Wednesday, 29 October 2014

Horas Medan : Day 1 & 2 (cont...)

Assalamualaikum

Bertemu kembali. Sambungan dari Day 1 & 2. Entah kenapa excited nak habiskan entry Medan. Sabar ye entry Nepal. hihi

Selepas mendaki, Boy pun ambil kami dari starting point tadi. On the way turun, Sinabung batuk lagi. Berhenti kejap tepi kebun sayur orang ambil gambar.

Batuk. Ladang bawang ini.



Kami kembali ke hotel untuk membersihkan diri dan get ready untuk check out. Selepas ready, Boy bawak p Pasar Buah jalan2. Kot2 lah nak shopping. Kitorang shopping strawberry je. Dalam 10-15 ribu rupiah satu kotak. Bekalan di perjalanan. Sempat juga makan aiskrim. Dah pusing2, Boy bawak p makan tengah hari pula. All meals, halal semua dah include dalam pakej kitorang ni. Kira datang bawak duit shopping je kira. Ahahah.

Pasar Buah yang jual benda lain juga

3000 Rupiah / ice cream

Bulatan di tengah Berastagi
Perjalanan ke Parapat akan mengambil masa lebih kurang 4 jam dari Berastagi. Dah kenyang makan, confirm ngantuk kan. Boleh pula tido. hahaha. Bangun2 nampak gunung cantik terus tanya Boy, "Gunung apa tuh?" "Bukan gunung, bukit je". Lol. Mamai.

Kitorang actually xlah berapa cakap sangat dengan Boy mula2. Ntah macam mana ter ice breaking bila kitorang tanya xde cd lain ke, dok main lagu sama je. Lantas ternyanyi part yang ktorang dok dengar berulang2. Lagu dia ok je bila dengar banyak kali, cuma narration sebelum lagu mula tuh semua pasal cinta. "Cinta itu air, cinta itu udara, cinta itu toleransi, cinta itu blabla..." Hahah. Siap hafal dah. Balik sini semua pakat dok cari video clip lagu tersebut. Padahal cd yang dipasang tuh CD KFC katanya. Mini album. Termelencong pula.

Berlatarbelakang kenderaan rasmi

Simply amazing. Cantik. Subhanallah

Cantik kan bukitnya
On the way ke Parapat, kami singgah di Air Terjun Sipisopiso, air terjun tertinggi di Indonesia. Lebih kurang 1 1/2 jam dari Berastagi. Dari atas boleh nampak, tapi nak turun bawah tengok pun boleh jugak. Adalah dalam 30-45 minit untuk turun. Gerimis masa tuh tapi ktorg decide untuk turun. Separuh jalan, Ita and Misah xjadi nak turun sebab kesan mendaki pagi tadi. Ktorang dah lama kot tak beraktiviti luar cenggini. Jadi alignment lari sikit :P

Gelap nak hujan



Warna kuning tuh rail tangga. Haha. Pitam


Sebab rasa macam sayang dah sampai, jadi I turun berlari2 anak ke bawah. Tengok ada couple nak turun, jadi follow je pastu I potong. Sampai kat bawah ada 2 orang mat saleh dah nak gerak balik dari bawah air terjun. Sebenarnya rasa macam nak ambil gambar camtu je, tiba rasa macam degil nak g dekat sikit. Hambek. basah kuyup. Lenjun dibasahi air terjun. Laju dan deras airnya. Tengok sekejap pastu dah.
The highest waterfall in Indonesia
Airmu mengalirrrr





Bahaya sebenarnya buat macam tuh sebab rupanya couple yang I follow tadi patah balik. Memang sorang2 je tinggal kat bawah. Syukur takde perkara buruk berlaku.

Mengah tau bile naik anak tangga yang banyak tuh. Lagi penat dari naik Sibayak. Sampai atas, wefie jap pastu borong fridge magnet kat kedai2. Harga 10ribu rupiah/pcs.

Jauh lagi pondok tempat depa berteduh T_T


Danau yang cantik

Another view point tepi jalan


Next destination adalah Simarjarunjung. View point untuk tengok Danau Toba. Besarnya Danau Toba ni sampai sangat significant dalam map Sumatera. Besarnya Danau Toba ni jugak sampai dari satu point ke satu point yang lain pun ambil masa 4-5 jam. Bayangkan.

Kat Simarjarunjung kitorang minum2 kopi dan menikmati pisang goreng. Yang ni personal expenses. Kitorang tak bergambar sangat cuma duduk2 kat pokok. Sebabnya puas lagi tengok live dari dalam foto. Sementelah cuaca dah hampir gelap dan berawan, jadi macam gelap sikit nak bergambar.




Cubaan melompat tak berjaya. haha


Dah selesai, sambung lagi perjalanan ke Parapat. Tak sampai2 dari tadi. Perjalanan panjang tak terasa sangat sebab menyinggah kan. View sepanjang perjalanan, Subhanallah. Sangat cantik. Geram gile tengok bukit dia. Rasa nak panjat. Aku dengan ita pandang2 dah. Sebab dia pon rasa apa yang I rasa gitu.

Kitorang xsolat lagi time ni. Susah juga nak jumpa masjid sebab dah masuk kawasan suku Batak. Jadinya mintak Boy bawak laju2. Haha. Xdelah. Mintak dia singgah masjid atau mana2 jika jumpa. Alhamdulillah kami sempat tiba di Parapat sebelum Magrib. Sempat menunaikan solat jamak di Masjid berdekatan. Selesai semua, kami beransur ke hotel Danau Toba International Cottage. Kami akan bermalam di sini. Betul2 menghadap tasik. Bilik pon best. Sebab bilik satu2 rumah cenggitu. Macam chalet. Selesa. Tapi air panas 6-8 pagi, dan 6-8 malam je. Sempat lak komplen ek. Terserempak juga dengan Uncle dan family dia semalam. Kuat jodoh Misah.



Parapat
Kolam renang hadap tasik

Rehat2. Esok nak kena gerak sebelum 7.30 pagi. Nak kejar ferry ke Samosir Island pula. Yosh

Bersambung...


7 comments:

  1. ko punya stamina aku tabik!!

    *** hantok kepala kat dinding...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Stamina lah sangat. Nangis lepas tuh. Berbekas di kaki T_T

      Rasanya semua org pun sanggup meredah segalanya eceh. Peluang x dtg selalu kan jea hihi

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. sinabung batuk ke batak..ahaha sis JM baca berkali2

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. batuk. sebab tuh keluar asap. Orang batak ada jugak kiki

      Delete
  4. Datang menyinggah mencari idea utk siapkan itinerary utk trip tahun depan hahahaha :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. banyak lg tempat menarik. air terjun 2 warna. pelaruga. dolok tinggi raja. bukit lawang. kitorang ni memang p yang wajib2 je. macam nk kene ripit lg je. hurmmm

      Delete