Saturday, 19 November 2016

SumSel Day 3 : Dempo - Puncak Merapi - Pagaralam

Salam

Sambungan dari SumSel Day 2 : Pagaralam - Dempo.

Bangun pagi. Hujan malam tadi.

Usai menunaikan kewajipan, kami bersiap untuk ke Puncak Merapi. Ada yang panggil Pucuk Merapi. Ada yang panggil Kawah Merapi. Yang pasti kami nak tengok sunrise pagi ini.

Luar khemah


Mana sunrise?
Tiada. Hujan kan.
Kabus berpanjangan.

Paras rupa trek

The best view of sunrise we had

Bukit paling depan ni adalah puncak Dempo. Kawasan lapang sedikit di bawah adalah Pelataran - kawasan perkhemahan


Dari khemah kami di Pelataran Dempo ke Puncak Merapi hanya 30 minit.
Tapi halfway pening-pening kakak rasa. Baru 15 minit kot. Haish.
Kitorang terlupa bawak glove. Sejuk. Angin menampar-nampar wajah.
Trek ok. Menaiki batu pula pagi ini.

Kita layan gambar lah ya.





Dah namanya kawah, memang tak ada pokok. Open view. 360.

Kami dok tunggu kabus berlalu sebab nak tengok air kawah yang biru.
Sambil menunggu sambil minum kopi.
Serius kopi pagar alam sedap sekali. Serbuk halus. Cubalah nanti.



Terjumpa satu group Malaysia, 2 orang naik dengan Pagaralam Rafting Wisata. Tanya team mendaki kami ewah, depa cakap Budi and Ian pun ada contact kalau nak buat rafting. Memang itinerari yang saya survey sebelum ini ada yang include rafting. Possible je nak buat jika punya masa lama. Mak Ian pun tanya kami kenapa sekejap sangat kat sini.

Melencong lak. Haha.
Bonus naik Dempo ni sebab kita dapat dua puncak. Puncak Dempo dan Puncak Merapi.
Lama juga kami bersantai bergambar di atas. Pukul 6 pagi sampai. Almost pukul 8 baru kami bergerak turun.

Dah jom balik


Bukan khemah kami
Sampai bawah sarapan. Simple je menu, Indomie dengan kopi.
Lagipun pagi2 kami pun takde nak makan beria sangat.

9.30 pagi kami memulakan pergerakan pulang. Bersama kami kali ini ada 4 orang jejaka tenda sebelah. Tak ingat pukul berapa depa sampai malam tadi. Tau-tau je bangun tidur dah banyak tenda sekeliling.

Dah gerak balik pun kami singgah jap puncak Dempo ambil gambar lagi.

Melalui trek landai, menuruni Mossy Forest dan dah sampai open trek.


Trek landai



Mujur Padil ada ambil gambar kakak jadi Tarzan jap dekat kawasan bertali. hahahaha. So that I can show you how the tali looks like gitu.





Since hujan kan, jadi kena turun dengan berhati-hati. 2 kali jugak lah kakak tergelincir. Sebab once kasut dah terpijak selut, tapak kasut dah licin. Jadi pijak lah pada tempat yang betul.

Mbak jangan minggir-minggir


Since trek pun macam yang saya cakap dalam entri sebelum ini adalah mencanak, jadi turun ni memang menekan sikit kat part kaki. Malas-malas je kakak nak turun sebab jejaka yang lain ni pantas benor. Tak terkejar.

Perjalanan turun adalah lancar.

Alhamdulillah 1.35 petang kami dah sampai ke Tugu Rimau. Ramai orang. Hari Libur dan disebabkan Tugu Rimau ni adalah tempat tertinggi di Pagaralam yang boleh diakses dengan kenderaan, jadi memang menjadi tumpuan.

Tugu Rimau. Ramai orang time ni

Sambil tunggu Budi
Sambil menunggu Budi ambil sambil makan roti dan coklat.

Budi sampai. Dan kami pun pulang menelusuri kebun teh. Punyalah besar kebun teh di Pagaralam ni tak payah naik sampai atas pun dah boleh ambil gambar kat bawah. Siap boleh piknik mana-mana confirm tak berebut sebab luas sangat. Bayangkan hampir satu jam perjalanan kitorang dok lalu kebun teh je. Serius terrace nya cantik.





Yours truly


Cakap dengan Budi nak singgah Tangga Seribu. Baca-baca macam best je. haha. Dah jadi tangga 2001 Budi kata.

Dekat tangga ni macam kawasan santai juga sebenarnya. Ada gerai-gerai, boleh main ATV, kira tak perlu naik sampai Tugu Rimau, tepi tangga ni pun ada kebun teh.

Kebun teh di Tangga Seribu


Ini tangganya


Memandangkan kami turun agak awal, cadang nak singgah air terjun sebab Ian pun kata Pagaralam terkenal dengan air terjun, kalau sempat boleh singgah katanya. Tapi hujan. Hahahah. Lagipun nak kena trekking lagi untuk sampai air terjun. Budi pun kata kalau tak hiking, biasanya diorang camping cari air terjun. Hurmm. Macam nak suruh datang lagi je ni.

Jadi kami pulang ke rumah Ian. Mak Ian pun dah risau kitorang ni dah turun ke belum. Berehat membersihkan badan, makan, kemas beg.

Budi datang rumah tengok kan kitorang punya persiapan.
Malam ini kami akan pulang ke Palembang dengan bas Melati juga pada pukul 10 malam.

Lepak di ruang tamu, Budi tanya tiada kisah mistik ke? Walaupun kakak tidur hadap pintu khemah, Alhamdulillah tiada apa-apa yang mengganggu kami. Prepare dah sebenarnya sebab pembacaan di blog petualang yang lain memang ada dinyatakan. Tapi since sebelum naik depa pun tak cakap pape, kakak pun rilek je. Menurut Budi, kisah mistik memang ada kat Dempo ni.

Pukul 9 malam shuttle bas dah berhenti depan rumah ambil kami dan hantar ke Loket.
Sampai Loket cuak jap sebab takde pula Budi bagi tiket. Dia pun tak cakap nak datang kemudian naik motor. Haha. Ke kakak yang tak dengar. Dah nampak kelibat Budi dan Parjan lega sikit. Depa cakap group Malaysia pagi tadi naik bus Telaga.

Depa tunggu bersama di Loket jadi kami sambung lepak borak sampai lah masa untuk naik.

Mengucapkan terima kasih kepada mereka dan mohon sampaikan salam pada yang lain, berangkatlah kami meninggalkan teman dan keluarga Pagaralam yang menyenangkan lagi membahagiakan. Moga Allah mempermudahkan urusan kalian.


Another 7 hours journey before we reach Palembang.

To be continue...

1 comment: