Wednesday 17 February 2016

Beraya di Strata

Assalamualaikum semua.

Lama tidak berjumpa. Blog semakin ditinggalkan semenjak bermain instagram dengan jayanya. Tapi in sha ALLAH mana yang penting-penting dan jarang dijumpai akan dikarang di sini. Cuma rajin atau tidak jelah.

Jadinya, pengaruh teman #cintarinjani telah membawa kami ke sini pada hari raya Deepavali.

Air Terjun Strata, Tanjung Malim.

Tak banyak info yang diperolehi dari blog. Paling latest pun yang kami jumpa dari ig artchan ali @pakatanberjalan.

Jadi trip meriki Strata dimulakan setelah mereput di hujung minggu tanpa aktiviti gitu.

Ahli kumpulan

Raja, Anas, Afend, Mel, Padil, saya dan Aisyah.
Dua kereta.

Bertolak dari KL pada hari Selasa pagi dan kami berjanji untuk berjumpa di Tanjung Malim. 

Breakfast siap2, singgah kedai hardware cari penanda dan off we go.

Diamond Creeks tempat yang dituju. Budak2 ni kata resort berhantu.

Sampai di Diamond Creeks, Raja turun.

"Betul ke korang nak masuk dalam ni?"
"Dalam tuh ada hari***"
"Ada bawak senapang tak?"
"Tapi korang bertujuh, ok kot"

Lebih kurang camtu perbualan. Cuak dah I. Dahlah tak bawak mercun bola memasing.

Dan kami meneruskan perjalanan. Park kereta di hujung sekali. Di hujung jalan. 
Tepat 9.09 pagi, kami bermula dengan bacaan doa dan mengikut langkah kaki.

Kenapa ikut langkah kaki? Sebab info tak banyak. Log yang Raja ada pula dan yang kami pakai ni adalah log basikal, yang lead sampai ke penghujung jalan 4x4. Selebihnya kena cari sendiri.


Berpandukan log, kami masuk kebun kelapa sawit. Simpang adalah banyak dan kami mula menanda jalan yang dilalui. Tersilap jalan, patah balik. Dah lari jauh, kembali ke pangkal jalan semula. Ada nampak tapak kaki lak tuh. Ayok.

Jalan punya jalan, dan kami tiba di penghujungnya, permulaan kepada perjalanan dan rintangan sebenar bakal menanti kami tidak lama lagi.

Suspen tak. haha.
Hujung jalan jumpa ini
Difahamkan kena seberang sungai. Dah seberang dah ni pastu tak jumpa jalan, kami seberang balik.

Ada beberapa marking ditinggalkan, kesan torehan pada pokok. Ada yang baru ada yang lama. Jadi kitorang redah je, agak jumpa macam trek kami teruskan. Dan kami berkeputusan untuk mengikut sungai bilamana agak2 dah jauh dari bunyi air.

Banyak pool sebenarnya. Cantik dan air jernih, dalam lak tuh. 


Tak ingat kat air terjun kecik mana, tapi di sini kami seberang sungai nya.

Rehat sat, setup tali takut balik nanti air naik, kami teruskan perjalanan kembali.



Jumpa pool, jumpa air terjun kecik lagi.


Dahlah semua pool lebih kurang sama paras rupa. haha. 

Sampai satu pool ni, kami tengok air datang dari dua arah. Kami ambil yang belah kanan. Dah jalan separuh macam tak jumpa jalan. 

Kat sini kami dok pusing-pusing cari jalan. 
Patah balik. P yang belah kiri pula. Naik sikit tengok tak ada trek.

Patah balik ke yang belah kanan tadi. Dan kami berkeputusan kalau pukul 12 tak jumpa jugak, patah balik yang betul-betul patah.

Dan kami mula mencari. Jalan dan jalan dan jalan sampai nampak jalan yang macam terang sikit dan bunyi air yang agak kuat. Turun ke sungai, sebab trek di atas tanah runtuh. Macam tak berapa ok. Mujur ada rotan tempat berpaut, membantu kami meredah deras air terjun di celah batuan sungai.

Dan

Kami tiba. Berjumpa strata. Seriusly cantik.


Pastu musykil. Patut bukan ada kolam ke kat bawahnya. Jadi cari jalan lain nak ke atas. 

12.19. Akhirnyaaaa

Kami tiba. Hoyeah. 



Perkara pertama bila sampai mengecheck kaki dan membuang pacat yang ada.
Pacat dari mula sampai ke sudah tidak mengalah. Banyak gila, gemuk belaka. Sepanjang trek dok buang pacat je. Hins.

Bukak dapur, Mel masak nugget, masak air, buat kopi kurang manis, buka ration berupa roti dicicah dengan kurma ayam dan rendang ayam oleh Adabi. Pergh terangkat. Gas cukup2 je. Hihi.

Pastu hujan. Memang afen habaq dah hujan petang2 jika ikut weather forecast. Dok berteduh bawah fly dan baju hujan Mel.

Makan-makan. Macam ngantuk. Tapi tak dapek nak tido ha. Hujan berhenti, sambung ambil gambar lagi sebelum berkemas pulang.


Alhamdulillah. Perjalanan pulang adalah lancar.

Cuma kat tempat air deras yang kami berpaut tuh macam tak dapat nak lalu, Jadi kami ikut jalan atas area tanah runtuh tadi dengan berhati-hati sehingga berjumpa dengan marking yang ditinggalkan tadi.

Jalan dan jalan. Eh dah sampai tempat bertali. Satu jam dari air terjun.

Dan ternyata selepas hujan, arus adalah deras dan menggunakan tali kami selamat menyeberangi.

Ikut penanda, tambah lagi penanda dekat mana yang patut sebab baru perasan rupanya jauh-jauh tadi penandanya. hihi.


Dan kami tiba semula di starting point. Kolam pertama dan bergambar bersama papan tanda.

Meninggalkan sungai, kami meredah kembali jalan 4x4 dan kelapa sawit untuk kembali ke kereta. On the way balik bertemu 4x4 dan abang ni offer kitorang naik. Rezeki jangan ditolak. Merasa ko dilambung jalan tanah merah selepas hujan. Haha.

Sampai di kereta, borak sat dengan brader ni siap amik contact no., kot lah ada revisit kan. Kiki. Buang pacat lagi. Lol. Dan kami membersihkan diri di Masjid Jamek Tanjung Malim, makan dan beransur pulang.

Tiba di KL pada waktu Isyak. Alhamdulillah selamat semuanya dan tiada perkara diingini berlaku.
Thanks guys for the trip. Till we meet again. Another reunion with 14 members of CintaRinjani perhaps?

Till then. Wassalam.

* lama sangat terkubur dalam draft, tak ingat gambar dari siapa. Thanks korang. Minta izin ambil ye anas, padil, raja, afen, aisyah and mel :P



13 comments:

  1. salute lah Ajla..kira otai dah ne..semua tempat di redah hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. ikut budak2 ni Zilla. kalo tak folo nnt mereput pula kat rumah kiki

      Delete
    2. ajla, jom cikuray next week :D

      Delete
    3. cikuray? apa itu hahahari apakah

      Delete
    4. gunung cikuray di garut, ajla hehehe

      Delete
    5. ooo yang nak pergi hujung mei tuh ek. rs 28 tuh mcm kenduri. selalu sgt sy terlepas trip zilla ni,

      Delete
    6. ehh bukan tu gunung guntur..ini next weeklah ajla :D

      Delete
    7. oh lain ek. hehehe. mggu dpn xdpt jugak. ade boling tertutup ofis gitu. nk folo trip zilla hujung tahun jika ada heee

      Delete
  2. Thanks for hthe info...nak pi sana juga..cantik juga ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul cantik. takyah naik sampai atas pun kolam kt bawah pun cantik2 juga. cuma pacat lah banyak. hehe

      Delete
  3. Ade tmpt utk buat camp site tak kt strata ni

    ReplyDelete
  4. Ada ruang dekat kolam atas tuh cuma masa kami pergi tanah tak berapa rata sangat dan lembap takut banyak pacat je. Boleh jadi sebab masa tuh hujan jugak. La ni dah ramai jgk org masuk dengarnya mungkin dah terang sikit kawasan itu. masuk ramai-ramai padat lah jadinya sebab ruang tak besar sangat

    ReplyDelete