Friday 26 September 2014

Medan dan senarai Supir

Assalamualaikum

Terbeli tiket ke Medan lah pulakkk. terbeli lah sangat.
Tapi sebenarnya memang dah aim untuk October getaway gitu.

Empat hari je di sana tapi rasa instead of sightseeing, macam nak masukkan sedikit hiking. hee

Jadi roughly itin nya cenggini

Day 1 : Medan - Berastagi
Day 2 : Hike Sibayak, depart to Danau Toba. On the way singgah Sipisopiso waterfall and Samarjarunjung
Day 3 : Danau Toba / Samosir Day Tour
Day 4 : Medan and pulang

Google2 macam tak banyak sangat info pasal mendaki di Sibayak. Ada memang ada tapi kena baca habis sampai comment kat bawah. hahaha. sebab dekat situ bila ada orang tanya baru depa mention.

Baca2 blog ada yang backpacking jugak tapi rasanya kami opt for supiring je kot kali ni. 

Kebanyakan supir mengikut pembacaan saya bawak trip p sightseeing, Jadinya, kita try nasib je mintak quotation untuk masukkan hiking dalam itin daripada senarai supir yang dijumpai di alam maya. 



  1. Happy Holidays Tour & Travel
Tel (6261) 4566458
Fax (6261) 4553615
website : http://www.medantour.com
email : happyholidaysmes@yahoo.com

  1. Kita Holidays Travel & Tour
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 (Whatsapp)
email : am_holidays@yahoo.com, kita_holidays@yahoo.com, kitaholidays@yahoo.com

maklumat dijumpai di ruangan komen hee

  1. Lovely travel
info@lovelyholidays.net
lovely_holidays@hotmail.com

PT. Lovely Holidays Tour and Travel , Medan , Siantar , Jakarta - Indonesia
PT. Lovely Forex Money Changer , Medan - Indonesia
CV. Lovely Event Organizer , Medan - Indonesia


MARULI DAMANIK
Managing Director


Direct Email : lovely_holidays@hotmail.com
HP : 08126021970 , 081370701997
Phone : 061-4537985 , Fax : 061-4142433
Pin BB : 7F927D56
Website : www.lovelyholidays.net 

Proud Member of : ASPPI , ASITA , LC 
aris_dmk@yahoo.com

           sumber : n-hafizah.blogspot.com

  1. Pak Roy
+628126567621
+6281269891610

sumber : wahidayatulaswa.blogspot.com

  1. Pak Roy : alhuda16@yahoo.com
          adik pakai supir yang ni hari tuh
          xsure sama atau tidak dengan pak roy di atas

  1. Pt. Elegant Tour & Travel
Contact person : Nanda
email nanda.elegant@yahoo.com
Mobile : +6282162017001

yang ni jumpa dalam fb Malaysian Backpackers Club
member pon pernah menggunakan khidmat beliau

7. Saffira Tour & Travel
Management Office Jl. Prof. Hazairin No. 60 - Belakang Balok Bukittinggi - West Sumatra - INDONESIA
Phone : +62 752 34411
Fax : +62 752 34391

sumber : kairulizwan.com

8. Mawaddah trans tour

Sabrina
+60132702887
Mawaddah Trans Tours :) happy
Diriwayatkan daripada Anas r.a: “Nabi Muhammad SAW pernah bersabda:”Tidak ada seorang pun di antara kalian dipandang beriman sebelum ia menyayangi saudaranya sesama Muslim seperti halnya ia menyayangi dirinya sendiri.”
email mawaddah_tours@yahoo.com

jumpa dalam ruangan komen hee
Overall saya dah emel hampir semua di atas dan ada yang dah memberi maklumbalas. Range harga yang kami dapat bermula dari 1.8 juta rupiah hingga 2.8 juta rupiah per pax. Haha. Tak pasti lah saya murah ke tak. Kumpulan kami cuma 3 orang jadi mungkin harga up sikit? Pakej termasuk guide untuk Sibayak, transport, meals, and standard tour di Medan, Danau Toba and Samosir

Ada cadangan lain kawan2? :)



Thursday 25 September 2014

Namaste Nepal : Day 5 (Pokhara)

Assalamualaikum

Sambungan dari episod terdahulu.

Hari baru. Selamat tahun baru!
Kemain tahun baru di oversea. Overst. hahaha

Ada drama sikit bilamana Gee cari kamera x jumpa. Rasanya tertinggal dalam van semalam. Kan balik dah agak malam. Van pulak tak sama dengan van yang kitorang pakai hari ni. Bagitau Prakash, jumpa juga akhirnya. Contact sana sini. Mujur selamat kamera tersebut.

Selepas breakfast di hotel kami berjalan-jalan di sekitar Pokhara since tour akan start tengah hari kan. Berjalan2 window shopping sambil melihat hasil tinggalan sambutan tahun baru malam sebelum itu.

view dari rooftop hotel.bahagia rasa bangun pagi nampak snowy mountain


Memang easy morning lah sebagaimana itinerary. Sengal di kaki akibat trekking masih berbekas jadi kitorang yang perempuan ni jalan diam-diam je kat belakang. Pokhara sangat aman damai. Singgah di Phewa Lake untuk bergambar. Tak jumpa pula kat mana orang amik gambar bot banyak-banyak jadi kita ambil gambar apa yang ada je.



nabil yang femes

happy 2014




Phewa Lake
Tengah hari camtu bila van dah tiba, kami meneruskan perjalanan ke places of interest. Maaf tak ingat turutan tapi kitorang singgah kat tempat-tempat berikut:

Old Pokhara City. Lalu je. Tak tersinggah. huhu


Bindabasini temple. Aiseh ada tangga lah pula. Malas2 je nak naik. Kat sini ada orang akan approach cerita blabla pastu mintak bayaran. Kitorang lari awal2 dah tinggalkan hafiz sorang2. haha

Pintu masuk ohoh



Muzium ape tak ingat. Regional Museum rasanya. Xleh amik gmbr dalam. Tapi dia ada cerita pasal agama, budaya, geografi di Nepal. Ada cerita pasal agama Islam. Ditunjuk gambar pakaian yang dipakainya. Tudung = headkerchief. hee

Seti Gorge. Misteri nusantara ni. Sebab sungai mengalir tuh kat atas. Bawah tuh ada sungai lagi. I is pelik. Prakash bagitahu Pokhara ada kemungkinan akan tenggelam sebab bentuk muka bumi dia makin menghakis. Sungai kat bawah tuh pun makin ke bawah. termendap gitu.


Sungai di atas
Tempat keluar sungai
Jenguk kepala ke tepi, nampak sungai di bawah pula

Devi's Fall. Kitorang suspect macam tempat mulia sebab tengok nama camtu kan. Rupa-rupanya tempat berlaku tragedi. Here's the explanation.


In the noon of 31 July 1961, Mrs Davis a swiss citizen was swept away while taking bath with her husband a few metres ahead of the fall and she died. Her dead body had been taken out with a lot of efforts and since then it had been called Devi's fall

Ini fall nya. Tak dinafikan bentuk muka bumi dia agak cantik. Air pun boleh tahan deras

Gupteshwar Cave. Seberang jalan je. Gua ni boleh sambung ke Devi's Fall tadi. Kiranya tadi tengok dari luar, yang ni tengok dari dalam air terjun nya. Dalam gua ni ada kuil kecil tempat sembahyang. Orang ramai. Lantai licin dan bersesak2, jadi nak shot gambar tak berapa lah sangat.

Tangga nak turun ke gua
crdt to google. lebih kurang camni lah view dari dalam gua

Tibetan Refugee Camp tutup sebab new year.

Tamat sudah Pokhara Day Tour. Kitorang carik2 kedai makan sebab dah lapar tapi Prakash macam xberapa tahu. Jadi decide nak balik ke pekan Pokhara balik. I pulak lupa nak search kedai halal. Tanya2 kedai, tengok2 pun macam meragukan jadi last2 kitorang cari kat area hotel. Mujur jumpa kedai vegetarian typical Nepali restaurant.


Jom makan dhal bhat, lassi, fried rice. Semua sedaaaapppppp.

Orang local pelik2 dah tengok kitorang. Pelik lagi bila tengok makan pakai tangan. Muka memang dah ala2 Nepal dah. Prakash pernah cakap kat one of us "You look 99% Nepali." :) Ada je sudu tapi puas lagi makan pakai tangan. nyummm

Untuk maklumat restoran halal di Pokhara, abang Meng ada cte dalam blog beliau. Boleh cari bawah label Pokhara,

Aktiviti malam adalah light and easy. Mengurut kaki. Makan roti untuk kesekian kali. hihi. Heater bilik kitorang masih tak berfungsi. Since kitorang bertiga, mengalah lah hafiz untuk tukar bilik ngan kitorang. Muahahahaha. Ini baru namanya flexibility. Thanks guys. Mari ke Sarangkot esok.


Saturday 20 September 2014

Namaste Nepal : Day 4 part 2 (Poon Hill - Ghorepani - Nayapul - Pokhara)

Assalamualaikum

Sambungan dari episod sebelum ini

Usai melihat terbitnya mentari, kami bergegas turun ke guest house di Ghorepani. Makan2, mandi2 (eh tak ingat ada mandi ke tak sebab sejuk hahahaha), kami meneruskan perjalanan turun. Sejuk kot, minyak panas yang dibawa pon membekuuu. Panjang perjalanan hari ini kerana kami akan terus kembali ke Pokhara.

breakfast.curry pilihan hati


bersama barangan angkutan porter
Perjalanan turun masih melalui trek yang sama. As usual, bila turun dia akan menekan ibu jari kaki. Wuwuwuwu. Slow sikit pace. Semua pun nak cepat sampai, jadi gambar adalah kurang. Taklah kurang jugak. Sebab mana xsempat singgah semalam kitorang singgah kan diri untuk bergambar. kiki

Kami cuma berhenti beberapa kali untuk mengalas perut. Sempat tapau penkek dari atas sebab tak larat nak habiskan. Berpecah dah time ni. Kami bertiga di hadapan, Ita and Prakash kat belakang sikit.

Ramai pulak orang trekking today. Nak sambut new year dengan melihat matahari terbit mungkin.

Paling tak boleh blah jumpa rombongan budak2 sekolah,
Us : School trip?
Them : Yes.
itulah budak sekolahnya
Ohmaiiiii. School trip g Poon Hill okayyy. Belum campur jumpa rombongan Korean dengan mak, pak, anak-beranak semua. Bagus sungguh mengamalkan gaya hidup sihat dari muda. Jumpa porter2, excited dia tahu kitorang dari Malaysia. Ada sorang pakcik orang Nepal yang trekking sama, cakap anak dia pon belajar kat Malaysia. I suspect mesti kaya dia ni ataupun dari kasta2 yang up sikit hurmmmm




Sampai Ulleri, stress kejap sebabnya tangga mencanak itu hari akan kami tempuh sekali lagi. Nampak porter di hadapan, hari semakin mendung, ajak berhenti makan tengah hari. Berhenti je mana2 and opt for vegetarian meals. Mintak vegetables noodles. Macam megi bentuknya.

Selesai makan, nampak Ita and Prakash sudah. Yeay. Diorang berhenti makan dah kat atas. Jadi kita teruskan perjalanan ke Tikhedunga. Berhenti jap kat guest house mula2 untuk tumpang solat.





Ada je pilihan untuk naik keldai2 bagi cepat sikit sampai, tapi tak sanggup kot. Hahahahaha.
our first guesthouse. nmpk x iklan pony service? hihi



Prakasah kata jika sampai awal, cop kan jeep untuk ke Nayapul. Ikutkan boleh lagi kalo nak jalan, tapi naik jeep pon ok. Mujur jugak naik jeep, sebabnya sampai Nayapul dah kegelapan. Dapat melihat pemandangan kampung dan meredakan kaki gitu. Ada juga orang kampung naik jeep yang berkenaan. Duduk kat atas, kalo nak turun, die ketuk2 atap jeep untuk alertkan pemandu. hihi.



buai laju2

Dari Nayapul, kami terus ke Pokhara. Tak berapa nak sedar time ni. Tahu2 dah sampai Pokhara, jalan banyak tutup,jadi van berhenti jauh sikit dari Hotel. Tak larat dah berjalan. Dengan sejuknya lagi.

Memandangkan esok New Year, jadi Pokhara agak meriah dengan bunyi2 muzik2 jualan2. Kitorang xpergi tgk pon sebab dah agak malam kan. Jadinya makan roti and tuna + milo 3 in 1 untuk dinner. Kenyang alhamdulillah. Pokhara tour bakal menanti kami esok.