Friday 26 February 2016

Mesmerizing Mulu : Day 1

Assalamualaikum

Bertemu kembali. Sambungan dari Mulu : what to do?

28 Januari 2016

Seawal 4 pagi kami bersiap, ambil Padil dan adik hantar terus kami berdua ke Putrajaya Sentral.

Janjinya akan berjumpa Syima, Kak Pija dan Nein di sana. Barang banyak gila, jadi kena berganding tenaga.

Flight ke Miri pukul 7.15 pagi. Selamba je kami 6.10 baru sampai destinasi. Tiba di KLIA2 terus check in. 44kg khas untuk ration sahaja ok. Spesial betul ration dapat check in. Tuh pun still ada yang kami carry bawa ke dalam kabin, Dan kami bergegas masuk ke dalam, menunaikan solat, membeli roti dan bekalan, boarding dan lena dibuai mimpi.

Tiba di Miri. Tak tahu nak buat apa sebab barang tak boleh tinggal. Pastu Fairus kata Maswings dah boleh drop baggage. Check in semua barang, berlenggang dan kami menyeberang. Kedai kak nek menjadi pilihan. Ada orang dah order laksa Sarawak, order Mi Kolok lagi. hihi.

Beli bekalan siap2 sebab dinner tak disediakan. Kemudian, kami patah balik ke airport, menunaikan solat Zohor dan terus ke boarding hall.

Flight lewat. Patut 1.45 petang tunda ke 2.15 petang. Dan risau juga kalau tak sempat join Deer and Lang Caves tour tapi Kak Pija kata tunggu sampai sana lah tengok macam mana.

Menaiki Maswings adalah menyeronokkan. Keterujaan. Kegembiraan. Berdebar nak hadap Pinnacles.




Tiba di Mulu. Kecik je airport dia. Tempat nak ambil luggage pun manual belaka. Tak jauh mana pun dari airport ke Taman Negara, lebih kurang 1459 meter. Tapi berpeluh gak lah ketiak kalau dah bawak backpack banyak2. Naik transport yang dah termasuk dalam pakej dan kami tiba.


Sampai2 dah nampak jambatan gantung. Check in, pakai tag identifikasi diri, ambil linen dan tuala dan kami berjalan ke dorm Tongkat Ali.


Rombongan kami terdiri daripada 26 orang. Kebanyakkannya pertama kali berjumpa. Taaruf pun tak sempat ha. Taaruf on track je memasing.

Ahli rombongan : Kak Pija, Sarah, Yat, Fairus, Roha, Fandy, Nafi, Azah, Akif, Im, Ajlaa, Syima, Padil, Nein, Misah, Nisa, Jumarni, Nisham, Hajar, Shahril, Rizal, Sypul, Wei Kong, Nick and Mounique dan Liam.

7 orang menginap di chalet. Selebihnya duduk di dorm. Kemas-kemas dan kami bergegas memulakan tour. Digalakkan buat aktiviti ini pada hari pertama sampai. Kalo lambat2 takut tak larat.

4.10 petang kami mula berjalan. Dalam 2.8 km rasanya ke 3.4 ntah haha. Matilanak tak ingat. Yang pasti dia hujung sekali. Guide kami namanya Peter dan jalan punya jalan 4.50 petang kami tiba di tempat kejadian.


Terjumpa kawan sekolah rendah dengan team dia kat sana. Suffian namanya. Sebelum pergi memang ada contact dia and Wan juga, untuk tips dan macam2lah kami tanya. Ira pun kami ada tanya juga. Thanks banyak2 korang. Team Suffian hebat2. Naik gunung 22 kali kot tahun lepas. Awal bulan1 hari tuh dia dah naik pinnacles, la ni datang sebab ada program. Lusa nak panjat Kinabalu pula.


Sebab nak kejar masa, dah. Jom masuk gua, Saya tak berapa fokus sebenarnya sebab terlampau kagum tengok gua. Orang jarang masuk gua kan jadi macam jakun sedikit.



Gua Rusa ni merupakan gua yang terbesar dan femes sebab Abraham Lincoln jadi penunggu di pintu gua. Hahahaha. Terdapat lebih 4 juta kelawar dalam ni dan banyak gila okeh tahi dia. Bermeter-meter tebalnya. Layan jelah gambar ek.













Dah habis Gua Rusa, kami ke Gua Lang yang mendapat nama sebab dijumpai oleh orang Berawan yang bernama Lang. Gua pendek dan yang pasti cantik. Sejuk je. Moh layan gambar lagi.


Hampir 6.20 petang, kami ke panggung kelawar sebab nak tengok kelawar opkos. Kelawar akan berkumpul dan membuat formation yang cantik secara berkumpulan. Bat exodus namanya. Nice. Puas bergambar kami beransur pulang. Jalan dah gelap dan lampu suluh serta head lamp menjadi peneman jalan pulang.



Tiba di Tongkat Ali pukul 7.15 malam. Ambil ration, berkemas apa yang patut. Yang tak patut akan ditinggalkan di HQ dan selebihnya akan dibawa bersama mengharungi jalan panjang ke Camp 5 esoknya.

bersambung...



No comments:

Post a Comment