Friday 19 June 2015

Cinta Bertaut di Lata Langsir - Day 3 (finale)

Assalamulaikum

Salam Ramadhan Kareem. Selamat berpuasa buat semua.

Bersua kita kembali. Sambungan dari Day 1 and Day 2.

31 Mei 2015

Hari terakhir. Dan hari ini kami akan bergerak pulang.

Misi utama tercapai. Dengan sunrise pagi ini jelas sekali. Haruslah posing dan bergambar sepuas hati bagi mengubat kekecewaan dan luka semalam.



survey port menarik
swimming pool di atas awan



Makan megi sat alas perut


Membunga
9.30 pagi

Kami memulakan perjalan pulang setelah puas bergambar berkumpulan dan taklimat perjalanan. Rencananya pada hari ini kami akan bersarapan di Sungai Bangan, lunch di Kem Balak dan akan singgah di Air Terjun Chemerong.


Pengemasan
Pemerahan
Pemandangan


















Tiba di Sungai Bangan pada pukul 10.10 pagi. Sekejap pula time balik ni. Bersarapan bihun tomyam, dan terjun sepuas hati. Jika terusan yang sebelumnya keruh masa pergi, kali ini jernih sejernihnya yang kalau tak terjun macam rugi lah pulak kan. haha. Terima kasih sekali lagi kepada life jacket shahril, saya boleh melakukan terjunan tanpa was-was. Pastu kena tarik ke tepi sebab berenang tak sampai-sampai. haha. Air sejuk dan sedap. Risau dah ni nak balik nanti macam mana sebab baju basah, sejuk mandi air lagi. Harap tak pancit.









Bihun tomyam


Terjunan
Tirukan
Pusingan
Omg macam sakit je i tengok huhu

Terjunan berjemaah
Yaribaaa
Cukup sejam, kami beransur dengan perlu melalui laluan mencanak dari Sungai Bangan ke puncak tipu dan seterusnya ke Seraya Besar. Jujur peluh time balik ni gila banyak tak seperti masa mula-mula datang. Padahal banyak menurun kot. Faktor cuaca mungkin. Di puncak tipu kami berehat sepuas hati. Dan laluan permatang yang mental masa pergi itu akan dilalui sebentar lagi.





Jarak yang jauh, tapi sebab jalan berkumpulan, dok borak-borak tak sedar masa berlalu. Tup-tup sampai Seraya dalam pukul 12.30 tengah hari. Rehat sebentar sebab aim nak rehat lama di Kem Balak, kami teruskan perjalanan dan tiba di Kem Balak setengah jam kemudian. So cepat.

Tengah hari dah agak ngantuk sebenarnya haha. Lunch chicken buritto hasil gulungan Hana dan Mel dan Adib. Minum teh o manis gila untuk membekalkan tenaga, tepat pukul 3 kami sambung semula. Bakal berjumpa Bukit Taubat selepas ini. Kena redah sungai sedikit, perjalanan menaik sedikit dari Kem Balak dan menurun semula ke kaki Bukit Taubat. Dan kami teruskan ke Simpang Y, simpang yang akan membawa kami ke Air Terjun Chemerong.

Chicken buritto in the house




Atounk lead di depan, dan meminta kami berhati-hati kerana trek ini masa mereka pergi dahulu ada tebuan tanah. Berhati-hati especially time memegang pokok lagi2 yang lurus dan kurus macam kaki Boboy. hihi. Sampai ke sudah saya tak berpaut pada pokok. Pegang camtu setakat sentuh je lol. Trek menurun curam tak ingat. Dan trek menurun sahaja sampai dengar bunyi air. Perlu berpaut pada tali untuk menyeberang dan kami meneruskan perjalanan mendaki lebih kurang 10 minit.

4 petang. Air Terjun Chemerong. Cantik. Tinggi. Sejuk.







Beria panjat batu untuk dapatkan shot dan angle menarik. Licin. Mohon berhati-hati. Dah puas bergambar budak-budak ni sambung tiruk lak kat bawah. Mandi je keje hari ini. Tapi kali ini sangat dalam. Yang konfiden je turun.

Puas, kami bergerak pulang sementelah dah dengar bunyi guruh berdentum, harus cepat ke bawah. Trek menurun, di hujung nya ada tangga menanti. Bertabahlah wahai hati dan kaki.

5.30 petang, kami semua selamat tiba di kafe dan hujan turun selebat-lebatnya. Pekena air gas, kopok lekor, goreng pisang, air panas, mandi-mandi siap diri, pulangkan kembali barang company, nak dekat Maghrib baru kami berundur diri.

Singgah makan di tempat tak ingat nama, sejam jugak perjalanan sebab nak makan di bandar Muktafi tak banyak pilihan. Makan malam di bawah tanggungan company. Awesome sekali lagi.

Dan hampir 3 pagi baru sampai ke rumah sendiri.

Terima kasih #bocahvnture untuk trip kali ini.
Thanks gogo Apek, Eddy, Atounk, Hana, Afa, Shahril, Adip, Gaban, Hakim, Syafiq, Napi, GG, Abe, Tuek, Fadzil, Wan, Boboy, Mel dan Afen.
Terima kasih kalian untuk segalanya. Guider, sweeper, tanker, mokcik kantin. Mohon maaf salah dan silap terlebih terkurang. Minta izin ambil gambar uols. hik hik.
Trip ini sangat berjaya. You guys rocks and awesome. Syabas. Mohon ajak lagi. In sha ALLAH tak pewai lagi.

Hingga bertemu lagi. Wassalam.

4 comments:

  1. Ramai sungguh gang trekking... mcm2 makanan ya..tom yam la..chicken burrito la... he..he..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. itulah itu kak. berkembang biak. Alhamdulillah cukup makan. Tulah menu kemain. Tapi nak mengangkut barang2 naik atas bertabah lah juga demi makanan sedap katanya.

      Delete
  2. ohsem.!!! idola belogger saya.!! muahhhhh.!! merecik.!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohsemmm. Aummm. Mokcik hot to go. Mengences hehe

      Delete