Saturday, 25 April 2015

#CintaRinjani : The Day Before The Hike

Assalamualaikum

Dah lama tak jumpa. Takda angin takda apa terus ke Rinjani. Hihi.

Pucuk dicita ulam mendatang. Plan asal cuma mahu ke Surabaya sahaja April ini, cun2 kawan open event untuk ke Rinjani yang mana gap selepas Surabaya cuma beberapa hari. Kawan Hana nama Syirah yang up. I folo. Jadinya, kita burn tiket Surabaya-KL dan beli baru Lombok-KL. Cover Bali sekali alang-alang katanya. Gigih sangat T_T.

Kerna Rinjani ini sangat dekat di hati, jadi kita cerita yang ini dulu gittew. Dan Rinjani memang wishlist saya dari dulu.

Oh. Kenapa #CintaRinjani? Sebab tagline belakang baju kami - Di sebalik gunung itu, lahirnya sebuah cinta.

15 April 2015

Tiba di Lombok selepas menempuh 5 jam perjalanan menaiki feri dari Bali. Contact Bro Zul kat Bali tanya macam mana nak p Padang Bai sebab kawan sampai tengah malam, confirm2 bas takde and if naik teksi memang bakal kena mark up gila2. Katanya kawan boleh tolong hantar kan and beliau pun akan ikut sekali hantar ke Padang Bai.

Padil touchdown airport Ngurah Rai dan kami terus ke Padang Bai yang mengambil masa satu jam perjalanan. Feri ada setiap jam dan bayaran yang dikenakan adalah 44,000 Rupiah per person. Usai mengucapkan terima kasih kepada Bro Zul dan rakannya Termana, kami masuk ke perut feri dan bersedia dibuai mimpi.



Bro Zul kata harga yang sama apply untuk katil juga. tapi saya tak p usha sebab katanya kena beware of bed bugs. kang garu-garu naik gunung. hee



16 April 2015

Subuh dan melihat sunrise dari atas feri. Subhanallah. cantik sekali. Berangan gak kot ada dolphin muncul di sisi tapi memang tak adalah. hahahaha. Lebih kurang pukul 7 pagi camtu, kami hampir tiba di Lembar, feri amik2 side sikit dalam pukul 8 pagi juga kami baru mendarat.





Dan kami diapproach oleh pakcik-pakcik yang menawarkan transport. 50,000 rupiah untuk ke Mataram. Bro Zul habaq awal dah private mobil memang harga cenggitu. If bemo / angkut 15,000 rupiah je. Kita jalan sikit ke simpang dan mencari bemo. Dia mintak 25,000 Rp, kita tawar 20,000 Rp. Ok lah kan.




Ke mana kita? Ke Hotel Viktor 3, jumpa Hana dan Mel yang telah tiba di Lombok sehari lebih awal. Padil join Rinjani last minit, jadinya nak murah memang kena turun di Bali. Tumpang mandi, jalan-jalan cari makan tengok barang outdoor and waiting for others untuk fetch kami sebelum bergerak ke Sembalun.

Consina dan Eiger walking distance je dari hotel
Alpukat yang memikat
Ekspedisi kali ini seramai 14 orang, diketuai oleh gogo Syirah, Raja, Amizam, Ir, Afen, Anas, Zack, Bella, Hanif, Ain, Hana, Padil, Mel dan saya.

Sekitar pukul 2 macam tuh, transport tiba, singgah lagi kedai outdoor dan Indomaret untuk mencari bekalan dan kami terus ke Sembalun yang mengambil masa lebih kurang 2 jam perjalanan.

Tiba di Sembalun, hampir Maghrib. Selesai mengemas beg yang akan ditinggalkan di bawah, tinggal bawa apa yang perlu sahaja, solat mandi semua, kami menikmati makan malam dan mendengar taklimat dari guide, Mas Hari dan Mas Tri.

"Ada pantang-larang tak?"
"Jangan takutkan gunung."
"Hah?"
"Jangan sombong. Misalnya gunung ni bisa aku tawankan. Minta izin jika mahu membuang hajat. Semestinya meminta izin dan berdoa pada Allah"




Rencananya, perjalanan kami selama 3 hari 2 malam akan bermalam di Pelawangan Sembalun, menuju puncak, bermalam di Danau Segara Anak dan seterusnya pulang melalui Senaru.

Selesai taklimat dan amanat, kami berkemas dan berjanji untuk bersarapan pukul 6, berkumpul dan bergerak pada pukul 7.00 pagi keesokan harinya.

Bersambung #CintaRinjani : Day 1.

Friday, 3 April 2015

One Pine Day and Twin Peak

Assalamualaikum...

Bertemu kembali. Selepas Viper Challenge tempoh hari, saya ke Pine Tree. Elok sangat. Penat VC x hilang lagi, esoknya p mendaki pula.

Jadinya kami yakni saya, Hana dan Atounk bergerak naik ke Bukit Fraser ahad pagi. Subuh di Masjid di atas nun. Sebenarnya nak skip tapi mengenangkan ada bawak kawan sekerja yakni Bad dan Syima, ku teruskan jua. Rasa tak sedap lah kan, kita ajak kawan tapi kita lak tak gi. hihi.

Pestaim sampai Fraser
Untunglah Hana dan Atounk siap lepak-lepak chalet, p Pertak mandi air sungai pula bersama geng kinabalu depa. Depa panjat Pine Tree hari sabtu. Ai bermain peluh je yang mampu. hahahaha. Patut Hana dan Atounk naik sekali tapi kondisi kaki memasing tidak mengizinkan. And I'm glad depa skip. Lols.

Trip daypack ke Pine Tree ni sebenarnya saya join Kak Reen, yang dikenali semasa Trip Santai Yong Belar 2 minggu sebelum itu. Memang aim nak naik Pine Tree sebelum ini jadi peluang yang ada tidak kami lepaskan. Seramai 22 orang telah mengikuti pendakian kali ini yang mana saya join group lain. Kumpulan fitness aerobik di Rawang tak silap.

Pendakian kami bermula pada pukul 8.30 pagi. Taklimat diberi dan bekalan makanan berupa sandwich, milo, buah, chicken buritto dan packed lunch dimasukkan ke dalam beg masing-masing. 1.5 Liter air juga buat bekalan. Owh, kami bayar RM50 seorang untuk tujuan guide, group 1st aid, snack on track dan packed lunch.

Dah warming up stretching semua, kami memulakan perjalanan. Masuk-masuk je disajikan dengan pemandangan sebegini. Terubat hati. Sebab pagi tuh agak emosi sebenarnya lepas baca whatsapp. Sungguh, sabar saya tidak tinggi T_T


Awal-awal trek nya ok, kemudian dah start menurun. Dalam hati, "habislah. Confirm sakit balik karang." Sakit nak mendaki tangga. Turun sangat sedap. Haha. That's why I cakap ngn Hana mujur beliau tak ikut naik. Lari alignment kaki beliau kang.





Memang menurun je. Naik sikit, turun balik. Sejam pertama memang cenggitu trek nya. Jalan punya jalan, kami berhenti sekejap kat sini. Tak sekejap jugaklah. Dalam setengah jam? Tempat cantik juga nak ambil gambar sementara menanti ahli kumpulan lain. Bestnya Pine Tree sebab dapat line siap boleh whatsapp tengah jalan buat live update gitu. Tapi untuk pengguna Celcom line tak berapa nak ada. Umobile laju owh.



Dah cukup semua, kami sambung lagi.


Tali ini bukti anda hampir ke puncak kejayaan.



Lebih kurang pukul 11.30 kami sampai ke puncak. Antara yang terawal juga sampai jadi memang puas bergambar, berehat dan makan tengah hari siap-siap.


Milo!
1448 m
Wearing #bocahxvnture tee. Seblah bukit satu lagi. 

Lebih kurang pukul 1 petang, kami meneruskan perjalanan ke Twin Peak pula. Trek nya dah start mossy kat sini. Laluan dia di antara dua bukit kiranya. Kiri yang ada papan tanda pine tree. kanan tuh panjat sikit ada tmpt untuk tgk view mcm saya posing kat atas. Berlumut. Basah pun ye. Kesan hujan. Menurun juga yang pasti. We managed to reach the peak within 30 minutes. Renyai-renyai kat atas tapi kemudian mentari muncul kembali. The view. Subhanallah. Cuma ralat tak dapat tengok Ulu Semangkuk. Tertutup dek awan.


1505 m




Usai solat, kami kembali semula ke Pine Tree. dalam 20 minit sampai. Rehat-rehat lagi. Banyak rehat kan. Sempat saya tido sebelum memulakan perjalanan turun. 3.30 petang kami memulakan perjalanan turun. Target kami mesti sampai sebelum gelap. Pergi tadi lebih kurang 3 jam kan. Jadi balik konon-konon boleh sampai pukul 5.30 ke.

akar die besooo
Memang taklah. Remember tangga yang mula-mula? Setengah jam ke 45 minit terakhir tuh habis kat tangga menaik je.
Usaha tangga kejayaan!
Alhamdulillah selamat sampai ke pintu masuk pukul 6 petang. Yeay. Saya terpaksa cabut dulu sebab nak jumpa Hana dan Atounk di KKB. Sementelah Hana punya bas malam yang sama juga.


Jadi overall, bagi saya, view sepanjang trek tak berapa sangat kalau nak compare mossy forest macam Gunung Irau ke. Tapi puncak die best. View cantik. Saujana mata memandang gitu. Twin Peak pon sama. Almost 360 degree. 270 darjah mungkin? Hehe.

Tapi dari segi trek, boleh tahan. hahaha. #meninggey jugaklah sesetengah part. Padan orang datang sini training, senang Yong Belar lagi bak kata kawan saya.

Dan Papan tanda kurang. tak seperti yang saya tengok kat blog ini. Huhu.

Sekian sahaja. Rezeki kami dapat sampai ke Pine Tree dan Twin Peak. Dan cuaca pun menyebelahi. Alhamdulillah ala kulli hal.

Hingga bertemu lagi dalam pendakian akan datang. Eceh.

crdt gmbo to Kak Reen and Mel.



Monday, 16 March 2015

Jump Jump Viper Challenge 2015

Assalamualaikum and Hi.

Lama sudah tidak bertemu.

Hari ini nak cerita pasal Viper Challenge 2015.

Apa itu Viper Challenge?

Viper challenge is the pioneer obstacle challenge event in Asia and still remains the biggest! Set over a 20km route, the course is filled with over twenty man made obstacles to physically and mentally test you. The challenge is to complete the course and as many obstacles as you can either as an individual participants or as part of team. Regardless of how you enter the challenge, you will soon learn that you are one big family and will have to work together to complete the challenge. Everyone will need a physical or mental boost at some point to get across that finish line and claim that finisher medal! You will be amazed at what you can achieve when you work together as a team.

Source: viperchallenge.com

Macam tak percaya je kitorang masuk and tak percaya jugak kami sampai ke finishing line. Hahaha. Punya cuak tak training apa. Dari bulan 10 kot daftar. Dapatlah rate murah sikit dalam RM105.

VC boleh dienter secara individu ataupun berkumpulan. Of course masuk dalam team lagi meriah sementelah ada obstacle tak leh nak buat sorang2. Memerlukan bantuan dan kerjasama kumpulan gitu. Jadi kami bersepakat untuk buat kumpulan berlima, saya, Ita, Hana, Hafiz dan Joe. Nama kumpulan Jump Jump. haha. catchy kan. lols. Siap beli baju print nama bagai untuk persediaan menyertai VC.

Persediaan menjelang VC?

Training sendiri-sendiri je kitorang. Lari. Gym. Aerobik, hiking and camping dan mana-mana yang bersesuaian. Punyalah tak senonoh diri ini dah plan untuk skip mana-mana obstacle yang susah. haha.

Jadinya apa yang berlaku pada hari kejadian? 

Team kami dijadualkan flag off pukul 7 pagi dan perlu berada dua jam sebelum waktu berlepas untuk tujuan registration. Lokasi di Litar f1 Sepang. Awal-awal lagi group kitorang dah goyah sebab budak laki terlupa bawak t-shirt kitorang budak perempuan ni. Ammaa. Baru berangan nak pakai baju kumpulan. Tak seragam sudah. Takpe it's ok. Make sure belanja nanti keh.

Surau dan tempat menyimpan beg ada disediakan. Dah solat warming up semua, depa buat announcement, green wristband untuk masuk ke arena. Nak masuk arena pon kene panjat ke dalam. Wowww.
Ini yang perlu dipanjat sebelum masuk ke starting point.
Sambil menunggu masa, kte layan MC, I say Viper, you say Challenge. I say Give Up, you say Never. Ecece. Be safe pesannya. Tepat 7.15, kami dilepaskan. Berlari-lari. Kitorang tak lari sangat pun. Takut penat. Lari awal-awal confirm kene beratur jugak untuk obstacle. hewhew.

Lari punya lari ada jumpa tangga sikit, pastu jumpa obstacle pertama. kene menyelam dalam air ais. Ktorang yang perempuan ni terutama i skip obstacle ni sebab taknak bagi kasut basah. haha. pastu menyesal rasa rugi tak cuba. Jarak antara obstacle tak sama. Ada yang jauh ada yang dekat.

Then obstacle seterusnya:

#2 Rapid fire. Lompat lepas api


#3 Muddy ape ntah nama. Kene panjat dan melepasi laluan berlumpur. Awal-awal tuh kering, pastu dah lepas tembok ke 3 terus masuk dalam lumpur. memang jenuh ah nak panjat balik sebab licin. ada peserta lain dah koyak seluar lagi.


#4 Crawl tak ingat nama. kene mengengsot bawah kawat duri macam askar-askar tuh.


#5 Spider wall kot. yang ni memerlukan kekuatan tangan. I skip. haha


#6 Log walls. Kayu balak disusun disusun. Kita kena panjat melepasi kayu balak itu. Kayu balak berhalangan lah kira.

#7 Stairway to heaven. Saya suka yang ini. Panjat sampai atas. Pastu turun balik.



#8 Dry creek. tak dry pun. Berlumpur ada lah. Jammed kat sini. Last-last kitorang redah je lumpur dan air. basah kering basah kering dah kasut. Time ni terpisah dah dengan Ita dan Joe.

#9 Wall lagi. Incline wall rasanya. Kene panjat melepasi dinding. Boleh pula Hafiz dah terlepas ke depan pastu ada sorang mamat ni tolong I dan Hana. Kitorang buat 2 dinding je pastu skip. At least merasa katanya. ahaha

#10 Crawl lagi macam yang tadi. tapi best sikit sebab ada air. atas die tuh pun bukan kawat tapi tali. melungsur ke depan je. hihi


#11 Pipe. Ingatkan pipe yang hujung dia kene terjun dalam kolam 6 kaki tuh. Rupanya bukan. Hana and I kene main dengan satu group pakcik ni sebab kitorang tanya dalam tak. Dia dok tunjuk air paras leher. Cuak kot. Tapi bila tengok orang yang keluar dari paip siap merangkak, curios kitorang. Kitorang masuk. cet. kene game. memang lah paras leher sebab kite masuk meniarap. Crawling camtu. Nangeesss. Mujur Pakcik ni siap angkat jaring untuk mudahkan kitorang. Sampai atas kena gelak. Sabo ajelah.

#12 Decline wall. Kene panjat dan menggelungsur. Kitorang skip sebab tak jumpa budak laki grup kitorang untuk tolong part panjat. Bahaha.

#13 Monkey ring. Skip jugak sebab tahu tangan tak kuat dan confirm tak sampai. Hahah

Yang ni ring die sama level kan. Tahun ni ring nya semakin ke tengah semakin pendek. Memang upper body kena kuat lah untuk menolak badan ke atas.
#14 Muddy lagi. this time pendek and rendah sikit dari yang mula-mula. Tak kering macam tadi. Lumpur semata.

#15 Slippery senorita. Yang ni paling win. gelongsor tinggi terus turun dalam kolam. Macam theme park. Kolam dia dalam 5 kaki. Pesan kat hafiz siap-siap tunggu kitorang kat bawah takut tenggelam. Hana selamat dah. Ita and I turun pegang tangan, tapi kat bawah dah laju gle tunggang terbalik kitorang. Sorry ita I rasa i tersepak u dalam air. T_T


#16 Obstacle yang ni the one yang kita kena kene bergayut menyeberangi kolam dalam keadaan terbalik. How to say eh. haha. Ala yang dua2 tangan dan kaki atas tali. Macam askar tuh. Yang ni saya pegang jap. Tak sempat nak gerak dah jatuh.


#17 Wall lagi. Ada tali. n ada pasak. Kena naik tembok pakai tali dan turun sebelah satu lagi pakai tali jugak. I try pegang tali. Pastu tergayat. Skip. Rasanya kalau buat lepas je cuma kena tahu kaedah lah kan.


#18 Pipe. Ha. Yang ni baru paip yang dikatakan. New obstacle. Kene merangkak dalam paip. Kat hujung kena terjun dalam kolam. Kolam sedalam 6 kaki. Skip. haha. lagipun dah ada papan tanda, at your own risk, and untuk yang pandai berenang. Orang tak pandai jalan terus je.

#19 Balance beam. Yang ni kene seimbangkan diri atas titi. Jalan atas titi sampai seberang. Try buat dua kali. Dua-dua gagal. wuwu. macam kena cuba lagi ni. hinss

#20 wall lagi. Tapi yang ni wall yang kene panjat menyenget, dh sampai atas kena lompat. Kitorang skip.


#21 Underwater barrels. Kene melalui tong-tong dalam air. Skip jugak sebab dari jauh tengok "ooo, dia akan naik atas nanti, kite potong jelah ikut jalan atas". haha. dah jalan depan sikit baru nampak obstacle nye. Sementelah kaki Hana dah sakit. Kitorang jalan amik angin je.

Sebelum sampai finishing line, kita mandi bawah semburan air bomba menghilangkan lumpur dan pasir di badan. hihi

#22 Ni halangan yang kita lari-lari kene terus naik tembok. bentuk halangan macam orang main skateboard tuh yang melengkung tuh kan. iols skip of course. haha


*tak berapa pasti susunan obstacle betul ke tak. tapi konfiden betul dah.

Banyak gila obstacle skip. Punyalah takde keje. Tercapai niat nak santai mak jemah. hihi. Of course if kita try dan cuba semua obstacle lagi bermakna, tapi start dari daftar memang saya dah plan masuk untuk fun je dan kita pun tahu kemampuan takat mana. Haha. Indeed, we have fun. Serius seronok sebab santai-santai dengan kawan. Tak stress. Stress hanya sementara. Haha. Sebab ini bukan perlumbaan. Yang penting sampai finishing line.

Kami start lebih kurang 7.15 dan sampai ke garisan penamat lebih kurang 12.15 tengah hari. Dalam target sebab captain yakni Hafiz target untuk sampai sebelum 12.

We were presented dengan aiskrim Drumstick free. nyum2. Sedapnya. siap amik dua lagi tunggu budak-budak laki ni ntah ke mana. Dapat medal and finisher tee.

Keseluruhannya sepanjang trek semua ok, smooth. Cuma rasa dekat tempat penyimpanan beg mungkin boleh buat proper sikit. Susun ikut warna wristband ke. and by siri nombor. Sebab nya member yang habis awal, time kitorang dah habis pukul 12 lebih tuh diorang tak dapat lagi beg.

Kitorang punya dapat cepat sebab rezeki kami ternampak beg di celah-celah beg yang ada. terus panggil petugas dan tunjuk beg berkenaan.

Masuk lagi tahun depan? Will do. Insya ALLAH. Mungkin kena bawak kamera masuk arena. This time tak berani. Risky kot sebab tak tahu apa yang bakal dihadapi kan. Target tahun depan mungkin untuk mengcompletekan obstacle lagi banyak dari tahun ni? Kita tengok nanti.

Gambar kumpulan seperti berikut. Crdt to Joe and Hafiz and Hana.

Jump Jump
We survived Viper Challenge!
Bersama #bocahxvnture #youroutdoorconnection yang semuanya jet pejuang habis awal
Gambar obstacle adalah crdt kepada FB page Viper Challenge dan juga Kak Shida. Ada gambar obstacle tahun lepas yang lebih kurang sama saya upload je.

Owh. Bulan 5 ni ada challenge juga lebih kurang yang ini. Viper Arena sebab buat dalam Stadium Shah Alam. waktu malam. 7km + 12 obstacle. boleh rujuk www.viperchallenge.com untuk maklumat lanjut.

Terima kasih kepada ahli kumpulan Jump Jump - Hafiz, Joe, Hana and Ita. Serius seronok and ada bahan nak gelak-gelak nanti bila berbicara tentang VC. hahaha. Dan terima kasih kepada mereka yang membantu kami sepanjang trek dan event ini.

terima kasih kalian dan terima kasih kerana membaca.