Tuesday 23 August 2016

Santai Ledang 2D1N

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa

Alhamdulillah. Tercapai satu lagi wishlist untuk ke Gunung Ledang selepas dikecewakan pada awal tahun yang lalu kerana Taman Negara ditutup untuk tujuan konservasi.

Kumpulan kecil sahaja kami kali ini kerana bila up event krik krik je respon memasing.
Jadi pm tepi jelah calon-calon yang berpotensi untuk dipengaruhi. Limitkan 10 orang maksimum sebab Taman Negara kata 1 guide untuk 10 orang. Senang nak kira gitu.

Hasilnya,
Kak Pja, saya, Nafi, Nisham, Fai, Su, Aisyah dan Asma join bersama.
Syima dan Fandy tidak dapat menghadirkan diri last minit kerana kehadiran orang baru dan juga kesihatan yang tidak mengizinkan.

Jadinya kami menaiki dua buah kereta menuju ke Selatan.

Sementelah Jumaat malam adalah perlawanan badminton separuh akhir Dato' Lee Chong Wei dan final beregu lelaki, memang lambat lah kami gerak. Jadi apa apa pun jumpa di exit Tangkak sahaja untuk solat Subuh di sana.

Team kami sampai 5.20 pagi terus check in kat surau sementara menanti ketibaan kak Pja, Nafi dan Nisham dari Sepang. Tak cukup tidur semua dok layan badminton. Haha. Tahniah Malaysia!


Usai Subuh, hujan turun.

Sampai kedai makan lagi lebat hujannya. Dah habis makan nasi lemak dan lontong siap tapau untuk lunch lagi pun hujan masih belum berhenti dan kami berserah sahaja. Backup plan, jika tak dapat naik hari ini, kami akan cuba keesokan hari.

Ke kaki gunung kami tuju dan kami tersilap menghala ke Ledang Resort dan terpaksa berpatah balik.
Untuk mendaki Gunung Ledang, anda perlu mencari signboard sebegini. Taman Hutan Lagenda.


Sampai-sampai parking, pergi tandas, settlekan pendaftaran, pembayaran, declare barang yang dibawa, sedikit taklimat dan warm-up lantas kami memulakan pendakian.

Dah sampai baru tahu tak semestinya kena 10 orang. Kurang pun boleh cuma mahal sikit. At first saya ingat 1 guide, 10 orang even kalau tak cukup 10 orang tetap kena bayar RM470 macam tuh. Rupanya tidak.
"Pukul berapa kena sampai puncak?" tanya kami.
"Pukul 2 petang. Korang ada bawak headlamp tak?" tanya guide.
"Ada"
"Camtu sukati koranglah nak sampai pukul berapa pun".

Haha. Sabar ajelah. Tapi memang kami dah prepare siap-siap poncho headlamp bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Merah terang sikit tuh trail Asahan. Kami naik ikut Sagil
Merah dot dot selepas CP3 laluan alternatif. Nanti kami story. Kalau nak naik Gunung Ledang wajib ikut B. A takde trek dah.
Tak sempat nak study trek. Takat baca blog orang sekali lalu je.

9.00 pagi

Hujan renyai-renyai dan Taman Negara membenarkan pendakian jadi kami teruskan.

Jadinya memang ikut flow dan awal2 kami dah dibelanja dengan 739 anak tangga. Trek menaik je sampai CP1 iaitu Bukit Semput. Memang semput lah. Ambil nafas sebentar dan menanam pokok mulberry yang dibawa kak su dan Aisyah, kami meneruskan perjalanan.



Naik lagi. Takde diskaun. Sampai ke CP2 iaitu Hentian Meranti. Hujan renyai-renyai gerimis tapi sebab pokok tinggi-tinggi dan menutup membentuk kanopi, tak terasa dihujani. No wonder kami dibenarkan mendaki. Pihak taman lebih memahami geografi dan bentuk muka bumi. Alhamdulillah. Rezeki.


lantai basah



Menuju ke checkpoint seterusnya dan kabus menyelubungi. Serius cantik. Bagi effect misteri pula kali ini.

10.00 pagi

Tiba di Simpang Kolam Gajah. Jika ke kanan akan terus ke CP4 iaitu ke kolam Gajah camping site. Kami tak ke sana jadi kami terus je. Tak lama lepas tuh sampai CP3 yakni Batu Orkid. Rehat-rehat ambil nafas kata guide lepas ni trek flat je. Flat lah sangat. Part flat sikit je hahaha.


menuju CP3 Batu Orkid
10.50 pagi

Tiba di simpang Bukit Satu Dua.
Di sini kami berbincang.
Difahamkan jika melalui laluan KFC akan perlu berpaut pada tali dan mengambil masa lama lagi.
Ada pilihan jalan alternatif yakni cuma sejam setengah sahaja ke atas tak perlu melalui tali bagai.


Boleh rujuk map kat atas tadi. Merah dot dot tuh jalan alternatif.

Kami tanya pandangan guide, dan dia tanya kami balik.
Personally saya prefer naik ikut KFC dan balik ikut laluan satu lagi. Boleh merasa dua-dua.
Kami tanya juga boleh ke kalau dah separuh jalan ke KFC pastu nak patah balik ikut jalan satu lagi?
Tak boleh katanya sebab dah jauh lagipun laluan KFC menaik je, tak dibenarkan turun ikut situ. One way ticket gitu.

Kami kerisauan sebab baru lepas hujan takut batu licin tambah nak kena berpaut dengan tali siap kegayatan dalam diri. Batu 90 darjah kot. Cuak menghampiri dan guide berkali-kali menyatakan kemampuan kami. Barangkali beliau tengok pace dan tapak kasut kami tapak power (guide yang kata), beliau proposed route KFC. Kalau ada ahli yang pace nya lambat, boleh jadi kami kena ikut jalan alternatif lah kan. Nanti kang tak sempat sampai puncak pula.

Since guide pun dah percaya pada kami, mana mungkin kami meragui diri sendiri? Jadi here we go.

Berkeputusan, dan meneruskan perjalanan hingga tiba di Simpang Pedita.
Ke kanan akan melalui KFC, ke kiri jalan alternatif.

macam mana nak lalu? ada tali. "Bukalah tali" ujar guide sambil membuka ikatan. Ces.
Ke kanan lebih afdhal dan kami memulakan perjalanan menurun sehingga sampai ke CP5 iaitu Sungai Segi Tiga jam 11.20 pagi. Berehat makan-makan almost 20 minit juga dan kami berhati-hati menuju KFC. Last water point kat sini jadi boleh refill air siap-siap.




CP5





Sambung balik perjalanan.




12.10 tengah hari

Tiba di laluan KFC atau lebih dikenali sebagai Killing Fitness Centre. Masha Allah pacak tak ingat dengan tangga berselirat, memang menggunakan kedua-dua belah kaki dan tangan. Dah hampir ke CP6 iaitu Gua Kambing baru jalan landai sedikit. Dan kami berehat, mendongak ke atas melihat langit biru sebelum meneruskan perjalanan kami.






Gua Kambing
Lega dah melepasi KFC

Sambung perjalanan ke Batu Hampar. Ada tangga lagi menanti. Hihi.





1.00 petang

Tiba di Batu Hampar. Batu yang menghamparkan tali. Syukur sekali lagi walaupun hujan di sebelah pagi, batu tidak licin dan yang pasti kering! Perlahan-lahan kami memanjat ikut giliran. Sungguh pemandangan amat menawan. Make sure jangan lepas tali sebab ada kes orang terjatuh habis calar muka. Kalau nervous atau panik, just teruskan dah sampai atas still boleh enjoy the view. Don't worry. Takkan lari pemandangan itu. Fokus je k. Yang penting ikut arahan dan peraturan.









Sampai atas, tunggu semua orang habis naik, sikit je jalan terus sampai Taman Bonsai. Kagum lagi sekali. Pokok cantik banyak. Banyak pokok cantik. Member dua orang dah start cramp dan guide kata perkara biasa bila dah melepasi tali.




Meneruskan perjalanan lagi. Ingatkan dah nak sampai terlupa pula ada CP7 yakni Bukit Botak. Hahaha jauh lagi rupanya nak ke puncak. Sejam lagi guide kata. C8 yang kami tuju dan kami mahu sebab ada orang nak sijil kan.






Dari Bukit Botak perjalanan menaik dan sekali-sekala kami berjumpa tangga. Tapi view memang superb. Dapat panjat tempat tinggi nampak view memikat hati. Senang sekali.


One of my fav pic






Kalau dah jumpa banyak tangga dan batu sebegini tak jauh dah lah tuh.

2.28 petang

Alhamdulillah. We made it to the peak. Here's the pic.
Berbaloi sangat-sangat disajikan dengan 360 view.












Puas bergambar cari pokok berteduh untuk lunch jap. Masing-masing semua nasi lemak kosong je. Kosong betul ingat ada telur dengan timun rupanya kena tambah sendiri. Mujur ada epal fuji, coklat dan mulberry. Hahaha.



Kenyang makan, selfie, then naik puncak yang ada batu penanda sempadan dan papan tanda Gunung Ledang. Ini baru puncak sebenar.

Batu penanda sempadan


#teamoren pakai baju #tmfanrun untuk support team malaysia di Olympic Rio gitu.

Sejam di puncak kami memulakan perjalanan turun ikut laluan alternatif tadi. Terpisah dah masing-masing. Layan kaki dan layan perasaan sampai Kem Senget ada wakaf didirikan untuk tempat solat. Boleh refill air kat sini. Baring sempat tidur lah kejap sebelum sambung perjalanan turun pada pukul 4.30 petang. Sejam setengah lagi guide kata untuk sampai Simpang KFC dan simpang alternatif tadi.

Jauh. Turun naik tak sampai-sampai. Pemandangan lebih kurang sama je. Kalau pernah naik Rajah, macam tulah feel dia dari puncak nak kem Bumi Hijau. Sebenarnya dah penat, jadi just ikut flow je. Hp kami dah mati dari puncak memang takde gambar dah. 5.30 petang sampai Simpang Pedita, rehat sekejap dan kami berempat yakni saya kak Su Aisyah dan Asma meneruskan perjalanan. Nisham dan Kak Pja dah jauh ke depan. Tak bawa lampu katanya tuh yang cepat-cepat turun. Alasan sangat. Haha.

Guide tunggu Fai dan Nafi di belakang.

Hasrat kami adalah untuk sampai ke bawah sebelum gelap dan kami selamat tiba di starting point pukul 6.50 petang lebih kurang. Pihak Taman Negara akan check balik botol dan plastik yang kita bawa naik tadi. Terlebih takpe. Terkurang jangan.

Selang 20-30 minit Nafi dan Fai pun tiba sebelum Maghrib. Alhamdulillah selamat semuanya.

5 jam setengah pendakian naik.
3 jam setengah perjalanan turun.
Cadangan saya naiklah ikut KFC walaupun extra 2x ganda tapi bila lagi nak merasa kan. hahahah.

But still, bincang dahulu dengan guide dan ahli kumpulan sebab semua orang pace berbeza.
Naik sama-sama, turun sama-sama. Takkan separuh naik KFC, separuh jalan lain pula. Afterall gunung bukan tempat kita.

Personally bagi saya siapa nak training ke The Pinnacles Mulu, ini adalah tempat yang sesuai. Complete package tali tangga batu semua. Nak atau tak nak je.

It's not the mountain we conquer, but ourselves - Edmund Hillary

Terima kasih semua untuk trip 2D1N ini. Credit picture kepada semua. Mmuaahh


Thanks JDT
Nota kaki:

Kami stay di dorm. RM20/pax instead of pondok RM40/pondok sebab pondok jauh dari parking. Kitorang dah exercise kot sepanjang hari tak kuasa lah nak jalan jauh-jauh lagi. Pondok boleh memuatkan 2-3 orang. Tilam nipis provided untuk pondok. Untuk dorm katil dua tingkat yang pasti. Tandas disediakan di luar untuk kedua-dua accommodation.

View dari dorm perempuan. kat bawah belah kiri tuh ada sinki. Dorm lelaki depan kami.
Dekat bawah dorm ada sinki kalau nak masak-masak boleh bawa bekal stove barang-barang sendiri. Kafe pun ada juga dalam kawasan Taman Negara.

Reception and registration sangat smooth serta service yang bagus siap suggest lagi tempat makan durian kat Tangkak. Landmark kedai durian dekat Shell and Daikin ye kengkawan.

Sesi memilih durian lemak berkrim


Balik singgah Klebang pula bawa orang Sabah makan coconut shake. Hahaha.



Overall kami spend lebih kurang RM150/pax untuk cover guide, permit fee, insurans, dorm, makan-makan (dinner, breakfast, durian, lunch asam pedas dan minum petang), tol dan juga minyak.

Oh biasanya Taman ditutup untuk pendakian dari bulan November hingga Januari. Bergantung juga. Boleh jadi tutup lebih lama. Once dibuka untuk pendakian dengarnya kata boleh je nak naik sendiri kalau tahu jalan atau dah biasa, just bayar permit fee and insurans je. Tapi kami tak pasti kesahihan boleh check semula dengan Taman Negara ya dan contact lah mereka untuk maklumat lanjut.

Jika berkehendakkan sijil, boleh dimiliki dengan harga RM 15.00 dengan syarat kena sampai puncak CP8 baru boleh beli. hihi.

Sekian sahaja. Happy hiking peeps.

Thanks for reading this entry.

4 comments:

  1. power la ajlaa! salutee. part naik je takde diskaun memang klako haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaharu tau trek dia. Sebab tak study sangat ingat 3 jam je skali dh mcm nuang. Haha alhamdulillah selamat semua

      Delete
  2. ne satu2nya gunung yang mak tak bagi izin utk saya daki, Ajla huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu. Xpe sy tlg dakikan bagi pihak zilla. hehe

      Delete