Friday, 8 June 2012

A Visit to Tanah Puteh

Assalamualaikum

cerita Korea msh tertangguh. aiyak. mianhe. nantilah sambung. yg ptg niat ada :)

Pada 29 Mei yang lalu, kami telah membuat lawatan ke Kampung Tanah Puteh. Terletak dalam daerah Serian, perjalanan mengambil masa 30 minit pakai jalan darat dan 30 minit lagi naik perahu.

Perahu? Ya. Perahu. Walaupun daerah Serian semua klinik and kampung accessible by road, kampung ini sahaja, the only one in Serian yang kene pergi pakai jalan air. Nak masuk 2 thn dah di Sarawak, akhirnya dapat jugak jejak kaki di sini. Pasukan kami terdiri daripada 10 orang. Bertujuan untuk melakukan saringan dan juga kempen pap smear. Me? follow sahaja memeriahkan suasana. Dr ajak ikut, kita ikut je lah kan. hehe. As usual, ambil bacaan berat and tinggi lalu mengira BMI dan khidmat nasihat? :)

Apa tunggu lagi, mari melihat gambar~


Rumah Panjang moden @ Munggu Kopi

Pangkalan Munggu Kopi


Life jacket tajaan pinjam Majlis Daerah punya

The team

Macam scary kan. pokok2 keliling and kwsn berlumpur yang mendatangkan impak tersebut


At first, kecik cmni pun nak pakai perahu? macam cetek


Skali masuk sungai besar daa... babai sungai kecik


Orang kampung datang membantu

Welcome to Tanah Puteh

The school


The library

NCD Screening

Ukur tinggi


tQvm cikgu for the lunch. besar2 payak (udang) nya. nyum2

Sekian dahulu dari saya. Thanks for reading and viewing :)
Wassalam



Thursday, 10 May 2012

Flying with Twin Otter

Assalamualaikum... bertemu kembali :)

back in 2010

"Sorry to say, nak g Mukah kene pakai twin otter je". Hah? Memerang?
"Pakai jalan darat almost 12 jam dari Kuching. Jaik (baca:teruk) jalannya". Orang yang mengandung boleh keguguran. yang bersalin boleh meroyan dengarnya.
"Twin Otter?" ask me.
" Kapal terbang kecik tuh. yang pakai kipas. nak naik kene timbang berat"

Tahun 2011 pula

...rasa macam tertinggal pankreas kat bawah...
...bising kipas die. tapi seronok...
....kalo angin kuat..memang bergoyang lah...
...Seram woooo... Bagai layang2 dia melayang membelah awan... Syok kan kipas angin kat dlm tu... Hahhaha

macam2 versi ade. setelah mendengar pelbagai cerita, berpeluang juga akhirnya nak merasa naik twin otter. jika dari Kuching, twin otter hanya menghubungkan ke Mukah sahaja. lain2 tempat samada pakai fokker yg boleh muat dalam 50++ orang atau pun Boeing.

Motif ke Mukah. ade kursus. hihi.

Tahun lepas g Mukah pakai speed boat. kali ni naik twin otter pula. Jalan yang katanya jaik itu sudah siap dan cantik. kalah highway. masa Pesta Kaul tahun lepas dah siap jalannya. 12 jam dah jadi lebih kurang 7-8 jam dari Mukah ke Kuching.

So, here we go. upload dulu boarding pass.



Nampak tak perkataan boarding requirement kat poin akhir itu?
Apakah boarding requirement nya? Betullah kene timbang berat. sampai2 kaunter,

Maswings: Ada luggage tak?
Me : Takde. semua hand carry je.
Maswings : Okeh. naik atas penimbang. dengan semua2 barang sekali. (Penimbang orang dok timbang luggage itu). 60.2.

Soalan kuiz: Jika berat Cik A dan carry on baggage nya bersamaan 60.2 kg, berapakah berat cik A yang sebenar? hahaha

had luggage yang dibenarkan adalah 10 kg while hand carry 5 kg sahaja. kwn sy ckp die naik dulu x pernah timbang. mungkin sebab twin otter masa itu tak penuh. yang sy naik ni tiga seat je kosong. 90% occupied.

This is how Twin Otter look like. kene jalan jauh sikit~

totally in love dengan awan di Sarawak~ berkepul2
menunduk ok nak naik. macam bas pula rasa.

Ini interior nya.


"Bestlah kamu punye twin otter ada aircond, kami punye pakai kipas pembakar satay je.. " said Zali.
Jika tiada aircond, kipas tangan ada disediakan dalam kocek di depan tempat duduk
Paras rupa dalaman. saya di tempat ketiga. jadi memang around 19 orang camtu jak boleh nait
Macam mana feeling nya?nak depart tuh mmg rasa macam pankreas tertinggal kat bawah. bergoyang2 sket kat atas macam nak naik roller coaster. agak bising jugaklah mcm bunyi mesin tebu. hihi

Bonus menaiki twin otter dapat tengok pilot. tak bonusnya sebab xde flight attendant and refreshments. hahaha. nk depart tuh, penuh tangan pilot tuh dengan clipboard, petik butang tuh butang nih, risau pun ade mula2, tp bila di udara, ok sket rasanya. sempat tdo lagi saya.
 
lihatlah abang pilot ku~

although die terbang agak rendah, tp tidak gayat sangat sebab leka melihat pemandangan. spectacular! nice! amazing! lagi2 bila lalu atas laut. sumpah cantik. maaflah gambar laut takda pula sebab tak dapat nak adjust kamera.dapat amik gambar paras mata saja. kecik2 je kapal and boat macam mainan.



Gunung Santubong~ highlight kat sayap kapal ade kipas tp tak nampak pun :)


Bandar Kuching. Petrajaya specifically


 Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam. Airport die tepi pantai. tengok gambar lagi jom~


nak mendarat, lagi bz tangan beliau tekan macam2


dah sampai Mukah
Lapangan terbang Mukah
Kiri : departure hall
Depan : Landasan twin otter
Kanan : Kaunter check in, pelantar timbang berat and blkg kaunter tempat claim baggage
Pelantar tuh tempat timbang orang dan luggage baggage segala
lokasi : Kaunter Check-in Airport Mukah

Ruang menunggu. Memang besar ini sahaja. Tingkap kanan tuh terus menghadap landasan tadi
Airport ini hanya menerima twin otter sahaja. from Kuching dalam 3 kali sehari dan dari Miri 1 kali sehari if tak silap. semua pun manual. takde conveyor bagai. twin otter mendarat je, nnt ade org tolak2 beg sampai tmpt claim baggage pastu amik lah beg anda.

Contoh gambar petugas tarik bag manually(gambar masa hr last kat Mukah actually)

Such a sweet experience lah for me. Pertama kali kan memang rasa macam itu. tp serius rasa nak naik lagi. Mungkin boleh amik route yang lain plak. Miri Limbang. dua2 bahagian ini pun tidak pernah sampai lagi.

Ni jawapan kuiz tadi :)

Gambar ms saje2 g airport hntr org.
Penimbang nih menipu. macam ada ralat 1-2kg. salahkan penimbang pula. hihi

Hingga bertemu lagi. Wassalam.

Monday, 5 March 2012

Sarawak, School and Survey

Assalamualaikum

Pada masa ini saya sedang mengikuti research team from IKU melaksanakan Malaysia School Based Health Survey. saya join team B yang akan bergerak dari Kabong lalu menuju ke utara Sarawak sampai ke Limbang nun. sy join di Kabong sahaja. bahagian2 yg lain akan dijoin oleh rakan sejawatan di bahagian yang berkenaan pula. lepas cuti sekolah, baru lah saya join di bahagian saya pula.

di manakah Kabong?
Kabong terletak dalam daerah Saratok, Bahagian Betong, Negeri Sarawak. pening? haha

kalo di Semenanjung, selepas negeri terus daerah kan.
di Sabah dan Sarawak, selepas negeri adalah Kawasan/Bahagian kemudian baru Daerah.

Terdapat 11 bahagian dalam Sarawak yakni
Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang

I'm working in Samarahan division, out of 4 districts, sy ditempatkan di daerah Serian.
motif sampai ke Kabong nun? gantikan kawan actually.
Betong ada dua daerah, iaitu Betong dan Saratok and here I am, di daerah Saratok. almost 5.5 hours from Kuching.

Meh tgk gmbr sepanjang g sekolah

The river - "mestilah ade buaya" ujar zali.



The perahu. ke boat ek sebab ade enjin?


1 boat max 6 orang jak

The jetty. ni jeti kampung. sekolah punya jeti ada jugak tapi tak dapat pakai sebab air x tinggi kalo xsilap.

 Pakai jeti kampung, kene lah jalan jauh sikit ke sekolah. oho
rombongan meminang~
road to the school
 The school - sepenuhnya bangunan kayu.

 The bell. nanti pengawas akan bunyikan loceng ini bila tiba waktu rehat. cm comel pulak. hahah

Secara keseluruhannya, perjalanan kami dari pekan Kabong ke sekolah mengambil masa setengah jam jalan tar, setengah jam jalan berbatu and dalam 15-20 minit menaiki perahu dan berjalan kaki ke sekolah.

Survei dan survei, selepas dalam 2 jam setengah interview and soal-selidik budak2, kami dijamu pula di dewan makan asrama. simple je makanan. i mean jgn expect sedap2 lah mcm makan di rumah ataupun kedai.




kenyang2, hi hi bye bye dgn semua, balik jeti, naik perahu balik dan kembalilah kami ke pangkal jalan. balik2 collapse masing2. haha. sekian terima kasih.

Terima kasih kepada cikgu2 dan adik2 yg telah menolong menjayakan survei ini. penat kan jawab soal-selidik and FFQ. hihi

Wassalam