Thursday, 8 January 2015

Namaste Nepal : Day 7 (Kathmandu Day Tour)

Assalamulaikum

Sambungan dari sini.

Hari ini adalah hari terakhir di Kathmandu dan akan dihabiskan dengan melawat di kawasan sekitar.
Kitorang plan nak gerak pukul 12 sebab pagi tuh nak habiskan shopping lagi. Membeli mana yang tak sempat semalam kan. Simple breakfast (roti, telur, coffee) provided by hotel dekat rooftop. Ini lah jugak masanya menghabiskan stok makanan yang ada. Mana yang berlebih kami tinggal je kat hotel tak nak bagi berat beg.
Tour hari ini dibawa oleh Kessar. Walaupun dah kenyang makan pagi, kitorang request jugak nak makan tengah hari takut habis lambat kang terkejar ke airport. Tempat sama macam semalam sebab tuh je yang senang. hihi 
wayar berselirat
Jalan berdebu dan berhabuk
Usai makan, Kessar bawak kitorang ke Monkey Temple. Kene naik tangga sikit. Dia explain sikit punya banyak. Kessar ni lecturer kamu tahu. Memang banyak lah dia cerita. Tapi i xbrp ingat dah. Sebab kompleks. Pening pun ya. Dah lah anjing banyak kat atas. wuwu. Tapi view adalah cantik. And temple tuh pun cantik jugak. Yang saya ingat dia cerita pasal eye of Buddha yang kalo perasan ada banyak dekat sovenir dan lain2 barang. Eye tuh simboliknya untuk melihat past, present and future. Lebih kurang camtu.




see the eye yang warna kuning kat belakang?

anjing, burung dan monyet


ada org khusyuk dengar penerangan :P
Dah selesai, turun2 bawah, cakap dengan Kessar, boleh tak kitorang nak slash satu temple, and bring us to Masjid instead. Sebabnya lebih kurang je semua tempat nak dilawat hari ni. Kitorang cakap lah nak sembahyang Zohor. Dia cakap ok. Lega mak. Melancong sambil menjana pahala InsyaAllah.
Kessar pun cerita, dia biasa g masjid ni. Sebab one of his lecture ada topik pasal 'Religion in Nepal'. Islam adalah dalam 4% if tak silap kami. Banyak dekat selatan Nepal. Jadi katanya dia akan g Masjid ni, duduk diam dan tengok orang solat lah untuk belajar. Pengurusan masjid bagi je. Xde kene halau ke apa. 





Dah solat, kitorang gerak ke Patan Durbar Square. Ni macam kota lama. Ada 3 kota yang berkaitan iaitu Patan Durbar Square, Kathmandu Durbar Square and satu lagi Bhaktapur Durbar Square yang terletak on the way ke Nagarkot itu. Serius xberapa fokus dah time ni. Dengar pastu lupa. hihi. Buruk betul perangai xamik pelajaran dan iktibar. Ish ish. 
Durbar Square is the generic name used to describe plazas and areas opposite the old royal palaces in Nepal. It consists of temples, idols, open courts, water fountains and more. Before the Unification of Nepal, Nepal consisted of small kingdoms, and Durbar Squares are most prominent remnants of those old kingdoms in Nepal. In particular, three Durbar Squares in the Kathmandu Valley, belonging to the three Newar kingdoms situated there before unification, are most famous: Kathmandu Durbar SquarePatan Durbar Square, and Bhaktapur Durbar Square. All three are UNESCO World Heritage Sites. - wikipedia
Saya ni xberapa seni. Tapi kita tahulah kan kalo tempat tuh design cantik or not. Haha. Motif2 kerawang dekat kota tersebut adalah berseni dan detail. Ada motif bercorak erotic jugak. Erk. Kitorang pusing2 sekitar itu then Kessar bawak g Golden Temple. Tak semua tempat pun boleh masuk actually.















Golden Temple dengan Patan Durbar Square jalan kaki dalam 10 minit camtu je. Yang I ingat dekat pintu masuk tuh ada banyak gambar Kumari. I ingatkan Kumari ada satu je kat Nepal. Rupanya banyak.
Kumari, or Kumari Devi, is the tradition of worshiping young pre-pubescent girls as manifestations of the divine female energy or devi inHindu religious traditions. The word Kumari, derived from Sanskrit Kaumarya meaning "virgin", means young unmarried girls in Nepali and some Indian languages and is a name of the goddess Durga as a child.[1]
In Nepal a Kumari is a pre-pubescent girl selected from the Shakya or Bajracharya clan of the Nepalese Newari community. The Kumari is revered and worshiped by some of the country's Hindus as well as the Nepali Buddhists, though not the Tibetan Buddhists. While there are several Kumaris throughout Nepal, with some cities having several, the best known is the Royal Kumari of Kathmandu, and she lives in theKumari Ghar, a palace in the center of the city. The selection process for her is especially rigorous. The current Royal Kumari, Matina Shakya, aged four, was installed in October 2008 by the Maoist government that replaced the monarchy. Samita Bajracharya, as the Kumari of Patan is the second most important living goddess.[2]
In India a Kumari is generally chosen for one day and worshipped accordingly on certain festivals like Navaratri or Durga Puja. In the Indian state of Bengal this is a particularly prevalent practice.
A Kumari is believed to be the incarnation of the goddess Taleju (the Nepalese name for Durga) until she menstruates, after which it is believed that the goddess vacates her body. Serious illness or a major loss of blood from an injury are also causes for her to revert to common status. -wikipedia-
Dekat dalam ni depan patung Buddha if xsilap ada satu loceng. Kessar cerita, kalo diorang buat dosa ke apa, just sentuh loceng tuh, dia akan 'purified'. Suci balik lah kira. Sebab ni tempat sembahyang, saya tak ada ambil gambar sangat.

Selepas tamat melawat Golden Temple, kami bergerak ke destinasi terakhir, Pashupatinath Temple. Ni highlight of the trip kebanyakan orang sebab boleh tengok upacara pembakaran mayat. Time kitorang sampai tuh dah nak gelap dah. Tapi masih ada lagi mayat yang tengah dibakar. Hanya ahli keluarga je yang boleh masuk kawasan tuh. Kitorang tengok dari jauh je.


Menurut Kessar, biasanya kayu dah habis bakar tak pakai dah, tapi sebab sekarang susah sikit nak dapat, tengok musim jugak, dia akan recycle balik. Dia tunjuk jugak satu bilik dekat dengan tebing sungai. Bilik tuh untuk menempatkan orang yang sakit / nazak, kira bila dia meninggal senang lah untuk diuruskan. Wuwu. Sedih dengar. Kalo orang sakit, dikelilingi orang sakit, mesti self esteem dah macam down kan. tengok lak orang sekeliling dah pergi dulu.
bilik kecil bercahaya dekat tangga itu tempatnya
Puas tengok sekeliling, kami beransur menuju ke airport. Almost 6 o'clock already.

Bersambung...

No comments:

Post a Comment