Friday 3 April 2015

One Pine Day and Twin Peak

Assalamualaikum...

Bertemu kembali. Selepas Viper Challenge tempoh hari, saya ke Pine Tree. Elok sangat. Penat VC x hilang lagi, esoknya p mendaki pula.

Jadinya kami yakni saya, Hana dan Atounk bergerak naik ke Bukit Fraser ahad pagi. Subuh di Masjid di atas nun. Sebenarnya nak skip tapi mengenangkan ada bawak kawan sekerja yakni Bad dan Syima, ku teruskan jua. Rasa tak sedap lah kan, kita ajak kawan tapi kita lak tak gi. hihi.

Pestaim sampai Fraser
Untunglah Hana dan Atounk siap lepak-lepak chalet, p Pertak mandi air sungai pula bersama geng kinabalu depa. Depa panjat Pine Tree hari sabtu. Ai bermain peluh je yang mampu. hahahaha. Patut Hana dan Atounk naik sekali tapi kondisi kaki memasing tidak mengizinkan. And I'm glad depa skip. Lols.

Trip daypack ke Pine Tree ni sebenarnya saya join Kak Reen, yang dikenali semasa Trip Santai Yong Belar 2 minggu sebelum itu. Memang aim nak naik Pine Tree sebelum ini jadi peluang yang ada tidak kami lepaskan. Seramai 22 orang telah mengikuti pendakian kali ini yang mana saya join group lain. Kumpulan fitness aerobik di Rawang tak silap.

Pendakian kami bermula pada pukul 8.30 pagi. Taklimat diberi dan bekalan makanan berupa sandwich, milo, buah, chicken buritto dan packed lunch dimasukkan ke dalam beg masing-masing. 1.5 Liter air juga buat bekalan. Owh, kami bayar RM50 seorang untuk tujuan guide, group 1st aid, snack on track dan packed lunch.

Dah warming up stretching semua, kami memulakan perjalanan. Masuk-masuk je disajikan dengan pemandangan sebegini. Terubat hati. Sebab pagi tuh agak emosi sebenarnya lepas baca whatsapp. Sungguh, sabar saya tidak tinggi T_T


Awal-awal trek nya ok, kemudian dah start menurun. Dalam hati, "habislah. Confirm sakit balik karang." Sakit nak mendaki tangga. Turun sangat sedap. Haha. That's why I cakap ngn Hana mujur beliau tak ikut naik. Lari alignment kaki beliau kang.





Memang menurun je. Naik sikit, turun balik. Sejam pertama memang cenggitu trek nya. Jalan punya jalan, kami berhenti sekejap kat sini. Tak sekejap jugaklah. Dalam setengah jam? Tempat cantik juga nak ambil gambar sementara menanti ahli kumpulan lain. Bestnya Pine Tree sebab dapat line siap boleh whatsapp tengah jalan buat live update gitu. Tapi untuk pengguna Celcom line tak berapa nak ada. Umobile laju owh.



Dah cukup semua, kami sambung lagi.


Tali ini bukti anda hampir ke puncak kejayaan.



Lebih kurang pukul 11.30 kami sampai ke puncak. Antara yang terawal juga sampai jadi memang puas bergambar, berehat dan makan tengah hari siap-siap.


Milo!
1448 m
Wearing #bocahxvnture tee. Seblah bukit satu lagi. 

Lebih kurang pukul 1 petang, kami meneruskan perjalanan ke Twin Peak pula. Trek nya dah start mossy kat sini. Laluan dia di antara dua bukit kiranya. Kiri yang ada papan tanda pine tree. kanan tuh panjat sikit ada tmpt untuk tgk view mcm saya posing kat atas. Berlumut. Basah pun ye. Kesan hujan. Menurun juga yang pasti. We managed to reach the peak within 30 minutes. Renyai-renyai kat atas tapi kemudian mentari muncul kembali. The view. Subhanallah. Cuma ralat tak dapat tengok Ulu Semangkuk. Tertutup dek awan.


1505 m




Usai solat, kami kembali semula ke Pine Tree. dalam 20 minit sampai. Rehat-rehat lagi. Banyak rehat kan. Sempat saya tido sebelum memulakan perjalanan turun. 3.30 petang kami memulakan perjalanan turun. Target kami mesti sampai sebelum gelap. Pergi tadi lebih kurang 3 jam kan. Jadi balik konon-konon boleh sampai pukul 5.30 ke.

akar die besooo
Memang taklah. Remember tangga yang mula-mula? Setengah jam ke 45 minit terakhir tuh habis kat tangga menaik je.
Usaha tangga kejayaan!
Alhamdulillah selamat sampai ke pintu masuk pukul 6 petang. Yeay. Saya terpaksa cabut dulu sebab nak jumpa Hana dan Atounk di KKB. Sementelah Hana punya bas malam yang sama juga.


Jadi overall, bagi saya, view sepanjang trek tak berapa sangat kalau nak compare mossy forest macam Gunung Irau ke. Tapi puncak die best. View cantik. Saujana mata memandang gitu. Twin Peak pon sama. Almost 360 degree. 270 darjah mungkin? Hehe.

Tapi dari segi trek, boleh tahan. hahaha. #meninggey jugaklah sesetengah part. Padan orang datang sini training, senang Yong Belar lagi bak kata kawan saya.

Dan Papan tanda kurang. tak seperti yang saya tengok kat blog ini. Huhu.

Sekian sahaja. Rezeki kami dapat sampai ke Pine Tree dan Twin Peak. Dan cuaca pun menyebelahi. Alhamdulillah ala kulli hal.

Hingga bertemu lagi dalam pendakian akan datang. Eceh.

crdt gmbo to Kak Reen and Mel.



6 comments:

  1. Ajla, next nak daki mana? ikut ahh, bisa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang terdekat ni hana hani hono nak p irau. 11hb. tapi saya xdpt join sebab dah start cuti hee. kalo zilla nk join boleh je hello hello hana kt fb. :) yg selepas2 itu belum ada plan lagi

      Delete
    2. irau tak mau lah Ajla..banyak momok hehehe...kalau ada yang dekat2 sekitar lembah klang, roger2 ekkk ;-)

      Delete
    3. hehe kann.lgpon dah ramai org naik. in sha Allah if ade dekat2 area Lembah Klang nnt boleh panjat sama2. :)

      Delete
  2. wahhhh.. nasib baik tak folo kann.. sejahtera kaki~
    tapi view sea cloud itu menawan hati--ulu semangkok kena pegi jugak.!
    btw, alignment kaki selalu kurang betul >.<"

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak folo ulu semangkuk plisss... hahaha
      i fall in love lah u. with nature
      ecehhh

      Delete