Wednesday, 29 April 2015

#CintaRinjani : Day 1, Into The Mist

Assalamualaikum

Sambungan dari sini Sehari Sebelum.

17 April 2015

Bangun pagi. Mandi bagi yang sudi and tak takut sejuk. kiki. Sarapan nasi goreng dengan keropok, diberi tag Rinjani dan off we go.












Kami akan menaiki 4x4 ke starting point. Setengah jam perjalanan. Awal-awal ok. Kemudiannya dilambung jalan. Sakit montot. Terbantut sesi taaruf. Kebanyakannya baru kenal di sini. Di Rinjani. Asalnya gogo plan nak p bertiga sekali berkembang jadi 14 pula. hehe











Tiba di starting point, sementara menunggu porter tiba, bergambar puas2 dahulu sementelah pulang nanti tidak akan melalui jalan yang sama. Stretching dan warming up dibuat secara berjemaah sebelum pendakian dan doa dibaca untuk mengiringi perjalanan semoga dipermudahkan.

8.20 pagi

Kami bermula. Perjalanan akan melalui padang savannah. Luas. Saujana mata memandang. Boleh tahan jauh juga. Sebab bengkang-bengkok. Ada turun naik sikit trek nya tapi doable. Masih santai.


















Bukit Pergasingan





Sampai Pos I. Letak beg jap dan enjoy the view. Jumpa pendaki dari Indonesia. Sempat tengok gambar depa kat puncak sehari sebelum itu. Lawa gila. Siap ambil id instagram lagi untuk folo. Kebanyakannya dari Tambora dan langsung ke Rinjani. Jumpa juga sepasang teman dari Jakarta tak silap hiking bawak drone. Memang gigih. And kitorang pun gigih menyelit dok lambai-lambai kat drone depa.





Tiba di Pos II dan berehat lagi. Jumpa orang Mesia pula dari Kedah 4 orang, dengan misi yang sama. Terik mentari mula dirasa dan payung dibuka. Plannya untuk makan tengah hari di Pos II sebabnya ada water point di situ. Tapi kami jalan ke depan sikit dan menikmati makan tengah hari di pokok cantik. Cantik pokoknya. Here's the pic.

















Menu maggi sup dan nasi. Pelik juga combination nya tapi kami belasah je. Sebelum tuh kami dok melahap teh panas dan biskut sampai habis. Lapar memasing.

Usai solat ke Pos III pula. Dari Pos II ke Pos III adalah lebih kurang sejam lagi. Jalan punya jalan nampak pondok. Ingatkan dah sampai rupanya Pos II extra. Perjalanan diteruskan ke Pos III. Rehat sebentar ambil nafas puas-puas sebab lepas ni Bukit Penyesalan bakal menduga. Dan kabus mula menjelma. Tak nampak apa dah. Cuma nampak jalan di depan je. Puncak memang tertutup dek kabus.







Pos II Extra

Pos III
Pos III jugak











Untung jugak ada kabus sebenarnya. Sebab kalo tak masing-masing mesti akan psiko dan mental, lambat lagi ke nak sampai campsite. Yang ni macam tak tahu apa yang menanti di hadapan, jadi ikut flow je. Mas Tri guide di depan. Bila kami tanya ni ke Bukit Penyesalan. Katanya depan lagi. Bimbang kami menyesal kot. Hahaha.















Afen tanya berapa lama, katanya 2 jam lagi. Should be ok lah kan. Sebab jangkaan dari Pos III ke Pelawangan Sembalun lebih kurang 4 ke 5 jam mendaki.

Entah berapa kali puncak dan bukit kami naik turun pun tak pasti. Sampai cukup 2 jam Afen tanya lagi berapa lama. 2 jam lagi ujar Mas Tri.

"Tadi kata 2 jam, ni dah 2 jam kenapa ada 2 jam lagi?"
"2 jam tadi untuk sampai ke sini. 2 jam lagi baru sampai campsite"

Sabor ajelah. Kitorang bantai gelak dah bila tengok Afen memuncak. Hahahahahaha. Chinggg.

Ada dalam 2 bukit lagi yang perlu ditempuhi. And last bukit ini yang paling mencanak yang kami nampak. Nampak macam mudah tapi bila laluinya mengah. Naik dan naik sehingga kami sampai ke kawasan rata.















4.30 petang macam tuh kami selamat melepasi Bukit Penyesalan. Rehat melepaskan lelah, makan sikit. Kabus masih ada tapi kami dibelanja bila view dibuka seketika. Nampak Danau Segara Anak di belakangnya. Amik gambar sat.



Namun, excited cuma sementara, sebab nak kena jalan sikit, menaik lagi untuk sampai ke campsite. Hahah.

Sedih banyak sampah


our campsite - Pelawangan Sembalun
Tiba di campsite, letak barang. Kejar sunset di atas bukit. Bukit and view cantik tapi banyak periuk api. Bau pun tak berapa nak menyenangkan. Kami tiba lebih kurang pukul 5 lebih dan rakan terakhir tiba hampir pukul 7.00 malam.




Danau Segara Anak
Menikmati makan malam, mee rasanya. Macam megi goreng letak ayam. Lupa dah. Pukul 2.00 pagi kami akan bangkit untuk meneruskan misi ke puncak Rinjani pula.

Bersambung #CintaRinjani : Day 2.

14 comments:

  1. Huntungla orang muda... kudrat masih kuat...boleh buat aktiviti macam ni...

    Nampak macam kurang halangan laluan ke puncak Rinjani tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak jugak. Hehe. Sebab ada kami jumpa pasangan abah dan anak ke puncak. Kebanyakan pesanan yang diterima adalah untuk menguatkan mental. Pos III ke campsite trek menaik je. Di savannah ok cuma jarak jauh. Ke puncak lain pula cabaran menanti. hehe

      Delete
  2. Fuh ! Meracun betul view dia !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn. Ni pun kami tak berhenti memuji. Kat danau cantik lagi. Jemput datang sini.

      Delete
  3. menggamit memorilah gambar2 ne semua Ajla hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn... ni pun saya rindu2 dah kat rinjani ni. kiki.

      Delete
  4. Ajlaa, guna kamera apa? Cantik la gmbr.. iphone ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah kak jiha. Pki iphone kebanyakannya. Ada jugak compact camera. Pnjm syima punya hehehe. Canon ixus. Thanks to syima

      Delete
  5. Replies
    1. Hehe tulah member ad pesan bwk payung sbb panas kat savannah. Alhamdulillah cuaca ok. Cuma tgh hr terik sket. Tp xlama sbb dah kabus semula

      Delete
    2. nampaknya perlu sedia payung lah nanti

      Delete
  6. Replies
    1. JM g ngan zilla awal bulan 6 ni ye. g jgn xg. hihi. Malaysia boleh. payung berguna sebagai props. plg utama melindungi dr panas dan hujan. time kami g cuaca unpredictable jugak.

      Delete
    2. props katanya..hiks..in sha Allah..itu sbb gigih baca experience Ajlaa ne

      Delete