Tuesday, 28 October 2014

Horas Medan : Day 1 & 2

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Kami selamat kembali dari Medan. Syukur semua berjalan lancar, itinerari dipenuhi and yang penting semua happy. Yeay. Bersyukur ditemukan dengan guide cum driver yang sekepala juga and ahli kumpulan yang sporting gitu. Kami bertiga. Kawan uni tapi kamceng pas mendaki kinabalu. Saya, ita dan misah. Single and available. (ada orang suruh promote) haha

Day 1

Arrival at KualaNamu International Airport pukul 2 petang dan kami disambut oleh Boy, driver kami. Besar,cantik dan baru airportnya.



Welcome to Kuala-Namu
Plannya nak terus ke Berastagi, tapi magnet jodoh misah dengan one Indian family di atas flight membawa kami ke travel agency. Mereka plan untuk follow itinerari kami sbb depa xsempat buat arrangement. Tapi disebabkan kami plan untuk mendaki macam xsedap lah pula kalo depa nak tunggu kan. Jadinya kita separate di situ. Takut tak sempat nak menyopping kain, awal2 lagi dah shopping. Bahahaha. Pasar ikan yang femes dah tutup jadi Boy bawak p kedai sebijik2 aka butik lebih kurang. Kedai kedua baru jumpa kain yang berkenan. Harga memang pricey xleh nk compare ngan Bandung walapun tak pernah sampai Bandung. Sebab ita berpengalaman memborong kain secara pukal, beliau telah menawar sehabis baik tapi harga tetap juga mahal. Wuwu. Kerana terpaksa aku relakan. Sebab Medan bukan pengeluar kain mungkin. Tidak seperti Padang bukittinggi.

Usai shopping, kami langsung ke Berastagi yang mengambil masa perjalanan lebih kurang 3 jam. Selalunya orang terus ke Parapat sebab agak jauh tapi kitorang tukar konsep di sini. Bersusah2 naik gunung dahulu, berfeeling2 kemudian gitu.

Campur macet dan jalan yang xberapa elok, dengan lori lagi, serius seriau tengok Boy memotong. Potong kanan ada, potong ikut kiri pon boleh. Dekat gila. Syukur selamat sampai di hotel dengan jayanya pada pukul 7 malam.

Boy arrange pertemuan kami dengan local guide yang akan membawa kami esok hari. Habis briefing dan tanya apa2 yang patut, kami terus menikmati makan malam di Green Garden Hotel, Berastagi tempat kami menginap dan berehat untuk persediaan hari esok.

Day 2

Bangun pagi, sarapan. Pukul 7 dah nak kena gerak ke starting point. Pendakian Gunung Sibayak akan diketuai oleh local guide yang disubcon oleh agent. Hujan pagi itu. Mujur dah prepare poncho siap2. Siap bawak headlamp lagi konon2 nak tengok sunrise. hee.

Perjalanan ke starting point dari pekan Berastagi mengambil masa lebih kurang 30 minit. Melalui jalan kampung dan jalan tar yang berlopak dan berlubang. Sempat Boy tunjuk dengan kitorang khemah penduduk yang telah dari kaki Gunung Sinabung akibat letusan itu hari.
bergambar dengan bunga di pasar sementara menanti guide


Khemah penduduk sebagaimana diceritakan oleh Boy

Setibanya di starting point, Boy telah meninggalkan kami dan akan menjemput kami setelah selesai. Pendakian dijangka mengambil masa selama 1 jam. Kitorang potong tengah2. Kalo naik dari air panas, akan jumpa kat starting point ni jugak. Cuma ada tambahan 1-2 jam lebih kurang berjalan.

Otw ke starting point, stop by sini kejap.

Alhamdulillah, hujan telah reda. Cuma trek sedikit basah. Perlu melalui jalan tar sebelum bertemu campsite di pintu masuk ke Sibayak. Pemandangan adalah cantik. Tak puas bergambar. Dari pintu masuk dah boleh nampak Gunung Sinabung. Semakin ke atas semakin jelas.


Tiger balsam. Boleh rebus dan melegakan sakit. Tiger balm



Rasanya ni raspberry. hee
 Tengok gambar lagi jomsss

Bukan pintu masuk. kena jalan depan lagi.

Tandas di campsite

Overall bagi kami trek tak susah sangat. Macam Broga. Leisure hike gitu. Cuma kena berhati2 sebab hujan, tepinya gaung and batu2 yang longgar yang jenis kalo terpijak senang tergelincir tuh kan.


Pintu masuk Sibayak


Berlatarbelakang Gunung Sinabung




Berlatarbelakang Gunung Sinabung yang semakin jelas


Destinasi cinta yang dicari. oopss

Selepas satu jam, kami tiba di tempat yang dituju yakni kawah Sibayak. Yang berasap2 tuh sulfur. Pestaim tengok. Bau x kuat sangat. Hujan telah membawa pergi bau nya. Berselera weols makan roti. hihi.



Kawah tuh tengah2. If menuju puncak, tambahan 2 jam lagi. Kitorang plan sampai ke kawah je pun sebab kekangan masa and nak poie Parapat pulak kan lepas ni.

Di kawah. Belakangnya adalah puncak Sibayak. Tak sempat pergi sebab kami cuma separuh hari je di sini.

Kami berpeluang untuk melihat erupsi. Tak lama lepas kami sampai di kawah. Allahurabbi. Minggu sebelum tuh guide kata memang dah berlaku erupsi. Pastu takde. Beliau travel photographer jugak. Ambil gambar dan jual. Pernah dia dengan group mat saleh ambil gambar dan video Gunung Sinabung meletus, sampai bawah media dah banyak, orang macam tak percaya, tunjuk video, amekau USD10ribu mat saleh tuh jual video tersebut.

Menurutnya lagi kadang orang memang tunggu kat kaki gunung Sinabung untuk ambil gambar. Kalau waktu malam, lava akan keluar dari kawah jadi gunung nya akan jadi kemerahan. Sempat dia tunjuk foto yang diambil.

9.30 am. Erupsi.
Boleh kata rezeki jugak lah buat kami untuk berpeluang melihat suasana itu. Batuk kecil katanya. Dalam 4km ke atas dia punya kepulan asap kot. Ada term dia. I x ingat. Prophylactic? Ikut misah taip, pyroclastik. Sebelum2 ni pernah sampai sehingga 16km lagi!





Selepas sejam menikmati pemandangan, selfie, wefie, kami pun memulakan perjalanan turun. Sayang pula rasa nak tinggalkan tempat ni tetapi perjalanan jauh dan aktiviti bakal menanti kami selepas ini.


Berlatarbelakang orang p tengok sulfur

Balik dah

Bunga rock-i-tak-ingat-nama.wuwu. maafkan saya


Batu2an di puncak. Macam pinnacles Mulu sikit2

Bye2 Sibayak. Sinabung pun dah malu2 dilitupi awan.

p/s : untuk melihat gambar Sibayak yang cantik boleh tengok FB page Berastagi Nachelle Homestay. Kawan dulu p memanjat dengan depa. Tengok gambar kawan yang diambil oleh owner die, terus terlike. hiks

Bersambung...

4 comments:

  1. mmg hebatlah masing2 dapat mendaki..becak lak tu kerana hujan..tandas di campsite tu kalau terdesak sgt pun rasanya x masuk kot hohooh

    ReplyDelete
    Replies
    1. taklah mendaki pon JM. memang leisure nih. hihi. Kawan saya panjat Broga kata, Sibayak senang lagi. hee. Mujur takde rasa nk p tandas. Buat nye angin tiup. aaaaaaaaaaaa

      Delete
  2. Fuyyyooo.. tabik spring la korang... tapi kalau korang pergi dekat lagi dengan kawah tempat asap tu keluar lagi la aku menangis melihat kehebatan nyer hahahaha :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. kawah tuh boleh turun xsilap. tgk org dok bergambar situ. kitorg ni leisure sgt. melepak je banyak lol

      Delete