Bertemu kembali. Mari sambung entri thailand.
Kami ke sana dengan menaiki keretapi. Pertama kali nak mencuba ni. Begini ceritanya.
Day 0 KL Sentral to Hatyai
Keretapi Senandung Langkawi dijangka bertolak pukul 10 malam dari KL Sentral. Jadi kami berempat mengalas perut di KFC sambil menunggu panggilan masuk. Afa akan join kami di Krabi nanti
Harga seat : RM 48/pax. Tiket dibeli sebulan awal oleh Atounk. Hajat nak amik bed tidak kesampaian. Limited kot satu koc je yang ada bed. Selling fast orang kata.
Seat pon ok sebab nak tidur je kan.
Sebelum tidur mengopi dulu di kafe. Berjalan dari hujung ke hujung sebab koc kami hujung sekali. Ada surau juga depan sikit dari kafe. Usai mengopi, dan kami pun lena dibuai mimpi.
Gunung Jerai |
Alor Setar |
Menara Alor Setar |
Arau |
Day 1 Padang Besar - Hatyai - Bangkok
Kami tiba di Padang Besar lebih kurang pukul 9.30 pagi. Keluar imigresen Malaysia, masuk imigresen Thailand. Sebenarnya semua dalam bangunan yang sama. Pusing-pusing je. Follow the crowd. Kami dimaklumkan keretapi ke Hatyai akan bergerak lebih kurang pukul 10.45 pagi. Jadi kami mempunyai masa yang cukup untuk buat apa-apa yang patut.
Keretapi akan bertukar kepala di sini. Cuma tinggal 2 koc sahaja akan dibawa bersama. Free seating. Kitorang punya seat dah ada orang duduk, jadi kami melepak lah dekat koc yang ada katil itu. Susah senang dihadapi bersama orang kata.
Baru nak lelap mata, dah sampai rupanya. Sejam sahaja perjalanan dari Padang Besar.
Meninggalkan Padang Besar |
Keretapi ke Bangkok pula dijadualkan akan berlepas pada pukul 3.39 pm.
Harga tiket: RM 57 (550 baht) untuk katil atas, dan RM 62 (605 baht) untuk katil bawah. Lebih kurang macam tuh bila convert. Atounk juga yang beli tiket masa dia datang Hatyai tidak lama sebelum itu. Nak walk in pun boleh.
Tengah hari kitorang makan siap-siap kat Rocky Muslim Restaurant, Hatyai.
Then menunaikan solat di Masjid Pakistan, baru kami membeli tapauan.
Nasi Kuning : 5 baht/pack
Anggur : 100 baht for half kilo
Kimyong Market |
menuju masjid |
Masjid Pakistan |
Kedai nasi kuning |
orang berjualan |
Duduk dulu seketika, ambil port, betul-betulkan tingkap, borak-borak.
Train waktu siang |
gambar feeling retis kena ada |
turunkan tingkap |
bergambar kat tingkap |
main kat pintu pula |
mujur ketapi belum gerak |
Kat Hatyai lagi. Dah nak gelap |
laju |
Dinner |
Train waktu malam. Katil dah bukak |
Perjalanan panjang, tren boleh tahan laju and masing-masing kepenatan, 9 lebih nak dekat pukul 10 check in dah kitorang hehe.
duta katil |
duta katil part 2 |
Bangun pagi, gosok gigi. Ada sinki. Air ada xde kene tgk nasib jugak sebenarnya. Sinki belakang takde air, kami menumpang kat koc yang beraircond. Kitorang koc kipas. hee. Tengok sunrise dari dalam keretapi. Kemas-kemas sikit barang. Pukul 8 depa nak lipat balik katil menjadi seat kembali,
sunrise |
breakfast |
Camni ar keje kitorang. Tido bangun makan tido bangun makan tak sampai-sampai lagi.
capturing sunrise moment |
Hua Hin |
belum lipat lagi katilnya |
pembelokan |
Phetchaburi |
Terbaik dari langit |
Ratchaburi |
Indeed :) |
Menghampiri Hua Lamphong |
Finally! |
Jadual train lopburi. Untuk lebih detail, ada pamplet disediakan berdekatan |
Jom sambung ukur jalan di sebelah petang.
Hua Lamphong Station |
Chatuchak Market
Chatuchak Market hanya dibuka pada weekend sahaja. Ada pendapat kata weekdays buka tapi rasanya tak semeriah weekend. And kami suspect yang bukak tuh pun kedai-kedai biasa sedia ada.
Since kami dari Hua Lamphong naik MRT, kena turun dulu kat Silom.
Then tukar amik Skytrain kat Sala Daeng menuju Mo Chit.
Ringkasnya, How to go?
BTS Mo Chit Station. Take Exit 1. And follow the crowd.
Market nya sebelah dengan taman tasik.
BTS line |
Follow the crowd. Sangat crowded sampai turun tangga kena beratur |
Penjual teh tarik yang ramah. Berpusing-pusing buat cha yen. Sebelah nya ada gerai jual kebab halal. Cha yen : 30 baht Kebab : 70 baht if xsilap |
Bersama Au Thai. Boleh cakap Melayu sikit2. Selamat Tahun Balu |
Sightseeing and Window Shopping at Bangkok
Selesai p market, kita p shopping complex lak. Macam diberitahu sebelum ni, kitorang kan xde hala tuju. hehe. Jadi jalan mengikut langkah kaki je.
How to go?
BTS Siam. Exit 1 kalo nak p Siam Discovery.
View dari Mo Chit stesen |
Kerja kitorang keluar masuk Siam Paragon, pastu keluar masuk Siam Discovery. Turun naik eskalator, jumpa Madam Tussauds amik gambar dengan Leonardo diCaprio kat luarnya.
Then keluar jalan g MBK pula. Turun naik tangga cari Hard Rock Cafe. Pastu jalan-jalan night market dekat kaki lima bawah stesen skytrain itu. Nampak sangat tak ada hala tuju kan. hahahaha.
tak masuk dalam. dok luar je |
Siam Discovery |
Night market bawah stesen |
Chit Lom |
Hua Lamphong at night |
Ajlaa, kat bangkok korang tido mana? Sementara nak tunggu ke lopburi
ReplyDeletekitorang tidur Loftel 22 hostel tim.
Deleteini link nya
http://ajlaarasid.blogspot.com/2015/01/sawadeekappp-accommodation.html
http://www.loftel22bangkok.com/
Delete