Saturday, 2 May 2015

#CintaRinjani : Day 2, The Hike After The Rain

Assalamualaikum

Sambungan dari #CintaRinjani : Day 1

Maaf atas lambakan gambar dalam post terdahulu. Nak gabung2 sesama gambar takut saiz kecik dan tak jelas. La ni dah sedut gambar dari rakan-rakan lain, macam bakal banyak juga jadinya. Tak ada beza kot. Bertabahlah ye. Hehe. Thanks korang for the pic. Ada juga yang saya cilok dari fb sikit.

18 April 2015

2.00 pagi

Hujan.

Mas Hari datang ke khemah kami.

"Mbak Syirah, gimana ya? Hujan." tanya Mas kepada gogo.
Gimana jika tangguh kan puncak, daypack ke Danau dan bermalam semula di Pelawangan Sembalun untuk menunggu puncak pada esoknya.

Lebih kurang begitu perbualannya. Huhu. Dari 3D2N, kami akan drag sehingga 4 hari untuk cover puncak dan balik ikut Senaru. Semestinya ada uang yang perlu ditambah. tapi tuh pikir kemudian.

Kami tak kisah jika tak dapat tengok sunrise. Yang penting dapat sampai ke puncak.

Gogo maklumkan pada ahli kumpulan dan kami decide untuk tunggu sehingga pukul 4.00 nanti camne. Sebelum sambung tidur, kita makan roti bakar dan teh yang porter dah sediakan. Haha.

4.00 pagi

Hana nampak ada lampu2 menuju ke puncak. Mas Hari tak berani ambil risiko kami rasa. Katanya jika mahu juga ke puncak, porter yang akan folo.

6.00 pagi

Dan hujan masih tidak berhenti.

Keluar khemah, nampak Mat Saleh turun dari puncak. Ok weols jelly. Kami berasa iri.

Nak turun ke Danau, dengan keadaan selepas hujan, dengan batu besar, porter kata agak licin. Berbahaya jugak.

Macam mana kalau malam ni kami tunggu hujan juga esoknya? Frust ooo. Dah datang jauh-jauh tapi misi tak tercapai. Jadinya kami insist untuk ke puncak. Puncak yang kita tuju dan mahu.

Selepas hujan

9.30 pagi

Breakfast dulu.

Menenangkan teman yang kecewa summit attack tak berjaya
Taklimat

Motif sangat breakfast hadap puncak. haha
Wefie
Try test kekukuhan tandas. Padahal tandas group org lain punya. haha
Selepas breakfast nasi goreng, kami bersiap-siap. Pakai gaiter bagi yang ada untuk mengelak pasir masuk ke kasut.

Rare jugak lah nak naik puncak waktu pagi. Hahaha. Orang naik pukul 2-3 pagi kot.

Alhamdulillah. Cuaca baik dan memihak kepada kami. Hujan pun dah berhenti. Danau luas terbentang.

The trek






Spot Hanif!






Sayup2 khemah di kejauhan
Selepas satu jam perjalanan melalui laluan bertangga, sedikit curam dan berpasir, kami tiba di Anak Rinjani. Nampak Gunung Agung di Bali! Bergambar dan berehat seketika. Kemudian meneruskan perjalanan.





Mount Agung in Bali

Tak perasan pon spot ni. Sobs



Dah agak lewat sebenarnya. Takut tak sempat turun. Dah mula berkabus.
Mas Tri kata if tak sampai pukul 1, patah balik.
Kami ni degil. Siap suggest dengan Mas Tri untuk tinggalkan satu khemah, letak semua barang dalam tuh nanti dah sampai bawah kitorang folo n OT untuk ke Danau.
Punyalah nak sangat ke puncak.
Ktorg ber8 masa tuh tanpa gogo. 8 person out of 14. So majoriti menang I guess. Insert *gelak jahat*

Dan kami meneruskan perjalanan ke puncak tanpa Mas Tri. Dan tak pasti juga gogo merestui atau tidak tindakan kami.














Trek sebegini. Bayangkan bagaimana mendaki waktu pagi?


Macam dah nak sampai
Dan permainan mental pun bermula.

Remember puncak yang kami nampak dari campsite? Itu puncak tipu T_T
The real one adalah satu lagi yang di sebaliknya, yang tak boleh nampak pun dari bawah.

Awal-awal nya ok. Namun di 400 meter terakhir dari aras laut lebih kurang, since Raja ada set ketinggian semua, masing-masing dah pewai. Mental koyak. Naik tak sampai-sampai.

We go through laluan yang femes "naik 1 langkah, turun 2 langkah itu". Nanges.

Amizam, Padil dan Raja dah jauh di depan.

Hana bersama Ir.

Dan saya bersama Mel.

Zack sempat tido jap atas batu.

Anas, Afen, Syira dan yang lain tak nampak dari pandangan.



Dah pewai. Jadi bergambar dulu
Untunglah #TLU berlenggang naik puncak

Slowly nampak mereka yang di depan dah hampir ke puncak. Menjerit, melambai menandakan mereka dah sampai.

Mel and I tak sampai2 lagi. Perit rasa nak tiba di batu di depan.

Kerna selepas batu itu, perjalanan dah tak sesukar sebelumnya. Trek dah ok sikit. No more pasir berbatu yang femes itu.

2.00 petang

4 jam setengah. 3.5 km tak silap dari campsite ke puncak.

And finally, we made it.

Sampai2 terus makan. Punyalah lapar dan kedekut iols sepanjang trek. Depa minta kurma, kami cakap nak simpan untuk ke puncak. Ada jugaklah makan sikit on the way. Air sangat laku. Dan jajan kaler ungu adalah sedap. Hahaha.

Kabut. Cuma nampak awan sahaja. Tak nampak view danau. Mujur juga dah puas bergambar sebelum naik.

Bergambar, melompat, bergambar, tukar baju, sarung baju penaja, kibar bendera Malaysia, buat video ucapan, tukar insta ig sesama strangers yang baik gila, becoz we met them on track the day before jadi familiar memasing. Sapa ntah nyanyi lagu Sandiwara Cinta kat puncak nun. haha.




Petualang dari Jawa. Sebab yang kiri tuh faham maksud #bocahxvnture, dapat baju free. hee
Petualang dari Sumatera tak silap
Petualang dari Malaysia
Yang ni tak sure siapa. hahahaha
Baju rasmi xpdc - #disebalikGUNUNGitulahirnyasebuahCINTA
Salam sayang dari Rinjani
Bye bye summit

lol x sama saiz. halal jelah
3.00 petang

Menunggu yang lain tak sampai2? Patah balik mungkin. Dan kami berkeputusan untuk turun.

Berjumpa petualang Indonesia yang dah sampai puncak.
"Mas ada nampak teman kami di belakang?" Ada 4 orang katanya.

Laluan femes tuh. Nampak macam mudah kan T_T
Itu batu besarnya

Turun2 jumpa Anas, Afen dan Syira. Tanpa guide jugak. Selamba gle kitorang ni. Our guide trust us mungkin. And ada seorang jejaka Indonesia. Sempat beliau minta air dari kami.

Dan Syira maklumkan berkenaan perancangan untuk minta kami tengok campsite nanti macam mana samada tinggal satu khemah atau terus bermalam di Sembalun untuk kesekian kalinya. Jika tinggal satu khemah, kena tunggu semua selamat turun baru boleh gerak ke Danau.

Ambil gambar tengah trek, cari headlamp, pass makanan mana yang ada buat bekalan sebab kebarangkalian Anas, Afen dan Syira turun pada waktu malam adalah tinggi.

Saying bye2 and memberikan kata semangat, kami berpecah. Dengan yang lain meneruskan perjalanan pulang dan mereka bertiga meneruskan misi menuju puncak.

yeay dah jumpa yang lain
Amik napas sat


Perjalanan turun menyeronokkan. Berpasir bukan. Semua pakat sliding berjemaah. Hahahahaha.

Punya laju jet pejuang yang kat depan, pukul 5 petang dah sampai kat campsite. Sejam je ok dari tempat kami jumpa tengah jalan tadi.





Dah nak sunset!

Tuan punya blog bila dah duduk kat belakang ni jadi malas sikit. Berlenggang dan santai mak jemah. Jatuh memanjang sebab salah teknik sliding. Jadinya pukul 6 petang baru sampai campsite. Dan semua tenda kekal pada tempatnya. Nampaknya bermalam lagi di sini. Sampai2 disambut dengan teh manis panas dan mee lagi. Menu yang sama macam tengah hari semalam. Lapar punya pasal tak pikir apa dan terus makan.


Langit semakin menggelap. Dan mereka belum tiba lagi. Risau juga. Sebab time kami turun pun kabut dah tebal. Dah malam ni macam mana lah pula. Slowly kami nampak headlamp berkelip dan bergerak turun dari puncak. Lega. Pukul 8 malam, Anas, Afen dan Syira selamat tiba di campsite.

Perancangan untuk esok. Mungkin tidak balik ikut Senaru. Akan balik ikut Sembalun.
Sebabnya perjalanan agak mencabar untuk ke Pelawangan Senaru, jauh pun ye. Considering pace masing-masing tak sama, dengan terpaksa jimat ration lagi sebab plan dah lari, majoriti pakat untuk ke Danau daypack.

Ada yang ralat sebab tak dapat nak cover Senaru tapi kita hanya mampu merancang, selebihnya Tuhan menentukan.

Tidur. Esok nak ke Danau Segara Anak pula.

Gambar bonus.
Ergrind featuring #gogodihatiku


Bersambung #CintaRinjani : Day 3.

2 comments:

  1. subhanallah...speechless....no wonder lah Cinta Rinjani....JM yg belum mendaki ni pun dah jatuh centa...vieww sgt ohsem.Ajlaa..kiranya sepanjang di campsite dan di atas puncak tu..2 mlm x mandi lah ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. shhh... memang tak mandi ni hahahah. alhamdulillah time nak naik tuh kami dibelanja view. at least tak ralat sangat bila berkabus kadang2. go JM go.

      Delete