Wednesday, 19 February 2014

Namaste Nepal : Day 2 part 2 (Nayapul - Tikhedunga)

Assalamualaikum

Bertemu kembali.

Sambungan dari Day 2.

Let's start trekking with Prakash and our porter.

Oh sebelum terlupa, untuk trekking, terdapat dua benda diperlukan yakni:
1) ACAP - Annapurna Conservation Area Permit
2) TIMS - Trekkers Information Management System

naif gilos muka. gambo pasport katakan.
Dua2 benda ni perlu disediakan lebih awal and of course Puru dah tolong siapkan. Ada checkpoint yang memerlukan dokumen tersebut diperiksa. Kitorang bagi Prakash pegang je semua untuk satu kumpulan. Senang.

Dari segi pakaian pula, saya pakai long john / thermal wear, tshirt and jacket / sweater. 3 layer. Seluar jeans pun ok. Early winter, suhu lebih kurang aircond. Cuma malam kena pakai tebal sikit. Kitorang xberapa tahan sikit kat kaki. Pakaian xtebal pun xpe, yang pasti stokin kitorang berlapis2. Sejuk~

Trekking kami bermula lebih kurang jam 11.30 pagi. Perjalanan dari Nayapul ke Tikhedunga lebih kurang 4 jam. Starting point adalah kawasan kampung, Pekan kecil Nayapul. Perjalanan kami ditemani oleh keldai2 yang membawa barang dan muatan ke guesthouse. Jika keldai pun boleh, apatah kami lagi bukan.
nampak tak porter bawak budak di belakangnya?
Nayapul
folo jalan org kampung
hanging bridge

Prakash kata "snow melted from the mountain and flows into the river"

our porter. gagah perkasa
Tema hari pertama trekking ini adalah village view. Lalu sebelah rumah orang, antara rumah, kawasan berbatu (gravel road).

Jalan2 akan sampai checkpoint untuk check permit. Kat sini jalan terbahagi kepada dua. Kiri ke Birethanti, kanan ke Ghandruk. Dua2 pon boleh sampai ke Poon Hill dengan jayanya. Kami pilih yang paling singkat masa trekking sebab xlama kan di Nepal. Seminggu je. Kalo ikut Ghandruk dah kena extra satu hari kalo xsilap.





sempat tgk sovenir
Perjalanan adalah panjaaaaaangggggggg. Moh layan gambo.


air terjun laks~


i like this pic.


like this pic too~
Berhenti sekejap makan tengah hari sambil melayan angin bayu membawa diriku. Makanan dan minuman termasuk dalam pakej. Kalo beli air mineral kena bayar. Kitorang agak risau sebenarnya dari segi air. Takut tercemar, cirit birit ke. Siap beli ubat nk bersihkan air lagi. Aim nak cari aquatabs. Tapi tidak ketemu. Alhamdulillah semua baik2 saja.


egg vege fried rice

Kenyang2, sambung perjalanan balik. Trekking kali ni kitorang light and easy je. Sebabnya kitorang xtahu destinasi nye mana. Boleh tak camtu. Haha. Kalo kita mendaki gunung, every kilometer ada signboard kan. Psiko gile. Yang ni kitorang cuma tahu Tikhedunga. Tapi tak tahu guest house mana. Sebab banyak kan. warna pun sama. Agak2 macam dah sampai, tunggu Prakash jap. Pastu die soh teruskan lagi. Bukan yang ini katanya. Depan sikit. x jauh dah. Misteri giteww. hahaha. Padahal rasanya ade je die bagitahu awal2. I kot tak dengar :P



menangis tengok kena naik bukit ni. baru separuh perjalanan kot.

Lebih kurang pukul 4 kami tiba di Tikhedunga. Niat di hati nak teruskan at least sampai satu lagi checkpoint lebih kurang sejam setengah lagi. Jadinya esok pendek sikit lah kan jaraknya. But last2 tak jadi. Considering pagi tadi gerak dari Kathmandu and langit bakal menggelap. Rehat sepuasnya lah kira. And I'm glad kami tak teruskan perjalanan ke Ulleri hari itu juga.

our room. simple and nice.
tandas di hujung~
to be continued...

Sunday, 16 February 2014

Namaste Nepal : Day 2 (Nagarkot - Pokhara - Nayapul)

Assalamualaikum

Bertemu kembali di hari Ahad. Hari kedua perjalanan. Tidur dalam kesejukan. Sejuk macam Laban Rata. Grr...

Sambungan dari Day 1

Pukul 5 pagi dah bangun. 5.30 pagi orang dah ketuk bilik kejut subuh. Kejut tengok sunrise sebenarnya. hehe. Misi kami adalah untuk melihat sunrise. Specifically sea cloud. Ni semua salah gambar kat bawah.

credit to google
Jika anda hanya aim nak g Kathmandu sahaja, boleh try tengok sunrise di sini. Barang ktorang dah pack siap2 sebab nak terus ke airport untuk catch flight ke Pokhara 8.15 pagi. Pukul 7 dah kena bertolak.

Jadinya, siap2 tengok sunrise. Naik atas sikit depan cafe. Mintak pekerja tolong packingkan breakfast sebab confirm xsempat.

Sebab rasa macam xpuas kitorang panjat sikit lah tangga hotel yang berkenaan untuk tengok view yang lebih jelas harapnya.

Gambar boleh tahan kot? walaupun ada berkabus2 sikit. Hampa sekali sea cloud xdpt dijumpai.




dari dalam bilik gak jelas. heee
 


Sayup2 je kan gambarnya. Sebab rushin kot. Trekking nanti nk tgk sunrise sampai puas. Mihmihmih

Dah tengok sunrise, kami bertolak ke airport. Target sampai airport dalam pukul 8 pagi. So sempat lagi lah kan. Sebabnya Puru pun cakap semalam biasanya flight delay dalam 1-2 jam. Sekali sampai 5 minit sebelum departure and flight tak delay ok! Memang tak sempat nak check in barang apa terus g kaunter and depa suruh follow secepat mungkin. Naik bas kecik yang akan bawa terus ke flight. Backpack angkut semua masuk dalam kabin. Alhamdulillah. Dapat juga naik flight berkenaan. Kalo kt lcct ni memang confirm kena tinggal.


Susunan seat adalah 1-2. Sempit sikit tapi still boleh letak barang.

Beruntung saya dapat duduk di sebelah kanan flight sebabnya.....



Yeah. snowy mountain. Macam perasan ada orang tanya mana satu Everest kat pramugari tapi nampak dia geleng. Everest memang tak nampak dari situ. Ada point lain kalau xsilap kami. Flight less than one hour. Dapat air panas untuk minum kopi dan gula2 dari Yeti Airlines.

Selamat tiba di Pokhara and terpaku. Turun2 terus nampak snowy mountain lagi. Terang, jelas dan nyata. Ada cloudy sikit tapi weather still nice. Check in baggage memang angkat manually je.

Fish tail!




Ketibaan kami disambut oleh Prakash. Jumpa2 terus dia cakap "You are lucky because you know these 2-3 days there's always delay" Gelak je mampu. hahaha. Since today akan mula trekking, jadinya Prakash drop dulu kitorang kat hotel untuk tinggalkan barang-barang yang tak perlu. On the way, singgah jap kat kedai untuk ambil down jacket and sleeping bag.
amik sleeping bag and down jacket~

i is jelly. belakang kedai snowy mountain lagi.
otw to Nayapul. Jeles tgk sungai dia
Fish tail lagi! bentuk segi tiga itu
Trekking point kami bermula di Nayapul. Lebih kurang sejam setengah perjalanan juga. Mengambil kira jalan yang tak berapa elok dan menyinggah ambil gambo lagi. Hahaha. Jalan bumpy2, memang melambung2, tapi I dan Gee sepakat "Ni kira ok, kat Sarawak mencabar lagi." Debu toksah cerita. Confirm ada.

To be continued...

Saturday, 8 February 2014

Namaste Nepal : Day 1 (Visa not sooooo on Arrival)

Assalamualaikum

Tajuk boleh diabaikan. hahahaha

Jadinya kami bertolak ke Nepal pada tanggal 28 Disember yang lalu. Alhamdulillah semua berjalan lancar walaupun ada drama sikit kat Imigresen tapi perjalanan mesti diteruskan.

Sampai kat aircraft AirAsia X, terkejut gileeeeeee tengok ramaaaaaai sangat warga Nepal yang pulang bercuti. 90% flight dipenuhi dengan depa. Kitorang lak musykil betul ke tak flight ni. Warga Malaysia betol2 group kitorang dan 1 group yang lain. Selebihnya faham2 je. hehehe.

Perjalanan mengambil masa selama 4 jam 40 minit dan kami selamat tiba di Tribuvia International Airport tepat jam 2.00 petang waktu tempatan.
upon arrival

Warga Malaysia memerlukan visa untuk masuk ke Nepal. Since ada Visa on Arrival (VOA), kte mtk VOA je. xrajin and xsempat nak g kedutaan.

Untuk warga Nepal dan mereka yang sudah mempunyai visa, kaunter nya akan terus dijumpai. Untuk yang opt for VOA kena g hujung sikit.

Dokumen yang diperlukan adalah:
1) Pasport of course
2) Gambar saiz pasport (background putih atau biru xde masalah)
3) Arrival Card
4) Borang permohonan visa / Visa application form (nampak group Italy belakang ktorg dah download borang siap2)
5) USD25 jika anda stay less than 15 days.
* item 3 dan 4 boleh diperoleh kat airport.
* kalo xbwk gmbar, kat sana ada booth untuk ambil gambar. maafkan saya tak ingat harganya berapa

Kenapa visa not soooo on arrival?

Kene beratur 2 kali. Sabo ajelah. Joget lambak dah kmk di sia menunggu turn. Beratur kali pertama adalah untuk membayar visa fees sahaja. Dah bayar, dapat resit semua, kena beratur lagi sekali di sebelahnya untuk apply for visa.

Ikutkan proses tak lama mana, tapi masa ktorg touchdown tuh banyak jugak flight lain yang touchdown at the same time, redha dan berjemaah lah menunggu VOA.

Jadinya, marilah membuat visa dengan lebih awal yakni buat siap2 di kedutaan. Boleh rujuk link Supermeng Malaya untuk maklumat lanjut. :)

Bersalah dah dengan Puru. Nak contact dia xdpt. Keluar2 je nampak dia. Lega rasa hati. Dia pun cakap "I thought it only takes one hour." Dia pun xsangka smpi 2 jam jadinya. Nampak Puru bawak bunga dalam plastik. Rasanya dia nak sarungkan kitorang dengan kalungan bunga upon arrival, tapi last2 bagi dalam keta je. For good luck katanya. Hihi.

Jadinya, kami terus menuju ke office Puru untuk urusan pembayaran dan penyerahan dokumen yang berkaitan. Tukar duit USD to Nepalese Rupee (NPR) pon kitorang serah kat Puru je. Rate pon ok. Sementelah masa tukar duit hari tuh, money changer xde NPR.

depan ofis Puru. member sorang lagi tgh tukar duit.



Dah selesai semua, kami meneruskan perjalanan ke Nagarkot untuk bermalam di sana. Jalan adalah bumpy2 dan berdebu. Kagum ku dengan driver yang dapat memandu dengan cakap. Nagarkot adalah kawasan berbukit and hotel kitorang adalah antara hotel yang agak tinggi dr segi kedudukan di situ. Memang menuju puncak lah kira.

Our dinner tonight adalah nasi impit dan rendang daging. Sejuk2 xbrp lalu nak makan. Hehe. Air kt bilik air pon xbrp panas. Menggigil iols. So tidur adalah lebih baik. Rehat sepuasnya before perjalanan yang panjang esok hari. Misi memburu sunrise dan yang pasti esok nak mula trekking. Erk~
ladies room. 3 single bed.


Tuesday, 28 January 2014

Namaste Nepal : Itinerary~

Assalamualaikum

Namaste~
Pada 28 Disember yang lalu, kami berempat telah ke Nepal.

Kenapa Nepal?
"Buat apa g sana? Bukan banyak temple ke?" ujar Thiru.

Ktorg pun xbrp sure apa motif kitorang ke sana. Tengok ada promo buy 1 free 1 AirAsia, rembat sahaja. Mungkin sebab:

  • Nak tengok Everest?
  • Ketagih nak mendaki? ABC? (xmampu tp mcm best?)
  • Nak rasa winter? Nak main salji?
  • Terpengaruh dengan Hanis Zalikha and Rasa Halal Antarabangsa?


Tapi rasanya, after habis trip xkesah dalam atau luar negara mesti dah start planning next nya nak ke mana bukan :) Ini semua bermula lepas balik Kinabalu lah ni.

In terms of itinerary, kitorang xberapa sempat nak prepare sangat walaupun ada tempoh 3 bulan sebelum trip. Sebabnya dah beli tiket, baru tahu dpt pindah balik Semenanjung. Berkemas. Kawan2 yang lain ada komitmen kerja, siap kena jaga bilik gerakan banjir lagi. Jadinya we all Customized itinerary je with Puru.

Siapa pulak Puru ni?

Ada buat gugelan di facebook MBC dan menjumpai info pasal Kathmandu through Iylia. Contact2 Iylia dan Iylia introduce us to Puru whom she met during her trip to Nepal. Message2 Puru, keluarlah itinerary di bawah.

For your convenience once again here are the following details with updated itinerary and services Cost USD 495$ per person
28th Dec sat – arrival in Kathmandu (1300mt.) Tribhuvan international airport (TIA) pick up then drive 1hrs to Nagarkot (2160m) evening sun set overnight at Hotel View Point or Similar category.
29th Dec Sun – After sunrise, spectacular Mountain View and breakfast at Nagarkot hotel drive 1hrs to Kathmandu domestic airport then by morning flight around 10am fly 30 min to Pokhara (900mt.) guide will pick you up from Pokhara airport then directly drive 1hrs to Nayapul (trekking starting point) by private transport and commence trek to Tikhedhunga (1560mt.) overnight at guest house -4hrs
30th Dec Mon – Trek Tikhedhunga to Ghorepani (2840mt.) over night at guest house – 6hrs
31st Jan Tue – Early morning hike with day pack 1hrs to Poon Hill (3210mt.) for sunrise and beautiful Mountain View come down same tea house/ guest house take a breakfast then trek down to Nayapul (1000mt.) then pick up by private transport and drive back to Pokhara hotel over night in Pokhara (New Year Eve celebration + Last day of trek).
1st Jan Wed – Easy morning and after lunch sightseeing in the evening start around 2pm places are – Devi’s falls, Seti Gorge, Old Pokhara city, Tibetian refugee Camp, Bindabasini temple, Gupteshwor Cave and drive back to Hotel overnight at pokhara.
2nd Jan Thur - By afternoon flight back to Kathmandu pick up from domestic airport then transfer to your hotel in Kathmandu Hotel Tenki or similar category then in the evening cultural dinner/ fare well dinner at typical nepali resturant.
3rd Jan Fri - After breakfast in Kathmandu Hotel Kathmandu valley sightseeing places are - Pashupatinath Temple , Bouddhanath , Monkey Temple, Patan Durbar Square then drive back to Hotel and on time final departure in the evening .
Service Includes (cost includes)
  1. All airports Pick up & drop by private transport.
  2. Standard accommodation in Kathmandu Hotel (one tripple and one single) on B/B plan during your trip.
  3. Guided city tour in Kathmandu
  4. Domestic flight tickets (Kathmandu to Pokhara and Pokhara to Kathmandu )
  5. Guide during the trek (their salary, food, insurance, transport)
  6. 2 porters during the trek (their salary, food, insurance, transport)
  7. 3 meals a day (breakfast, lunch and dinner) during the trek.
  8. Accommodation (Normal but neat & clean) in the teahouse during the trek
  9. ACAP Permit fees (Annapurna Conservation Area)
  10. TIMS card (Trekker’s Information Management System)
  11. Sleeping bag during the trek (need to be return after finish your trek)
  12. Rescue Arrangements for emergency evacuation (just in case if you have any problem in the mountain during your trek rescue help from our company but money paid by your insurance company, need personal insurance)
  13. Cultural dinner/fare well dinner in Kathmandu at typical Nepali restaurant
  14. One night standard room (One Tripple + One Single) with B/B at Nagarkot Hotel View Point or Similar category
  15. 2 night Hotel in Pokhara at Hotel Green Tara or Similar Categry (One Tripple + One Single) with B/B
  16. 1 night Hotel in Kathmandu (One Tripple + One Single) with B/B at Hotel Tenki or Similar Category.
  17. All Government tax

Service Exclude (cost doesn’t includes)
  1. All bar bills during the trek (soft drinks, hot drinks & alcoholic drinks) ,
  2. All Monuments entrance fees in Kathmandu/ Pokhar during city tour.
  3. Travel insurance required for emergency rescue and evacuation.
  4. Nepal entry visa, which you can obtain easily upon your arrival at (TIA) Tribhuvan International Airport in Kathmandu
  5. Lunch and Dinner in City

Any loss arising due to unforseen circuimtances is beyond Adventure Himalaya Circuit. Personal expanses beyond i mentioned in the price included section
If you have any further quires regarding price and service please feel free to write me . Looking forward to hear from you Regards Puru

Kalo tengok, Puru quote USD495 kan? ktorg request 1 porter je, so dapatlah diskaun USD20. Total package with Puru USD475 per pax. Package seperti yang dinyatakan di atas. Bagi saya quite ok considering return ticket flight ke Pokhara pun dah USD200. Transport pon kitorg2 je. Of course boleh jimat lebih banyak kalo xpakai package bukan? Next trip mungkin. hihi

Puru senang dihubungi dan boleh dihubungi melalui sini. Nak adjust2 itinerary pun xde masalah.

Rupanya baaaanyaaaaaaaaakkkkk lagi short trek sekitar Pokhara and Kathmandu. Prakash (our guide during trek) pulak promote Langtang-Himalayan Range. Boleh tengok Tibet katanya. Banyak starting point untuk trekking. Duration pon berbeza of course.

Balik dari Nepal, jumpa pula promo groupon. Boleh tgk itinerary Nepal dan Nepal lagi untuk panduan. Link lain untuk itinerary boleh jugak rujuk kat Lakwatsero dan Migrationology untuk itinerary Poon Hill.

Rasanya sebab gambar2 kat bawah ni yang membawa kitorang trekking ke Poon Hill. Plan awal2 nk jalan2 sightseeing je. no trekking activities. ahahaha.

credit : google (view of snowy mountain)

credit : google (snow!)

Till then. Harap rajin dan berjaya habiskan pasal Nepal ini. hee

p/s: Aina, ini itinerary nya. Hope it helps

Friday, 24 January 2014

Namaste 2014~

Assalamualaikum~

Lama tidak berjumpa bukan. Namaste bagai pulak. Orang menulis sempena tahun baru. Ni menulis sempena Tahun Baru Cina agaknya. hahahaha

Alhamdulillah. Tahun baru. Tempat baru. Baru sebabnya I'm back to Semenanjung for good after 3 years and 5 months in Sarawak. Posting dekat dengan rumah. Setengah jam je. Luckily melawan arus MRR2. Jadinya x berapa jammed sangat. Alhamdulillah. Kalo xdpt negeri sendiri, mahu jugak stay lama lagik di sinun. hehe

Takde nak recap recall bagai apa yang berlaku pada tahun lepas. Tak berapa ingat sebenarnya. Blogging pun sedu sedan je. Bersyukur atas banyak perkara:

  • Bersyukur first posting ditempatkan di Sarawak. Menolak jugak awal2 tapi tengok, last2 time dah nak pindah rasa tak nak balik lagi. (Padahal balik tiap2 bulan jugak kalo ada promo AirAsia. kiki)
  • Bersyukur diberi kesempatan untuk melawat kesemua 11 bahagian di Sarawak. Semua tempat ada keunikan tersendiri. Already blogged about Kapit and Ba'kelalan before. Nanti saya habiskan pasal Ba'kelalan InsyaALLAH and mungkin pasal pengalaman menaiki speedboat ke Mukah sedikit susulan tragedi rombongan pengantin yang karam itu hari. Takde kena mengena sangat sebab speedboat dan perahu panjang tidak sama. But then itu pengalaman pertama saya guna jalan air di Sarawak.
  • Bersyukur sebab berjaya menawan Kinabalu. Rasanya itu antara the most memorable punya pengalaman. Thirteen of us. Strangers at first. Friends at last. Siap ada trip susulan selepas trip Kinabalu itu hari. Thanks guys. Mmuaahh~


And 2013 ditutup dengan trip ke Nepal selama seminggu. We did 3 days Poon Hill-Ghorepani trek. Hihi. Berempat saja. Geng Kinabalu itu hari juga. Yang lain tak berkesempatan untuk turut serta. Disertakan gambar untuk tatapan. So syok sendiri. hahahaha

31st December 2013 - Sunrise at Poon Hill

Bukti sampai awal pagi :)
1 January 2014 - Snowy mountain. Sarangkot, Pokhara


2014. Towards a better me. Luar dan dalam. Fizikal dan mental. Jasmani dan rohani. InsyaALLAH.