Tuesday, 13 January 2015

Sawadeekappp : Accommodation

Salam

Bertemu kembali. Dah lama tak backpacking dan dok hostel sebenarnya. Sepanjang tahun lepas dok supiring jadi memang dah ada orang yang tolong arrangekan part tempat tinggal.

Jadi entri ini akan menceritakan tempat berteduh kitorang sepanjang di Bangkok dan juga Krabi.

1) Loftel 22 Hostel, Bangkok


Link : http://www.loftel22bangkok.com/

Hostel ini dipilih kerana kedudukan yang hampir dengan stesen keretapi Hua Lamphong. Tujuan nya supaya kitorang dapat mengejar keretapi ke Lopburi yang akan bertolak seawal 4.20 pagi. Sistem pengangkutan lain xmula seawal itu. huhu. Jadi berjalan kaki adalah option yang ada.

Kami opt for mixed dorm. 4 beds/room. Shared bathroom.
Price nya adalah 350 baht/person.
Stesen terdekat : Stesen Keretapi Hua Lamphong, MRT Hua Lamphong

Jangan lupa ambil peta kat reception. Sangat-sangat membantu. Sebab detail. Better than map harga 50 baht beli kat Hua Lamphong. T_T

Bawah hostel ni ada cafe. Sedap aih mocha, cocoa iced cappucino semua ada. Harga pun affordable. 50 baht pun boleh dapat yang sedap bergantung kepada jenis minuman. Kitorang order sorang satu sambil mintak air panas kat kafe untuk dimakan bersama maggi.


crdt picture to Loftel web
crdt picture to Loftel web





Sempat tak kitorang kejar keretapi ke Lopburi? Sempat. Keluar dalam 3.40 pagi, pukul 4 pagi camtu dan sampai Hua Lamphong.


2) De Talak Hostel, Bangkok


Link : http://www.detalakhostel.com/home.html

Plan asalnya nak duduk di Khao San Road sekali dengan atounk and zaid tapi tak jumpa yang hampir dengan depa. Born Free Hostel tempat depa pun penuh. Jadinya Hana and I duduk jauh sikit. Jauh banyak lah jugak. haha. Kemudahan wifi yang ada digunakan sebaiknya untuk menetapkan tarikh dan masa berkumpul untuk aktiviti esok harinya. Alhamdulillah xterjadi kes tunggu tempat lain jumpa tempat lain.

Hana and I duduk female dorm this time. 6 beds/room. Attached bathroom.
Price nya adalah 1050 baht untuk 2 orang untuk 2 malam.
Stesen terdekat : MRT Queen Sirkit Convention Centre




Our room
Thermos yang tinggal kenangan
Ice breaking ngan mamat Korea
Aiskrim kelapa
Hostel ni review bagus. Free flow of coconut ice cream. Nyum. Hostel selesa. Ada beranda senang basuh sidai baju. Bilik air pun dalam bilik. Senang sesangat. Washing machine dryer iron semua ada cuma kitorang xsempat guna.

Cuma Hana and I rasa dia agak tersorok sikit ke dalam. Sebab kitorang dua-dua malam balik lambat. Pakai teksi dan tuk-tuk pun still rasa jalan cm sunyi. Lagi satu sebenarnya kitorang ada pengalaman pahit kena sergah dengan anjing. wuwuwu. Besar dan dekat gile dah dengan kitorang mujur owner dia ada. Serius besar. Terkenang-kenang pula. T_T


3 malam di Krabi pula,


3) Pak Up Hostel, Krabi


Link : http://www.pakuphostel.com/

Hostel ini dipilih kerana review yang bagus. Dekat dengan pasar malam kat riverside nun.

Hana, Afa and I stay kat sini. 10 beds/room. Mixed dorm. Shared bathroom. Tapi dia asing lah lelaki and perempuan punya bilik air dan shower room.
Price nya adalah 350 baht/person.



ni dari website. time kami datang banyak kusyen. sedap nak landing


shower and toilet



view dari balkoni
Hostel ni x ada air panas. Sian afa nak buat coffee pun susah. Ke kitorang yang tak jumpa ek. Haha
Yang lain2 ok. Wifi laju. Selimut tebal. Sedap tido.

credit pictures to hostel website.

4) Baan Nisarine, Krabi


Link : http://bannnisarinepromotion.blogspot.com/

Atounk dan Zaid stay sini. At first Hana and I patutnya check in kat Ao Nang Backpackers Hostel untuk 2 malam berikutnya. Afa memang xcheck out dah dari Pak Up Hostel.

Kitorang dah book dah pun Ao Nang tuh tapi tetiba kitorang macam malas nak check in sana. Haha. Biar setempat kat Krabi senang nak bergerak katanya. Lagipun takut problem nak gerak dari Ao Nang ke Krabi pada hari kami nak bertolak balik nanti. Lagi banyak sukar dari senang, jadi stay Krabi je.

Time kitorang pergi kan New Year. Peak season. Mujur ada bilik kosong Pak Man tolong arrangekan untuk malam pertama sebab ada orang tak datang. Malam kedua cam risau gak sebab Pak Man kata xde kosong tapi kitorang decide nak fikir kemudian. Berjalan lebih utama lol hahaha. Thanks to Zaid tolong book kan untuk Hana and I pada malam kedua. Ada kosong tetiba. Rezeki kami alhamdulillah.

Malam 1 : Twin bed. 500 baht/room
Malam 2 : Double bed. 450 baht/room
Shared bathroom of course. Bilik kitorang basic je. Bukan Aircond. Fan sahaja.


Bilik Hana and I. 

Ada orang photoshoot kat dalam.
Tapau roti canai. Makan kat luar hostel
Group photo with Pak Man

Baan Nisarine punya tempat lepak bawah tuh luas. Kerusi meja banyak. Tak berebut. Free coffee and tea. And malam2 motor Pak Man suruh bawak masuk simpan kat dalam.

Muslim owner. Dekat dengan halal food stall, Kopi Kita, convenience store and Krabi Night Market yang bukak weekend tuh. Jauh sikit dari riverside tapi ok je nak berjalan kaki. Sebab ramai-ramai jadi tak terasa jauh.

Kitorang book minivan ke hatyai pun dari sini je, 300 bath/person/way.

Demikian sahaja. Pandangan peribadi. Ok bagi kami xsemestinya ok bagi orang lain bukan. Bergantung pada citarasa individu tapi saya suka je semua di atas :)

Sekian wassalam

2 comments:

  1. d'talak mmg selesa tapi yang tak selesanya jauh giler ke dalam..kalau jln memalam, harus mata melilau kiri kanan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul2. Kalo jalan dari mrt boleh tahan juga distance. Kena balik awal lah kan. Tp kami dok blk tgh mlm, teksi tuktuk hantar smpi depan pintu. Alhamdulillah

      Delete