Thursday, 10 May 2012

Flying with Twin Otter

Assalamualaikum... bertemu kembali :)

back in 2010

"Sorry to say, nak g Mukah kene pakai twin otter je". Hah? Memerang?
"Pakai jalan darat almost 12 jam dari Kuching. Jaik (baca:teruk) jalannya". Orang yang mengandung boleh keguguran. yang bersalin boleh meroyan dengarnya.
"Twin Otter?" ask me.
" Kapal terbang kecik tuh. yang pakai kipas. nak naik kene timbang berat"

Tahun 2011 pula

...rasa macam tertinggal pankreas kat bawah...
...bising kipas die. tapi seronok...
....kalo angin kuat..memang bergoyang lah...
...Seram woooo... Bagai layang2 dia melayang membelah awan... Syok kan kipas angin kat dlm tu... Hahhaha

macam2 versi ade. setelah mendengar pelbagai cerita, berpeluang juga akhirnya nak merasa naik twin otter. jika dari Kuching, twin otter hanya menghubungkan ke Mukah sahaja. lain2 tempat samada pakai fokker yg boleh muat dalam 50++ orang atau pun Boeing.

Motif ke Mukah. ade kursus. hihi.

Tahun lepas g Mukah pakai speed boat. kali ni naik twin otter pula. Jalan yang katanya jaik itu sudah siap dan cantik. kalah highway. masa Pesta Kaul tahun lepas dah siap jalannya. 12 jam dah jadi lebih kurang 7-8 jam dari Mukah ke Kuching.

So, here we go. upload dulu boarding pass.



Nampak tak perkataan boarding requirement kat poin akhir itu?
Apakah boarding requirement nya? Betullah kene timbang berat. sampai2 kaunter,

Maswings: Ada luggage tak?
Me : Takde. semua hand carry je.
Maswings : Okeh. naik atas penimbang. dengan semua2 barang sekali. (Penimbang orang dok timbang luggage itu). 60.2.

Soalan kuiz: Jika berat Cik A dan carry on baggage nya bersamaan 60.2 kg, berapakah berat cik A yang sebenar? hahaha

had luggage yang dibenarkan adalah 10 kg while hand carry 5 kg sahaja. kwn sy ckp die naik dulu x pernah timbang. mungkin sebab twin otter masa itu tak penuh. yang sy naik ni tiga seat je kosong. 90% occupied.

This is how Twin Otter look like. kene jalan jauh sikit~

totally in love dengan awan di Sarawak~ berkepul2
menunduk ok nak naik. macam bas pula rasa.

Ini interior nya.


"Bestlah kamu punye twin otter ada aircond, kami punye pakai kipas pembakar satay je.. " said Zali.
Jika tiada aircond, kipas tangan ada disediakan dalam kocek di depan tempat duduk
Paras rupa dalaman. saya di tempat ketiga. jadi memang around 19 orang camtu jak boleh nait
Macam mana feeling nya?nak depart tuh mmg rasa macam pankreas tertinggal kat bawah. bergoyang2 sket kat atas macam nak naik roller coaster. agak bising jugaklah mcm bunyi mesin tebu. hihi

Bonus menaiki twin otter dapat tengok pilot. tak bonusnya sebab xde flight attendant and refreshments. hahaha. nk depart tuh, penuh tangan pilot tuh dengan clipboard, petik butang tuh butang nih, risau pun ade mula2, tp bila di udara, ok sket rasanya. sempat tdo lagi saya.
 
lihatlah abang pilot ku~

although die terbang agak rendah, tp tidak gayat sangat sebab leka melihat pemandangan. spectacular! nice! amazing! lagi2 bila lalu atas laut. sumpah cantik. maaflah gambar laut takda pula sebab tak dapat nak adjust kamera.dapat amik gambar paras mata saja. kecik2 je kapal and boat macam mainan.



Gunung Santubong~ highlight kat sayap kapal ade kipas tp tak nampak pun :)


Bandar Kuching. Petrajaya specifically


 Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam. Airport die tepi pantai. tengok gambar lagi jom~


nak mendarat, lagi bz tangan beliau tekan macam2


dah sampai Mukah
Lapangan terbang Mukah
Kiri : departure hall
Depan : Landasan twin otter
Kanan : Kaunter check in, pelantar timbang berat and blkg kaunter tempat claim baggage
Pelantar tuh tempat timbang orang dan luggage baggage segala
lokasi : Kaunter Check-in Airport Mukah

Ruang menunggu. Memang besar ini sahaja. Tingkap kanan tuh terus menghadap landasan tadi
Airport ini hanya menerima twin otter sahaja. from Kuching dalam 3 kali sehari dan dari Miri 1 kali sehari if tak silap. semua pun manual. takde conveyor bagai. twin otter mendarat je, nnt ade org tolak2 beg sampai tmpt claim baggage pastu amik lah beg anda.

Contoh gambar petugas tarik bag manually(gambar masa hr last kat Mukah actually)

Such a sweet experience lah for me. Pertama kali kan memang rasa macam itu. tp serius rasa nak naik lagi. Mungkin boleh amik route yang lain plak. Miri Limbang. dua2 bahagian ini pun tidak pernah sampai lagi.

Ni jawapan kuiz tadi :)

Gambar ms saje2 g airport hntr org.
Penimbang nih menipu. macam ada ralat 1-2kg. salahkan penimbang pula. hihi

Hingga bertemu lagi. Wassalam.

Monday, 5 March 2012

Sarawak, School and Survey

Assalamualaikum

Pada masa ini saya sedang mengikuti research team from IKU melaksanakan Malaysia School Based Health Survey. saya join team B yang akan bergerak dari Kabong lalu menuju ke utara Sarawak sampai ke Limbang nun. sy join di Kabong sahaja. bahagian2 yg lain akan dijoin oleh rakan sejawatan di bahagian yang berkenaan pula. lepas cuti sekolah, baru lah saya join di bahagian saya pula.

di manakah Kabong?
Kabong terletak dalam daerah Saratok, Bahagian Betong, Negeri Sarawak. pening? haha

kalo di Semenanjung, selepas negeri terus daerah kan.
di Sabah dan Sarawak, selepas negeri adalah Kawasan/Bahagian kemudian baru Daerah.

Terdapat 11 bahagian dalam Sarawak yakni
Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang

I'm working in Samarahan division, out of 4 districts, sy ditempatkan di daerah Serian.
motif sampai ke Kabong nun? gantikan kawan actually.
Betong ada dua daerah, iaitu Betong dan Saratok and here I am, di daerah Saratok. almost 5.5 hours from Kuching.

Meh tgk gmbr sepanjang g sekolah

The river - "mestilah ade buaya" ujar zali.



The perahu. ke boat ek sebab ade enjin?


1 boat max 6 orang jak

The jetty. ni jeti kampung. sekolah punya jeti ada jugak tapi tak dapat pakai sebab air x tinggi kalo xsilap.

 Pakai jeti kampung, kene lah jalan jauh sikit ke sekolah. oho
rombongan meminang~
road to the school
 The school - sepenuhnya bangunan kayu.

 The bell. nanti pengawas akan bunyikan loceng ini bila tiba waktu rehat. cm comel pulak. hahah

Secara keseluruhannya, perjalanan kami dari pekan Kabong ke sekolah mengambil masa setengah jam jalan tar, setengah jam jalan berbatu and dalam 15-20 minit menaiki perahu dan berjalan kaki ke sekolah.

Survei dan survei, selepas dalam 2 jam setengah interview and soal-selidik budak2, kami dijamu pula di dewan makan asrama. simple je makanan. i mean jgn expect sedap2 lah mcm makan di rumah ataupun kedai.




kenyang2, hi hi bye bye dgn semua, balik jeti, naik perahu balik dan kembalilah kami ke pangkal jalan. balik2 collapse masing2. haha. sekian terima kasih.

Terima kasih kepada cikgu2 dan adik2 yg telah menolong menjayakan survei ini. penat kan jawab soal-selidik and FFQ. hihi

Wassalam

Wednesday, 1 February 2012

Berbasikal mencari salji di Taman Botani~

Assalamulaikum

amacam tajuk?
tetiba rasa nk tgk salji. jadi kami membawa diri ke Bukit Cerakah juga dikenali sebagai Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam. orang tak panggil Bukit Cerakah sebab kalo xsilap dekat sangat bunyi nya dengan perkataan 'celaka/cilaka' which is tidak membawa maksud yang baik lah kan. Pada masa kini, ia dikenali sebagai Taman Botani Negara Shah Alam. Banyak signage dan signboard masih menggunakan nama yang yang lama iaitu taman pertanian bukit cahaya itu, tp don wori, semuanya masih menuju ke tempat yang sama.

yoyooh gerak awal dari rumah, tp sebab singgah puncak alam dulu mengangkut barang, dalam 10 lebih baru kami sampai ke tempat kejadian. last pergi time sekolah kot. lame dah tak pergi. located in the heart of Shah Alam, tidak susah mencarinya. tak jauh dari Masjid Negeri. jsut cari signboard yang menghala ke pusat bandar Shah Alam je, insyaALLAH akan nmpk juga signboard2 yang akan lead ke taman yang dicari.

ahli rombongan adalah saya, adik ke2, 4 dan 5 plus hanani and ahmad.

misi utama adalah nak masuk rumah empat musim. sekarang musim salji. yeay~

Bayaran Masuk Taman
Dewasa : RM3.00 dan kanak-kanak: RM1.00
(tiada diskaun untuk student. sama je harga)

Bayaran Masuk Rumah Empat Musim
sama seperti di atas
untuk makluman: tiket masuk ke rumah empat musim perlu dibeli di kaunter utama. diorg takde jual kat dalam.

since kami pergi hari Jumaat, shuttle bus akan berhenti beroperasi seketika dari pukul 12.00 hingga 3.00 petang. kitorg kene balik sebelum pukul 2.30. kalo naik bas kang, balik kene jalan kaki pula.jarak boleh tahan jauh juga. nak sewa basikal. takut penat. hahahaha

last2 sewa basikal kami orang.

Bayaran sewa basikal
lokasi: masuk2 taman je terus nampak
1 jam pertama : RM5.00 bagi dewasa, RM3.00 bagi kanak-kanak
1 jam berikutnya : RM1.00

jadi kami ambil 4 basikal dewasa and 2 basikal budak2. mujur budak kecik dua org itu pandai berbasikal. diri sendiri lak terpaksa amik basikal ada bakul buat letak bekalan minuman. bajet cte sembilu jap. tepat jam 11.00 pagi, kami mula mengayuh. allocate masa 2 jam je sebab petang ada org kene pergi sekolah agama. jadi tak boleh lama2 :D
taman ini sangat besar. nk puas kena spend satu hari kat sini. macam2 taman ada. taman kaktus, taman herba, empangan, kolam renang, chalet dan sebagainya. untuk maklumat lanjut boleh rujuk laman sesawang rasmi taman ini.
destinasi pertama kami adalah rumah empat musim. otw tuh jumpa taman haiwan yang kami decide untuk singgah bile pulang. pergi yang hujung sket lah dulu kan. masa perjalanan 15-20 minit cmtu bergantung kepada teknik kayuhan dan stamina lah. ktorg slow2 and steady je bawak. ade keta lalu, kene lah ke tepi sikit. kayuh punya kayuh sampai lah ke tempat yang dituju. park basikal cantik2, berenti kejap makan roti yang dibekalkan mommy. amik gmbr dulu kat luar sebelum masuk.

bulan 1 adalah musim sejuk. 1-14 feb rumah ni akan ditutup untuk persediaan musim bunga pula. masuk2, amik ko. kat luar je dah sejuk. tgk suhu katanye -2/-7 darjah celcius. pestaim datang time musim sejuk. sebelum ni datang bunga2 je banyak. memandangkan ini pestaim bagi kebanyakan kami orang, jadi jakun and excited lah memasing. sejuk. sejuk. tgk gambar meh~



oklah kan. nak rasa salji sebenar belum berkesempatan, dapat feel pun jadilah. hahahah

amik2 gambar. amik jugak dgn staf situ yang berpakaian cam agak beria ala2 org eskimo, then keluarlah kami. keluar2 je panas. dah balik mesia balik. nampak ada menara tinjau tidak jauh dari rumah empat musim, jadi ktorg berjalan kaki lah ke sana. tinggalkan je basikal. sebab nk kuar balik jalan besar mcm satu hal lah pulak. confirm berbukit2 n rs cm lagi jauh.
dari lookout point tuh dapat lah tgk view taman yang cantik. boleh tahan tinggi jugak. naik2 pastu turun. exercise konon2 kat bawah tuh sebab die ade provide kemudahan yang boleh bersenam dan jugak bersenang lenang menghadap tasik.
habis2 semua, pukul 12 camtu ktorg gerak balik kt rumah empat musim tadi amik basikal. dah nak turun lah ni. nak balik. singgah taman haiwan kejap tgk2 binatang.antara binatang yang ada adalah rusa, iguana, landak. semua tuh dalam sangkar. rabbit farm ada katenye tapi tak nmpk rabbit pun. binatang yang tak duduk dalam sangkar adalah monyet! tapi rupe tak macam monyet sangat. comel matanya. gmbr jauh je dpt ambil. dekat2 takut dipengapa2kan pula. dah puas2 tgk binatang, 12.30 camtu kot gerak balik ke tempat awal2. eh, ade lagi 15 minit, ktorg pusing2 lah dulu sebelum mencukupkan masa betol2 2 jam.
oh, basikal hanya dibayar semasa basikal tersebut dipulangkan. ktorg bajet dlm RM32 lah untuk semua. tapi tiba bila bayar dia kata RM24 je. budak2 tak kira. benarkah? gembira rasa. tak pasti samada memang tak payah bayar atau pun sebab ktorg mintak diskaun awal2. tp banyak juga kalo nk didiskaun kan. rezeki kami hari itu. tQvm abang basikal~

pulang2 basikal. ktorg pun balik lah. traffic ok. 1 lebih camtu sampai rumah. sempat lah diorg nak g sekolah agama. harus datang lagi ni. tak habis dan tak puas pusing. nak cuba skytrex adventure pula. masuk dlm list jugak neh. sekian. habis dah cerita. terima kasih kerana sudi membaca.

Friday, 27 January 2012

Breakfast @ Broga Hill

Assalamualaikum

(Amaran : jangan memandang rendah Broga Hill. gambar kualiti kamera hp sahaja. harap maaf)

Pada cuti CNY yang lalu, saya dan adik adik adik saya telah mendaki Broga Hill atau Bukit Broga yang terletak tidak jauh dari pekan Semenyih. Kami bertolak dari rumah nenda di Lenggeng selepas Subuh. lepas Subuh lah sangat. pukul 8 masih lagi kt pekan Lenggeng beli nasi lemak buat bekalan. dalam 10 minit perjalanan menaiki kereta, sampai lah kami ke tempat yang dituju.

dah lama sebenarnya nak pergi sini. dari pas konvo lagi. konon2 nak naik ramai2 dgn coursemate. 2 tahun lepas, lalu2 depan jalan utama, tak nampak pun jalan masuk. kelapa sawit je memanjang. sekarang terang dah kebun sawit tersebut. pintu masuk betul2 di hadapan Rabbit Farm. ada signboard. tidak perlu risau.

jadi, kami mula mendaki pukul 8.30 pagi. Di kala orang dah turun dari atas, kami orang baru terhegeh2 nak naik. Orang memang ramai lah. laluan pendakian adalah gila! ingatkan biasa2 je, sebab tuh pakai sandal je. amek ko. melecet kaki ku. aku yang bwk bekal makanan pun dah termengah dan pancit beberapa kali, apatah lagi yang bawak tripod, gitar and siapa yang bawak basikal tuh memang gila (kerja gila yang berbaloi) i must say~ selain basikal, anjing pun ada?



orang dah turun, kami baru nak naik~

muka2 sebelum kepancitan



Secara keseluruhannya, saya mendapati, tiada trek yang khusus disediakan maksudnya takde lah jalan dia betul2 bentuk tangga ke, agak curam, banyak lurah, kire kalo tergelincir ada bahaya sedikit, and jalan die terbentuk pun disebabkan oleh kesan2 pendakian orang lain yang terdahulu. ini untuk dari tempat parking ke kaki bukit yang pertama.

dari kaki bukit yang pertama ke puncak yang pertama pun gila jugak laluannya! gila lagi dari yang tadi. sama jugak mcm sebelum ni, takde trek khusus, just pijak dekat tempat2 yang berlekuk dan terbentuk sahaja. masa mendaki kat sini, teruskan je panjat naik atas, jangan pandang2 bawah atau belakang. sebab gayat ko. risau jugak kalo tergelincir apa, dahlah ktorg memfolo dekat2. dah sampai puncak pertama tuh agak lega lah, ada tempat untuk melepaskan lelah.

pancit lagi di kaki bukit

pendakian ke puncak pertama



di puncak pertama

jadi, ktorg rehat sekejap sebelum sambung balik. dari puncak pertama ke puncak yang kedua, jalan dah ok sket. tidak ada lubang di sana sini. lari2 ala cite hindustan masih selamat insyaALLAH. ktorg sampai di puncak kedua dalam pukul 9.30 pagi. kire satu jam jugak lah dari pintu masuk mula2. kalo fit, sekejap je boleh sampai. tp ktorg berhenti banyak kali. mmg gile lah naik atas perut kosong. patut alas lah perut dgn kuih sebiji ke before naik. ktorg sampai puncak kedua je. puncak seterusnya tak sanggup dah. lepak2 kat atas dalam sejam, breakfast nasi lemak ikan sembilang harga seringgit 2 bungkus sorang, kuih bahulu, air kosong, amik2 gmbr, then pukul 10.40 camtu, turun lah kami ke bawah balik. tamat lah sudah.

berlatar belakang kan puncak pertama



matahari dah muncul, cari tempat berteduh dulu

nasi lemak ikan sembilang. kurang umphh berbanding nasi lemak maini

berlatar belakang puncak ketiga

gambar2 di puncak kedua



gambar semasa turun pulak


background puncak kedua neh


abaikan wajah the scream itu.tulah turun nak laju sangat. poin utama yang di belakang itu. nak tunjuk betapa berhati2nya diorg semasa turun




kesimpulannya, berbaloi untuk mendaki ke atas. walaupun payah (bagi saya yang tidak berapa fit ini), tapi hasil yakni pemandangan yang dapat dilihat dari atas tuh sangat berbaloi2. mendaki lah secara beregu at least. elakkan naik sorang2. sebab tgk keadaan trek yang macam itu, saya yang naik waktu siang2 matahari dh tegak atas kepala pun rs bahaya je, apatah lagi kalo naik pagi2 buta. malang kan tidak berbau. moga dijauhkan dari perkara-perkara yang tidak diingini. amin.