Monday, 9 February 2015

Sawadeekappp : Part 5 Off to the pool and temple too?

Assalamualaikum

Bertemu kembali. Sambungan dari part 4 : Masjid Darul Aman, Grand Palace, off to Airport by train and Hello Krabi!

Panjang rupanya tajuk entri lepas. Baru perasan.

Jadi hari ini hari kedua kami di Krabi.

Misi hari ini adalah mencari Blue Pool and Emerald Pool yang femes itu serta kolam air panas.

Jadinya, kami telah bertolak sesudah Subuh plannya tapi biasalah mesti terlewat punya. Keke. Check out dari Pak Up siap-siap. Destinasi hari ini adalah luar dari Krabi. Menuju ke Trang. Khlong Thom to be exact. Lebih kurang 65km dari Krabi town. Sejam jugak perjalanan jika tidak silap. Kematu montot naik motor lama2.






Perjalanan kami dipandu oleh GPS yang dilead oleh Afa. Kami bercadang untuk ke pool dulu sebab kena trekking sikit jadi waktu pagi adalah waktu yang sesuai.

Ok. GPS tunjuk jalan kebun getah. Kawan atounk yang pernah sampai sebelum ni kata jalan tak berapa elok. Jadi kami cari jalan lain. Jumpa. Jalan lebih kurang sama tapi better dari sebelumnya. Jalan-jalan punya jalan, jalan kebun tadi membawa kami ke jalan besar dan bertar. Ape cer? Hahah. Rupanya ada je jalan cantik tak perlu lalu jalan kebun bagai tadi. Sabo ajelah. Cari signboard Sa Morakot ye kawan-kawan.

Pintu masuk jalan kebun getah




Sampai-sampai tempat kejadian, kunci motor, nampak banyak makanan halal terjual, kami belilah bercucuk-cucuk makanan buat bekalan berkelah di tepi kolam.

berlatarbelakang kedai cucuk-cucuk. Kat dalam pun ada lagi
sepanjang jalan penuh orang berjualan
Bayaran masuk ke pool ini adalah sebanyak 200 baht/person untuk foreigner. Baru berangan nak menyamar jadi local tapi tak kesampaian.

Untuk makluman, di pintu masuk, akan ada security bukak check bag yang dibawa. No food allowed. Air rasanya macam lepas. Kitorang kata nak bawa makanan halal pon depa tak bagi. No kompromi. Betul-betul menjaga kebersihan kawasan. So bertabah jelah tinggal kan makanan yang dibeli tadi di pintu masuk. Diletaknya dalam plastik dan disangkut di paku yang disediakan.




hijau itu emerald. emerald pool.
Jalan-jalan jumpa Emerald Pool dulu. Kitorang g Blue Pool terus. Dalam 15 ke 30 minit trekking. Kami pakai sandal cuma kena berhati sikit part selut and akar yang licin. Easy trek. Let's enjoy the photo.







Dah habis bertepuk tangan, berphotoshooting bagai siap tersilap langkah kaki masuk dalam selut, kita patah balik dan bersihkan badan kat Emerald Pool yang mula-mula dijumpai tadi.

Ramai gleeee orang. Cuti New Year mungkin.




Mandi jangan tak mandi. Niat di hati nak belajar berenang tapi end up kene gelak dgn budak-budak ni. Ces sungguh.

Agak-agak dah puas. Kita bergerak balik ke motor jom. Balik ntah macam mana kitorang lalu jalan lain untuk sampai ke pintu masuk. Rasa macam jauh sikit tapi view cantik. Ada Crystal Pond ditemui di tengah jalan. Bergambar sikit-sikit, ambil makanan kat pintu masuk tadi dan kami melantak kat parking. Lapar kot memasing, licin habis segala bekalan. haha.

crystal pond
Next destination, hot spring.

Gambar gugel macam ni.

Hot Stream
Excited kan nak pergi.

Tapi nya kami ikut signboard Hot Spring instead of Hot Stream. beza tau. Pusing punya pusing tak jumpa, last2 alang2 dah sampai, dengan mengikut signboard Hot Spring telah membawa kami ke Saline Hot Spring. Ada kaunter tiket di luar. Paling tak boleh tahan budak-budak laki ni mintak diskaun tiket. Dalam hati "biar betul budak-budak ni, tiket masuk pun mintak diskaun?". The result, dapat diskaun okeh. iols tak percaya. hahaha. Bertuah betul. Mungkin sebab tempat dia jauh ke dalam tak ramai orang datang kot. Dapatlah 60 baht sorang.

Misi cari hotspring
Diskaun 40%. haha
Jadilah kan buat rendam-rendam kaki. Tadi kan dah penat trekking. Hihi. Berendam dalam kolam ni banyak khasiat tau.




Dah puas, gerak balik ke Krabi jom.

Selepas menikmati makan tengah hari tak berapa tengah hari sangat, tengok masa masih ada lagi. Jadi kami plan nak tengok sunset di Tiger Temple. Nun jauh di atas bukit itu. Zaid dah gerak balik hostel sebab ada tanda-tanda nak demam. Jadi cuma kami berempat saja yang meneruskan misi ke tempat kejadian.
Menuju temple di hujung nun

Tak jumpa signboard. Dan saya agak konfiden signboard takde. Mula-mula je macama nampak. Dari arah Trang, temple tersebut jelas kelihatan di sebelah kanan. memang nampak ada sebiji temple di atas bukit. Jadi kami agak-agak je simpang nya. Simpang ke tempat pelancongan selalu nampak cantik, jadi kami ikut gerak hati dan terus membelok. Mujur betul. Tiada bayaran dikenakan. Motor pun boleh park dekat kedai-kedai berdekatan.

Mari memanjat tangga!






Depa naik atas nak p sembahyang
At the top of the hill, there is no wash room. Please relieve yourself first before going up
Kami sampai di puncak tatkala azan Maghrib berkumandang. Puas bergambar, dan lampu henfon menerangi jalan pulang. Boleh tahan tangga nya. Taknak naik dah pasni.







Pulang ke Krabi, Hana and I tetiba cam malas nak check in kat Ao Nang macam yang diceritakan kat entri accommodation dahulu, jadi lepak Krabi je. Jalan-jalan p night market kat riverside menapau dinner dan kami nikmatinya di perkarangan Baan Nisarine.



Pancake


Hari yang panjang hari ini. Esok ke Ao Nang pula.

credit picture to atounk

Bersambung...

10 comments:

  1. Salam, nak tnya Emerald pool tu memang kena hiking ke nak sampai sana..? ada jalan yg x perlu hiking..? he..he... lama ka? worth going x? TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. bagi saya berbaloi sebab alang-alang dah sampai macam rugi lak kalo xg. hehe. tak silap jalan tuh je yang ada. tak menaik jalan nye, mendatar dan landai. time ktorg pergi hari tuh sbb tanah lembap sikit, slow jadinya. kalo kering, no prob. dalam 15-20 minit boleh sampai.

      Delete
  2. Kalau takmau naik moto...ada tak pakej untuk kesana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada Pak Lang. macam guest house kami dia ada offer pakej ranging from 1000 baht ke 1800 baht per person. bergantung kepada aktiviti dan tempat yang kte nak pergi. Ada yang elephant riding, water rafting, pakej macam atas pun ada juga.

      Delete
  3. Salam. Hee sungguh seronok menunggang motor dan mandi air kolam di Siam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee. seronok2 lagi part lepas mandi. sejuk kot baju basah2 ditiup angin. hehe

      Delete
  4. Perghh.. My idol laa awak ni ajlaa.. Gambar semua yg baek2 sgt.. Btw, part lena atas moto miss out.. Larikkkkkkk.!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. perghhh. awak idola saya jugak. #puterigunung. eh? tibe2 i terlupa nk letak part lena atas moto. lol. takpe uols je tau. hahahah

      Delete
  5. Wah Ala..banyak dah advance!! aku yang x tertulis2...tulis dalam minda je....hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. tak jugak ani. jika terlebih rajin banyak lah aku tulis. kalo tak simpan terperap je. kikik

      Delete