Monday, 19 January 2015

Sawadeekappp : Part 3 Damnoen Sanduak & Maeklong Railway Market

Assalamualaikum

Sambungan dari part 2 : Lopburi - Khao San Road

Hari ke2 di Bangkok. Jadi hari ini kami akan pergi ke Damnoen Sanduak Floating Market dan Maeklong Railway Market.

Damnoen Sanduak Floating Market


How to go?
BTS Victory Monument. Exit 4.
Betul-betul bawah tuh ada port minivan. Turun tangga. Jalan sikit dan ambil kiri.

Kami akan menaiki minivan hari ini. Tambang 90 baht/person/way. Kitorang terlewat 5 minit jadi terlepas yang pukul 7 punya. Semua sebab kena sergah dengan anjing besar pagi tuh. haha. Salahkan anjing pula. 15 minit sebelum pukul 8 minivan pun bertolak.

kaunter tiket

Damnoen dan Maeklong terletak di luar Bangkok yakni daerah Samut Songkhram. Perjalanan mengambil masa 1 1/2 jam. Dua-dua nya sama jalan tapi kami decide untuk ke floating market dahulu sebab awal pagi sejuk, tengah hari nanti dah panas.

Minivan telah mendropkan kami pada satu operator bot ni. Harga kat boat 2000 baht/boat. Mahal gle. Kitorang jalan depan sikit. Sama jugak harga. Survey2 melalui pembacaan rate 200 baht kot seorang. Luckily uncle tuh bagi kitorang harga 200 baht itu. Uncle itu tauke mungkin.

The map
Rupanya, tempat yang van tuh drop memang jauh, kira kitorang dari canal kecil menuju ke canal besar. Kitorang nak turun dekat floating market utama tengah-tengah dekat jambatan itu dia tak bagi. Turun naik tempat sama katanya. Frust jugak. Nak membeli dari dalam bot jelah kira. After a while, kembali ke pangkal jalan tempat kami naik tadi.



membelok nak p canal besar


Pasar utama


Boat kami berenjin. Aim nak ambil yang tidak berbumbung dan pakai pendayung tuh je.
Tapi dah didrop dekat tauke boat kan. 
Jambatan yang dimaksudkan


Turun-turun kitorang jalan kaki. Nak p floating market yang utama tuh. Tak puas hati tak dapat turun tadi. Boleh tahan jauh jalan kaki. Haha. Almost 2km jika xsilap. Mujur ada songthaew lalu. Kita naik. 10 baht/pax. Dah sampai tengah, haa ambillah gambar puas-puas. kiki. Halal food adalah limited. Jumpa pun spring roll vegetables and mango sticky rice. Ok lah untuk mengalas perut kan.


View dari atas jambatan



Padat




Dah puas semua, dalam pukul 11 pagi nak gerak ke Maeklong pula.

Petunjuk anda berada di tengah-tengah Damnoen Sanduak floating market yang dekat jambatan itu
Landmark dari jalan besar ke Damnoen.
Boleh turun sini dan amik songthaew untuk ke jambatan tempat floating market berada
Atounk p beli barang kat 7E dan tanya jika ada minivan ke Maeklong. Ada memang ada tapi 11.40 pagi baru gerak. Kitorang plan nak kejar keretapi yang pukul 11.45 gitu.

Maeklong Railway Market


Kenapa nak ke sini? Sebab rare. Mana nak jumpa keretapi yang lalu tengah-tengah pasar? hehe.

From wikipedia - The railway became famous for its route through the Maeklong Railway Market, nicknamed (ThaiTalad Rom Hoop), meaning the 'Umbrella Pulldown Market'. It is one of the largest fresh seafood markets in Thailand, and is centred on the Maeklong Railway's track. Whenever a train approaches, the awnings and shop fronts are moved back from the rails, to be replaced once the train has passed.

Untuk perjalanan terus ke Maeklong dari Bangkok, boleh rujuk entri Zali.

Jadinya since kami dari Damnoen, kami jalan kaki balik ikut jalan tadi nak menuju jalan besar utama. Adalah belas minit jalan kaki pastu ada songthaew lalu. Dalam songthaew, kami confirmkan balik dgn orang local, tanya aunty g Maeklong tak. Katanya pergi, cuma kena tukar bus bila dah sampai simpang. Tunggu seberang jalan sebelum flyover. Harga songthaew ke jalan utama 10 baht jugak.

Punya baik aunty ni kitorang tanya macam-macam pasal Maeklong, dia reply "Just a moment. Follow me." Ingat nak tunjuk biasa-biasa je sekali dia bawak kitorang p tempat bus.

Boleh naik bus no 78 untuk ke Maeklong. Bus ni menuju ke Bangkok. Jadi boleh turun kat Maeklong. Otw pergi tadi memang kitorang dah lalu Maeklong tuh. Tapinya kitorang tak naik bus tuh sebab terjumpa minivan yang boleh terus hantar. Harga 40 baht/person. Hee. Setengah jam perjalanan.




Redha je time ni sebab jam dah 12 lebih. Sampai Maeklong, kami cari dulu stesen keretapinya sebab kami nak naik keretapi ni nanti balik Bangkok. Nak beli tiket. Tapi kaunter tiket bukak nak dekat2 bertolak nanti. Mujur juga next train pukul 1.30 petang. Tak perlu tunggu lama bukan.


Abe kecek kelate

Sempat kami singgah gerai sorang abang ni. Muslim. Gerai kopi tepi jalan pun pakai mesin macam coffee house. Sememangnya confirm sedap tiptop rasa.







Keretapi delay. 2 lebih baru sampai. Masing-masing ambil port untuk dapat shot menarik.

Peniaga-peniaga pula. Ada kedai yang dah tutup khemah and payung siap-siap. Ada yang rilek je dulu. Dah nak dekat baru tutup pun ada.


lari2 ambil port




Dan keretapi pun tiba...




Slow je keretapi. And sejurus keretapi berlalu, keadaan pasar kembali seperti biasa. Memang dekat dengan muka keretapi tersebut.

Usai mengambil gambar, slo-mo video semua, kami pun menaiki keretapi ini untuk pulang. Harga 10 baht untuk perjalanan dari Maeklong-Ban Laem.


Jika tadi, kami tengok dari luar. This time kami naik pula di dalamnya. Ingat nak keluar kepala, sekali tak dapat sebab dekat sangat dengan payung dan khemah peniaga. Dok diam-diam je.



Antara view sepanjang perjalanan lebih kurang satu jam ke Ban Laem.





Jadi perjalanan pulang kami
1) Train from Maeklong - Ban Laem (10 baht)
2) Feri Ban Laem - MahaChai (3 baht)

Dari Stesen Ban Laem ke jeti feri tuh kami ikut orang. Akan melalui kedai-kedai laluan berbumbung sebelum sampai jeti.

Dah sampai Ban Laem
Follow the crowd
enjoy the view
Masuk celah kedai. Ikut orang jugak time ni
Naik feri




Dah sampai MahaChai
Dari Maha Chai nak ke Bangkok pula.
1) Boleh naik keretapi turun kat Wong Wai Yian. Then ambil BTS. macam Hazwan Hafiz dan Kak Pija buat. PM pun sama. Pergi balik pakai public transport juga.

tetapi kami nak kejar sunset kat Chao Phraya, macam lama nak tunggu keretapi. Jadi, turun-turun feri, kami jalan terus. Cari teksi. Mahal. 500 baht/taxi tak silap. Jalan depan sikit nampak minivan banyak-banyak, kami tanya camne nak ke Bangkok. Saphan Thaksin exactly.

Ayam itik punya conversation. Tunjuk map bagai. Mujur map ada nama-nama stesen BTS dalam bahasa Thai. Jadi aunty kaunter minivan cakap

1) naik minivan sampai Bangkok. Dia akan turunkan depan shopping complex yang ada laluan bas. 30 baht/person
2) naik bus No 76. Pastu akan lalu dekat stesen BTS. 19 baht.

*Die macam xsure Saphan Thaksin actually, pastu sebut Silom dia tahu. Sala Daeng dia tanya? Ya jawab kami. Silom adalah MRT. Sala Daeng BTS. Interconnected 2 stesen ni. Kami tak kesah asal jumpa BTS.

Kami bernasib baik juga jumpa orang yang baik sepanjang perjalanan. Pemandu tuh bagitahu kami bila dah sampai kat shopping complex, and kebetulan bas no. 76 lalu, kami terus naik.

Naik bus, confirm balik dengan konduktor. Silom? and dia angguk. Jalan punya jalan, ahli kumpulan ternampak stesen BTS Wongwian Yai tepi jalan. Terus tanya orang sebelah, Saphan Thaksin? Dia tak tahu tapi lepas tuh dia tunjuk BTS Krungthon Buri kat kitorang. Terus kami turun. Bas ni tak lalu BTS Saphan Thaksin mungkin. Sebab depan tuh dah banyak simpang. Kalau kami teruskan kami akan ke Silom, tapi if turun sini jaraknya satu stesen sahaja untuk ke Chao Phraya.

Bersambung...





No comments:

Post a Comment