Saturday, 29 November 2014

Horas Medan : Day 4 (the end)

Assalamualaikum

Bertemu kembali. Sambungan dari sini

Day 4

Hari ini kami akan pulang. 5.30 pagi dah kena gerak untuk mengejar ferry pukul 7.30 pagi. This time cannot terlambat lagi, sebabnya ferry ni tak tunggu penuh. Cukup time, jalan.

Jadinya, melara lah kami di jeti menunggu sunrise.


Berpagi-pagi mencari rezeki



Cuba teka kitorang buat apa lepas sunrise? Shopping lagi okeh. Aim untuk harga pecah telur. Ada orang mengirim ole2, ada yang terkenang-kenang seluar yang digantung semalam and ada yang terbeli beg lagi. Hihi. Harga awal pagi memang mengancam. Tak sia-sia buat morning walk dari jeti ke Tomok. Tak jauh. 15-20 minit rasa.


Selesai semua, mengeteh jam di kedai berdekatan. Duit rupiah iols dah habis, mengeloan dengan Boy. Serius tak de keje. Bukan mengeloan, tukar duit rupiah dengan beliau. Kot-kot lah nak tershopping lagi.
Jual-beli sayur

Teh manis

Adik manisss

Mengurup uang
Bye bye Samosir. Akan merindui hijau itu
Sesampai di Parapat, kami terus meninggalkan Danau Toba dan akan menuju ke Medan. This time kami tak ikut jalan hari tuh, sebaliknya akan melalu Permatang Siantar di mana anggaran masa perjalanan lebih kurang lima jam.


Destinasi seterusnya adalah airport sebab Misah punya flight petang kerna beliau nak kejar flight balit Kuching pula. Di Permatang Siantar kami berpeluang untuk singgah di Paten, untuk menikmati tasty local snack. Apa yang femes pasal Paten ni, sebab namanya and produk dia. So comeeellll nama snek tersebut. Tingting, Tongtong, Tungtung. Tak perlu nama glemer uols. Sedap pun sedap.





Kenyang makan sampel, bersama hasil tangkapan, kami meneruskan perjalanan mencari makan tengah hari. Hari ni makan masakan Minang di Rumah Makan Simpang Raya. Memang tempat persinggahan rombongan. Jumpa jugak rombongan Malaysia tapi tak sempat berkenalan.


Jalan cantik. Saya suka. Tepi jalan orang tanam pucuk ubi u

Ada perarakan awal muharam

Basikal dihias untuk sambutan 


Masakan Minang


Usai bye bye dengan Misah, Ita and I sambung p Medan Tour lak. P kedai Bika Ambon Rika and Bolu Merantie sebab takut tutup awal kerna hari Libur. Both kedai femes untuk jualan Bika Ambon dan Lapis Legit. Tapi i xbeli. I beli brownies je. Sebab saiz bika dan lapis nye sangat lah besar. Takut tak luak bila bawak balik rumah.

Next destination adalah Masjid Raya dan Istana Maimoon. Kedua-duanya tidak jauh di antara satu sama lain.

Tengok gambar jom.



Dari bandara, ada tren langsung ke sini


Masjid Raya




Istana Maimoon pula
Dalaman

Luaran

Di halaman
Dah settle2 semua, pusing2 untuk kesekian kalinya, Boy pun drop kami di airport. Mobile scanner takde, jadi print boarding pas di kaunter. Airport tax berharga 200,000 Rupiah pon bayar terus di sana. Flight malam. Jadi sempat untuk solat and dinner di airport. Surau ada kat bawah sekali.

Macet sebab ada pasar malam
Airport baru besar dan cantik
Sekian melaporkan
Jadinya, tamat sudah percutian 4 hari 3 malam di Medan. Macam nak kene ripit lagi je. haha

Terima kasih kerana membaca. Till we meet again, Medan~

4 comments:

  1. Salam. Hee sungguh seronok dan meriah ke Medan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Nak rilek2 sini sesuai. Nak shopping agak mahal. Byk lg tmpt menarik tp kekangan masa hee

      Delete
  2. wiwit!!

    ada supir utk direkomenkan? terbeli tiket ke medan plak..tp lmbt lg la..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. wiwit. kitorg amik dengan Elegant Tours. hehe. sebab dah compare dgn yg lain, itu yg plg murah n menepati citarasa gitu. Alhamdulillah ktorg pny ok. supir pun ok. Ikut nasib jugak. member amik dgn agen sama tp dpt supir yg xbyk ckp. sunyi je perjalanan

      Delete