Wednesday, 6 May 2015

#CintaRinjani : Day 4, I'm Coming Home

Assalamualaikum

Bersambung dari sini, #CintaRinjani : Day 3.

20 April 2015

Bangun pagi. Hari terakhir. Punyalah lama kat sini. Sampai pakcik khemah sebelah kata "Kitorang yang sampai kemudian ni nak turun dah, korang bila lagi?"

Haha. Dari plan awal cuma satu malam di Sembalun, drag sampai 3 malam. Khemah sebelah bertukar ganti. Kitorang tak berganjak lagi.

Sunrise terakhir


Banana fritters for breakfast. Menu nak omputih sangat kan. haha

Goreng pisang, goreng pisang, goreng pisang sekarang




7.40 pagi

Refill botol ar masing-masing siap-siap dan kami memulakan perjalanan turun dari Pelawangan Sembalun untuk terus ke Desa. Bezanya kali ini kami akan keluar di tempat lain. Bukan pintu masuk utama.








Alhamdulillah perjalanan turun berjalan lancar, trek agak licin sebab berpasir berbatu terutama di Bukit Penyesalan. Jalan punya jalan bertembung lagi dengan geng baju biru sebelah khemah yang 16 orang tuh. Hihi. Sempat bergambar dengan abg Din, kawan kepada Mel, Hana dan Padil. They met masa trip Korbu-Gayong tahun lepas.


Let's hanami di Rinjani?
Thanks Padil tolong bawakan beg. hee




Bukit Penyesalan







9.10 pagi Tiba di Pos III
9.40 pagi Tiba di Pos II

Mas Tri dan jet pejuang yang lain semua sangat cepat berjalan tanpa henti. Indirectly kami yang folo kat belakang ni pon terikut jejak mereka. Memang tak rehat. Jadi sampai di Pos II rehat betul-betul. And Amalina dan gadis baju merah dari geng baju biru offer kami air coke. Akhirnyaaaaa. Dapat juga merasa. Thanks Amalina and her abah.





Hello Savannah



Pos II


Nak minum pagi awal sangat. Jadinya kami meneruskan perjalanan sehingga Pos I, dekat jambatan. Makan di sana. On the way turun melalui savannah, jumpa sekumpulan pendaki berbasikal rakyat Malaysia. mak aih. Gigih nya. Hope you guys made it to the peak. Boleh check facebook Nazir Amin guys. Ada video.



11.10 pagi. Tiba di jambatan. Depan sikit dari jambatan actually. Menikmati mee goreng, biskut dan mengunyah apa yang patut.






Ada orang tengah karok time ni



Hujan. Dan kami meneruskan lagi perjalanan ke Desa Sembalun.

Saya ingat dekat. Almost sejam jugak lah berjalan. Dan hujan makin menggila. Tinggal sorang-sorang. Jalan sendiri-sendiri. Tergelincir pastu tengok belakang lega takde orang. Kahkah. Jalan lagi pastu cuak betul ke tak jalan. Porter pon dah laju ke depan. Ada satu tempat kena menurun sikit pastu lalu macam laluan macam tak berapa pasti. Risau dan chuak juga takut dibawa entah ke mana. Then nampak Padil tunggu di seberang sungai. Lega mak.





Kat sungai ni cam konpius nak lalu mana



1 petang. Dan kami semua selamat tiba di kampung Sembalun. Sampai-sampai semua pakat beli air gas ok. Dengan basahnya, lencun, Mas Hari offer buah nona. Nyum2.

Bawang putih bawah atap rumah





Untunglaaa dapat kayu bertuah dari omputih.
Ini yang telah kami lalui
Lama juga baru van kami tiba. Lena memasing. Dan waterfall hanya muncul dalam mimpi.

Bersambung #CintaRinjani : Day 4 part 2

9 comments:

  1. sangat memukau pandangan di Rinjani .. untung la dah sampai ke sana :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jemput datang sini afif dan isteri. Highly recommended. Bukan sebab nak tunjut kita hebat. Tapi pemandangan dia sangat memikat.

      Delete
    2. Afif...harap2 sis JM pun bertemu kekasih hati semasa mendaki nanti..like afif juga..boleh gitew....hahaha...niat dh x betul kan...boleh Ajlaa heheheh

      Delete
  2. dah penah ke Lombok, tapi tak berpeluang lagi ke sini.... InsyaAllah akan repeat lombok, dan Rinjani dalam my wishlist now.... amazing photos btw....

    Follow me at www.mytravellicious.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih singgah. Kami pun macam nak kene repeat je ni? hahaha. sebab hari tuh betul2 p mendaki. sebab nak p tempat lain masa dan cuaca tidak menyebelahi. Jemput datang Rinjani!

      Delete
  3. Pergh.!! Me with lucky kayu??? Xpasan pun ada pix nih--hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha ada rupanya. For good luck kan. Walaupun tggl tali, gmbr bersama kayu msh ada as memori gitu

      Delete
  4. kalau mcm ni punya view...mesti ada misi merepeat..nampak?..belum sampai lagi hati dah gigil nk repeat kah kah kah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnn... salah satu faktor nak ripit mungkin sebab kitorang tak dapat cover Senaru kot. Punya banyak plan menanti. Rasanya if trip ripit mgkn dah jatuh belakang2 sikit.

      Delete