amacam tajuk?
tetiba rasa nk tgk salji. jadi kami membawa diri ke Bukit Cerakah juga dikenali sebagai Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam. orang tak panggil Bukit Cerakah sebab kalo xsilap dekat sangat bunyi nya dengan perkataan 'celaka/cilaka' which is tidak membawa maksud yang baik lah kan. Pada masa kini, ia dikenali sebagai Taman Botani Negara Shah Alam. Banyak signage dan signboard masih menggunakan nama yang yang lama iaitu taman pertanian bukit cahaya itu, tp don wori, semuanya masih menuju ke tempat yang sama.
yoyooh gerak awal dari rumah, tp sebab singgah puncak alam dulu mengangkut barang, dalam 10 lebih baru kami sampai ke tempat kejadian. last pergi time sekolah kot. lame dah tak pergi. located in the heart of Shah Alam, tidak susah mencarinya. tak jauh dari Masjid Negeri. jsut cari signboard yang menghala ke pusat bandar Shah Alam je, insyaALLAH akan nmpk juga signboard2 yang akan lead ke taman yang dicari.
ahli rombongan adalah saya, adik ke2, 4 dan 5 plus hanani and ahmad.
misi utama adalah nak masuk rumah empat musim. sekarang musim salji. yeay~
Bayaran Masuk Taman
Dewasa : RM3.00 dan kanak-kanak: RM1.00
(tiada diskaun untuk student. sama je harga)
Bayaran Masuk Rumah Empat Musim
sama seperti di atas
untuk makluman: tiket masuk ke rumah empat musim perlu dibeli di kaunter utama. diorg takde jual kat dalam.
since kami pergi hari Jumaat, shuttle bus akan berhenti beroperasi seketika dari pukul 12.00 hingga 3.00 petang. kitorg kene balik sebelum pukul 2.30. kalo naik bas kang, balik kene jalan kaki pula.jarak boleh tahan jauh juga. nak sewa basikal. takut penat. hahahaha
last2 sewa basikal kami orang.
Bayaran sewa basikal
lokasi: masuk2 taman je terus nampak
1 jam pertama : RM5.00 bagi dewasa, RM3.00 bagi kanak-kanak
1 jam berikutnya : RM1.00
jadi kami ambil 4 basikal dewasa and 2 basikal budak2. mujur budak kecik dua org itu pandai berbasikal. diri sendiri lak terpaksa amik basikal ada bakul buat letak bekalan minuman. bajet cte sembilu jap. tepat jam 11.00 pagi, kami mula mengayuh. allocate masa 2 jam je sebab petang ada org kene pergi sekolah agama. jadi tak boleh lama2 :D
taman ini sangat besar. nk puas kena spend satu hari kat sini. macam2 taman ada. taman kaktus, taman herba, empangan, kolam renang, chalet dan sebagainya. untuk maklumat lanjut boleh rujuk laman sesawang rasmi taman ini.
destinasi pertama kami adalah rumah empat musim. otw tuh jumpa taman haiwan yang kami decide untuk singgah bile pulang. pergi yang hujung sket lah dulu kan. masa perjalanan 15-20 minit cmtu bergantung kepada teknik kayuhan dan stamina lah. ktorg slow2 and steady je bawak. ade keta lalu, kene lah ke tepi sikit. kayuh punya kayuh sampai lah ke tempat yang dituju. park basikal cantik2, berenti kejap makan roti yang dibekalkan mommy. amik gmbr dulu kat luar sebelum masuk.
bulan 1 adalah musim sejuk. 1-14 feb rumah ni akan ditutup untuk persediaan musim bunga pula. masuk2, amik ko. kat luar je dah sejuk. tgk suhu katanye -2/-7 darjah celcius. pestaim datang time musim sejuk. sebelum ni datang bunga2 je banyak. memandangkan ini pestaim bagi kebanyakan kami orang, jadi jakun and excited lah memasing. sejuk. sejuk. tgk gambar meh~
oklah kan. nak rasa salji sebenar belum berkesempatan, dapat feel pun jadilah. hahahah
amik2 gambar. amik jugak dgn staf situ yang berpakaian cam
dari lookout point tuh dapat lah tgk view taman yang cantik. boleh tahan tinggi jugak. naik2 pastu turun. exercise konon2 kat bawah tuh sebab die ade provide kemudahan yang boleh bersenam dan jugak bersenang lenang menghadap tasik.
habis2 semua, pukul 12 camtu ktorg gerak balik kt rumah empat musim tadi amik basikal. dah nak turun lah ni. nak balik. singgah taman haiwan kejap tgk2 binatang.antara binatang yang ada adalah rusa, iguana, landak. semua tuh dalam sangkar. rabbit farm ada katenye tapi tak nmpk rabbit pun. binatang yang tak duduk dalam sangkar adalah monyet! tapi rupe tak macam monyet sangat. comel matanya. gmbr jauh je dpt ambil. dekat2 takut dipengapa2kan pula. dah puas2 tgk binatang, 12.30 camtu kot gerak balik ke tempat awal2. eh, ade lagi 15 minit, ktorg pusing2 lah dulu sebelum mencukupkan masa betol2 2 jam.
oh, basikal hanya dibayar semasa basikal tersebut dipulangkan. ktorg bajet dlm RM32 lah untuk semua. tapi tiba bila bayar dia kata RM24 je. budak2 tak kira. benarkah? gembira rasa. tak pasti samada memang tak payah bayar atau pun sebab ktorg mintak diskaun awal2. tp banyak juga kalo nk didiskaun kan. rezeki kami hari itu. tQvm abang basikal~
pulang2 basikal. ktorg pun balik lah. traffic ok. 1 lebih camtu sampai rumah. sempat lah diorg nak g sekolah agama. harus datang lagi ni. tak habis dan tak puas pusing. nak cuba skytrex adventure pula. masuk dlm list jugak neh. sekian. habis dah cerita. terima kasih kerana sudi membaca.
hamboii kaw2 dia spend jalan sana sini ye.. besh2.. penah g bukit cerakah nih bertahun dulu.. time kecik2 .. kenkadang nk ajak papi tp xpenah nye jadik hishh
ReplyDeletetulah psl. betol2 bercuti n berjalan ni.ingatkan dpt lose weight buat aktiviti cenggini selang sehari. sekali timbang, seminggu dok umah je dh naik 3 kilo. kalah penambahan berat bdn ibu mengandung neh. hehe
ReplyDeletebestnye naik basikal!!! berapa dorang charge sewa basikal tu??
ReplyDeleteTempat ni tak jauh dari rumah saya. Rumah 4 musim tu baru sekali je masuk...
ReplyDeleteTQ datang ke blog saya...
aku pon ada pg gak recently. tp xnaik basikal. xpenat ke wei. bukit tu..hehe
ReplyDeletetakat rumah empat musim ok lah. kalo smpi empangan yg jauh di sana itu, mau pk jugak 2-3 kali. hahaha. kalo ade ms sepanjang hari, mgkn boleh dipertimbangkan. keke. since sekejap je, peluh pun malu2 je nk dirembes
Delete