Sambungan dari Day 4 Part 1.
Semua pakat tido dalam van. Plan mahu tidur di Senggigi tapi mengenangkan ramai flight tengah hari esok, dengan nak shopping Corsina, sovenir, oleh2 dari Lombok lagi, kami menginap di Hotel Viktor 3, Mataram. Tempat Mel dan Hana hari itu.
Singgah Pertamina nak p solat, nampak ni pula. hihi. Thanks edy for capturing this |
Masjid Agung tengah renovate |
Sebelum check in, singgah rumah Mas Tri dan Mas Hari untuk pulangkan khemah dan sleeping beg semua. Selesai bersalaman dan mengucapkan terima kasih singgah cari makanan pula, yakni Ayam Taliwang. Sekali kena 800 ribu kot untuk 14 orang. Almost 1 juta okeh. Hahaha. Mahal? Rupanya sebab amik satu ekor ayam seorang. Selalu seekor tuh kongsi 2-3 orang. Kitorang amik sorang seekor, habis lak tuh masalahnya. Tinggal tulang semata. Siap tambah nasi lagi. And es jeruk penyejuk kepada kepedasan dan kepanasan ayam tersebut. Nampak sangat selera besar dan lapar memasing pas turun gunung.
Berapa banyak ayam kedai sebelah, kerepek dan keropok paru yang dimakan tak terkira lol |
Watak utama dah sampai! |
Terbako muka masing2 |
Jemur-jemur baju kasut yang basah penangan hujan time turun tadi, rehat-rehat, mandi-mandi, masing-masing buat aktiviti sendiri. Saya keluar pukul 10 macam tuh. Yang lain dah selamat balik shopping.
Turun-turun bawah bergelimpangan masing-masing kat lobi untuk mendapat wifi dengan lebih jelas. Kitorang ber9 pula kali ni jalan-jalan cari makan. More on nak melepak jugak sebenarnya. Nak cari sovenir kat mall tapi tak jumpa. Mall pun dah tutup.
Jadi kami p beli Murtabak Biasa and Terang Bulan komplit. Komplit dengan butter, chocolate rice, keju dan susu pekat. Pergh terangkat. Dan kami tumpang makan di sebuah kedai, beli air kat kedai itu. Sayang time saya sampai ais dah habis. Afen baru nak cuba soda gembira.
Hampir tengah malam, kami beransur lalu kedai buah pula. #woww ada durian. Singgah makan durian sat. Dan Syira singgah p beli manggis. Konon nak makan seulas jadi berulas-ulas lak.
Pulang ke hotel, dan Syira plan the suprise. Tumpang letak kek kat bilik Ain dan Bella. Pastu panggil yang lain semua ke atas, gogo ajak kumpul, nak briefing untuk esok katanya. And we did the post mortem, ulasan, cadangan penambahbaikan untuk trip ini untuk disampaikan kepada supir.
Dan,
Tiba-tiba Hanif, Bella dan Ain muncul membawa kek. Happy Birthday untuk Anas, Amizam dan Hana! Sweet April gitu. Birthday Hana belum tiba, yang lain dah lepas. Terkejut dan terkujat memasing. Kuat sangat kami menyanyi sampai petugas naik ke atas. Kena tegur. Haha. Maafkan kami. Lantas masuk menceroboh bilik budak laki, celebrate kat dalam senyap2. Sweet kan gogo weols. hihi.
Masing-masing tak puas hadap kek |
Bersambung #CintaRinjani : Day 5 (finale).
kalau ayam sekor besar tu mmg boleh habis..ehh..kepala ayam tu x di buang ehh
ReplyDeleteHaah. Boleh habis. hihi. sebab ayam die comel2 kurus2. Kepala memang tak dibuang. Saya bagi kawan je sbb dia cari leher. Terharu kan ada orang celebrate besday. hiks
Deletewahh...terharu bila ada org celebrate besday!!!!
ReplyDelete