Friday, 13 February 2015

Sawadeekappp : Part 7 - Going back from Krabi to KL (the end...)

Assalamualaikum

Sambungan dari part 6 : Let's Railay (Hiking and Kayaking)

Hari terakhir di Thailand. Kami akan bergerak pulang ke Hatyai lantas ke KL.

Kami ke Hatyai dengan menaiki minivan yang telah dibook di Baan Nisarine. Harga 300 baht/person/way.
Breakfast roti canai yang dibeli dekat kedai tidak jauh dari Kopi Kita
Bergambar kenangan dengan Pak Man
Sebab keretapi dari Hatyai akan bertolak pukul 4, kami dicadangkan untuk ambil van yang pukul 8 punya kerana ia akan mengambil masa 4-5 jam perjalanan dari Krabi ke Hatyai.

Minivan cantik, dan selesa tapi rasanya sempit sedikit haha. Tapi tak kesah sangat sebab semua pun membuta je dalam perjalanan. Kebas jugak lah kaki. Bangun-bangun je tahu dah sampai hentian Trang. Boleh shopping-shopping makan-makan kat sini.

Dalam pukul 1 lebih camtu, kami dah sampai Hatyai. On time kan. Minivan mendropkan kami di Terminal Hatyai Songkhla 2 kalau tak silap. Luar dari Hatyai. Jadi kami kena naik tuktuk dari bus terminal ke Hatyai Railway Station dengan harga 20 baht/person.



Jalan tubik yang dijawikan
Dah sampai, kenalah cari nasi kuning dan cha yen pujaan hati kat area Kimyong Market. Kenyang makan, pusing masuk shopping complex amik aircond, timbang berat badan, tengok-tengok barang survey harga pasaran in case terdatang lagi tau dah nak buat dan beli apa. Hiks. Cukup masa, kami g kedai Nasi Kuning tadi untuk menapau bekalan dalam keretapi pula. Tapau lagi murah dari makan di sana. Murah 10 baht.



Air minuman bateri, 6 baht
Kembali ke stesen keretapi, tunggu keretapi sampai, dan bergeraklah kami menuju ke tanah air. Cop keluar masuk di Imigresen, pemeriksaan bagasi oleh kastam, naik atas jap buat apa-apa yang patut sementara menunggu keretapi yang akan bertolak ke KL pukul 6.45 petang nanti lebih kurang camtu timingnya.

Lepak sini sebab kat dalam terminal ramai

Nak balik dah. Sekejap pula rasa. Ahaha.

Sunset


Koc kitorang paling bising sebab ada pakcik Perodua ni tak berhenti-henti buat lawak. Rombongan dia je 40 orang kot. Separuh dapat katil, and the rest seat. Sempat jumpa geng BBM dua orang. Mereka dari Phuket singgah Krabi pastu turun Penang sebelum ke Kelantan tolong masa banjir. Panjang perjalanan mereka. Semoga dipermudahkan.

It's a wrap. Sesi ditutup dengan minum milo panas di kafe ketapi
Sampai Ipoh dan Hana pun turun. Kami yang lain turun di KL Sentral dan selamat tiba di ibu kota sebelum Subuh. Bid farewell dan kami pulang ke destinasi masing-masing. Habis dah.

It's hard to say goodbye orang kata but the memory remains kan. Gittew.
Terima kasih kalian.

Berikut adalah kompilasi entri Sawadeekappp :

Sawadeekappp : Itinerary
Sawadeekappp : Accommodation (Bangkok & Krabi)
Part 1 : Overland journey (from KL to Bangkok) and Chatuchak Market
Part 2 : Lopburi & Khao San
Part 3 : Damnoen Sanduak & Maeklong Railway Market
Part 3.1 : Sunset at Chao Phraya & Bangkok at night
Part 4 : Masjid Darul Aman, Grand Palace and Happy New Year Krabi~
Part 5 : Emerald Pool, Green Pool, Hot Spring and Tiger Temple
Part 6 : Hiking and Kayaking at Railay

Untuk versi Hana boleh baca kat sini.

Moga bermanfaat. Terima kasih kerana membaca.

Till then. Bye. Wassalam

7 comments:

  1. u did really well.!! adore u more.!!
    malu pulak u promote page ntah pape i..

    catatan bersama idola.. muacks ciked.!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haipp. Blog u lengkap tau. I xpernah smpi kat tmpt yg u update. Mmuahh banyak

      Delete
    2. nanti sis JM nk terhah blog Hana ni lah :-)

      Delete
  2. sempat lagi tu pegi timbang berat badan hihih

    byk nya entri yg perlu sis JM khatam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi. sempat sangat p timbang. killing time katanya.

      blog JM pon sy xhbs khatam lagi T_T. slowly. slowly. hee

      Delete
  3. Salam. Hee seronoknya pergi Siam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam hee. tulah. dah balik rasa nak g lagi. g jangan tak g.

      Delete