Thursday 25 August 2016

Mesmerizing Mulu : Day 2

Assalamualaikum

Ada lagi ke orang singgah blog ni *jeling-jeling*

Bertemu kembali. Sambungan dari Mulu : Day 1.

Awal pagi kami dah bersiap. Menyiapkan sandwich telur bekalan di perjalanan.

Dan sebelum pukul 9 dah kena get ready di reception.

Hari ini akan bergerak ke Camp 5!

Dah bersarapan semua di kafe, kami berkumpul, mendengar taklimat dan mengambil gambar berkumpulan.




Jual beli go pro


Barang yang tidak perlu boleh ditingalkan di HQ tanpa caj. 9.30 pagi kami ke jeti dan dipecahkan untuk menaiki bot aka perahu panjang.








Lebih kurang 25 minit perjalanan kami tiba di Perkampungan Penan iaitu Kampung Batu Bungan dan disambut oleh Nicholas, the morning market guy.

Nicholas bawa kami melawat kampung dan melihat sovenir yang dianyam dan digubah serta dibuat oleh orang kampung. Boleh membeli di sini. Taknak membeli, menyumpit pun boleh. RM1 untuk dua panah kalau tak silap.





Tak lama di sini dalam setengah jam macam tuh dan kami beransur ke destinasi seterusnya iaitu Gua Angin (Wind Cave) dan Gua Air Jernih (Clearwater Cave). Macam direct translation je hahaha halallah ye. Tak jauh sangat dan kami tiba di jeti Gua Angin.

Ok kena naik tangga. Mujur ok trek nya. Sejuk aih Gua Angin. Dan as usual saya kagum untuk kesekian kalinya. Ada batu bentuk tangan. Eh batu pula. Stalaktit stalagmit dan yang bergabung pun ada. Unik sebab yang bawahnya membesar dengan jaya yang kat atas comel je. Bertahun, beratus-ratus tahun diperlukan untuk mereka membesar. Dekat Gua ni juga ada aktiviti caving tapi takleh main terjah je. Advanced caving ni. Tak silap kena tahu berenang dengarnya.





Puas di sini, kami ke Clearwater Cave pula. Jalan kaki je dari Gua Angin tadi. Jalan mendatar kemudian menurun dan terus nampak perahu parking dan air jernih giler kaler turquoise kebiruan macam Blue Pool Krabi bezanya boleh mandi.








Bukti boleh mandi

Bestnya Gua ni sebab kena mendaki. haha. 200 anak tangga mendaki. Pengsan. Lepas ni nak trekking kot dari Kuala Litut.


with one leaf plant


Gambar kak pija jelas lagi. boleh check hashtag #geng26mulu kat instagram ya


Another gua yang sangat amazing. Cantik. 10th longest passage cave in the world tak silap. Panjang nya dari Kuala Lumpur ke Ipoh kot. 100 lebih kilometer. Subhanallah cantik. Tak kesah lah kena mendaki bagai, serius worth it. Jalan punya jalan sampai kat hujung. Dekat bawah tuh boleh turun rasa air. Celup-celup basuh muka. Guide kata kalau sapu kat muka boleh kelihatan muda 5-6 tahun. hihi. Katanya lah.

Dah puas kelihatan muda, another 132 anak tangga untuk didaki lagi. Tak menyesal sebab ia menjanjikan pemandangan macam Avatar gitu. Sempat borak ngan uncle sorang ni. Sekali KSU Motac kot. *facepalm*. Maaf Tan Sri. Puas pusing dan bergambar, kami lepak kat bawah makan packed lunch tadi.



With uncle





p/s Sesiapa nak pergi sini boleh letakkan packed lunch setempat kot. Kami ni masing-masing letak kat beg sendiri pastu jenuh naik turun bot bukak selongkar beg ambil packed lunch. Next time letak satu tempat satu bot senang sikit sebab kat atas nanti makan sesama juga.




Kenyang makan, kami meneruskan perjalanan. Dan di sini cabaran bermula.

Baru sekejap bot keluar dari simpang Clearwater Cave, dah kena tolak perahu. Hahahaharu.








Sejam setengah jugak lah turun naik bot tolak turun naik lagi tolak. Psiko kot baru naik bot tiba pandang ke hadapan tengok orang bot depan dah turun nak tolak bot balik. Punggung pun xsempat nak panas ha.

Air sungai kering jadinya menolak bot adalah satu kemestian. Bila lagi nak merasa tolak perahu kan.

Alhamdulillah selamat tiba di Kuala Litut. Another 8km trekking to go and off we go. Saya dengan Nein gerak dulu sebab nak kejar solat. Tak tahulah kitorang ni lambat ke atau bebudak lelaki ni pantas sampai dapat pintas kitorang. Kalau pernah layan jalan balak kat Nuang camnilah peel dia. Panjang bila nak sampai. Cuma yang ni teduh sikit lah hehe. Tapi kita layan je.






Hello Camp5
Tiba di Camp 5 lebih kurang 5.30 petang dan kami dijamu dengan pemandangan sungai depan Camp. Tempting lah jugak tapi check in lebih utama.




Kami diberi 2 dorm untuk memuatkan 18 orang dan 8 orang di dorm satu lagi. Open air je. Tilam nipis tapi selesa. Camp 5 best gila. Sangat jatuh cinta.

Ration perlu dikeluarkan segera. Ke dapur kita. Saya bertindak ikut arahan gogo je. Susun barang kemas apa yang patut. Habis kami conquer dua sinki belah tepi. Bayangkan ration untuk 26 orang macam mana. 2x dinner, 2x breakfast dan 1x lunch. Kunyah-kunyah minum petang dan ration kecemasan lagi. Hihi.

Semua sangat bersatu padu. Menu makan malam berupa ayam masak kicap dan sayur campur goreng hasil masakan gogo. Lebiu gogo.

Malam itu, kami diberi taklimat oleh guide dan kami diingatkan tentang beberapa perkara penting:

Iaitu Mini Pinnacles, 1200m, dan first ladder.

  1. Masa diberi dari campsite ke Mini Pinnacles adalah 1 jam setengah. Jika lewat daripada itu guide tak akan benarkan meneruskan perjalanan. Khuatir jika tidak sempat turun.
  2. 1200m. Kat sini dah sampai separuh jalan. Jadi akan park air kat sini. Digalakkan bawa 3 Liter, 1.5 Liter tinggal sini dan selebihnya bawa ke puncak.
  3. 1st ladder. Masa terakhir nak sampai sini pukul 10.00 pagi. Lewat daripada itu memang kena patah balik.

Debar di hati dan esok pagi kami akan memulakan misi yang telah lama dinanti.

Bersambung...