Friday 25 September 2015

Sri Lanka : Tips and Itinerary

Assalamualaikum

Bertemu kembali. Kemain tips bagai. Hahaha. Alhamdulillah. Selamat sudah trip Sri Lanka kami pada 16-22 September yang lalu. Setahun juga memburu tiket, menjadi kenyataan juga akhirnya.

Selamat Hari Aidiladha semua!

When to go?

Bila ada tiket promo opkos! Tarikh mesti cun dengan public holiday. Senang nak minta cuti katanya. Tapi cons nya timing kita cun, tak semestinya season di tempat kejadian adalah cun juga.

Time kami pergi ni off-season. Season hujan. Weather forecast kat Adam's Peak hari2 pun hujan.
Tapi ikut rezeki juga, sebab senior kami pergi lepas kami balik elok je cuaca.

Kalau bercita-cita tinggi nak pergi banyak tempat, choose your season. Season mendaki di Adam's Peak (Disember hingga May) mahupun season whale-watching di Mirissa.

Itinerari

Plan asal cenggini :

Thanks H for the itin
Namun begini jadinya,

Day 1 : Arrival - Pettah Market - Colombo Fort - Kandy
Day 2 : Kandy - Dabulla - Sigiriya for Lion's Rock
Day 3 : Kandy - Hatton - Dalhouse for Adams Peak
Day 4 : Adams Peak
Day 5 : Dalhouse - Mahagarama bus station for Galle
Day 6 : Galle Fort - Daypack to Mirissa
Day 7 : Leaving Galle for Colombo - depart to Kuala Lumpur

Plan asal pas turun dari Adams Peak nak terus shoot ke Nuwara Eliya for Horton Plains National Park. Ditakdirkan hujan tak berhenti dari malam nak mendaki jadi kami terpaksa adjust balik itinerari. Sementelah cuaca pun tak menyebelahi dan masa pun mencemburui, kami skip Nuwara Eliya dan terus ke Galle. Dikhuatiti kabus berpanjangan tak berbaloi nak p Taman Negara gitu dahlah entrance fee mahal.

To be honest, proper plan kami sampai ke Adams Peak je. Lepas tuh ikut flow.

Jika berkelapangan, boleh try ke Anuradhapura macam sepasang kawan dari Malaysia yang kami jumpa ni. They spend two weeks ok kat Sri Lanka.

Colombo pun banyak juga tempat nak explore.

Nuwara Eliya kalo nak sesejuk dan fefeeling Cameron Highlands.
Horton Plains boleh trekking and ada World's End. Rugi ah terlepas. sobs

Ella kalo rasa tak mampu nak p Adam's Peak, there's Little Adam's Peak here. hehe.

Ad option lain jugak. Lipton's Seat kat Happutale. Tak jauh dah dari Horton National Park tapi bila baca katanya Nuwara Eliya happening lagi.

Pantai selain Mirissa ada option lain macam Weligama, Unawatuna.

Sumber merangka itinerari adalah dari senarai di bawah ini. Terima kasih kalian! Sangat-sangat membantu:)
(1) Lady Dreamer
(2) Supermeng Malaya
(3) Galak Jalan
(4) The Journey Passport
(5) How Big Is Your Brain
(6) Anis Bumblebee
(7) Jalan-jalan Satu Dunia
(8) Kembara Sang Kancil
(9) Aina Emir
(10) Instagram @azyla.zl. @encikarel dengan #sekejapdiSriLanka and @qirazali88 masa dia shooting untuk thestreetstv9

Ada few blog overseas yang membantu juga
Be My Travel Muse
A matter of taste - 10 days in Sri Lanka
Nomadic Boys
Sri Lanka Family Travel
Miss Tourist
In Search of Incredible

Updated in 2018: another link yang berbaloi banyak ground costnya less than RM500 untuk seminggu. https://wanderingsoulproject.wordpress.com/2018/10/28/sri-lanka-8-days-itinerary/

Kos kitorang nanti bincang kat bawah lol.

Accomodation

Saya kategorikan trip agak santai. Haha. Sebab kitorang stay sampai dua malam kat satu2 tempat.

(1) Hotel Suisse, Kandy. Harga Rs 9700. Wi-fi available tapi dicaj Rs 100 untuk 2 jam. Breakfast add on Rs 450 tak silap per pax.

(2) Grand Adams Peak / Achinika Holiday Inn, Dalhouse. Book pakai booking.com. Harga Rs 16016 include 10% service tax. Free wi-fi and include breakfast. Achinika sangat helpful. Thumbs up.

(3) Pedlars Inn, Galle Fort. Harga Rs 9600. 4-bed mixed dormitory. Berkenan dari first tengok website Pedlars Inn. Love at the first sight haha. Sebab owner Muslim kot. Boleh book kat website dia. Free wi- fi tapi breakfast additional cost at USD2/pax.

Semua harga di atas adalah untuk 2 malam untuk 3 orang. Bajet kami USD 20 paling max untuk seorang untuk semalam. Ni untuk bilik yang selesa gitu. If nak jimat sikit boleh opt for hostel or guesthouse.

No (1) tuh walk in hasil recommendation sorang driver tuk tuk ni.

Ada sorang lagi driver tuk tuk jumpa kat Stesen Kandy recommend Kevins. Kitorang nak p cari dah malam sangat jadi amik je apa adanya tuh yang ke no (1).

No tuktuk dan Kevins. Rupanya Kevins depan sikit dari hotel yang kami duduk. Huhu.
Di Galle pula, mohon stay dalam fort. Confirm tak menyesal. Walaupun agak pricey compare yang luar fort, tapi walking distance semuanya. Nak berjalan pun puas. Dekat dengan stesen bas dan keretapi.

Makanan

Alhamdulillah so far part makan semua kena dengan tekak.

1) Colombo - kami makan area Colombo Fort. Ada kedai makan Muslim. Check dulu harga. Kami hari tuh makan dulu. Pas makan tanya harga sekali mahal pula. Belakang Red Mosque Colombo ada kedai makan Muslim jugak. Beef curry dia pedas. Owner and pekerja baik-baik belaka.

Nizamiya Hotel. Kedai belakang masjid

2) Kandy - The Muslim Kandy Hotel. Sepanjang kat Kandy kedai makan ni la yang dok hadap hari2. Chicken curry dia sedap. Samosa pun. Milk tea and chocolate paratha juga. Habislah semua sedap haha. Kedai dia dekat dengan bulatan.



3) Dalhouse - yang ni order egg / vege based je dari hotel. Mengeteh dan mengopi. Pastu makan buah yang dibeli di Kandy sebelum itu.

4) Galle - dalam Galle Fort sendiri ada dua kedai makan halal iaitu Indian Hut dan Crepe-O logy. Indian Hut makanan berat tradisional - Nasi kari biryani semua ada. Crepe-O western sikit. Last night kami mengopi di sana.

Stended kami makan proper meal harga Rs 1500 untuk 3 orang. Mentekedarah kan hiks.
Satu meal lingkungan Rs 200 ke 300. If amik juice / lassi additional Rs 100 ke 200. Bergantung kepada jenis.

Transportation

Mostly kami pakai public transport. Murah cuma kena bertabah sikit sebab kena rebut seat. Kalo tak merasa juga berdiri sejam setengah dengan lagu ceylon yang kadang sedap didengar kadang rasa macam biasa pun ya. Tambang adalah murah.

Train - saya check jadual sebelum pergi dekat website http://railway.gov.lk/ Katanya ada 3 trip sebelah petang untuk ke Kandy dengan yang terakhir pukul 7 lebih. Mujur kami check kat stesen rupanya train terakhir pada pukul 3.30 petang. Selalu lah check dengan stesen terus sebab mungkin keadaan tak sama.

Tiket train kene simpan sebab time nak keluar nanti petugas dia akan collect balik tiket.

Kecil sangat. Sis hangin dengan kawan sis sebab dia gurau kata tiket hilang. Hish. Sis mudah percaya. T_T

Untuk makluman, kami naik train 3 kali sepanjang di Sri Lanka:


1. Dari Colombo Fort ke Kandy. Beli tiket di Colombo Fort ya. Yang ni kami dapat coach mewah rasanya yang dia bagi, sebab dah siap seat. Siap aircond sekali. Sebab train last pada hari yang berkenaan kami redah ja. Haha.


Maaflah goyang. Nampak tak ada nombor seat. haha.

2. Dari Kandy ke Hatton. Kami turun di Hatton sebab nak mendaki Adams Peak. Kalau kalian hendak ke Nuwara Eliya, boleh teruskan perjalanan hingga ke stesen Nanu Oya. Kami beli tiket second class. Hurmmm. Walaubagaimanapun peluang untuk duduk amatlah tipis semasa hari kejadian, merasa berdiri selama 3 jam. Tak silap saya ada koc khas untuk pelancong yang beraircond dan bercermin juga untuk tengok pemandangan. Boleh check dengan stesen untuk kepastian ya.

The reason why they suggest you to choose right side.

Yes. Right side ok.
3. Dari Galle ke Colombo. Kalau orang lain menyarankan train ride dari Kandy ke Hatton, Nuwara Eliya sebagai perjalanan yang perlu dicuba kerana view indah menawan, train ride yang satu ini juga tidak harus dilupakan. Why? Sebab keretapi ini lalu tepi laut, lalu tepi Lautan Hindi, betul-betul laluan yang terkena tsunami sehingga mengorbankan banyak nyawa. Source: (Wikipedia : SriLanka_tsunami_train_wreck) Sebak pula rasa. Maaf kami cari balik video dan gambar tak jumpa. 

Naik tuk tuk boleh kira kot berapa kali.
Rate harga tuk tuk kalo dari stesen Kandy ke hotel dalam Rs 200-300 satu tuk tuk. Minta tawar dan tanya harga sebelum naik adalah perlu.

Menaiki bas adalah berliku. hahaha. Simpan tiket jugak sebab in case bas break down macam kes kami, boleh guna tiket tersebut untuk refund balik.

Tiket bas. Mujur simpan.

Bas yang rosak. Eh ke bas ganti ek yang ni. Tapi kami ke Dabulla dulu sebelum ke Sigiriya.

Visa


Kena apply eta online di website ni. http://www.eta.gov.lk/slvisa/
Payment pakai kad kredit je dan perlu diprint siap2. Harga USD30/pax. Ad je visa on arrival tapi buat apa nak susah payah kan. Lagipun macam kami hari tuh, AirAsia mintak siap2 eta tuh masa nk masuk boarding hall. If tak nak print boleh usung laptop atau ipad jugak. Tunjuk softcopy pun adalah diterima.

Make sure data diisi dengan tepat dan betul. Mesti tepat mesti betul. Kalau tak merasa kena buat visa baru di tempat kejadian dengan harga USD35 walaupun yang salah cuma bulan kelahiran. Silap satu nombor adalah tidak dimaafkan.

Oh, travel itinerary/boarding pass untuk check in time nak balik nanti pun elok nya diprint. Jika tak ada eticket pun boleh. Atau any soft copy. Saya tambah baggage last minit, nak dijadikan cerita dah mobile check in dah tapi proof tak sampai. Kat emel pun tak masuk. Huhu. Mujur dia cuma tanya no flight je. 2x juga security dia check sebelum nak sampai ke drop baggage punya counter.

Apa lagi ek.

What to buy?

Sovenir

kat Pettah Market Colombo macam tak jumpa. Banyak barang harian je. Fridge magnet dalam Sigiriya Lion's Rock harga 200-250 Rs sekeping. Kami jalan cari kat luar dapat harga 150 Rs sekeping. Sampai Galle jumpa fridge magnet yang sama kami mintak tawar sampai 130 Rs pula. Haha. Ni kedai belakang Masjid dalam Galle Fort. Ni harga untuk full magnet. Kalo magnet bulat seketul belakang tuh Rs 80 hingga Rs 100 boleh dapat dah.

Ada satu kedai lagi Orchid House namanya. Review bagus. Harga tetap. Layanan awesome. Rasanya bos dia kot siap ajar ktorg lagi pasal batu permata. Pasal blue sapphire, semi precious stone. Boleh beli kalau nak. Paling murah kami tengok cincin sebentuk boleh dapat dalam range USD 12 ke atas. Seronok dengar masa dia cite pasal batu. Nice to learn. Kipidap. Hehe. Kat sini juga saya beli teh and poskad dapat harga Rs 20 sekeping. Kat Kandy range poskad 30-35 Rs sekeping. Dan setem harga Rs 25 boleh dibeli di pejabat Pos.

Orchid House, Galle Fort

Satu lagi kedai nak shopping adalah dalam Galle Fort juga. Kedai cantik. Kami beli cawan kat sini. Buy 2 free 2. Harga satu cawan adalah Rs 750. Baju cotton pun nice-nice jugak kain dan harganya.

Dalam Galle Fort. Tak jauh dari Barista tak silap.
Kitchenware

Haha. Macam makcik-makcik pulak beli pinggan mangkuk. Kat Sri Lanka femes dengan kitchenware jenama Noritake. Noritake ni femes kat Jepun. Kalau import kat Malaysia ni quite mahal juga. Tapi tengok kat sana pun mahal. Teapot je kami survei kat airport harga USD 120 lebih. Teapot sahaja. Nangis.

Kalo nak kitchenware jugak, fine porcelaine made in Sri Lanka, boleh opt for Dankotuwa. Ada kedai pinggan mangkuk yang ada bunting Dankotuwa dekat China Street, Colombo. Selang selorong dari Red Mosque. Set 13pcs-pinggan mangkuk tak silap baru USD40 lebih kurang. 10 kali ganda murah sikit dari jenama N.

Oh expenses.

Tiket AirAsia grab masa promo kami dapat return RM 257/pax dan tambah baggage meal time balik dalam RM60-70/pax.

Murah tiket tapi kos lain mahal sebab RM jatuh kan. Sobs. Jadi pujuk hati takpelah mahal sikit expenses, kan dah dapat jimat kat harga tiket.

Masa tukar USD rate 4.325 tau. Sedih.
Rate 1 USD kat airport 136.17 Sri Lankan Rupee
RM 1 ~ 30.3 LKR

Duit kawan tolong tukarkan ke LKR kat midvalley.
Duit Malaysia tak laku kat Sri Lanka. Jadi bawalah USD. Ktorang tukar kat Galle hari tuh 136.2 rate nya. Dan passport diperlukan jika kita tukar duit kat bank mahupun money changer.

Total kira

Return Flight + baggage + meal = ~RM330
Ground expenses (visa + hotel + transport + meal + entrance fee) = RM 1200
Perbelanjaan sendiri for sovenir dll= USD50-60

Hujung trip ada balance lebih RM150/pax. Kira all in ~ RM1500. If rate murah USD especially, confirm lagi berbaloi2 dan dapat jimat banyak sikit.

Afterall bajet adalah subjektif kan.

Another one

Tourist sim card. Tanya kat Kandy katanya cuma boleh dapat kat airport. Kami pun tak sempat nak survei. Menonong keluar cari bas. Padahal time keluar kat arrival tuh belah kanan ada tourist information. Kiri money changer. Boleh je tanya situ. Tapi kami dah keluar baru teringat, memang takleh masuk balik lah.



Tapi kan kat Weligama ada kami nampak signboard tourist sim kad. Depend on kedai jugak rasanya ni.

Rasa macam ada lagi. Kalo ada teringat nanti kami tambah ya. Feel free to ask sebab nak update yang lain tak tau lagi bila rajin bakal menjelang. Moga entri ini bermanfaat.

Sekian terima kasih.