga

gambar2 di puncak kedua



gambar semasa turun pulak


background puncak kedua neh


abaikan wajah the scream itu.tulah turun nak laju sangat. poin utama yang di belakang itu. nak tunjuk betapa berhati2nya diorg semasa turun




kesimpulannya, berbaloi untuk mendaki ke atas. walaupun payah (bagi saya yang tidak berapa fit ini), tapi hasil yakni pemandangan yang dapat dilihat dari atas tuh sangat berbaloi2. mendaki lah secara beregu at least. elakkan naik sorang2. sebab tgk keadaan trek yang macam itu, saya yang naik waktu siang2 matahari dh tegak atas kepala pun rs bahaya je, apatah lagi kalo naik pagi2 buta. malang kan tidak berbau. moga dijauhkan dari perkara-perkara yang tidak diingini. amin.

Tuesday, 17 January 2012

It's a Seoulful Journey : Episode 1

Semua entry berkenaan Seoul dan Jeju adalah backdated punya

Assalamualaikum wbt

For me, ini adalah kali pertama menaiki international flight. (kelas ko jaaaaahhhhhhhhhhh – org lain g Negara serumpun dulu atau at least negara yg bahasa pengantar nya English, ko trus ke Korea)

Ahli rombongan terdiri daripada me, Jue, Hana and Rean. Kalo org tanya pergi dgn sape, susah jgk nk describe, sebab masing2 pun adalah kwn kepada kwn. Takdelah susah pun. Jue kwn sek men, Hana kwn U. Jue and Hana sebilik time matrik and Rean pun sama matrik merangkap kawan seBangi dgn Hana. Kire yg tak kenal satu sama lain, aku ngn rean je sebnanye. Ini adalah pertama kali ktorg travel bersama-sama. Tp yang pasti semua pun pertama kali pergi ke Korea jadi boleh lah nk jakun bersama-sama. Hehe.

31 October 2011

Flight dijadualkan pukul 2.45. jadi janji jumpa di LCCT dalam pukul 12 cmtu. Aku ade lambat sket gerak dr rumah tp luckily sempat naik bus dr KL Sentral pukul 11.30 punya. Sampai2, check in, lunch kejap di restoran berhampiran n trus masuk departure hall. Solat siap2 tak lama lepas tuh trus calling untuk boarding. Tengah2 beratur nampak cm familiar je akak dua org neh. Dlm flight tegur,

Me : akak kawan kak Zarina Jani eh?
Kakak 1 dan 2: eh mane kenal
Me: tengok dlm blog die ade gmbr akak. Akak nk g Korea ke? (ape ke bangang soalan sedangkan dh naik flight yg depart ke Korea pun)
Trus kene gelak ngn Hana “agak2 lah ko. Kalo kat bawah tadi tny logic lah jugak.
(pasni kalo tetibe ade org tegur, maknenye knal melalui alam maya lah tuh. hik hik hik)

Memang destinasi adalah sama iaitu Seoul. Kahkah. So berkenalanlah kami org dgn kak Tutie and kak Acha. Since aku ngn Jue pindah tmpt duduk belakang untuk kuak lentang and kupu2 gaya bebas, idok ler dapat kami menjoin perbualan dengan lebih lanjut lagi. 



Selepas menempuh beberapa jam perjalanan bersama AirAsiaX, Now Not Everyone Can Fly, tepat jam 9.45 malam waktu tempatan, tibalah kami ke tempat yang dituju. Shuttle train perlu diambil untuk ke Imigresesn dan untuk claim baggage. Tak lama pun. Sampai2 kat imigresen, beratur lah seperti biasa. Kat sini lah ktorg berhadapan dengan perkara yang cuak jugaklah untuk yang pertama kali ke luar Negara seperti kami. Ktorg beratur kat tmpt yang sama. Aku ngn Rean lepas dah. Hana ngn Jue kene masuk balik 2,3 kali sebab dia tak berpuas hati dgn arrival kad yang diisi. I’ll try to inform them yang ktorg neh satu group, tidak dilayan pulak. Ces. Mujur Hana dengan Jue ada itinerary dgn dorg, bolehlah godek2 mencari jawapan. Silap sebab mention Jeju and Seoul sahaja. Dia nak nama guest house atau hotel sekali. Ok. Ktorg belajar dh kat situ. Tp kenapa lepas tuh Jue pergi dekat Imigresen lelaki senang je lepas ek. Haha. Masalah problem sebebarnya dekat lmigresen awal2 tuh sebab language barrier. Yang lelaki itu boleh lah ckp English sket2. Yang perempuan tadi agak limited sket English dia. Yang pasti, ktorg lah org terakhir sekali yang keluar dr situ.


wohoo~ dah sampai korea. annyeonghaseyo
Settle2 semua, ktorg tggu jap Malaysian family yang akan duduk kat hotel yang sama iaitu  Incheon Airport Guest House. Hampa diorg stroller anak dia rosak. Cari information counter, mintak diorg tolong call kan guest house sebab guest house ade provide free pickup from airport. Dah janji jumpa kat mana, depan exit 8 kalo x silap, tggulah smpi van diorg sampai. Dalam airport suam-suam kuku je. Ramalan kaji cuaca menyatakan suhu kat luar macam aircond. Jadi xdelah berapa sejuk sgt.


di hentian ini~
Setelah beberapa lama, sampai lah van yang ditunggu. Guest house tersebut jaraknya dalam 10 minit dengan kenderaan. Lmbt ktorg smpi, nk dekat pukul 11 lebih jugak lah. Masuk ofis jap settlekan pembayaran, then dia tny apa plan ktorg esok hari. Ktorg decide untuk join Incheon City Tour, the die suggest untuk ke Airport sebab situ kan ade jaringan subway and boleh tny ape2 yg ptt dkt airport. Tanya lagi, pukul brp airport transfer paling awal. Ujarnya, kekerapan sejam sekali, plg awal 7.45 pagi. Then dia tmbh, esok bila check out just bg je kunci pada driver. Ktorg dalam hati, ‘wah, percaya gile die pada driver’. Tp actually, diorg take turn jugak. Org yang sama drive, org yang sama jugak jaga office. Oh, diorg punya English very good. Walaupun sebutir2 dia sebut, tapi sangat jelas, terang dan nyata.

Settle2 sume, amik kunci naik, ke atas. Tadaa~


comfy and spacious kan. kan. 
Besar kan. 20000 won per person/night. Gembira rasa hati. Penat toksah ckp. After makan megi mengalas perut di malam hari. Ktorg pun tidur lah. Lena diulit mimpi.

Akan datang: Incheon City Tour takde?

Tuesday, 10 January 2012

South Korea : Itinerary

sambungan dari sini
(pecah dua sebenarnya sebab rasa mcm panjang sangat membebel~)



Draft Itinerary South Korea (31 Oct – 7 Nov 2011)


it's autumn everyone~
31 Oct 2011 (Monday)
9.45 pm : arrival at Incheon
Check in at Incheon Airport Guest House

1 Nov 2011 (Tuesday)
8.00 am : exploring Incheon (Incheon City Tour)
Incheon China Town-Jayu Park-Wolmi Traditional Park
12.00 noon : Lunch, taking subway to Gimpo Airport
2.30 pm : arrive at Gimpo Airport
4.00 pm : fly to Jeju Island
5.00 pm : Arrive at Jeju
Check in Yeha Guest House
6.00 pm : Sightseeing places near guesthouse by foot/taxi
9.00 pm : back to GH
Dinner + Rest + Sleep

2 Nov 2011 (Wednesday)
8.00am: Pick up Rental Car
8.30am: Touring Western Part of Jeju
- Miniature Theme Park
- Jusangjeolli Cliff
- Cheonjiyeon Falls
-Cheonjeyeon Falls
-Jeongbang Falls
-Yeomiji Botanical Gardens
-Teddy Bear Museum
-Trick Art Museum
9.00pm: Check in at Little France
Dinner+Rest+Sleep

3 Nov 2011 (Thursday) 
8.00am: Touring Eastern Part of Jeju
- Yongduam Rock
- Shop for Local Specialties
- Seongeup Folk Village
- Ilchul Land (Micheongul Cave)
- Seopjikoji (All In Series Beautiful Background)
- Dongbong-ri Women Divers' Village
-Seongsan Ilchulbong
9.00pm: Back to Little France
Dinner+Rest+Sleep

4 Nov 2011 (Friday)
5.00 am: depart to airport
8.00am: Return Rental Car+Check out Guesthouse
8.30am: Jeju Airport
9.25am: Fly back to Gimpo
10.30am: Arrive Gimpo
11.30 am: Arrive Seoul
- Seoul City Bus Tour
- Changdeokgung Palace
- Insadong Street - Jong no
- Cheonggyecheon Stream
- Cheonggye Plaza
- Myeong-dong
6.00 pm : Namsan N Seoul Tower
Back to Guesthouse

5 Nov 2011 (Saturday)
8.00 am : Nami Island by subway and train
2.00 pm : ewha, sinchon, hongdae and shopping
6.00 pm : sindandong tteopokki and dongdaemun

6 Nov 2011 (Sunday)
7.00 am : Itaewon-Itaewon mosque-Namsangol Hanok Village
12.00 noon : DMZ
6.00 pm : Yeoido Park, 63 Building, shopping at Myeongdong
note: Yeoido Park-KBS World Cup Satdium-Hangang Cruise in same area
Gyeokbugung Palace,Presidential Blue House-Korean Folk Village (optional)

7 Nov 2011 (Monday)
5.30 am : take the first subway to Incheon Airport
8.25 am : fly back to Malaysia

Monday, 9 January 2012

Rent A Car at Jeju (Part 2)

Assalamualaikum


sambung balik dari entry terdahulu


Kami menyewa kereta dari Rent-A-Car Yeha Tour. Compare2 jugak dgn Hertz dan Avis tapi x banyak beza pun. Kalo jadi member boleh dapat diskaun yang mantap. tak ingat kenapa diri sendiri x register as member (mcm sebab kompleks je tgk borang, lagipun dah last minit kan). Boleh jugak amik kat airport mcm yang kak Noor buat. Boleh jugak rujuk kat sini dan sini untuk maklumat tambahan. Kami amik kereta kecil sahaja. Lebih kurang size viva. Akan datang mungkin boleh ambil convertible car pulak ke. Boleh feeling2 My Girl sket. hahaha

Sebelum
Untuk memandu di luar Negara, anda perlu mempunyai Permit Memandu Antarabangsa yakni International Driving License (IDP). Boleh memohon di JPJ berdekatan. Ingatkan boleh buat kat Serian je, skali kene g Kuching lah pulak. Jarak dari Serian ke Kuching dalam 1 jam. 2x jugak ke Kuching sbb 1st time pergi silap timing, lunch hour, pegawai in charge takde. Kali kedua g Jumaat ptg 3 hari sblm bertolak ke Seoul. Kire mlm tuh nak balik KL ptg baru buat IDP. Keje gile jugak lah sebnarnya. Kalo xdpt buat, mmg cancel trus lah plan nk menyewa itu.
Dokumen yang diperlukan
  1. Borang JPJ L (boleh download kat sini)
  2. 1 Salinan Kad Pengenalan
  3. 1 Salinan Lesen Memandu (mesti valid dalam tempoh setahun)
  4. 1 keping gambar passport.
  5. Wang proses sebanyak RM150
nak sedia lebih sket pun boleh salinan dan gambar di atas
IDP ni valid untuk tempoh satu tahun sahaja
Proses die kejap je sebnanye, tapi biasalah menunggu tuh yang lama


Semasa
Dokumen yang diperlukan masa nak amik keta sewa tuh plak

Print out lah segala confirmation dan voucher, serta map di mana lokasi kereta sewa itu berada. Dalam kes kami, keta sewa itu berada di parking lot Jeju Airport.
Pastikan anda membuat salinan passport dan jugak salinan IDP itu siap2. Senang xde kalut2 nk cari tpmt fotostat.

Setelah mencapai persetujuan di atas segala terma dan syarat, kita check pulak kondisi kereta itu. Keta ktorg masa dpt mmg dh ade scratch, jd die take note lah dlm brg itu. kat rim tayar pun ada. Tangki minyak pula menunjukkan di kotak no 6. Jadi bile pulang kan kereta kelak, kondisi nye kene sama drpd aspek scratch itu termasuk lah isipadu minyak yang ada dalam tangki sekali. Tanya jugak petrol jenis ape yang dipakai. Salah isi karang haru je.



Sementara kereta masih di situ bersama-sama dengan org rent a car itu, ktorg test2 lah ape2 yg ptt. 1st timer dari segala segi camtu lah. Left handed kan, semua perempuan lak tuh. Chuak sket. Ktorg test lah segala segi, signal, brek dan sebagainya. Macam amik kelas memandu balik je. Hehe.  And then ktorg tanya camna nak gune GPS, which is sepenuhnya dalam bahasa korea. Beliau dengan baik hati menunjukkan teori dan praktikal sekali. GPS die sangat aweeesssssssoooooooooooommmmmmmmmmeeeeee~ mmg like banyak2 kali lah. Convenient, masuk no telefon je trus die guide sampai ke destinasi. Recalculating. Recalculating memang xde. Dah agak2 cukup segunung keyakinan berbekalkan doa, ktorg pun bergerak lah mencari arah.


lihatlah. masuk nombor tepon je. dah ada estimation brp jarak2 ke tempat kejadian. x ke awesome. hehe
tadaa~ kereta kami orang


Selepas
Yakni time nak pulangkan kereta, isi minyak siap2 then bawalah terus kereta itu ke tempat kita ambil awal2 dulu. Setelah mereka dan diri sendiri berpuas hati dengan penampilan kereta, check2 balik ada barang tertinggal atau tidak, kita pulangkan kunci then annyeonghaseyo, kamsahmanida, hi hi bye bye lah dengan pemilik kereta sewa tersebut.

Itu sahaja.
Segala perhatian anda saya dahului dengan ucapan terima kasih ^^

Saturday, 7 January 2012

Rent A Car at Jeju (Part 1)

Assalamualaikum

Sebelum mula, buat soal-jawab dengan diri sendiri jap

Perlu ke nak sewa kereta kat jeju nih?

Depends dengan kitak org. Mengikut pembacaan, kaedah pengangkutan di jeju tidak seeficient di seoul and jarak dari satu tempat ke tempat yang lain pun adalah jauh. Terpulang. Nak pakai pengangkutan awam mcm bas atau teksi pun boleh. Mane2 kaedah pun boleh pakai. Sebelum decide nk pki kereta sewa ni pun, mmg ada survey2 jugak pakej lain yang ditawarkan.

Antaranya:

English Day Tour

price 79,000 won per hari. Selang seli. hari ni pergi west side, esok ke east side. Kire kalo nk cover semua jeju dalam 2 hari, boleh amik 2 hari tour. Boleh dpt diskaun jika amik 2 tour sekali.

Kebaikan – mmg dia bwk tmpt2 yg femes. mmg tempat wajib lawat di Jeju. takyah susah2 pk nk pergi mana, semua dah ade. Follow je.

Keburukan – in case nk pergi tmpt lain yang xde dlm list, susah sket lah.tp kalo nk pergi teddy bear museum, die boleh tlg dropkan.

Global taxi tour/mobile guide taxi tour

Range harga – 140,000 – 150,000 won. Lebih masa dicaj.

kebaikan – sebab pemandu org tempatan advantage sebab mmg sudah tahu selok belok jalan. Kalo global taxi, boleh dapat English speaking taxi driver. With flexible itinerary n boleh pergi mana2 kte nk. Die tlg bawak je.

Keburukan – kalo tgk situ die limited dlm 8 jam je. Tp rsnya bergantung dgn pemandu jgk sebenarnya samada btol2 nk ikut time frame itu kan. Ke tak. Pandangan sendiri lah.

Boleh jugak naik teksi biase jalan2. Same kaedah mcm di atas. Anggaran price dlm 100,000 won per taxi. Quotation harga diambil dari blog ini dan ini


Untuk bacaan lanjut berkenaan option yang di atas tadi, boleh rujuk pada link ini 


Scooter pun ada
boleh rujuk sini

Kereta sewa
Range harga – mengikut jenis kereta, tempoh masa and jenis insurans yang diambil

kebaikan – boleh adjust itinerary ikut keperluan sendiri, kalo nk merasa adventure or style2 amazing race boleh lah nk memilih option ini. Tp harus diingat, sini left-handed drive, jd memandu kat sini mungkin tak sama mcm memandu di Negara sendiri.

Keburukan – kte tak familiar dgn jalan dan kaedah2 yang ada kat sini. Belum campur lagi tercangak2 pki GPS, masalah kesesatan, cuaca, kemahiran memandu yang mgkn berbeza dan masalah language barrier yang nyata. End up itinerary yang diadjust keperluan sendiri pun boleh jadi lari2 jugak.

Ktorg mmg allocate dua hari untuk jalan2 di jeju. Kire kalo ktorg amik mane2 kaedah tour di atas, insyaALLAH berpuas hati sebab sume pun sudah diarrange kan. Sebab utama mengambil kaedah kereta sewa itu sebab bile compare2 balik hrga kereta sewa kalo compare dgn global taxi tour lagi menjimatkan. Bagi saya lah. Sebab kami berempat. Jadi boleh kongsi2 byr. Sebab price yang kami dpt untuk kereta kecil kami 164,000 won untuk 2 hari. minyak murah je. LPG. 25,000 won dah penuh tank. Cmpr minyak, secara kasar dalam almost 200,000 won lah. Jimat sedikit dari global taxi tour. Sikit lah. Btol kan ilmu hisab di atas. Keke. Yang pasti, ktorg merasa segala kebaikan dan keburukan pada option yang ktorg amik itu. 

Lagi satu sebenarnya, sebelom pergi sini tak tau pun boleh pki teksi biasa untuk jln2. Sobs. Dh balik baru byk entri keluar psl teksi ini. Kalo tau, cnfrm tuh yg plg awal diambil. Tp xde hal pun. Kalo ktorg naik teksi yang occupied untuk 3-4 org itu, xdpt kwn ktorg kenal ms kat Jeju nk join sekali. Semua yang berlaku ade hikmahnya kan. Hihi

bersambung...

Friday, 6 January 2012

South Korea : Prelude

Assalamualaikum

(Amaran : semua entry berkaitan Korea adalah backdated. mianhae~)

Bukan lah prelude sgt pun.

Persediaan ke South Korea bermula pada raya haji tahun 2010. Yakni bile terbeli tiket pada malam selepas beraya-rayaan di Gedong dan Kuching. Bermula bila kawan kata “aku berangan flight pertama yang aku naik adalah ke Korea” camtulah bunyinya (x jadi pertama pun last2 sbb hari tuh beliau kene attend kursus di KK, jadilah kedua kalinya). Jadi time raya haji yg berkenaan tuh ade promo, terembat lah tiket nya. Takde lah promo sgt bile compare2 balik harga dgn org yg pergi sama time ngn kami org, lebih krg je pun. ada yang dapat murah lagi. ces

Antara langkah-langkah persediaan yang diambil adalah.
  1. Google budget travel korea lalu menjumpai blog ini
  2. Secara x lgsg jmpe blog kak fatt pula dan menjumpai banyak blog2 berkaitan
  3. Draft itinerary (rujukan byk dr blog Kak Zarina di atas (1) dan (2) n kak MasZuber)
  4. Book accommodation, study route, exit mana, how to go, what to eat, places of interest, shopping in Seoul (kan bagus kalo time belajar dulu gigih camni)
Semua2 ni boleh check dekat Visit KoreaHi Seoul, Soul of AsiaKorea Public TransportationSparkling Korea dan lain2. kalo x silap, visitkorea ade ofis kat Jalan Raja Chulan. Kot2 boleh dpt T-money percuma ke atau any discount coupon. diri sendiri nak pergi memang tak sempat T_T

Asalnya nak g Seoul je pas tgk gmbr kwn2, tetibe tertgk blog2 yg tempoh masa lbh krg iaitu satu minggu ktorg include Jeju Island dlm Itinerary, terus terjeles. Dan2 buat Itinerary baru, fwd dgn ahli rombongan yg lain.

Seblom dapat confirmation dari ahli jemaah, daku siap survei2 dah keta sewa, kaedah apa nk dipakai berjalan2 di Jeju serta accommodation di sana. Ya. Memang dah bias nk pergi jeju. Nk include kan jeju jugak dlm itinerary. hihi. Sgt berharap ahli rombongan setuju. Dapat kata putus, semua ok, trus book flight ke Jeju. Ade jugak lah compare2 price dgn EastarJet, JejuAir dan AirBusan, namun T'way Air yang menawan hati. Lgpn timing agak ok berbanding yang lain. Mujur tiket murah msh ade, almaklumlah, sebulan seblom nk pegi bah. Terus rembat dan mengconfirmkan keta sewa serta accommodation di Incheon, Jeju and Seoul.

Memandangkan tiket flight ke jeju pada weekend sgt mahal, ktorg pusing2 je itinerary yang ada, amik tiket time weekdays. ni yang final punya. Macam padat, sendat dan ketat kan. Nanti kte tgk tercapai tak itinerary itu. Hahaha.

Wednesday, 4 January 2012

Am I 26?

Nah. tajuk je tuh. blom sampai lagi.
tapi yang pasti, tahun ni akan bertambah lagi umur
Alhamdulillah atas nikmat usia.


Assalamualaikum


Mari menjawab soalan past year yang digubal oleh Cik Fatt tidak lama dahulu~


Part I
1. Perkenalkan diri anda secara ringkas
Nama diberi Ajlaa. Ingat nama sendiri dah plg pendek. Sbb ade 5 huruf je. Skali ade member 3 huruf je name beliau. Kecewa aku di situ. Kengkawan panggil ala, ala’, lala, la pun ade. Tp sejak dtg keje swak neh mcm2 version ade. Angela, Anjela, Ajila, Ajala, Azlaa, Alza. Dpt sijil tadi diorg tulis Aljaa T_T Org buat main nama panggil Ujala. Cikgu sek rendah panggil Ajlaa he. Kalo ke Kashmir, jd Anjali brg kali. Maaf tak ringkas dah. 


2. Sejak bila anda terjebak dalam dunia travel?
Hurm, sejak terbeli tiket ke Korea kot. Time buat kajian n cari info ttg negara tersebut lalu menjumpai pelbagai dan mcm2 blog travel yg menarik. 


3. Yang mana satukah menggambarkan diri anda; traveller atau tourist?
Since masih baru lagi, tgh2 rase nye.


4. Konsep berjalan jenis apakah yang selalu diamalkan? ie. backpacking, memandai sendiri, tour agency
Setakat neh memandai sendiri yang banyak. Akan datang mungin dipelbagaikan kaedah nya, bergantung kepada tempat yang dituju dan juga partner yang pergi bersama.


5. Siapakah travel partner anda?
Kebanyakan kawan-kawan. Dengan family ade jugak.


Part II
6. Bilakah kali pertama anda bercuti ke luar negara?
31 Oktober yang lalu. Lewat kan :)


7. Senaraikan nama tempat/bandar/negara yang telah dilawati setakat ini
Seluruh Malaysia kecuali Labuan dan Korea Selatan.


8. Pernahkah anda melawat sesebuah tempat/negara yang sama lebih daripada sekali? Jika YA sila nyatakan nama tempat tersebut
Kebanyakannye negeri dalam Malaysia. Tahun lepas je 3 kali g Sabah.


9. Letak gambar salah satu tempat yang ingin anda ulangi dan nyatakan kenapa


Jeju Island. Sebab out of 3 UNESCO Heritage yang ade kt situ, satu je yg ktorg sempat pegi iaitu Seongsan Ilchulbong. Jadi haruslah diulang lagi. Mungkin time spring pulak ke. tempat di atas pun nak kene ulang. since dikenali jugak sebagai sunrise peak, jadi kene dtg masa sunrise insyaALLAH jika ada rezeki.


10. Nyatakan 3 tempat/bandar/negara yang ingin anda kunjungi di masa hadapan
Jepun – Tibe time percubaan SPM ade keluar soklan cmni dlm essay BI. Jd jwb lah nk g jepun sbb nk tgk sakura, nk jmpe pelakon sezaman Kimutaku, Takeshi Kaneshiro, sbb suke bc Dragon Ball dan Doraemon jd harap dpt jmpe penulis dan pelukis komik tersebut, nk g studio ghibli nye muzium. Terpengaruh ngn cite Totoro n Spirited Away lah neh. Kartun Spirited Away sgt awesome. Mengarut gila jwb exam mcm ni. Memang x dapat A lah


China, NZ, dan banyak lagi


Labuan and Sarawak – ade 5 lagi bhgn belum smpi iaitu Miri, Bintulu, Sarikei, Limbang n Kapit. Target nk hbskan lawat semua bhgn kt Sarawak b4 balik semenanjung for good.


Tp specifically sebenarnya nk pergi tempat2 yang paling hujung, paling tinggi sume lebih krg camtulah. Antara yang masuk dalam list
1) Tg Piai, Johor - the southernmost point of Peninsular Malaysia (mainland Asia sekali lah kan)
2) Mt Kinabalu
3) Garisan Khatulistiwa kat Pontianak, Kalimantan
4) 7 wonders of the world mcm best kalo dapat jejak


(off-topic jap)
Then kalo dapat g sini cambest jugak je
landasan kapal terbang paling berbahaya


11. Ceritakan pengalaman kelakar/manis yang pernah dialami semasa bercuti
Tak tau nak kategorikan yang mana satu tapi berlaku ms ktorg kat Jeju. Masa mule2 dpt keta sewa. Memandangkan driver duduk belah kiri, ktorg tny lah manu satu pedal memecut dan membrek kot2 lah terbalik kan. Since org sewa keta tersebut takleh ckp BI n ktorg pun kurang faham Korean, last2 beliau ckp “igonun (smbil menunjuk kat pedal minyak), vroooooommmmmmmmmm. Igonun (smbl tekan brek pula), skreeeeetttttttt, eeeeeeeeeek. “ bunyi berhenti. Gelak besar kejap kt situ. X lawak pun kan. hahaha


12. Ceritakan juga pengalaman memalukan/buruk yang pernah dialami semasa bercuti
Masa kat Imigresen time nk masuk Korea. Ktorg 2 org lepas dah. Tp member 2 org tersangkut kt dlm. Panic jugak sebab 1st time ktorg g luar Negara tibe2 sangkut pulak.Ktorg lah plg last sekali beransur dr situ. 2,3 kali gak org tuh suruh diorg masuk isi balik borang, bile dh isi, kwn tunjuk, die suruh msk dlm balik ckp xbetul. Language barrier lagi memburukkan keadaan lah. Diorg tak tau english, ktorg tak tau Korean. Masalah problem jadinya. Mujur lepas tuh kwn g kt Imigresen lelaki, sng je lepas. Kesimpulannye, lepas neh ktorg nk cr Imigresen lelaki je.


13. Adakah anda suka mencuba masakan tempatan bila berkunjung ke sesebuah negara?
Yep.


14. Letak gambar makanan tersebut dan ceritakan tentang keistimewaanya
Walaupun soklan mtk Negara, include Negara Malaysia pun boleh kan? hehe


Bimbimbap – makan masa kat Jeju. Kat kedai neh boleh dikatakan semuanya sedap. Dari air kosong sampai ke air kopi. Rasa semua mmg acceptable and memang kena lah dengan selera. Plg licin itu bimbimbap dan sundubu jjigae. Nyummy~


Pugang kot namanya. Awal2 dulu sebut punggang sbb bentuk cm pulut panggang jd cm sng nk ingat daku buang lah lut dan pang di tgh2 itu. Dijumpai di kg tong nibong ms buat community prog. Rs cm lemang tapi kurang berlemak. Buluh yang digunakan pun kecik je. Tiap kali dtg kg tersebut, ni lah bnd pertama yang dicari. siap dapat bekal bawak balik lagi org kg bagi. hehe




Linut – Belah atas2 cm Miri, Labuan n Sabah panggil ambuyat. Dibuat drpd tpg sagu. makanan tradisi org melanau merangkap makanan rasmi etnik Penan di Kapit. Kalo org Penan, nasi x dimakan nye, depa mkn linut dan lauk-pauk jak. First time mkn kt klinik sbb ade staff buat masak-masak. Bentuk cam gam sket. Kecik2 dulu mak ade buat gam pki kanji, cmtulah lebih krg bentuknya. Ataupun gam 20sen yg dlm bekas warna-warni. Cmtulah lebih kurang kelikatannya. Sedap bile mkn ngn belacan dan ramuan2 di atas lah. Ingat nk mkn yg original pny di Mukah since etnik Melanau byk di sana tp tak dijumpai pula.Timing xbtol brg kali.


ni yang kitorang selalu makan. letak gam secukup rasa, kuah keladi dan belacan. awesome. rasa mcm laksa 


makanan ruji etnik Penan. see, xdak nasi tp lauk pauk ada. crdt to Awal for the pic.
Part III

15. Yang mana satu menggambarkan diri anda; backpack atau beg troli?
Setakat neh tak pernah bwk beg tarik2. Cume tumpang org lain pny je. Backpack barang kali.


16. Letak gambar bag(s) tersebut dan ceritakan sedikit sejarah dan berapa banyak tempat/negara yang ia telah ikut anda berjalan
G KK hari tuh bwk beg neh. Beg free dpt time g conferens. Quite besar jugak lah. Baju seminggu outstation g Sri Aman n Betong pun daku sumbat dlm neh. Beg ni hampir hancur dah, jadi tiada gambar~
Cross Air. Belasah je beli bag neh. Seminggu di Korea bwk ini beg. Muat jugak lah letak segala baju, tmbh mknn sedikit sebanyak. Gambar gugel sbb beg tggl rumah. 


17. Senaraikan 3 barang yang wajib dibawa setiap kali bercuti
Kamera, Kain batik, Plastik nk isi baju kotor? Kes kalo malas basuh baju. keskeskes. boleh isi sampah jugak~ Seliper. Kalo ade berguna.


18. Senaraikan 3 barang yang kalau tertinggal pun takpe
Sabun-mabun dan brg2 lain seangkatan yg boleh dibeli atau dijumpai di hotel atau tmpt penginapan


19. Apakah perkara yang sering dilakukan setiap kali bercuti (contoh : update blog, tulis poskad, amik gambar)
Amik gmbr. Update blog tak pnah lah. Blog baru lahir. ohohoh


20. Mana satu yang tepat untuk menggambarkan diri anda, seorang yang suka bergambar atau malu-malu kucing?
Malu2 kuching. Tp semenjak dua menjak neh nk msk dlm gmbr sbb rs cm syg lak kalo gmbr pemandangan je byk. Takkan nk copy paste. Nehi2. Tapi posing sama shj lah.


21. Letak gambar anda sedang bercuti dengan posing yang suke hati nak diva ke, bajet bagus ke, tak kisah






22. Anda seorang pengumpul souvenir? Jika YA, apakah jenis souvenir tersebut?
Fridge magnet. Dulu dok kumpul keychain. Last2 mls dh sebab kunci x banyak pun (sebenarnya aku yg dok letak sepah2)


23. Adakah anda menghadiahkan souvenir yang dibeli kepada ahli keluarga dan kawan-kawan?
Yep. Kalo x beli souvenir, beli benda yg boleh dipakai cm baju atau ape2 yg boleh dimasak dan dimakan beramai2.


24. Selain dari jawapan dalam soalan #22, apa lagi benda yang anda suka kumpul berkaitan dengan sesuatu tempat?
Setakat neh cm xde. Baru berjinak2 kan. Takpe2. Nnt sy cr konsep dan identity sendiri dulu.


Part IV
25. Seorang traveller harus mempunyai pemerhatian/observation yang baik. Nyatakan hasil pemerhatian yang telah dibuat berdasarkan 3 buah tempat/negara/bandar yang yang pernah dikunjungi (pick random)
Sabah – quite maju. Hasil laut die murah. pergi sana tak sah kalo tak borong ikan bilis. laut die cantek~ harap dapat jejak laut yang sebelah lagi satu. area tawau semporna nun


Sarawak – boss slalu ckp swak ni ketinggalan 15 tahun ke belakang. Sob sob. Kaya dengan budaya. 30 lebih etnik kat sini dgn pelbagai bahasa dan budaya. Dulu ingat Penan dan Punan tuh sama. lain rupanya. always fall in love with their cultural performances. Dari kaca mata saya yang baru setahun jagung di sini, yang pasti, Sarawak tak seperti yang dibayangkan.


Korea – Maju. Bersih. Sgt particular ttg sampah sbb diorg takde tmpt utk buang sampah. sume pun kene recycle. Mrs Hwang ms ktorg stay kt Seoul siap ajar lagi satu2. Malu kejap di situ.Sgt kagum tgk org tua die. Sangat sehat n masih pny kudrat utk bekerja. 


26. Lengkapkan ayat ini. "Saya berangan......." dan ayat tersebut mestilah berkaitan dengan travel
Saya berangan untuk mendapat cuti 2x setahun. 6 bulan setiap kali. Bergaji penuh supaya sy dpt berjalan2 dan melihat bumi ALLAH di sebelah yang lainnya. Ohohoh. Suka hati je.


Soalan Bonus :
Letak gambar stamp passport yang paling disukai dan ceritakan kenapa (maximum 3)
Bersama-sama ini disertakan stamp passport yang ada dalam Dokumen Perjalanan Terhad ini. Ada sentimental value sket sebab ni stamp pertama pas datang melapor diri di Sarawak officially. 



Sekian


Saya budak baru belajar,
taiko2 travel semua, mohon tunjuk ajar~


Terima kasih kerana sudi membaca :)