Monday 8 June 2015

Memburu Gunung Bunga Buah

Assalamualaikum

Memburu sangat. Haha. Gunung Bunga Buah ni salah satu wishlist jugak selepas terpengaruh tengok gambar di instagram kawan2 plus timelapse kabus bergulungan. Ok. Kena pergi.

Jadi peluang yang ada bila kawan offer tidak dilepaskan gitu. Sementelah nak training untuk camping hujung bulan 5 ni katanya. Practice makes perfect. hahaha.

Ke Gunung Bunga Buah kita. Panjang lah pula nak taip nama gunung. Jadinya GBB je ye.

Pada hari Ahad yang lalu, 17 Mei 2015, kami telah mendaki GBB. Bertempat di Genting Highlands, pendakian kali ini disertai oleh 10 orang yang dilead oleh saudara Atounk dari #bocahxvnture dan disertai 9 orang lagi. Trip kengkawan sebenarnya - saya, kak fiza_pja, norry, shaly, aeril, adep, apek, wan dan tuek.

First time jumpa tuek dan wan. Norry dan shaly telah dijumpai semasa ke Bukit Kutu seminggu sebelum itu.

GBB - estimated time, 4 jam naik dan 4 jam turun. wow.

#meninggey. Boleh tahan. Untuk mengelakkan kelaparan tengah hari nya, kami menapau roti canai dari kedai mamak sebelah Hotel Sri Malaysia dan ada yang dah bawa nasi lemak siap2 dari kampung halaman. Breakfast siap2 jugak. Konon nak singgah Genting Sempah, renovate pula. Pintu masuk ke GBB adalah kebun sayur, di sebalik kilang2 dah lama ditinggalkan, dekat dengan 7E Gohtong Jaya.

Kami bermula pada pukul 8.30 pagi. Selepas kebun sayur terus jumpa trek mencanak. Baik punya trek, awal2 lagi baju dah kotor. Pas hujan kan. Setengah jam jugak lah menaik sehingga kami keluar di jalan tar. Ada satu jalan lagi tak perlu lalu jalan yang kami naik. Jalan tar sahaja. Belakang strawberry farm.



Pintu masuk
Mari mendaki. Time kami datang ada tv lama kat tepi


Yeay jumpa jalan tar


Dari jalan tar, sambung naik ke atas sampai jumpa kuari. Terus je lagi. Haha. Memang jalan tuh je. Lorong kecil macam denai. Trek panjang and lalang boleh tahan tinggi. Pacat pun ada. Dan saya salah sorang mangsa T_T.

Kuariiii




Kiri puncak yang ingin dituju. huhu





Dan kami tiba di hujung jalan pada pukul 10 pagi. Hujung jalan adalah permulaan pendakian sebenarnya. Met 2 uncles and they said trek macam Nuang cuma pendek sikit. Saya belum pernah sampai Nuang lagi. Next time in sha Allah. No wonder aunty yang kami jumpa tengah jalan denai tadi kata 2 jam lagi. Perjalanan jauh lagi rupanya.


Pintu masuk

Dan di sini cabaran nya bermula. Hurmmm. Menaik. Dan ada 2 trek menurun. Memang sedap lah nak balik karang. And somehow saya rasa lagi senang Pine Tree. Apakah? Menurun dan menaik semula. Langkah sana sini. Panjat akar kayu bagai. Dan rasanya Irau senang lagi. Pastu jumpa group of hikers buang sampah begitu sahaja. Memang kena sedas lah dengan kak Pija. kiki.










Kena turun bawah sikit tapi kami takgi pon hihi







Lebih kurang 11.30 pagi macam tuh kami tiba di Rock Garden. Cantik tempatnya. Cuma sayang sikit sebab berkabus jadi tak nampak view Genting Highlands. Dah 3 jam berjalan. On time. Rehat jap melepas lelah dan batuk di tangga, macam dah agak ramai orang sampai ke Rock Garden, kami meneruskan perjalanan ke puncak. Another 1 hour.






Patut boleh nampak Genting dari sini. Kabus.
Ayoo ke puncak

Tak sampai-sampai rasa. Punya lah jauh puncak. View along the track sangat menawan. A bit mossy and trek berlecak juga. Hujan renyai2 sikit. Dan kami tiba di puncak lebih kurang pukul 12.30-40 macam tuh. Makan dulu. Roti canai telur. Kak pija punya kuah macam sedikit basi. Bergambar dengan props berbentuk bunga berharga RM6 yang dibawa oleh sharil, gambar berkumpulan dan kami turun semula. Dengan hujan turun selebat2nya. Lebat gila sampai starting point pun hujan masih tak berhenti.










Mandi hujan. Trek basah dan licin. Air mengalir macam air terjun sepanjang trek. And we made it in 3 hours. Sebab hujan takde nak menyinggah sangat kan. Sampai jalan tar hujan dah berhenti. Amik gambar sikit tepi jalan, yang perempuan singgah tumpang mandi kat hotel, solat sekali di sana, then makan petang merangkap dinner.














Thanks wan untuk sandwich nya. Nyummeh

Kenyang-kenyang, dan kami beransur pulang. Singgah tepi jalan pula sebab naik tadi takde view kan. Hujan pulak time turun. Jadi amik view puas2 kat bawah.


Thanks kalian untuk trip yang menyeronokkan. Geng kiraan lapan time bergambar memang boleh tahan. Hahahaha. Terima kasih semua untuk gambar2 di atas.

View cantik yang pasti. Kat kuari pun cantik sebab batu besar2 kan. Rock garden lagi. Check weather forecast dulu yang pasti. Sebab takde tempat proper nak tukar baju. Ni pun slumber badak je pakai tandas hotel. Yang penting konfiden.

Mohon masukkan GBB dalam list mendaki.

Dan sehingga berjumpa lagi.

Wassalam.


2 comments:

  1. Mesti puas kan , walaupun penat nak mendaki..
    Saya dah lama tak buat aktiviti macam ni...dah tua..hahaha

    1st time saya dengar nama gunung ni...
    Cerita pasal hujan, teringat dulu masa mendaki ( bukit je pun,hahahah), mmg basah trek...licin...pacat pun naik kat kaki...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puas Dr. Perasaan kat puncak tuh berbaloi-baloi.

      Saya pun macam baru akhir-akhir ni tahu pasal gunung ni. Hujan dan pacat berpisah tiada. Memang kena redha. hehe

      Delete