Wednesday, 4 January 2012

Am I 26?

Nah. tajuk je tuh. blom sampai lagi.
tapi yang pasti, tahun ni akan bertambah lagi umur
Alhamdulillah atas nikmat usia.


Assalamualaikum


Mari menjawab soalan past year yang digubal oleh Cik Fatt tidak lama dahulu~


Part I
1. Perkenalkan diri anda secara ringkas
Nama diberi Ajlaa. Ingat nama sendiri dah plg pendek. Sbb ade 5 huruf je. Skali ade member 3 huruf je name beliau. Kecewa aku di situ. Kengkawan panggil ala, ala’, lala, la pun ade. Tp sejak dtg keje swak neh mcm2 version ade. Angela, Anjela, Ajila, Ajala, Azlaa, Alza. Dpt sijil tadi diorg tulis Aljaa T_T Org buat main nama panggil Ujala. Cikgu sek rendah panggil Ajlaa he. Kalo ke Kashmir, jd Anjali brg kali. Maaf tak ringkas dah. 


2. Sejak bila anda terjebak dalam dunia travel?
Hurm, sejak terbeli tiket ke Korea kot. Time buat kajian n cari info ttg negara tersebut lalu menjumpai pelbagai dan mcm2 blog travel yg menarik. 


3. Yang mana satukah menggambarkan diri anda; traveller atau tourist?
Since masih baru lagi, tgh2 rase nye.


4. Konsep berjalan jenis apakah yang selalu diamalkan? ie. backpacking, memandai sendiri, tour agency
Setakat neh memandai sendiri yang banyak. Akan datang mungin dipelbagaikan kaedah nya, bergantung kepada tempat yang dituju dan juga partner yang pergi bersama.


5. Siapakah travel partner anda?
Kebanyakan kawan-kawan. Dengan family ade jugak.


Part II
6. Bilakah kali pertama anda bercuti ke luar negara?
31 Oktober yang lalu. Lewat kan :)


7. Senaraikan nama tempat/bandar/negara yang telah dilawati setakat ini
Seluruh Malaysia kecuali Labuan dan Korea Selatan.


8. Pernahkah anda melawat sesebuah tempat/negara yang sama lebih daripada sekali? Jika YA sila nyatakan nama tempat tersebut
Kebanyakannye negeri dalam Malaysia. Tahun lepas je 3 kali g Sabah.


9. Letak gambar salah satu tempat yang ingin anda ulangi dan nyatakan kenapa


Jeju Island. Sebab out of 3 UNESCO Heritage yang ade kt situ, satu je yg ktorg sempat pegi iaitu Seongsan Ilchulbong. Jadi haruslah diulang lagi. Mungkin time spring pulak ke. tempat di atas pun nak kene ulang. since dikenali jugak sebagai sunrise peak, jadi kene dtg masa sunrise insyaALLAH jika ada rezeki.


10. Nyatakan 3 tempat/bandar/negara yang ingin anda kunjungi di masa hadapan
Jepun – Tibe time percubaan SPM ade keluar soklan cmni dlm essay BI. Jd jwb lah nk g jepun sbb nk tgk sakura, nk jmpe pelakon sezaman Kimutaku, Takeshi Kaneshiro, sbb suke bc Dragon Ball dan Doraemon jd harap dpt jmpe penulis dan pelukis komik tersebut, nk g studio ghibli nye muzium. Terpengaruh ngn cite Totoro n Spirited Away lah neh. Kartun Spirited Away sgt awesome. Mengarut gila jwb exam mcm ni. Memang x dapat A lah


China, NZ, dan banyak lagi


Labuan and Sarawak – ade 5 lagi bhgn belum smpi iaitu Miri, Bintulu, Sarikei, Limbang n Kapit. Target nk hbskan lawat semua bhgn kt Sarawak b4 balik semenanjung for good.


Tp specifically sebenarnya nk pergi tempat2 yang paling hujung, paling tinggi sume lebih krg camtulah. Antara yang masuk dalam list
1) Tg Piai, Johor - the southernmost point of Peninsular Malaysia (mainland Asia sekali lah kan)
2) Mt Kinabalu
3) Garisan Khatulistiwa kat Pontianak, Kalimantan
4) 7 wonders of the world mcm best kalo dapat jejak


(off-topic jap)
Then kalo dapat g sini cambest jugak je
landasan kapal terbang paling berbahaya


11. Ceritakan pengalaman kelakar/manis yang pernah dialami semasa bercuti
Tak tau nak kategorikan yang mana satu tapi berlaku ms ktorg kat Jeju. Masa mule2 dpt keta sewa. Memandangkan driver duduk belah kiri, ktorg tny lah manu satu pedal memecut dan membrek kot2 lah terbalik kan. Since org sewa keta tersebut takleh ckp BI n ktorg pun kurang faham Korean, last2 beliau ckp “igonun (smbil menunjuk kat pedal minyak), vroooooommmmmmmmmm. Igonun (smbl tekan brek pula), skreeeeetttttttt, eeeeeeeeeek. “ bunyi berhenti. Gelak besar kejap kt situ. X lawak pun kan. hahaha


12. Ceritakan juga pengalaman memalukan/buruk yang pernah dialami semasa bercuti
Masa kat Imigresen time nk masuk Korea. Ktorg 2 org lepas dah. Tp member 2 org tersangkut kt dlm. Panic jugak sebab 1st time ktorg g luar Negara tibe2 sangkut pulak.Ktorg lah plg last sekali beransur dr situ. 2,3 kali gak org tuh suruh diorg masuk isi balik borang, bile dh isi, kwn tunjuk, die suruh msk dlm balik ckp xbetul. Language barrier lagi memburukkan keadaan lah. Diorg tak tau english, ktorg tak tau Korean. Masalah problem jadinya. Mujur lepas tuh kwn g kt Imigresen lelaki, sng je lepas. Kesimpulannye, lepas neh ktorg nk cr Imigresen lelaki je.


13. Adakah anda suka mencuba masakan tempatan bila berkunjung ke sesebuah negara?
Yep.


14. Letak gambar makanan tersebut dan ceritakan tentang keistimewaanya
Walaupun soklan mtk Negara, include Negara Malaysia pun boleh kan? hehe


Bimbimbap – makan masa kat Jeju. Kat kedai neh boleh dikatakan semuanya sedap. Dari air kosong sampai ke air kopi. Rasa semua mmg acceptable and memang kena lah dengan selera. Plg licin itu bimbimbap dan sundubu jjigae. Nyummy~


Pugang kot namanya. Awal2 dulu sebut punggang sbb bentuk cm pulut panggang jd cm sng nk ingat daku buang lah lut dan pang di tgh2 itu. Dijumpai di kg tong nibong ms buat community prog. Rs cm lemang tapi kurang berlemak. Buluh yang digunakan pun kecik je. Tiap kali dtg kg tersebut, ni lah bnd pertama yang dicari. siap dapat bekal bawak balik lagi org kg bagi. hehe




Linut – Belah atas2 cm Miri, Labuan n Sabah panggil ambuyat. Dibuat drpd tpg sagu. makanan tradisi org melanau merangkap makanan rasmi etnik Penan di Kapit. Kalo org Penan, nasi x dimakan nye, depa mkn linut dan lauk-pauk jak. First time mkn kt klinik sbb ade staff buat masak-masak. Bentuk cam gam sket. Kecik2 dulu mak ade buat gam pki kanji, cmtulah lebih krg bentuknya. Ataupun gam 20sen yg dlm bekas warna-warni. Cmtulah lebih kurang kelikatannya. Sedap bile mkn ngn belacan dan ramuan2 di atas lah. Ingat nk mkn yg original pny di Mukah since etnik Melanau byk di sana tp tak dijumpai pula.Timing xbtol brg kali.


ni yang kitorang selalu makan. letak gam secukup rasa, kuah keladi dan belacan. awesome. rasa mcm laksa 


makanan ruji etnik Penan. see, xdak nasi tp lauk pauk ada. crdt to Awal for the pic.
Part III

15. Yang mana satu menggambarkan diri anda; backpack atau beg troli?
Setakat neh tak pernah bwk beg tarik2. Cume tumpang org lain pny je. Backpack barang kali.


16. Letak gambar bag(s) tersebut dan ceritakan sedikit sejarah dan berapa banyak tempat/negara yang ia telah ikut anda berjalan
G KK hari tuh bwk beg neh. Beg free dpt time g conferens. Quite besar jugak lah. Baju seminggu outstation g Sri Aman n Betong pun daku sumbat dlm neh. Beg ni hampir hancur dah, jadi tiada gambar~
Cross Air. Belasah je beli bag neh. Seminggu di Korea bwk ini beg. Muat jugak lah letak segala baju, tmbh mknn sedikit sebanyak. Gambar gugel sbb beg tggl rumah. 


17. Senaraikan 3 barang yang wajib dibawa setiap kali bercuti
Kamera, Kain batik, Plastik nk isi baju kotor? Kes kalo malas basuh baju. keskeskes. boleh isi sampah jugak~ Seliper. Kalo ade berguna.


18. Senaraikan 3 barang yang kalau tertinggal pun takpe
Sabun-mabun dan brg2 lain seangkatan yg boleh dibeli atau dijumpai di hotel atau tmpt penginapan


19. Apakah perkara yang sering dilakukan setiap kali bercuti (contoh : update blog, tulis poskad, amik gambar)
Amik gmbr. Update blog tak pnah lah. Blog baru lahir. ohohoh


20. Mana satu yang tepat untuk menggambarkan diri anda, seorang yang suka bergambar atau malu-malu kucing?
Malu2 kuching. Tp semenjak dua menjak neh nk msk dlm gmbr sbb rs cm syg lak kalo gmbr pemandangan je byk. Takkan nk copy paste. Nehi2. Tapi posing sama shj lah.


21. Letak gambar anda sedang bercuti dengan posing yang suke hati nak diva ke, bajet bagus ke, tak kisah






22. Anda seorang pengumpul souvenir? Jika YA, apakah jenis souvenir tersebut?
Fridge magnet. Dulu dok kumpul keychain. Last2 mls dh sebab kunci x banyak pun (sebenarnya aku yg dok letak sepah2)


23. Adakah anda menghadiahkan souvenir yang dibeli kepada ahli keluarga dan kawan-kawan?
Yep. Kalo x beli souvenir, beli benda yg boleh dipakai cm baju atau ape2 yg boleh dimasak dan dimakan beramai2.


24. Selain dari jawapan dalam soalan #22, apa lagi benda yang anda suka kumpul berkaitan dengan sesuatu tempat?
Setakat neh cm xde. Baru berjinak2 kan. Takpe2. Nnt sy cr konsep dan identity sendiri dulu.


Part IV
25. Seorang traveller harus mempunyai pemerhatian/observation yang baik. Nyatakan hasil pemerhatian yang telah dibuat berdasarkan 3 buah tempat/negara/bandar yang yang pernah dikunjungi (pick random)
Sabah – quite maju. Hasil laut die murah. pergi sana tak sah kalo tak borong ikan bilis. laut die cantek~ harap dapat jejak laut yang sebelah lagi satu. area tawau semporna nun


Sarawak – boss slalu ckp swak ni ketinggalan 15 tahun ke belakang. Sob sob. Kaya dengan budaya. 30 lebih etnik kat sini dgn pelbagai bahasa dan budaya. Dulu ingat Penan dan Punan tuh sama. lain rupanya. always fall in love with their cultural performances. Dari kaca mata saya yang baru setahun jagung di sini, yang pasti, Sarawak tak seperti yang dibayangkan.


Korea – Maju. Bersih. Sgt particular ttg sampah sbb diorg takde tmpt utk buang sampah. sume pun kene recycle. Mrs Hwang ms ktorg stay kt Seoul siap ajar lagi satu2. Malu kejap di situ.Sgt kagum tgk org tua die. Sangat sehat n masih pny kudrat utk bekerja. 


26. Lengkapkan ayat ini. "Saya berangan......." dan ayat tersebut mestilah berkaitan dengan travel
Saya berangan untuk mendapat cuti 2x setahun. 6 bulan setiap kali. Bergaji penuh supaya sy dpt berjalan2 dan melihat bumi ALLAH di sebelah yang lainnya. Ohohoh. Suka hati je.


Soalan Bonus :
Letak gambar stamp passport yang paling disukai dan ceritakan kenapa (maximum 3)
Bersama-sama ini disertakan stamp passport yang ada dalam Dokumen Perjalanan Terhad ini. Ada sentimental value sket sebab ni stamp pertama pas datang melapor diri di Sarawak officially. 



Sekian


Saya budak baru belajar,
taiko2 travel semua, mohon tunjuk ajar~


Terima kasih kerana sudi membaca :)



10 comments:

  1. haihh nih yg tingin nk try mkn gam tuh haha.. xpasti bleh telan ke idak tp mmg penah pg sana kat Kuching and Miri aje pon.. tu pon xsmpat nk explore ape2.. hishh mmg nk kena g swak lagikkk..

    ReplyDelete
  2. makan2. jangan salah guna buat perangkap lalat sudah lah. keke. mmg take time sket nk mkn sebab likat2 kan. sy pun xhbs pusing Kuching lagi.kalo org suruh bwk jln mmg fail lah. mane taknya, asyik2 pusing shopping complex je

    ReplyDelete
  3. terima kasih jgk sbb cuba menjawab soalan2 ni :)

    dah tgk video landasan tu, peh, clueless...kalaulah pilot tak cekap agaknya camne la kan?

    yg psl makanan tu ni baru pes time tgk. takleh byg camne makan benda mcm glue tu...rasa dia plain ke camne? bleh kenyang ke? basic dia mcm bubur cuma dah rupa gam..hehe...bestla dok borneo, byk tmpt bleh pegi. ni mesi dah terer ckp sana...secara kasarnya ajlaa duduk which part of borneo?

    akak pun tak ke jeju haritu, mgkin lain kali bleh ngulang sampai ke sana. tgk gmbr org amik pasal jeju cantik2 jgk. so roughly sewa keta sehari kat sana brp? lesen kena buat international ke tak? minyak plak mahal tak?

    welcome to world of travel...wlpun baru lagi tapi akan dtang ni pasti ada...mana tau ada rezeki pegi tmpt lagi jauh ke?

    all the best in 2012! :)

    ReplyDelete
  4. salam
    hi akak! ^^

    acece, tahniah dah ada blog~ ini baru best! =D
    akak kerja apa kat sawarak? seriyes teringin nak pergi. semua makanan tu semua saya tak pernah dengar. hehe. nanti boleh lah ajak akak jadi pemandu pelancong kalau sy sampai sana. hehe

    ReplyDelete
  5. kak fatt
    terima kasih banyak2. inspired dr akak lah neh.

    yang gam tuh. rasa dia mmg plain je. kene mkn dgn sambal belacan baru ada rasa. mmg tak kenyang lah. membayangkan orang Penan makan hari2, rs bersyukur kita boleh makan nasi

    sy kat serian, bwh bhgian Samarahan. sejam dari Kuching. kawasan bandar. ada KFC sebijik. so far ok dok sini. mcm Serian jalan elok. bahagian2 yang lain tuh pun jejak sebab kerja kan. hehe

    jeju wajib pergi kak. new7 wonders of nature of nature kalo x silap. dh buat draft dah psl sewa kereta tuh. tggl nk publish je.

    welcome2. insyaALLAH boleh melangkah lebih jauh lagi. kalo x pun, membaca blog orang lain pun seumpama dh smpi ke sana jugak. eceh.

    thanks to you too kak
    All d best jugak!

    ReplyDelete
  6. salam ainul

    yeay..ini baru best
    harap x overdose lah dgn adanya blog neh
    baru awal2 dh ketagih. apakah?

    keje kt klinik. bhgn pemakanan. KKM lah ni hntr smpi ke Sarawak. paksa rela awal2 dh jadi suka pulak. keke

    akak pun x hbs pusing lg. hari tuh trn Kuching pon, kwn yg br report duty tlg bwk jln2. diorg lagi advance.akak menumpang2 je.

    thanks ainul ^^

    ReplyDelete
  7. Its a good start ala'!
    nnt boleh p travel sesame in future k :)

    ReplyDelete
  8. ani

    yeay~ kamu juga.
    insyaALLAH akan datang

    ReplyDelete
  9. ya betul...kita ni kira untung sbb mkn nasik. tapi penah tak pegi Bario? dorg kata situ cantik sbb pesen sawah lereng gunung/bukit..cantek. penah tgk dlm M3 dulu tapi nak ke sana kena naik special punya kapal terbang..tu yg rasa lemah tu

    laaa..duduk kat2 dgn kuching ke? akk ada tiket gi sana bln 2 ni tapi blum tau jadi pegi ke tak. dulu ada la member dok Kch tp pastu dia dah balik cni so mcm tak terpikir la nak pi..kalau jadi pi Kch akk roger kamu jela, bleh?

    ReplyDelete
  10. Bario tak pernah pergi lagi. tp belah2 pedalaman tuh org kata mmg byk yg cantek2. kapal terbang kecik tuh kan. twin otter namanya. 19 seater. nak naik kene timbang berat badan dan beg2 sekali. hehe. ada plan nk naik tp x tau lg bile.

    kire dekat lah jugak. hee. Kuching byk tmpt shopping sebenarnya. kalo back to nature, mcm x byk pilihan sgt lah kt sini. bunyik mcm sy dh hbs explore kuching je. keke. roger2 je kak. insyaALLAH ada je sy kat sini. hehe

    ReplyDelete