Saturday 8 November 2014

Horas Medan : Day 3

Assalamualaikum

Sambungan dari Day 1 & 2 (cont...)

Day 3

Hari ini kami akan ke Samosir. Besar sangat Danau Toba, siap ada pulau lagi kat tengah. Niat di hati nak kejar first ferry pukul 8.30, apakan daya dah terlambat. Banyak kereta di hadapan. Kena tunggu ferry satu lagi. Masa dihabiskan dengan bergambar, minum Teh botol dan makan pisang. Try godek2 cari CD dalam keta Boy, tapi tak semua boleh dengar. Haha

Our room. Danau Toba International Cottage. Sebijik sebijik
View from cottage
Pengkalan Ferry Parapat

Jumpa kawan Misah. Shopping pisang pon boleh
The ferry
Off to Samosirrr
Perjalanan menaiki feri ke Samosir mengambil masa selama 1 jam. Feri yang kami naik ni membawa transport sekali. Jadi memang kena tunggu keta penuh baru cukup jalan. Terdapat feri penumpang juga yang mengambil masa lebih cepat.




I fall in love with the bukit.
Kami tiba di Pengkalan Feri Tomok hampir pukul 10 pagi. Shoot terus ke Siminando sebab nak tengok persembahan suku kaum Batak yang akan bermula pukul 10.30 pagi. Bayaran masuk adalah 50ribu rupiah.

Kat sini I dengar perkataan horas, yakni greetings suku kaum Batak. Biasa sebut tiga kali. Sebut camtu je xbest kena buat gaya sekali. hee.


Capture this on the way to Siminando. Jatuh cinta lagi.
Old Village
Kertas berisi penerangan berkenaan persembahan
Rumah Batak camni paras rupanya

The show
Sporting depa join show. I dok tepi je hee

Usai menonton persembahan selama 45 minit, kami menuju ke Sialagan Ambarita, untuk melihat sejarah suku kaum Batak. Kitorang berpeluang naik tengok rumah Batak dan melihat hasil seni yang dijual. Baru perasan kat sini tak banyak bergambar rupanya T_T.


Dalam rumah. Ada dijual tenunan
Contoh penenun berjaya
Pintu masuk rumah. Memang kene menunduk untuk masuk.
Berlatarbelakang rumah tahanan. Kat sini pesalah akan dikurung sebelum dihukum
Persidangan meja bulat. Tempat bermesyuarat
Boy tengah explain pasal kalendar Batak
Lakonan semula. Tapi tak berapa tepat ni. Hihi. Patutnya pesalah kena berbaring kat batu depannya tuh untuk dipasung.
Penyalahgunaan props.
Shopping
Shoppingan
Puas melawat, p makan tengah hari pula di Toledo Inn. Patut kami stay sini tapi sebab penuh kami ditempatkan di Hotel Silintong. Singgah makan pun ok. View menghadap Danau lagi. Dah kenyang makan, jalan lagi. This time p Tomok pula. Shopping time.

Mengelilingi pulau

Ada orang kawen. Happening. Semua orang menari.
Kat Toledo Inn nih.
Dessert for lunch.
Toledo Inn lagi
Untunglaa ada tempat duduk siap nak tgk match or game
Tomok, aku datang

Sambil shopping, kat sini ada dua tempat wisata iaitu Sigale-gale dan Makam Raja.

Sigale-gale ni kalau ikut persembahan yang kitorang tengok pagi tadi, berkisar pasal Raja yang telah kematian anak lalu membuat ukiran kayu menyerupai anaknya.

Makam Raja pula agak misteri. Diceritakan makam tersebut tak dapat dibuka dengan cara biasa. Ada orang cuba nak buka pakai kren, mati. Siapa yang cuba nak buka, memang tidak berjaya.

Sigale-gale. Nampak tak patung itu.
Kat Makam Raja. Adab nak masuk kena pakai selendang.
Lepas p Makam Raja, sambil2 shopping, dapat jugak rembat tshirt harga 25ribu Rupiah. Singgah pula Muzium Batak. Muzium ni besar sikit dan menempatkan ukiran serta hasil jualan daripada kayu. Hujan. Berjodoh lagi kami dengan hujan.



The Museum
Kudapan petang di kala hujan
Selesai semua, kami menuju ke Tuktuk untuk check in hotel.Hotel Silintong destinasi pilihan. Hotel hadap Danau juga. Tak terasa berada di tasik. Rasa macam tepi laut gitu. Untuk killing time katanya, kami menyewa basikal. Gugel2 rate 10ribu Rupiah/jam tapi kami dapat 20ribu Rupiah/jam. Maybe sebab amik melalui hotel, tambahan dah agak sore. hehe.

Hotel Silintong
Hotel Silintong lagi


Feeling Sembilu
Sebab dah lama tak naik basikal, setengah jam pun dah penat. Nampak sangat tak fit T_T. Dengan jalan berbukit dan hari hampir gelap, kami pun beransur pulang ke hotel. Makan-makan, Boy ajak jalan-jalan sekitar Tuktuk. Hujan. Lebat. Tengok dari dalam kereta tak nampak apa. Sepatutnya berpeluang untuk melihat malam yang hidup di sekitar ini, sebab banyak kedai-kedai. Karaoke pun ada.

Our last dinner together
Pusing-pusing, pulanglah kami ke hotel. Packing barang untuk kali terakhir. Esok bakal berangkat pulang. Horas Medan.

Bersambung..

11 comments:

  1. best jugak Medan ni kan tapi klau sis JM nk travel ke sana sorang2 cam x sesuai dan berbaloi kan..kalau ramai2 save on budget transport ye dak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa macam possible je sorang2. tapi kalau ada peneman lagi best kan. Berdua lebih baik. Hihi. Ramai org Mesia kat sana. Company trip pun ada.

      Delete
  2. dah nak balik..Ajla tak singgah di dolok tinggi raja dan pusing2 sekitar deli serdang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. xsempat singgah. huhu. ada sy gugel2 tp xberkesempatan. tapi macam ada plan nk dtg medan lagi. eh? hehe

      Delete
    2. Ajla, boleh minta email address tak? ada hal sikit nak tanya...

      TQ

      Delete
    3. Ni emel saya ajlaa.arasid@gmail.com

      Delete
  3. Waaa.. best nyer... bilakah akan sampai ke Lake Toba, Medan ni.. :D
    Boleh shopping.. boleh layan culture tu yang seronok :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. G jangan xg. Grab n go je afif. Tiket kalo ada musim nya rm150 return dh boleh dpt hee. P lah honeymoon lagi. Eh?

      Delete
    2. Hahaaa... thanks for the advise.. dah grab tiket untuk tahun depan bulan august hehehehe :D
      Honeymoon insyallah.. kita dapat RM146,00..

      Delete
  4. Pakej ni beraba myr per head??

    ReplyDelete
    Replies
    1. RM 520 per head kalau xsilap. sebab kami bertiga dan include hike to Sibayak. kalau ramai boleh dapat murah lagi

      Delete