Friday 26 February 2016

Mesmerizing Mulu : Day 1

Assalamualaikum

Bertemu kembali. Sambungan dari Mulu : what to do?

28 Januari 2016

Seawal 4 pagi kami bersiap, ambil Padil dan adik hantar terus kami berdua ke Putrajaya Sentral.

Janjinya akan berjumpa Syima, Kak Pija dan Nein di sana. Barang banyak gila, jadi kena berganding tenaga.

Flight ke Miri pukul 7.15 pagi. Selamba je kami 6.10 baru sampai destinasi. Tiba di KLIA2 terus check in. 44kg khas untuk ration sahaja ok. Spesial betul ration dapat check in. Tuh pun still ada yang kami carry bawa ke dalam kabin, Dan kami bergegas masuk ke dalam, menunaikan solat, membeli roti dan bekalan, boarding dan lena dibuai mimpi.

Tiba di Miri. Tak tahu nak buat apa sebab barang tak boleh tinggal. Pastu Fairus kata Maswings dah boleh drop baggage. Check in semua barang, berlenggang dan kami menyeberang. Kedai kak nek menjadi pilihan. Ada orang dah order laksa Sarawak, order Mi Kolok lagi. hihi.

Beli bekalan siap2 sebab dinner tak disediakan. Kemudian, kami patah balik ke airport, menunaikan solat Zohor dan terus ke boarding hall.

Flight lewat. Patut 1.45 petang tunda ke 2.15 petang. Dan risau juga kalau tak sempat join Deer and Lang Caves tour tapi Kak Pija kata tunggu sampai sana lah tengok macam mana.

Menaiki Maswings adalah menyeronokkan. Keterujaan. Kegembiraan. Berdebar nak hadap Pinnacles.




Tiba di Mulu. Kecik je airport dia. Tempat nak ambil luggage pun manual belaka. Tak jauh mana pun dari airport ke Taman Negara, lebih kurang 1459 meter. Tapi berpeluh gak lah ketiak kalau dah bawak backpack banyak2. Naik transport yang dah termasuk dalam pakej dan kami tiba.


Sampai2 dah nampak jambatan gantung. Check in, pakai tag identifikasi diri, ambil linen dan tuala dan kami berjalan ke dorm Tongkat Ali.


Rombongan kami terdiri daripada 26 orang. Kebanyakkannya pertama kali berjumpa. Taaruf pun tak sempat ha. Taaruf on track je memasing.

Ahli rombongan : Kak Pija, Sarah, Yat, Fairus, Roha, Fandy, Nafi, Azah, Akif, Im, Ajlaa, Syima, Padil, Nein, Misah, Nisa, Jumarni, Nisham, Hajar, Shahril, Rizal, Sypul, Wei Kong, Nick and Mounique dan Liam.

7 orang menginap di chalet. Selebihnya duduk di dorm. Kemas-kemas dan kami bergegas memulakan tour. Digalakkan buat aktiviti ini pada hari pertama sampai. Kalo lambat2 takut tak larat.

4.10 petang kami mula berjalan. Dalam 2.8 km rasanya ke 3.4 ntah haha. Matilanak tak ingat. Yang pasti dia hujung sekali. Guide kami namanya Peter dan jalan punya jalan 4.50 petang kami tiba di tempat kejadian.


Terjumpa kawan sekolah rendah dengan team dia kat sana. Suffian namanya. Sebelum pergi memang ada contact dia and Wan juga, untuk tips dan macam2lah kami tanya. Ira pun kami ada tanya juga. Thanks banyak2 korang. Team Suffian hebat2. Naik gunung 22 kali kot tahun lepas. Awal bulan1 hari tuh dia dah naik pinnacles, la ni datang sebab ada program. Lusa nak panjat Kinabalu pula.


Sebab nak kejar masa, dah. Jom masuk gua, Saya tak berapa fokus sebenarnya sebab terlampau kagum tengok gua. Orang jarang masuk gua kan jadi macam jakun sedikit.



Gua Rusa ni merupakan gua yang terbesar dan femes sebab Abraham Lincoln jadi penunggu di pintu gua. Hahahaha. Terdapat lebih 4 juta kelawar dalam ni dan banyak gila okeh tahi dia. Bermeter-meter tebalnya. Layan jelah gambar ek.













Dah habis Gua Rusa, kami ke Gua Lang yang mendapat nama sebab dijumpai oleh orang Berawan yang bernama Lang. Gua pendek dan yang pasti cantik. Sejuk je. Moh layan gambar lagi.


Hampir 6.20 petang, kami ke panggung kelawar sebab nak tengok kelawar opkos. Kelawar akan berkumpul dan membuat formation yang cantik secara berkumpulan. Bat exodus namanya. Nice. Puas bergambar kami beransur pulang. Jalan dah gelap dan lampu suluh serta head lamp menjadi peneman jalan pulang.



Tiba di Tongkat Ali pukul 7.15 malam. Ambil ration, berkemas apa yang patut. Yang tak patut akan ditinggalkan di HQ dan selebihnya akan dibawa bersama mengharungi jalan panjang ke Camp 5 esoknya.

bersambung...



Wednesday 17 February 2016

Beraya di Strata

Assalamualaikum semua.

Lama tidak berjumpa. Blog semakin ditinggalkan semenjak bermain instagram dengan jayanya. Tapi in sha ALLAH mana yang penting-penting dan jarang dijumpai akan dikarang di sini. Cuma rajin atau tidak jelah.

Jadinya, pengaruh teman #cintarinjani telah membawa kami ke sini pada hari raya Deepavali.

Air Terjun Strata, Tanjung Malim.

Tak banyak info yang diperolehi dari blog. Paling latest pun yang kami jumpa dari ig artchan ali @pakatanberjalan.

Jadi trip meriki Strata dimulakan setelah mereput di hujung minggu tanpa aktiviti gitu.

Ahli kumpulan

Raja, Anas, Afend, Mel, Padil, saya dan Aisyah.
Dua kereta.

Bertolak dari KL pada hari Selasa pagi dan kami berjanji untuk berjumpa di Tanjung Malim. 

Breakfast siap2, singgah kedai hardware cari penanda dan off we go.

Diamond Creeks tempat yang dituju. Budak2 ni kata resort berhantu.

Sampai di Diamond Creeks, Raja turun.

"Betul ke korang nak masuk dalam ni?"
"Dalam tuh ada hari***"
"Ada bawak senapang tak?"
"Tapi korang bertujuh, ok kot"

Lebih kurang camtu perbualan. Cuak dah I. Dahlah tak bawak mercun bola memasing.

Dan kami meneruskan perjalanan. Park kereta di hujung sekali. Di hujung jalan. 
Tepat 9.09 pagi, kami bermula dengan bacaan doa dan mengikut langkah kaki.

Kenapa ikut langkah kaki? Sebab info tak banyak. Log yang Raja ada pula dan yang kami pakai ni adalah log basikal, yang lead sampai ke penghujung jalan 4x4. Selebihnya kena cari sendiri.


Berpandukan log, kami masuk kebun kelapa sawit. Simpang adalah banyak dan kami mula menanda jalan yang dilalui. Tersilap jalan, patah balik. Dah lari jauh, kembali ke pangkal jalan semula. Ada nampak tapak kaki lak tuh. Ayok.

Jalan punya jalan, dan kami tiba di penghujungnya, permulaan kepada perjalanan dan rintangan sebenar bakal menanti kami tidak lama lagi.

Suspen tak. haha.
Hujung jalan jumpa ini
Difahamkan kena seberang sungai. Dah seberang dah ni pastu tak jumpa jalan, kami seberang balik.

Ada beberapa marking ditinggalkan, kesan torehan pada pokok. Ada yang baru ada yang lama. Jadi kitorang redah je, agak jumpa macam trek kami teruskan. Dan kami berkeputusan untuk mengikut sungai bilamana agak2 dah jauh dari bunyi air.

Banyak pool sebenarnya. Cantik dan air jernih, dalam lak tuh. 


Tak ingat kat air terjun kecik mana, tapi di sini kami seberang sungai nya.

Rehat sat, setup tali takut balik nanti air naik, kami teruskan perjalanan kembali.



Jumpa pool, jumpa air terjun kecik lagi.


Dahlah semua pool lebih kurang sama paras rupa. haha. 

Sampai satu pool ni, kami tengok air datang dari dua arah. Kami ambil yang belah kanan. Dah jalan separuh macam tak jumpa jalan. 

Kat sini kami dok pusing-pusing cari jalan. 
Patah balik. P yang belah kiri pula. Naik sikit tengok tak ada trek.

Patah balik ke yang belah kanan tadi. Dan kami berkeputusan kalau pukul 12 tak jumpa jugak, patah balik yang betul-betul patah.

Dan kami mula mencari. Jalan dan jalan dan jalan sampai nampak jalan yang macam terang sikit dan bunyi air yang agak kuat. Turun ke sungai, sebab trek di atas tanah runtuh. Macam tak berapa ok. Mujur ada rotan tempat berpaut, membantu kami meredah deras air terjun di celah batuan sungai.

Dan

Kami tiba. Berjumpa strata. Seriusly cantik.


Pastu musykil. Patut bukan ada kolam ke kat bawahnya. Jadi cari jalan lain nak ke atas. 

12.19. Akhirnyaaaa

Kami tiba. Hoyeah. 



Perkara pertama bila sampai mengecheck kaki dan membuang pacat yang ada.
Pacat dari mula sampai ke sudah tidak mengalah. Banyak gila, gemuk belaka. Sepanjang trek dok buang pacat je. Hins.

Bukak dapur, Mel masak nugget, masak air, buat kopi kurang manis, buka ration berupa roti dicicah dengan kurma ayam dan rendang ayam oleh Adabi. Pergh terangkat. Gas cukup2 je. Hihi.

Pastu hujan. Memang afen habaq dah hujan petang2 jika ikut weather forecast. Dok berteduh bawah fly dan baju hujan Mel.

Makan-makan. Macam ngantuk. Tapi tak dapek nak tido ha. Hujan berhenti, sambung ambil gambar lagi sebelum berkemas pulang.


Alhamdulillah. Perjalanan pulang adalah lancar.

Cuma kat tempat air deras yang kami berpaut tuh macam tak dapat nak lalu, Jadi kami ikut jalan atas area tanah runtuh tadi dengan berhati-hati sehingga berjumpa dengan marking yang ditinggalkan tadi.

Jalan dan jalan. Eh dah sampai tempat bertali. Satu jam dari air terjun.

Dan ternyata selepas hujan, arus adalah deras dan menggunakan tali kami selamat menyeberangi.

Ikut penanda, tambah lagi penanda dekat mana yang patut sebab baru perasan rupanya jauh-jauh tadi penandanya. hihi.


Dan kami tiba semula di starting point. Kolam pertama dan bergambar bersama papan tanda.

Meninggalkan sungai, kami meredah kembali jalan 4x4 dan kelapa sawit untuk kembali ke kereta. On the way balik bertemu 4x4 dan abang ni offer kitorang naik. Rezeki jangan ditolak. Merasa ko dilambung jalan tanah merah selepas hujan. Haha.

Sampai di kereta, borak sat dengan brader ni siap amik contact no., kot lah ada revisit kan. Kiki. Buang pacat lagi. Lol. Dan kami membersihkan diri di Masjid Jamek Tanjung Malim, makan dan beransur pulang.

Tiba di KL pada waktu Isyak. Alhamdulillah selamat semuanya dan tiada perkara diingini berlaku.
Thanks guys for the trip. Till we meet again. Another reunion with 14 members of CintaRinjani perhaps?

Till then. Wassalam.

* lama sangat terkubur dalam draft, tak ingat gambar dari siapa. Thanks korang. Minta izin ambil ye anas, padil, raja, afen, aisyah and mel :P



Thursday 4 February 2016

Mesmerizing Mulu : What to do?

Tadaaaa

Nah akak belanja gambar. Hee.

Team Oren. 5 out of 26 persons. Credit picture to Padil
Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah. Selesai sudah trip Mulu kami pada 28 Januari hingga 1 Februari 2016 yang lalu.

Since info dalam blog macam tak berapa banyak kami jumpa, in sha Allah akan saya cuba kongsi pengalaman kami gitu.
(updated : dah balik dari Mulu banyak pula blog yang dijumpai. nampak sangat saya tak gigih mencari huhu)

Ceritanya, semua ini bermula dah lama.

Mulu Pinnacles memang adalah wishlist dari dulu. Bila nampak kak Pija dan Sarah up event, terus kami mendaftar tanpa menoleh ke belakang dan mengajak kawan dan kawan punya kawan sekali. Rasanya bulan Mei 2015 kot. Time tuh kursus kat PD. Hasut syima sekali, bayar deposit siap-siap dan selebihnya bayar beransur-ansur.

Berikut details pakej kami. Harga RM650

Pinnacles tau ini. Bukan Gunung Mulu. Jangan terkeliru.

Include:
  • 5 days park pass
  • Return airport transfer to and from park HQ
  • Guide
  • 2 night dorm accommodation at HQ (additional RM100 for chalet) with breakfast
  • 2 nights accommodation at Camp5
  • Return boat at Melinau River
  • Wind and Clearwater Cave Tour
  • Ration (2 breakfast, 2 Lunch, 2 Dinner) at Camp 5
  • Dry Fit T-Shirt

Exclude:
  • Flight ticket KL-Miri-Mulu
  • Lunch and Dinner at HQ
  • Porter

Itinerari

Day 1 : Meet up at Mulu Airport - Transfer to Mulu HQ - Overnight at Mulu HQ

Day 2 : Breakfast - Boat Ride to Penan Longhouse Batu Bungan - Wind and Clearwater Cave tour - 8km trekking from Kuala Litut to Camp 5 (9km sebenarnya) - overnight at Camp 5

Day 3 : Daypack to Pinnacles - overnight at Camp 5

Day 4 : Trek back to Kuala Litut - boat ride - overnight at Mulu HQ

Day 5 : Transfer to Mulu Airport - Dismiss

Expenses:

Flight ticket:

KL - Miri (Air Asia) RM129
Miri - Mulu - Miri (Maswings) RM284.10
(time anniversary Maswings boleh dapat return below RM250 jugaklah)
Miri - KL (MAS) RM152.65

Total : RM 565.75

Haha. Ini yang parahnya bila g Mulu. Harga tiket dah sama dengan harga pakej.

Additional cost (optional):

Deer and Lang Cave tour, RM30.00 per person
Canopy Walkway, RM43.00 per person
Certificate, RM7.00

Ada jugak tour yang tak payah bayar boleh pergi sendiri seperti Tree Top Tower, Paku Waterfall, Botani Loop dan lain-lain.

Klik gambar untuk pembesaran. Yang tak ada tulis COST adalah free. Thanks Padil untuk gambarnya

Thanks to Kak Pija for the above list

Tips:

Difahamkan trip Pinnacles hanya hari Jumaat dan Selasa sahaja.

Dekat HQ takde tempat masak-masak, nak tak nak memang kena membeli kat dalam ataupun luar. Hari tuh saya makan kat luar seberang jambatan (restoran tak serve pork) jadi kita opt vege dan fish. Lebih kurang RM10 ke RM15 per meal.

Harga air tin dalam park RM6, kat kedai luar RM3.50. Shop wisely gitu. kiki.

Shahril ada bawak stove. Dan gas boleh dibeli dengan harga RM13.00. nak bawak siap2 meletup lak kang dalam flight. Tapi yang ni depa masak2 megi nasi impit kat HQ lah. Water heater ade je provided dekat dorm dan chalet.

Fasiliti di Camp 5 adalah basic, neat and clean. Semua ada. Dapur, pinggan, mangkuk, sudu, kuali, sudip dan lain-lain. Bawak diri and ration je. Boleh bawak botol kosong juga. Di sana ada tong berisi air minuman yang dah dimasak jadi boleh refill air.

Mengikut kata gogo, kalau amik pakej pinnacles tak campur accommodation di HQ boleh je dapat murah. Tapi ration memang sendiri bawa. Mulu HQ tak sediakan. Kalau nak orang sediakan atau masakkan boleh opt for agent.

Kira kalo pinnacles je roughly itin macam ni:

Day 1 : arrival at Mulu - boat ride to Kuala Litut - trekking 8km to Camp 5 - overnight
Day 2 : daypack to Pinnacles
Day 3 : trekking back to Kuala Litut - boat ride to Mulu HQ - depart from Mulu to Miri

Mungkin boleh jimat kos. Tapi rushing lah kan. Tanya guide, katanya possible dan sempat tapi afterall bergantung dengan fitness level orang jugak ye tak. 

Tak sure yang kalo pi Pinnacles je sempat atau tak untuk singgah Wind and Clearwater Cave.
Kemon, dah sampai jauh2 ni takkan p pinnacles je. haha. 

Borak-borak lagi kalo kos bot je, RM500 pergi balik, 5-6 orang. Kat bot je dah makan kos kot.

Personally, saya rasa molek sangat dah pakej dan itinerari kak Pija and Sarah ni. Berpeluang nak buat aktiviti lain. Tu pun rasa tak puas. Mulu HQ je banyak tempat tak tercover. Our guide masa canopy walk ada bagitau juga diorang ada sedia pakej trekking to Garden of Eden. Boleh mandi2 kat waterfall dan pergi Deer and Lang Cave. RM140 per pax, include tea and lunch, 9.00 pagi sampai 6.00 petang. Sounds good kan. Macam ada harapan untuk meripit je ni. Hihi.

Oh. Dari camp5 boleh jugak nak balik ikut Headhunter's Trail to Kuala Terikan. Kira tak perlu balik HQ.
Kawan sekolah rendah kami 1st time naik pinnacles itinerari dia lebih kurang kitorang.
2nd time naik dia balik ikut Headhunter. Akan tembus ke Limbang. Kena ada passport lah kalau nak balik ikut jalan darat ke Miri sebab nak lalu Brunei kan.
Kalo duit berkepuk boleh amik flight Limbang-Miri jak. Hihi.

Thanks Padil untuk gambarnya :P

Gambarajah kata:

The Head-hunters Trail to Kuala Terikan - 11km
Do not proceed to Kuala Terikan unless you have made firm arrangements for a boat connection.

Sebarang maklumat lanjut boleh berhubung dengan Taman Negara Mulu terus keh.

Sekian dulu buat masa ini, jika ada kemusykilan jangan malu jangan segan bertanya ya.

Wassalam.