Sunday 15 June 2014

Namaste Nepal : Day 4 (Ghorepani - Poon Hill)


Assalamualaikum

Sambung dari sini.

Dari Ghorepani ke Poon Hill mengambil masa lebih kurang 45 minit. Ada cadangan untuk tengok sunset semalam tapi xjd. Jadinya hari ini kena cepat.

5.30 pagi kami dah mula berjalan. Iols terlupa nak bawak head lamp. Mujur head lamp Gee besar sikit, boleh memberi cukup cahaya untuk kami bertiga. Ita kongsi dengan Prakash. Hee

Oh. kat bawah ada kaunter tiket. Mohon sediakan duit kecil. X ingat harganya sebab kitorang punya Prakash dah tolong bayarkan siap2. Macam NPR500? Maafkan saya.



Laluan ke atas adalah bertangga, rasa mengah gila time ni. Patut praktik kan yang dipelajari masa Kinabalu dulu hari tuh. Bernafas ikut hidung, hembus ikut mulut. Jalan slow2, sebab sejuk, sebab xde lampu pun ya jadi jalan xberapa nampak. Kena extra careful. Untuk pendakian pagi ni, semua pun put on down jacket yang disewa siap2. Jalan punya jalan, sampai kat atas, erk. Gileee ramai orang.




Tapi yang ni kira ok. Sebabnya bukan musim. Kalo musim2 ramai orang, guest house sepanjang trek pun susah nak dapat. Time kitorang ni guest house kat Tikhedunga btol2 cuma kitorang and Sue's family. Kat Ghorepani meriah sikit. Sebabnya yang ikut trek lain macam Ghandruk akan bertemu di sini.

Mari menunggu sunrise~









picture taken by apis dr atas tower

yang lain lepak bawah tower keke

group picture

group picture minus lelaki with ayah Alfred at the back keke

lagi2 group picture ahahaha
Prakash kata suhu di Poon Hill adalah minus 3. Oh. Can't imagine kalo snow turun walaupun nak main snow tuh salah satu impian jugak. Tapi kesejukan perlu diambil kira. ahaha. Dah2. jom turun~

ada gambarajah nama2 puncak yang ada
suka dis one. macam lukisan. xdpt nak compare actually. Subhanallah
baru nampak laluan bertangga yang dilalui tadi





Till then. Wassalam.

crdt pictures to Gee, Ita n Apis

Tuesday 3 June 2014

Irau : The Mossy Forest

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Pada 31 Mei yang lalu, kami ber6 telah selamat mendaki Gunung Irau bertempat di Cameron Highlands. Lama dah mengidam nak naik setelah terpengaruh dengan gambar2 cantik dari mereka yang telah pergi sebelum ini.

Nasihat dari rakan2 blogger adalah untuk mendapatkan khidmat guide kerana dikhawatiri sesat. Hutan agak tebal dan banyak lagi gunung berdekatan. Ada navy naik sorg2 sebelum ni sekali jumpa keluar kat Gua Musang 8 hari kemudian.

Maklumat guide saya peroleh dari sini. Thanks PM for the entri.
Untuk transport, Fatt recommend kan An. An sangat baikkkkk. Like sangat2.

Guide kitorang, bro Yusree dah update dalam ORL pny blog. I just fwd the link boleh? Gle pemalas blogger sekoq ni. Hihi

Untuk guide, 1 guide = RM 200, max 1 guide untuk 8 orang.
then bayaran permit RM10 /pax

Bro Yusree boleh dihubungi di:
FB KYusree atau FB ORL ORL Green Nature
Telefon : 012-435 0530
Blog : http://orlgreennature.blogspot.com/

Boleh rujuk sini untuk version guide kami

Baru ku tahu, Cameron dah 2 mggu hujan sebelum tarikh pendakian. Trek becak dan licin.
Ramalan cuaca kata hujan di satu dua tempat je hurmmm

Dan

Inilah hasil tangkapan yang memakan masa 4 jam pendakian ke puncak itu.









Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar

mini irau
puncak irau
selfie

dah turun pon bergambor lagi

Kusangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari
It's raining. Mujur time tuh nak turun. Tergelincir jugak lah. Belum campur terhantuk kepala dan tersadung akar lagi. Kasut and pakaian toksah cakap. Kotor gile. Inilah hiking paling kotor pernah kami join. Hihi. Kasut x rupa kasut dah. Penuh selut sampai ke betis.

Overall. Seriously sangaaaaat berpuas hati dengan pendakian kali ini. Singkat tapi beerti.

Yang pasti, kami xberhenti memuji kebesaran Ilahi.

Balik jom. Selut dah banyak.
Thanks guys. awesome gle korang ! Hidup KTOT. kikiki
Thanks bro Yusree and bro John for having us.

crdt pictures to Bro Yusree and kamera phone.

till then. wassalam