Tuesday 28 April 2020

Japan Winter Trip : Tips and so called Itinerary

Assalamualaikum.

Bertemu kembali di Tahun 2020. Rencana asal adalah ke Korea tapi atas sebab tak dapat dielakkan kami cancel dan beli tiket lain pula ke Jepun 2-3 bulan sebelum trip. Tak berapa murah kalau banding harga promo tapi bolehlah sebab trip masa musim sejuk, cuti Tahun Baru Cina pula tu.


Untuk menjimatkan masa, kita copy paste balik post yang pernah di up dalam Facebook ya. Memang copy bulat-bulat tapi adalah juga info lain sikit-sikit. Kalau ada kemusykilan tanya je na. Sebab macam biasa tak tau lagi bila akan update. 


Tips utama : Sila join group Facebook Road To Japan!


Salam dan terima kasih tidak terhingga kepada RTJ dan warga seisinya atas perkongsian maklumat. Sangat informatif yang pasti semua orang pun sangat responsif.


Kami dah selamat sampai tanah air setelah berada di Jepun hampir 13 hari (22/1 - 3/2/2020). Sesungguhnya, selain penginapan, pengangkutan adalah part yang paling dirunsingkan dan memakan belanja yang BESAR juga lah bagi kami. Terima kasih kepada yang berkongsi itinerari. Button search dalam group sangat membantu.


Terima kasih Warung Nenek atas layanan terbaik siap bawa ke ticket counter dan kimono lagi sebab kami sampai dah agak petang. Belum campur free gift and free tea ðŸ˜­. Dengan heavy snowfall, bas yang tak kunjung tiba, siap call lagi untuk confirmkan jadual ðŸ˜­. Terima kasih tidak terhingga juga kepada Daikoku Locker bagi pinjam penimbang. Can't thank them enough. Arigatou gozaimasu!


Berikut ringkasan perjalanan yang dah jadi. Ada ja yang tak ikut itinerari.



Itinerari secara kasar. Klik sini untuk itinerari bergambar

Day 0: KUL-NRT
Day 1: Shinjuku-Shibuya-Harajuku (48hours subway)
Day 2: Asakusa-Ueno-Akihabara (48hours subway)
Day 3: Disneysea (TWP) + Odaiba (Statue of Liberty under renovation)
Day 4: Gala Yuzawa (TWP) + Giant Ghibli Clock (TWP + passmo)
Day 5: Kawaguchiko (TWP) + omni bus 2 days unlimited
Day 6: Chureito Pagoda & Fuji-Q Highland + Kawaguchiko (omni bus 2 days unlimited + passmo for train ride)
Day 7: Kawaguchiko-Takayama (nouhi bus)
Day 8: am-Explore Takayama on our own and pm-Shirakawago tour (J hoppers)
Day 9: Takayama-Osaka (nouhi bus)
Day 10: USJ (passmo)
Day 11: Osaka-Kyoto-Osaka (KTP)
Day 12: Osaka
Day 13: Osaka-Kobe-Osaka-airport (KTP)

Penting untuk mempunyai itinerari yang solid. Dari situ baru dapat estimate kos dan pass untuk pengangkutan semua. Diingatkan sekali lagi paling banyak makan belanja di Jepun adalah pengangkutan dan penginapan. Biar terlebih anggar jangan terkurang anggar gitu.


~TOTAL ground expenses (exclude flight)

1. Transportation/Passes : RM309.20 +32,180 yen = ~RM1509 (100 yen = RM3.73 tukar di Masjid India)


Kos untuk pengangkutan SAHAJA per pax:
- RM40 48hours subway (beli dari warga RTJ yang tak jadi guna masa trip beliau)
- 10,180 yen TWP yakni Tokyo Wide Pass - beli di Shinjuku Station sebab airport ramai gila orang. Reserved seat siap2 untuk trip Gala Yuzawa dan Kawaguchiko. Fuji Excursion dah habis seat jadi cuma dapat reserve seat sampai Otsuki. Dari sana kena tukar train tapi jangan risau TWP cover juga route Fujikyu Railway (Otsuki-Kawaguchiko)
- 5,000 yen passmo - untuk cover route yang tak dicover oleh pass
- 1,500 yen kawaguchiko omni bus
- 5,000 yen bus kawaguchiko-takayama
- 4,500 yen bus takayama-shirakawa-takayama tour by J hoppers
- 5,000 yen bus takayama-osaka
- RM89.20 OAP 1day beli di klook

- RM180 KTP 2days beli dari HIS 

Jangan terpengaruh tengok orang lain pakai pass A, anda pun nak tiru ambil pass A. haha. Tak semestinya ambil pass berbaloi. Kadang tak ambil apa-apa pass pun boleh jadi menjimatkan. Apa-apa pun ia bergantung kepada itinerari k. You do the math.



1. Tokyo Wide Pass (TWP)
Harga 10,180 yen per pax. Mahal tapi berbaloi jika hendak ke Gala Yuzawa sebab harga tiket sehala pun dah 7k+ yen. Kalau ke Kawaguchiko sahaja, naik bas lagi jimat. Jadi buatlah perbandingan segala jenis transport sebelum decide nak beli pass yang mana satu. Masa dan harga train boleh check di website hyperdia.com Kami start activate pass ni masa Day 3 sebab nak ke Odaiba, pass ni cover dah laluan ke sana. Jadi Day 4 ke Gala dan Day 5 kami guna pass ni juga untuk ke Kawaguchiko. Passport diperlukan untuk pembelian pass di atas.


2. Passmo
Fungsi macam touch n go card. Yang membezakan adalah pengeluarnya. Passmo (Tokyo Subway) dan Suica (JR). Kalau turun Kansai boleh beli ICOCA. Valid untuk 10 tahun, baki boleh refund tapi hanya di tempat pengeluar jelah. Kalau beli Passmo di Tokyo, boleh refund di Tokyo sahaja. Sebab Day 1 dan Day 2 dah guna subway pass 48 jam, the rest kami guna TWP. Mana-mana yang tak dicover TWP seperti subway line, kami guna passmo tadi. Yang ni kami beli di airport, terus bubuh nama dan pakai terus untuk gerak ke airbnb.

Mohon allocate juga extra cash kot tetiba naik teksi mcm kami sebab salji tebal jadi tak gigih nak seret beg.
Kami juga perlu bayar reserve seat 200 yen untuk ke sumiyoshida station sebab train pada masa berkenaan bukan jenis boleh naik ramai-ramai cam subway tu. Padan muka kami lambat gerak lagi free and easy sangat kan dah terlepas yang free seating. Website hyperdia sangat membantu untuk perjalanan menggunakan train selain google maps.
Extra expenses lagi kat pengangkutan sebab kami tertinggal pass OAP dan KTP di Tokyo. Sebab tiada berita baik dari airbnb kami beli KTP baru di Osaka Station (4,400 yen/pax). Perjalanan yang lain untuk ganti OAP kami guna single tiket dan cari attraction yang free saja. Jadi tambah tolak semua, lebih sikit lah bajet nya dari point no.1 tadi.

2. Accommodation : bajet dalam RM150/pax/night sebab kami opt private bathroom. Kami bertiga. Untuk penjimatan boleh pilih hostel atau shared bathroom. Bergantung pada preferences masing2. Ambil bas malam boleh menjimatkan kos juga.

Tokyo : Kami stay airbnb di Sumida City, dekat dengan Tokyo Skytree. Kalau tengok dalam Fb RTJ memang depa ada suggest tempat pilihan untuk stay adalah cari yang dekat Yamanote line. Kami pilih yang dekat subway. Jenuh sikit lah turun naik tangga sebab most stesen underground kan. Mujur ahli kumpulan terima seadanya. Hahaha.

Kawaguchiko :  Ada 2 K's House dekat Kawaguchiko. Kami stay di K's House Fuji View. Jarak dalam 1.5km dari stesen. Terasa jauh berjalan tapi sangat worth the view! Kami ambil bilik Japanese Style tidur atas tatami gitu. With private toilet. Kami ingat attach dengan shower sekali. Rupanya toilet semata. Takpa lah at least senang nak membuang. Yang penting siap bidet lol. Bila nak mandi harus keluar bilik guna shared shower pula. Common room dengan kitchen dia spacious. Setiap pagi ada brewed coffee. Staff pun baik siap bagi bilik nak solat. Sini check in pukul 3 petang, check out pukul 11 pagi tak silap.


Coffee with the view!
Takayama : Sini kami stay K's House juga. Ada dua K's House. Kami duduk yang tulis K's House (Quality Hotel) dekat booking.com. Dekat dengan stesen keretapi, stesen bas, pejabat pos. Kat sini pun kami ambil private bathroom. Mujur attached shower sekali walaupun bidet takde. Biasa kawasan luar bandar tak semua toilet ada bidet. Jadi kami memang standby portable/travel bidet bila ke mana-mana. Sini pun ada brewed coffee setiap pagi. Kitchen dan tempat makan tak besar sangat tapi sebab tak ramai orang jadi tak crowded. Receptionist pun sangat membantu bagi map yang ada tulis makanan halal semua. Kebanyakan tempat di Takayama memang walking distance jadi memang tenang-tenang je duduk sini. 

Kami stay Takayama sebab hendak ke Shirakawago. Tapi K House takda offer package jadi depa suggest J hoppers. Junior sis duduk Takayama Station Hostel kot tak silap. Hostel depa ada offer diskaun untuk trip Shirakawa-go untuk siapa yang menginap kat sana. Kami tak pilih sini at the first place sebab takda private room rasanya.  

Osaka : Kalau tengok dari Fb RTJ memang depa suggest duduk Shin Imamimya jadi kebetulan ada ahli share airbnb yang dekat dengan stesen kami pun follow ja. Memang strategik sini. Dekat dengan stesen dan Daikoku Locker. Simpan beg dekat sini memang murah berbanding coin locker kat stesen. Sangat berbaloi.

3. Entrance fee : bergantung juga pada aktiviti, timing (lain tarikh lain harga) yang penting kena alert dengan promo dan banding harga dengan banyak website - contoh macam kami plan asal nak pergi Disneyland sahaja tiba saat akhir depa tukar nak masuk Disneysea siap USJ sekali. Disebabkan lambat confirm itinerari, jadi kami dah terlepas banyak promo lah juga. Black friday, buy 1 free 1 dll.
Dah settle dari sini : tiket Disneysea dan USJ
Beli dan bayar di Jepun : 
- 3300 yen (playing in the snow) + 1000 yen skylift - Gala Yuzawa. Kalau tak nak sledding ambil pakej 3200 yen pun molek sangat dah tetap boleh naik skylift sampai observation deck
- 1500 yen Dodonpa ride - Fuji Q Highland. Free entrance. Kami beli tiket ikut ride sahaja. Menyesal lah juga tak beli one day pass terus ðŸ˜‚
- 1000 yen kimono rental + 350 yen entrance fee - Saiko Iyashi No Sato Nenba

4. Makan/snek/kudap2: estimate dalam 2,000-2,500yen/pax/hari. Proper meal harga dalam 1,000 yen. Apa nak dimakan semua boleh rancang dari sini. Buat list siap-siap dan declare juga apa makanan yang anda bawa dari Malaysia. Search je halal food, list dan lain-lain kat Fb RTJ. Memang complete info depa bagi. Tinggal nak hadam ja.

5. Lain-lain Kos shopping, luggage storage, locker dll pula subjektif. Insurans dan internet dilupa jangan. Kami ambil portable wifi Travel Recommend harga RM8/day dan depo RM200. Alhamdulillah rezeki kami depo dapat balik sebab ada baca review orang servis teruk katanya. Timbang tara lah dulu ya dengan service provider yang lain.

Oh kami ambil vaksin influenza juga sebab time kami pergi ni winter jadi kami ambil siap2 sebagai langkah berjaga-jaga. Valid untuk setahun dan seelok-eloknya boleh ambil paling lewat 2 minggu sebelum travel. Kalau esok nak travel, hari ni baru nak cucuk tak sempat nak bertindakbalas katanya. Kitorang dapat dalam RM55-75 tak silap per shot. Harga berbeza ikut klinik.

p/s : Jangan lupa gunakan apps Shopback untuk pulangan berganda. Macam satu transaksi booking.com untuk penginapan kami di Takayama boleh dapat pulangan dalam RM50 lah juga. Belum campur beli shopee, lazada, klook dll. Walaupun jumlah tak banyak tapi duit juga haha.

p/s lagi : Mana-mana tiket fizikal boleh juga ambil gambar no siri untuk back up. Selalu orang ambil gambar depan je kan. Macam kes kami, boleh pula seorang ahli kump hilang tiket disneysea dalam park. Perasan bila dah habis 2 rides lah juga. Banyak fast pass tak collect lagi kot. At least bila ada gambar boleh prove kita sebagai tiket holder gitu sebab depa tanya juga tiket park gambar apa. Mujur boleh reprint balik dekat guest relations dengan harga 200 yen.

Terima kasih RTJ. Terima kasih lagi sekali kepada semua! Mohon dihalalkan segala ilmu, makanan dan perkakasan yang dipinjam dan diambil dari loker RTJ juga. Terima kasih juga admin jika post ini diterima.

Till then. 


4 comments:

  1. best nyaa ajlaa dapat bejalan lama-lama kat jepun!~ untung dapat lepas gian before pkp kan. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe itulah. Alhamdulillah sempat tim. Rezeki juga time tu covid dah dengar berita tapi tak sampai lg kat sana. Tapi dah start berjaga2 lah. Tak puas explore Japan ni. mcm kena repeat lg. eh?

      Delete

  2. wow, komplit infonya. makasih kak
    .
    .
    .
    Yuk Banyuwangi

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama. nggak berapa komplit infonya tapi harapnya membantu

      Delete