Thursday 6 August 2015

Bali : Eat, Sleep and Eat lagi (part 2)

Selamat pagi

Sambungan dari Bali part 1.

13 April 2015 (Isnin)

Hari ini kerja tidur je. Hahahaha. Qada' tidur puas-puas sebab masa kat Surabaya tidur dilambung jalan since sepanjang masa di sana tidur dalam kereta sebab jarak perjalanan yang agak jauh.

Book untuk semalam je kat CX Hostel dan kemudian decide untuk sambung lagi. Takde hala tuju sebenarnya.

Agak-agak dah segar sikit, dah basuh baju semua, turun bawah minta map dengan petugas kaunter dan beliau menerangkan kaedah ke Pantai Kuta secara berjalan kaki. Dalam 20 minit dah sampai. Tengah-tengah hari buta p pantai memang takde keje kan. Hard Rock Cafe Bali betul-betul setentang Pantai Kuta. Masuk tengok-tengok barang je dulu.










Sebenarnya kan...

Saya tak catat pun perbelanjaan dan aktiviti kat sini. Jadi saya tulis apa yang saya ingat jelah ye. Maklumat mungkin tepat dan tak berapa tepat. Susunan pun. Mohon maaf siap-siap.

Lepas dah jalan-jalan Kuta. Saya just jalan-jalan je. Tak ingat jalan balik pastu main pusing last-last tembus kat Harris Hotel. Nak cari CX Hostel, cari Harris Hotel keh. Macam ngantuk pastu sambung tidur balik. hahaha. Bertuah. Sebelah hotel ada jual Bakso Pendowo Malang. Murah. Satu set baru 15,000 Rupiah jika tidak silap. Jadi kita makan sat sambil merancang aktiviti esok.

ikut jalan ni boleh sampai waterbom bali, discovery mall bali dan shopping complex lain


Rencananya nak p Batur untuk sunrise. Jauh. Pakej around 350,000 Rupiah. Tapi sebab saya sorang sampai 700,000 Rp di mark up nya. Sementelah nama je saya dok hostel tapi room for 4 tuh saya sorang je. Memang takdak geng. Ingat kalo jadi nak p Batur boleh stay Ubud je then dari sana dah dekat nak ke PadangBai untuk ke Lombok.

Try contact ojek wanita untuk minta tolong bawak jalan-jalan dua hari ni.
Tahu daripada Fatimah Hamirdin aka Tim, kawan masa rafting Gopeng dulu. Hihi.
Contact Itha, rupanya beliau di kampung ad hal. Jadi tak dapat nak entertain.

Ini no Itha. 
Sewa Motor Bali & Tour Service
+62 878 6122 4586

Hurm. Takpe nanti fikirkan kemudian. Malam ni kita makan ayam penyet sebelah kedai Nasi Bebek Bu Rima semalam. Tak mahal sangat. 25,000 Rp kot. Senang part makanan halal. Semua sepanjang jalan je. Tinggal pilih nak yang mana. Hehe.

Kuta lagi layan sunset haha






14 April 2015 (Selasa)

Bangun pagi. Hari-hari pun basuh baju kat hostel. Free and easy sangat.

Then, ke Pantai Kuta lagi. I told ya. I takde hala tuju T_T. hahaha. Cari cawan kecil kat Hard Rock Cafe sebenarnya. Kawan kirim.

Lagi-lagi Kuta. haha

Tak ingat harga. Rasanya Rp 130,000 setiap satu. If beli dua ada promo 250,000 Rp.


Ada masa lagi, saya p jalan cari Bali Bombing Memorial. Dulu kan ada kes letupan bom kat Bali. Area sini penuh dengan pub dan kelab. Malam mungkin suasana hidup and happening lagi. Al-fatihah buat mereka yang beragama Islam. Dah puas sekitar sana pulang ke pangkal jalan cari makan.



Bali Bombing Memorial



Menu tengah hari ini adalah kedai Nasi Pedas Ibu Andika. Tengok cili dia, banyak gilerrr. Saya ada habaq dalam post terdahulu hostel dekat kedai makan halal kan. Dan kedai ini salah satu. Berhadapan dengan shopping complex Supernova / Joger. Joger tempat shopping sovenir tak silap. Memang banyak pariwisata masuk situ. Thanks to Zara for her entry on Halal Food in Bali. Murah dan sedap.




Hari kedua baru perasan kedai ni. Selama ni limpas je
Pastu balik hostel mati kutu. Tanya reception kot ada kenal ojek mana-mana sebab nak ambik sebarangan macam tak berapa meyakinkan. Banyak je sepanjang Pantai Kuta semalam. Tapi takde rasa nak tanya pun. And reception said, ada staff dia boleh tolong bawak. Pukul 3 petang nanti lepas habis kerja. Ok lah kan. Dapat juga nak berjalan.

Ke mana kita?

Uluwatu! Wuhuuu. Boleh tahan jauh. Kematu montot membonceng. Jenis motor tinggi remaja muda-mudi lak tuh. hik hik.

Direction to Uluwatu. Yang lain tuh semua nama pantai yang femes.

Uluwatu adalah temple yang terletak tebing tinggi menghadap laut. Femes dengan kecak dance. Kecak dance kena bayar berasingan and bestnya sebab time nak sunset performancenya. Skip. Sebab nak kejar p pantai. At least dapat 1 pantai pun ok sebab Bali banyak pantai cantik laut biru.

Berlatar belakang pura






Jadinya di Uluwatu saya berjalan dari hujung ke hujung dan mengambil gambar. Monyet ada. Kena berjaga-jaga. Thanks to Danny ke Dani (rasanya betul dah nama) yang tolong bawak jalan-jalan dan mengambil gambar. Teruk gila memori. Tulah menulis bertangguh lagi,

Layan gambar lagi.






Pura dibuka kalau ada upacara je

Penuh tangga. Kasut biar sesuai ye. Senang nak lari dari monyet juga


Hujung dah ni. Ada padang ragut



Balik jom
Mengutu sat
Dah habis di Uluwatu p cari pantai pula.

Ada satu pantai ni yang saya nak sangat pergi selepas terpengaruh dengan ig sis @sha.nordin. Tapi dengar dari orang lain pantai belah Nusa Dua cantik lagi. Kekangan masa, kita p dekat2 je.

Pantai apa yang saya terpengaruh sangat tuh? Haha.

Green Bowl Beach. Dani tak pernah sampai sini lagi. Jadi kami tanya orang direction ke sana.

How to go? Kami cari Bali Cliff resort dan di hujung jalan belok ke kiri, di sebelah pura ada tangga untuk ke bawah.


View dari parking





300++ anak tangga menanti. Demi pantai cantik ku gagahi. Time turun sedap sekali. Time nak balik mengah tak terperi. Dengan Danny sekali I drag turun hahaha. Be prepared and keep hydrated keh.

Dan bila sampai. Cantik. Ada gua lagi. Luckily takde kelawar and air pun tak pasang dapat lah berjalan kaki ke gua itu. Dengarnya kalo datang tengah hari cantik lagi sebab airnya akan membentuk bowl besar berwarna hijau. Time sampai dah nak Maghrib jadi takdelah nampak hijau sangat.

Ku lari ke pantai kemudian teriakku~


Luar gua
Dari dalam gua

Dekatnya awan~



Main air
White bubbles






Tata green bowl
Rehat-rehat main air kami beransur pulang. Tanya Danny kat mana nak cari Terang Bulan. Pengaruh dari blog Zara lagi lah ni. muahahaha. Tak jumpa seperti dalam blog tapi Danny bawak p satu gerai kecil dekat masjid.

Apa itu terang bulan? Terus rasa nak nyanyi lagu dangdut Eva.


Bentuk seperti apam balik. Cuma filling nya pelbagai. Pisang dan susu, keju dan susu dan sebagainya. Gebus. Makan dua orang pun tak habis. Terbeli lebih lak tuh sebab saya ingat kecil, jadi bagi Danny mintak tolong dia habiskan. Kedai ni pun ada jual martabak yang digoreng dengan minyak! Nak try esok nanti buat bekalan ke Lombok.



Dah jumpa terang bulan, Danny hantar pulang dan esok dia tak kerja. Jadi boleh gerak awal sikit p jalan-jalan. Malam ni dinner Ayam Bakar Wong Solo. Esok nak cari Ayam Betutu Pak Man, Nasi Pecel Bu Tinuk dan lain-lain pula lagi kalo sempat. Hehe.




Merah ad lampu tuh hostel. Sebelah nya ada jual masakan Malaysia. Sebelah lagi tuh bakso. Nak try sate tak jumpa pula,

Harris Hotel
Balik hostel dan ada rumet! Yeay. Ema namanya. From Taiwan.

Tidur dulu. Nanti sambung to Bali part 3 (finale).



7 comments:

  1. pernah mkn bakso di Padang x sedap...bila try di Kuta Lombok sedap gila sampai teringat2..then mesti bakso di Bali pun sedap kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy belasah je semua. Hahaha. Suka yg ni sebab bebola die besar. Tp mihun die xbyk. Sesuai dgn hrga die hehe

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. ehh jap...Ajlaa travel solo ke BALI ke? then si Dani tu yg tlg bawak ke Uluwatu tu berapa charge dia kenakan ke FREE

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah. Solo seketika. Dani xckp hrga tp sy hulur ikut rate sms yg sy gugel online hehehe. Slumber je sy ni

      Delete
  3. 300++ anak tangga? bagi Ajlaa kaki gunung ni mmg x de hal lah heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih kurang JM. Sy nk kira tak terkira. Beza naik tangga dgn naik ikut trek. Assume practice utk rinjani time tuh T_T

      Delete