Bertemu kembali. Sambungan dari sini. #CintaRinjani : Day 4, Part 2.
21 April 2015
Bangun pagi, kemas-kemas. Hari ini akan pulang ke tanah air. Janji nya pukul 8 akan bertolak ke Bandara. 9 orang akan pulang tengah hari ini, meninggalkan saya, Hana, Mel, Padil dan Anas yang akan pulang di sebelah petang.
Breakfast roti dan teh manis yang disediakan oleh hotel dan memborong baju tshirt 5 helai 100k Rp. Pakcik dan makcik yang datang ke hotel membawa jualan. Senang juga tak payah pikir2 dah. Ada jual kain songket juga. Afen dapat harga 50k Rp, Mizam punya 100k Rp. Kualiti sama and corak pun lebih kurang. I xpandai nak menawar sangat, confirm dapat harga cam Mizam gak. huhu. Jadinya tawar sehabis baik ye. Padahal i tak beli apa pun kiki kecuali selai tshirt.
Jadinya lagi. kami ber14 akan gerak ke Bandara, di Bandara nanti kami berlima akan tukar kereta untuk p jalan-jalan. Didan dah tolong arrange kan part supir dan mobil. Thanks Didan.
Bersama Didan minus Mel. p shopping lagi kot time ni. hee |
Mengucapkan selamat tinggal kepada yang lain, dan kami berlima meneruskan jalan-jalan sekitar Lombok. Cadang mahu ke Senggigi, berjarak 1 jam perjalanan dari Bandara.
Singgah makan nasi ayam balap tak silap namanya. Sedap juga. Harga lebih kurang 25k Rp untuk satu set termasuk jus alpukat.
Ke Senggigi kita. Ayuh.
Owh, kalo dari Bandara nak ke Mataram atau Senggigi, boleh tengok blog Hana masa dia mula-mula sampai Lombok. Boleh klik link ini, Hallo Lombok nukilan Hana untuk pembacaan lanjut. Hihi.
Apa ada di Senggigi? Senggigi ni tempat yang agak happening pada waktu malam, tuh yang rasa nak tidur di sini instead of Mataram. Lagipun Senggigi ada pantai. Boleh tengok sunset gitu. Kena repeat cenggini nampak gayanya. Yang paling utama Senggigi merupakan jeti tempat berlepas ke Gilis. Gili Trawangan yang femes itu.
Kami cuma mampu amik gambar sekitar jeti je. Haha. Di kala hujan.
Dah puas, ke Mataram semula. Sebab Zack dan Syirah kirim beg di Corsina, butik outdoor mampu milik. Eiger dan Rei agak mahal bagi kami. Ada butik Rei dekat dengan mall. Lunch nasi padang dekat dengan mall, then dah nak balik baru perasan kedai sovenir kat mall itu. Nak cari tshirt Rinjani takde saiz pula.
Selesai membeli di Corsina, singgah Sasaku semula sebab Anas nak shopping lagi. hihi. Kemudian ke Bandara kami.
Flight 7.15 malam lebih kurang, jumpa Abg Din dan geng baju biru lagi. Sangkut minyak urut Anas dan pisau Abg Din kat airport. Nak burn kan cam sayang, terlupa nak check in sekali dalam baggage tadi. Terpaksa keluar semula p kaunter untuk check in balik.
Untunglah Anas Scottish Boy, dalam flight orang wish birthday. Haha. Dia ingat kitorang main-main nak wish dia sekali Hana buat betul-betul, pakat dengan FA masa masuk boarding.
Selamat tiba di KLIA pukul 10.30 macam tuh, ambil-ambil barang termasuk kayu Hana dapat dari Mat Saleh lol, maka bersurai lah kami. Hana, Padil and I singgah KFC jap mengalas perut dan mengecaj hp. Tak sekejap jugak lah lepak, pukul 1 kami beransur pulang dengan Hana akan pulang ke Teluk Intan dengan bas pukul 2 pagi.
It's a wrap. Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah di atas kesempatan, nikmat kesihatan dan kekuatan fizikal dan mental yang dikurniakan kepada kami.
Misi utama menawan puncak Rinjani tercapai. Misi sampingan yang lain nampak gaya #kenarepeatLombok. Hahaha.
Terima kasih gogo Syahirah dan semua ahli team #disebalikGUNUNGitulahirnyasebuahCINTA.
- Mizam, Zack, Ir, Raja, Afen, Anas, Hanif, Padil, Mel, Hana, Ain dan Bella. You guys are awesome walaupun pertama kali berjumpa. Thanks hana kerana mengajak saya #muahciked
Terima kasih juga kepada Didan and team, Mas Tri, Mas Hari dan all the porters.
Terima kasih kalian. Pengalaman kali ini sangat berharga dan bermakna. Di sebalik pahit, ada manis yang pasti. And everything happens for a reason, kan. We plan but He is the best planner.
Berikut kompilasi entri Lombok. Mount Rinjani to be exact. hihi.
#CintaRinjani : The Day Before The Hike
#CintaRinjani : Day 1, Into the Mist
#CintaRinjani : Day 2, The Hike After the Rain
#CintaRinjani : Day 3, Danau Segara Anak & Hot Spring
#CintaRinjani : Day 4, I'm Coming Home
#CintaRinjani : Day 4, Part 2 It's a suprise
Bonus Video GoPro #CintaRinjani - Mount Rinjani Lombok by @mramizam
dan Video by our guide, Mas Hari #CintaRinjani di Mount Rinjani
Mendaki di Rinjani? Highly recommended.
Bukan untuk menunjuk kita hebat, tapi untuk kita melihat nikmat dengan lebih dekat. Seriously sangat memikat. Antara gunung tercantik, paling cantik pernah saya lihat.
Terima kasih kerana sudi membaca. Hope you guys enjoy them. Especially the view. Till we meet again. Wassalam.
setuju dgn ayat terakhir tu..gunung, bukan tempat untuk kita beradu siapa hebat siapa tidak..rinjani mmg berada dalam kelasnya yang tersendiri..
ReplyDeletetahniah Ajla..ada rezeki mohlah kita repeat lagi *ehhh :D
Terima kasih zilla. Erk ripit lagi? Hehe. In sha Allah tp mgkn bkn dlm ms terdekat. Terbayang2 lagi ni trek. Dpt smpi ke puncak satu kepuasan. Kadang sy pon lupa diri jgk ble dah kat atas. Haha. Kene ad kwn yg igt kan tujuan dtg. N mmg kene renew niat nk selalu. Hee
Delete"Hope you guys enjoy them." YES..mmg enjoy...
ReplyDeleteAlhamdulillah. Thanks JM. Hope JM dan zilla dan kawan lagi sorang enjoy the trek and view. In sha Allah doable, and boleh menggapai puncak. Ikut pace masing2. Takkan lari gunung dikejar. hehe
Deleteamboi, JM dah war2kan kat yang lain ke nak naik rinjani dgn saya? hehehe...
Deleteterus terang, tak berani nak letak harapan yang tinggi Ajla sebab dah tahu peritnya macam mana..saya nak santai je..ada rezeki, sampailah puncaknya..kalau tidak, buat ajelah mana yang termampu :D
Zilla : Ajlaa je yang tahu..serta org yg baca komen nih hihihih..itulah excited sgt..tercakap kat sini
DeleteIn sha Allah ad rezeki boleh smpi juga ke puncak. Takkan lari gunung dikejar. Enjoy the journey and the view yang pasti. All d best kalian. Moga dipermudahkan. Fighting!
ReplyDelete