Tuesday 15 November 2016

SumSel Day 2 : Pagaralam - Dempo

Bertemu kembali.

Sambungan dari sini Sumsel Day 1 : Palembang - Pagaralam

Assalamualaikum...

Hari ini kami akan mendaki! Yeay.

Di Palembang, slang nya berbunyi o di hujung macam ado, mano. Tapi bila ke Pagaralam slang nya dah jadi e di hujung. Ade, mane, tige. Gitu. Jadi nak berborak masih boleh difahami. Malam tadi dok borak dengan depa ada jugak word yang kami tak faham. Siap Anton tolong translate kan. Pagaralam pun ada bahasa mereka sendiri.

Ok sambung balik.
Sebelum ke Palembang ada juga kami try2 cari open trip ke Dempo untuk kami join. Tapi tiada tarikh yang berkenaan jadi bila contact Ian, boleh diuruskan katanya.

Sedikit gugelan dari blog Petualang Indonesia berkenaan Dempo boleh dijumpai di sini dan ini.
Try cari yang Malaysia punya tapi tidak ketemuan. Boleh baca Dempo versi isteri Ian juga, Azzura Dayana. Beliau penulis novel tau. hehe.

Untuk pakej mendaki ini, Ian quote dengan kami 500 ribu rupiah seorang.

Pakej Ian meliputi return transport Pagar Alam - starting point, jasa guide dan porter, makan minum serta sewa tenda dan perkakasan. Kami on je considering kami cuma berdua, last minit pun ya, nak survey yang lain pun tak sempat sangat. Hihi. Yang kami bawa cuma diri, sleeping bag dan personal ration kot nak ngunyah2 pape ke. Baju jacket semua pun dilupa jangan. Glove, long john. Packing cam nak naik kinabalu. Hehe.

Bangun pagi, bersiap kerana Budi dan Anton akan menjemput kami pada pukul 8.00 pagi. Breakfast dulu. Banyak mak Ian masak siap ktorang bungkus untuk lunch kat atas gunung nanti. Segan aih.

Dempo malu-malu

Shopping soya
Budi ambil kami berdua di rumah Ian dan singgah ambil Parjan dan Rangga kemudian. Dari Pagaralam ke starting point mengambil masa satu jam perjalanan. Alhamdulillah cuaca baik. Minggu kami datang masih musim hujan dan dikhuatiri juga akan menghalang pendakian. Jadi memang Ian dah pesan siap-siap bawak baju hujan semua. Baju pun masuk dalam plastik dulu baru masuk dalam beg takut basah kan.

Perjalanan ke starting point menelusuri perkebunan teh. Hijau. Saujana mata memandang. Cantik dan tenang. Siap turun berhenti bergambar dengan ibu-ibu yang sedang memetik teh.

Rombongan Pencinta Alam







Kami tiba di starting point tepat pukul 9.00 pagi.

Terdapat dua jalur pendakian untuk ke Puncak Dempo iaitu Kampung IV dan Tugu Rimau.
1) Jalur Kampung IV sedikit panjang dan memerlukan 8 hingga 10 jam perjalanan kalau ikut pembacaan.
2) Jalur Tugu Rimau pula walaupun pendek tapi adalah mencanak sepanjang perjalanan. Memerlukan 6-8 jam pendakian. Memang menaik je. Penanjakan. Tiada diskaun.
Masa pendakian adalah anggaran. Boleh jadi cepat. Boleh jadi lambat. Semestinya bergantung kepada pace dan juga cuaca.

Kami akan memulakan pendakian dari Tugu Rimau. Pulang nanti pun melalui jalan yang sama. Jalur ini baru dibuka setelah ditutup akibat kebakaran. Punca nya daripada puntung rokok kalau tak silap dengar hari itu. Hurm. Be a responsible hiker ya.

9.20 pagi

Menyiapkan diri dan beg, p tandas siap-siap, Budi dan Anton meninggalkan kami. Doa dibaca dan pendakian bermula.

Air kedelai atau air soya. Thanks Anton belanja




Masuk-masuk je trek dah lecak. Haha. 15 minit perjalanan kami tiba di Dangau Pleci. Macam pondok kecil. Untuk jalur Tugu Rimau ni, land mark yang siginificant adalah Shelter 1, Shelter 2, Mossy Forest dan Puncak.


Dangau Pleci
Stop ambil nafas jap dan kami meneruskan pendakian. Kalau tanya saya trek macam mana, saya akan cakap lebih kurang Irau, ada Nuang sikit-sikit. Semestinya memakai tangan dan kaki sebab laluan berakar dan trek basah sedikit memerlukan kami berpaut dan berpijak dengan tepat.


Shelter 1
Jalan dan jalan pukul 10 pagi kami tiba di Shelter 1. Ada water point di sini. Nak rehat macam awal jadi kami meneruskan perjalanan. Tiba di Dangau Sereh-sereh dan Dangau tiada nama sebab tiada tulisan dan papan tanda kat Dangau itu. Hihi. Berhenti sekejap di sini. Ada satu jam lagi sebelum tiba di Shelter 2.



Melepaskan lelah kami menyambung pendakian ke Shelter 2 dan tiba pada pukul 12.30 tengah hari. 3 jam dari starting point. Shelter ini turut dikenali sebagai Dangau Gagak. Ada gagak berdekatan. Dan ada water point juga di sini. Dekat sedikit Parjan kata water point yang ini compare dengan Shelter 1. Kami rehat minum Kopi Pagar Alam dan makan biskut. Lama juga rehat kat sini sampai sejuk-sejuk dah badan sebab tak bergerak.

Macam Irau

Macam Pengasih kat Nuang hee


Shelter 2
Setengah jam berlalu dan kami meneruskan kembali pendakian.

Start dari Shelter2, trek dah berubah. Open trek. Macam kita hiking Tabur. Nanti saya tepek gambar. Trek berpasir. Bukan lah berpasir. Macam batu kecil-kecil, haha tak tau nak explain harap gambar dapat menyampaikan maksud saya.

Melihat kawasan terbakar
Paras rupa trek





Memang dari mula menaik je trek nya. Kat sini pun sama. Berakar yang pasti. Jalan pun kena hati-hati sebab tepi tu tebing. Since open trek kan, terbuka dah view. Walaupun pagi tadi macam kabus kabus gelap alhamdulillah baik sahaja cuaca.

Meneruskan pendakian sambil-sambil menikmati pemandangan.





Kayu panjang umur
Tenang sangat nampak kebun teh yang kami lalui pagi tadi.

Luas. Depa kata ini ladang teh terbesar di Sumatera. Antara penyumbang teh terbesar di Indonesia.

Naik lagi nampak tempat luas sikit rehat ambil gambar.




Dah atas sikit, trek memerlukan kami menggunakan tali. Akar-akar batang kayu yang ada sekeliling sangat membantu. Paut je mana yang sampai kat tangan.


Trek bertali tak panjang. Ada dalam 2-3 tempat kalau tak silap.

Lebih kurang 2.10 petang lebih kurang kami tiba di Mossy Forest. Untungnya Dempo ni sebab trek pelbagai, view pun pelbagai juga. Trek mossy ini tak panjang sangat dalam 10 minit mendaki. Selepas itu tiba kat atas, 10 minit trek landai. Satu-satunya diskaun yang ada sepanjang jalan.

Mossy Forest
Di hujung trek landai, kami tiba di puncak Gunung Dempo pada pukul 2.35 petang.

Alhamdulillah. Sampai juga kami di puncak ketiga tertinggi di Sumatera selepas Kerinci dan Leusser.


Bergambar dan gerimis mulai turun, kami bergegas turun ke Pelataran Dempo, 10 minit dari puncak tadi. Menurun sahaja trek. Batu sedikit besar dan licin sebab dah renyai kan.

Menuju kawasan perkhemahan di Pelataran Dempo
Mujur hujan tidak berpanjangan. 2.45 petang kami sampai, cari tempat sesuai, pasang khemah lunch dan berehat.
Terima kasih mak Ian!

Ngopi
Kumpulan kami pertama sampai. Memang takde buat apa lah. Rehat-rehat. Ingat nak naik puncak Merapi tengok sunset tapi berkabus. Jadi lepak tenda je.

Berlatar belakang puncak Merapi

Pukul 6 petang dah Maghrib. Lepas Maghrib terus tidur buruk tak perangai hahaha. Konon nak bangun pukul 9 minum-minum kopi tapi memang tidur lebih utama.

Esok kami nak mengejar sunrise.

Bersambung...

4 comments:

  1. tu dia aih, keli naik gunung :D

    blh tahan nampaknya trek dempo ni, ajla..still ada pak belang di sini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mantap kan keli. Diorang cakap haiwan-haiwan semua masih ada. Alhamdulillah xde jmpa pak belang.

      Trek nampak mencanak tapi doable. If slow-slow ikut jalur Rimau in shaa Allah still boleh smpi sebelum gelap

      Delete