Monday 3 September 2012

Ba'kelalan : The Journey

Alhamdulillah. dengan izinNya dapat juga kami menjejakkan kaki ke Ba'kelalan.
masih ingat entri 2012 travel wishlist tahun lepas? lol

Hajat di hati nk pergi masa Apple Festival yang jatuh pada Good friday bulan 4 lalu, tapi harga tiket flight boleh tahan mahal lagipun masing2 pun ada plan tersendiri. Jadi, impian tersebut terkubur begitu sahaja.

Then,
"nanti kita buat monitoring di Lawas, ok?" ujar boss pada suatu hari. 
"ok saja" :) maklumlah tidak pernah jejak bahagian Limbang lagi (daerah Lawas terletak dalam bahagian Limbang)

Murah rezeki dapat jejak dua Bahagian (Miri dan Limbang) sekaligus~ 


And who knows, masuk jugak Ba'kelalan dalam cadangan perjalanan. hehe

So, here we go
The route is Kuching - Miri - Lawas. Kesemua ini kami pakai belon dari Kuching. Miri ke Lawas kene naik kapal terbang kecil aka twin otter

Lawas~


Saya suka naik twin otter. dengarnya di Sabah xde. benarkah? untunglaa saya dapat merasa :)

 How to go to Ba'kelalan?Ada dua cara
1) jalan darat dari bandar Lawas
2) boleh naik twin otter dari Miri (3x seminggu)


since kami dari Lawas, opkos ikut jalan yang pertama. lebih kurang 162 km jaraknya.

The route is Lawas - Long Sukang - Long Semadoh - Ba'kelalan

Ketiga-tiga tempat ini ada fasiliti yang perlu dimonitor. Jadi chief mencadangkan untuk singgah di Long Sukang on the way naik dan Long Semadoh keesokan harinya, yakni selepas turun dari Ba'kelalan.


isi minyak sampai penuh dan beg segala barang perlu dibungkus dengan plastik hitam
Jika kelajuan 60 km/ jam di jalan highway, seharusnya sejam setengah dah boleh sampai kan. Tetapi, jalan yang kami ambil, jeng jeng jeng. Lihat lah~


Lalu jalan balak, kene amik lorong kanan bajet oversea leteww supaya lori balak tersebut dapat ambil 'side'
 Sejam setengah perjalanan, kami tiba di Long Sukang.
Welcome to Long Sukang

terdapat sekolah di hujung kampung
Sempat juga singgah di Merarap Hot Spring ambil2 gambar. Ada line Celcom di sini :)


Airmu mengalir, dari gunung jauh disana~

Hotspot, Hotspring


Perjalanan diteruskan kembali. Tak pasti berapa banyak bukit-bukau ke gunung-ganang yang kami naik turun. Sama je pemandangan kiri dan kanan. Cantik. Macam wallpaper warna biru yang ada gambar bukit berbalam-balam itu. Nice meh.
Kalau tak silap, di sebelah bukit ke gunung satu lagi itu adalah Tang Lapadan
Selepas 5 jam dilambung jalan balak dan Jiwa Murni (jalan yang dibuat oleh tentera), sampai lah kami ke destinasi yang dituju...


7 comments:

  1. thank u for sharing..
    x pernah pergi Sabah Sarawak..
    insyaAllah jika ada peluang, teringin juga nak melancong dalam negara sendiri :)

    ReplyDelete
  2. jemputlah datang
    kami pun kalau bukan sebab posting di sarawak, memang x merasa lah
    alang2 dah sampai, haruslah jalan puas2 sehabis baik kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Camne nk merasa twin otter ni?

      Delete
    2. die ade certain route je aina
      kalo dari kuching, ke mukah dan tg manis only
      kalo dari miri,ke ba'kelalan,lawas and long-long yang banyak dekat area marudi itu
      flight maswings yang lain pakai yang mcm firefly di semenanjung itu

      Delete
  3. Waaa.. Sampai sebegitu sekali???? Jalan nak ke destinasi? Seronok betul... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep. macam itu lah. sebab jalan balak kan. nk senang boleh terus naik flight je sampai atas. insap jugak rasa macam mana kalo ibu mengandung nk g hospital ikut jalan mcm ni

      Delete