Monday 5 March 2012

Sarawak, School and Survey

Assalamualaikum

Pada masa ini saya sedang mengikuti research team from IKU melaksanakan Malaysia School Based Health Survey. saya join team B yang akan bergerak dari Kabong lalu menuju ke utara Sarawak sampai ke Limbang nun. sy join di Kabong sahaja. bahagian2 yg lain akan dijoin oleh rakan sejawatan di bahagian yang berkenaan pula. lepas cuti sekolah, baru lah saya join di bahagian saya pula.

di manakah Kabong?
Kabong terletak dalam daerah Saratok, Bahagian Betong, Negeri Sarawak. pening? haha

kalo di Semenanjung, selepas negeri terus daerah kan.
di Sabah dan Sarawak, selepas negeri adalah Kawasan/Bahagian kemudian baru Daerah.

Terdapat 11 bahagian dalam Sarawak yakni
Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang

I'm working in Samarahan division, out of 4 districts, sy ditempatkan di daerah Serian.
motif sampai ke Kabong nun? gantikan kawan actually.
Betong ada dua daerah, iaitu Betong dan Saratok and here I am, di daerah Saratok. almost 5.5 hours from Kuching.

Meh tgk gmbr sepanjang g sekolah

The river - "mestilah ade buaya" ujar zali.



The perahu. ke boat ek sebab ade enjin?


1 boat max 6 orang jak

The jetty. ni jeti kampung. sekolah punya jeti ada jugak tapi tak dapat pakai sebab air x tinggi kalo xsilap.

 Pakai jeti kampung, kene lah jalan jauh sikit ke sekolah. oho
rombongan meminang~
road to the school
 The school - sepenuhnya bangunan kayu.

 The bell. nanti pengawas akan bunyikan loceng ini bila tiba waktu rehat. cm comel pulak. hahah

Secara keseluruhannya, perjalanan kami dari pekan Kabong ke sekolah mengambil masa setengah jam jalan tar, setengah jam jalan berbatu and dalam 15-20 minit menaiki perahu dan berjalan kaki ke sekolah.

Survei dan survei, selepas dalam 2 jam setengah interview and soal-selidik budak2, kami dijamu pula di dewan makan asrama. simple je makanan. i mean jgn expect sedap2 lah mcm makan di rumah ataupun kedai.




kenyang2, hi hi bye bye dgn semua, balik jeti, naik perahu balik dan kembalilah kami ke pangkal jalan. balik2 collapse masing2. haha. sekian terima kasih.

Terima kasih kepada cikgu2 dan adik2 yg telah menolong menjayakan survei ini. penat kan jawab soal-selidik and FFQ. hihi

Wassalam