Tuesday 5 May 2015

#CintaRinjani : Day 3, Danau Segara Anak dan Hot Spring

Assalamualaikum

Sambungan dari #CintaRinjani : Day 2. Ini pula versi Hana menuju puncak.

19 April 2015

Bangun pagi. Terjaga selepas dengar lagu knock knock dendangan Elizabeth Tan dari khemah jejaka sebelah. Photoshoot and tengok sunrise. Having banana pancake aka lempeng pisang for breakfast and let's get it started.


Paling suka spot ni. Sebab pokok dia mungkin.




7.15 pagi

Kami memulakan perjalanan ke Danau Segara Anak. Jangkaan daypack hari ini adalah 3 jam perjalanan pergi dan 3 jam perjalanan pulang. Tujuan utama adalah untuk mandi opkos dan merawat kaki di Hot Spring. Sakit urat, sakit kaki sebab jatuh terpeleot, lenguh badan penangan menuju puncak semalam. Jadi hari ini kita rejuvenate.

Seronok nak p Danau ni sebab menurun je tapi memang gigih lah sebab batu besar2 macam air terjun tuh.













rupa batu
ada proper tangga juga sesetengah tempat



Bella dan Ain yang sempoi



Since sini kawasan gunung berapi pemandangannya Subhanallah. Cantik sekali. Macam obersi. haha. Padahal memang kat obersi. Macam New Zealand. Sempurna. Gunung-ganang, bukit-bukau, sungai, danau. Sambil berjalan sambil mengambil gambar.





GoPro : New Zealand
GoPro : Austria
Pemilik GoPro dalam filem Jurassic Park
Jalan punya jalan, psiko jugak tengok yang porter dah laju ke depan. Terbang agaknya. Kitorang berlenggang je di belakang. Enjoy view. Tak berhenti memuji.

Let's the pic do the talking. Hihi.


Nampak tak 3 batu susun bertindih. Maksudnya no entry. Rupanya ada parit di bawah.
Jadi kena ikut jalan atas.
















Asap berkepulan. Masih aktif.





Dalam pukul 9.45 pagi macam tuh, kami tiba di Danau. Cantik. Ramai orang. And banyak sampah juga. huhu. Sedih. Photoshoot lagi. Mandi danau jap. Siap berdrama saya, Hana, Syira dan Ir time mandi. Tiba-tiba kaki tak sampai, huru-hara di sana. Hahaha. Sempat Afen dan Zack capture dalam kamera.








Melihat hasil tangkapan








Porter kami memancing. Dan kami seterusnya folo Mas Tri ke hot spring. Dalam lebih kurang 10-20 minit trekking dari Danau.








Agak panas di sini. Kita ke depan sikit.
Balik karang singgah ya
Dan kagum lagi kami untuk kesekian kalinya. Biasa tengok hot spring dalam kolam camtu. La ni hot spring nya bersungai. To be exact. Air terjun. Memang syiok ahhh. And mat saleh pun ramai. Aummm.










Last2 kami je conquer kawasan berkenaan. Mandi-mandi, gosok-gosok, mandi lagi sampai pukul 12 tengah hari.

Dalam perjalanan pulang ke Danau untuk makan tengah hari, singgah jap untuk ambil spring water fresh dari gunung. Clean and Clear. Rasa pun boleh tahan. Tapi sayang jugak dekat tempat nak ambil air tuh banyak sampah. Hancing pun ye.

Makan tengah hari di Danau. Mee lagi. Sebab dah lapar pas mandi, redha je memasing. Hopefully malam ni dapat makan nasi.





Dah mula berkabut


Perjalanan pulang dimulakan pada pukul 1 petang. Hari mulai gelap dan kami memakai poncho dan payung. Agak mengganggu jugak bila pakai poncho lagi2 time nak memanjat balik tuh. Sebab nak kena berpaut pada batu kan.











Jumpa Mat Saleh tengah jalan and they wish us good luck for tonight. Hee. Ktorang naik puncak dah semalam uncle. Training puncak untuk ke Danau kononnya.

3.30 petang and most of us selamat tiba di campsite. Jumpa team Malaysia 16 orang sebelah khemah tengah makan spaghetti. Omg. Riki punya riki memang they get what they deserve lah sebab bayar mahal sikit dari kami. Hihi. Weols siap nampak air coke lagi. Tengok-tengok, lorh ada juga ahli group kami yang kenal dengan ahli group depa. Kecil je dunia.

Terkejut depa kami dah malam ketiga kat sini. Punyalah lama. Hahaha.

Group mereka tak turun ke Danau sebab masih ada lagi yang belum turun dari puncak. Mereka akan turun ke Sembalun juga esok dan akan singgah ke waterfall. Ok macam best. Jadi kalau kami sempat, kami pon boleh ke waterfall juga.

Dan kami menikmati teh panas di campsite. Berehat tengok sunset pula untuk kali terakhir. Berlari-lari anak menuju ke kawasan rata selepas Bukit Penyesalan tuh untuk melihat Danau yang lebih jelas gitu. And there's ray of light. Perfect moment. Cantik. Memang cantik.

Mari menuju kawasan rata sikit

Porter main congkak






Jom balik campsite di sebalik bukit kecil ini
Dan perfect dinner menanti kami malam nya. Nasi putih, Kari Ayam tapi kami tengok paras rupa macam ayam masak lemak dan sayur goreng. Ikutkan sebenarnya menu kami menu Malaysia, memang gogo mention masa taklimat menu adalah nasi, tapi kami cuma dapat proper nasi sekali ni je selain nasi goreng breakfast semalam. Selebihnya mee. mee segera. mee goreng, mee sedap kruk kruk.


Bersalah dan kesian jugak kat porter sebab kami dok demand macam2 ikut yang dijanjikan tapi barang bukan dia yang beli. Depa tolong bawak dan masak je. Sementelah kami kan terpaksa tambah satu malam lagi, penjimatan ration perlu lah kan. Alhamdulillah semua ok, yang penting xde keracunan makanan bagai. Lawas je memasing i tengok. Oops.

Kitorang lapar lagi sebenarnya. Luckily, kawan Mel dari khemah sebelah yang kami jumpa tuh kata "kitorang nak kurangkan ration ni, korang amiklah ni" and we got Brahim's nasi tomato and nasi minyak kot. 2 paket. Bekalan bila lapar menjelma.

Last night. Ramai tido awal. Tapi ada budak 8 orang tak pandai tido. Bukak dapur haram pula. hahaha. Bertuah betul. Nak makan Brahim's tadi macam kenyang lagi. Nama je jemu makan mee tapi yang depa masak maggi jugak. Cuma bezanya asam laksa. Dan mengeteh. Beria cari gula dalam gelap, senyap-senyap.

Dan kami menikmati malam terakhir dengan minum teh sambil melihat bintang, dan berangan kot2 ada meteor shower ke. 2 malam terakhir ini langit sangat cerah. Dan bintang pun banyak.

"Bintang bukan matahari"
"Yang berkelip2 tuh kapal terbang kan"
"Banyak-banyak bintang, bintang tuh yang paling cerah"
"I mengajar tuisyen, Pluto dah tak ada dalam senarai planet"
"Rasanya yang tuh Scorpio"
"Kena belajar balik ni"

How time flies.

Hampir pukul 12 malam dan kami mengemas dapur kembali. Esok pukul 7 pagi dah nak gerak balik melalui Pelawangan Sembalun.

credit picture to @mramizam
Selamat tinggal Rinjani. You'll be missed.

Bersambung #CintaRinjani : Day 4 Part 1.

2 comments:

  1. subhanalllah....subhanallah...subhanallah....view di Danau Segara ni pun ohsem!!!!

    x gayat ke duduk kaki terjuntai mcm tu...best gak pegi ramai..kami maybe bertiga je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sepanjang jalan memuji je JM. Alhamdulilla diberi peluang dan kesempatan.

      Gayat juga tp sebab ramai dia macam tak terasa sangat. kiki. Bertiga pon ok. fighting

      Delete