Showing posts with label Ba'kelalan. Show all posts
Showing posts with label Ba'kelalan. Show all posts

Sunday, 6 July 2014

Ba'kelalan : Finale

Assalamualaikum

Ceh. berkepam sudah entri ini. Sambungan dari entri terdahulu.

Hari ini hari terakhir di Ba'kelalan. Setelah selesai buat kerja sikit pagi itu - cari subjek untuk simple survey, kami bergerak ke tempat yang memang aim dah lama nih. Kebun Epal! Malaysia ada kebun epal weh.

The only kebun epal kat sini. Malang sekali epal belum berbuah dengan ranum. Cuma dapat tengok anak-anak nya saja. Musim epal lebat berbuah adalah pada bulan April dan September/Oktober. Kami datang bulan 6, confirm2 lah epal dah habis. Sobs.

cinonet je epalnya

Setiap tahun akan ada Ba'kelalan Apple Festival dianjurkan oleh Borneo Jungle Safari dalam bulan April. Apple Lodge runs by them.


Apple Lodge
Lun Bawang ethnic
 

*saya pergi 2012. ada terbaca baru ini dengarnya dah xada lagi epalnya.

Tak jumpa epal, kita makan buah lain yang ada.

Markisa
Aveu. Tersilap dengar mula-mula. Iloveu. Ha! tanya balik, mintak diorang eja, aveu namanya.
Habis melawat persekitaran, kami bersiap-siap untuk pulang ke Lawas. Tahukah anda, Ba'kelalan ada process garam juga. Tak berkesempatan nak tengok juga sebab kekangan masa.

On the way turun, kami singgah di Long Semadoh untuk selesaikan sikit lagi kerja. Layan gambar lagi~




Forget-me-not. Boss kirim bawak balik nak tanam di rumah katanya :)

Durian belanda + susu pekat. very berlemak. hee
Makan-makan, then kami beransur pulang. Plan nak singgah tamu Sipitang.

Lawas, Sarawak adalah bersempadan dengan Sindumin, Sabah. Sipitang atas sikit dari Sindumin. Sebab masing-masing dah penat, lawatan membeli-belah di tamu ditunda ke hari yang lain.

Sekian entri Ba'kelalan. Datang time festival adalah berbaloi I guess. kalo g sendiri2, entertain diri sendiri jak. Hihi.

Lagi link berkenaan apple festival adalah di:

http://atlas-pengembara.blogspot.com/2012/02/fiesta-apple-di-bakelalan-part-3.html

http://blog.tourism.gov.my/the-borneo-escapade/

Thanks for reading. Wassalam.

Monday, 31 December 2012

Ba'kelalan : The Valley

Selepas 5 jam dilambung jalan balak dan Jiwa Murni (jalan yang dibuat oleh tentera), sampai lah kami ke destinasi yang dituju...

(ingat-ingat lupa je ni. padan muka, lama sangat tinggal.ahaha)

Welcome to Ba'kelalan




Kami tumpang bermalam di klinik berhampiran. Sementelah hari mulai petang dan generator pun akan di'off'kan tidak lama kemudian, ambil kesempatan dulu membersihkan diri and prepare for dinner. nyummeh~ bahan mentah actually ktorg beli siap2 dari pekan Lawas sebab kebolehdapatan makanan segar di sini sedikit susah dan pilihan pun agak terhad.






quite mewah nak? aku lupa ikan2 di atas apa namanya tapi yang pasti ikan warna putih itu ditangkap dari sungai gitu. harga pasaran agak mahal sebab ikan ni hanya boleh dijumpai di sunai jernh yang berbatu itu. rezeki kitorg dapat rasa.



tadaa. presenting to you ice cream bean. setakat ni jumpa kat Ba'kelalan je, xpernah jumpa kat tempat lain (dah ko singgah Ba'kelalan je memang lah tak jumpa kat tempat lain). Bentuk macam ice cream kan. cara membuka adalah dengan memulas-mulas ice cream bean nya macam makan ice cream pop dalam plastik zaman sekolah dulu. cenggitu lah. Rasanya berlemak macam ice cream sikit2. ada macam rasa vanila juga. (lidah saya rasa cenggitu. hee) Itulah pencuci mulut kitorg pada malam yang berkenaan.

Usai makan dan ambil angin luar sikit2, tu jelah boleh buat, nak bermesejan, line maxis je ade. tidurlah kami orang bertemankan angin malam Ba'kelalan. Sejuk. Macam Cameron, sejuk lagi rasa walaupun kipas apa semua tak pasang sebab generator dah off kan.

Esok mok jalan2 di kampung pula~


Monday, 3 September 2012

Ba'kelalan : The Journey

Alhamdulillah. dengan izinNya dapat juga kami menjejakkan kaki ke Ba'kelalan.
masih ingat entri 2012 travel wishlist tahun lepas? lol

Hajat di hati nk pergi masa Apple Festival yang jatuh pada Good friday bulan 4 lalu, tapi harga tiket flight boleh tahan mahal lagipun masing2 pun ada plan tersendiri. Jadi, impian tersebut terkubur begitu sahaja.

Then,
"nanti kita buat monitoring di Lawas, ok?" ujar boss pada suatu hari. 
"ok saja" :) maklumlah tidak pernah jejak bahagian Limbang lagi (daerah Lawas terletak dalam bahagian Limbang)

Murah rezeki dapat jejak dua Bahagian (Miri dan Limbang) sekaligus~ 


And who knows, masuk jugak Ba'kelalan dalam cadangan perjalanan. hehe

So, here we go
The route is Kuching - Miri - Lawas. Kesemua ini kami pakai belon dari Kuching. Miri ke Lawas kene naik kapal terbang kecil aka twin otter. 

Lawas~


Saya suka naik twin otter. dengarnya di Sabah xde. benarkah? untunglaa saya dapat merasa :)

 How to go to Ba'kelalan?Ada dua cara
1) jalan darat dari bandar Lawas
2) boleh naik twin otter dari Miri (3x seminggu)


since kami dari Lawas, opkos ikut jalan yang pertama. lebih kurang 162 km jaraknya.

The route is Lawas - Long Sukang - Long Semadoh - Ba'kelalan

Ketiga-tiga tempat ini ada fasiliti yang perlu dimonitor. Jadi chief mencadangkan untuk singgah di Long Sukang on the way naik dan Long Semadoh keesokan harinya, yakni selepas turun dari Ba'kelalan.


isi minyak sampai penuh dan beg segala barang perlu dibungkus dengan plastik hitam
Jika kelajuan 60 km/ jam di jalan highway, seharusnya sejam setengah dah boleh sampai kan. Tetapi, jalan yang kami ambil, jeng jeng jeng. Lihat lah~


Lalu jalan balak, kene amik lorong kanan bajet oversea leteww supaya lori balak tersebut dapat ambil 'side'
 Sejam setengah perjalanan, kami tiba di Long Sukang.
Welcome to Long Sukang

terdapat sekolah di hujung kampung
Sempat juga singgah di Merarap Hot Spring ambil2 gambar. Ada line Celcom di sini :)


Airmu mengalir, dari gunung jauh disana~

Hotspot, Hotspring


Perjalanan diteruskan kembali. Tak pasti berapa banyak bukit-bukau ke gunung-ganang yang kami naik turun. Sama je pemandangan kiri dan kanan. Cantik. Macam wallpaper warna biru yang ada gambar bukit berbalam-balam itu. Nice meh.
Kalau tak silap, di sebelah bukit ke gunung satu lagi itu adalah Tang Lapadan
Selepas 5 jam dilambung jalan balak dan Jiwa Murni (jalan yang dibuat oleh tentera), sampai lah kami ke destinasi yang dituju...


Saturday, 23 June 2012

A for Apple, B for Ba'kelalan

Assalamualaikum

tadaa...
mempersembahkan

Epal Ba'kelalan
Fresh from farm
Made in Borneo
Buatan Malaysia

Sayangnya x dapat nak rasa
kecik lagi. Bulan 9 nanti baru boleh petik T_T