Bersambung dari SumSel Day 3 : Dempo - Merapi - Pagaralam
Hari ke 4 di Palembang.
Kami tiba di Loket Melati Palembang pada pukul 5.00 pagi. Solat Subuh basuh muka lepastu fikir nak ke mana. Pasar buka pukul 8 lama lagi nak melepak ni haha. Ian kata Pasar 16 Ilir tuh lebih kurang macam Tanah Abang di Jakarta. Bolehlah kalau nak shopping sana.
Lambat lagi nak menunggu, jadi kami berkeputusan berjalan kaki cari makanan.
Kami jalan kaki dari Loket, melalui Jambatan Ampera dan sampai lah kami ke kawasan tebingan Sungai Musi. Tiada kedai yang buka. Just pusing-pusing ambil gambar, jumpa orang tanya mana nak cari Murtabak Har. Pastu depa tunjuk jalan ke Masjid. Sebelum dan selepas jejantas ada kedai martabak nya.
Iklan Sukan Asia 2018 |
View dari atas jambatan |
Panorama view. Sebelah kiri nampak Pasar 16 Ilir |
Jambatan Ampera |
Haha. Kami order Murtabak Telur. Macam roti canai telur beza kuah dia macam masak lemak sikit pastu dia bagi cili berasingan.
Kami order teh o sekali. Total 35k rupiah |
Baru pukul 6.30 pagi tak tahu dah kami nak buat apa. hahah. Kaki sakit memasing lantas kami singgah Masjid Agung. Mandi-mandi rehat-rehat. Nak pergi pasar macam tak rajin lah pula sebab dah lain jalan. Jadi kami decide cari hotel ka kot boleh check in awal rehat-rehat golek-golek.
Masjid Agung |
Pembinaan LRT |
Plan hari ini jadinya cuma nak jalan-jalan dan cari novel baru Tere Liye yang baru release khamis lalu. Gigih tak. Selain mendaki, mencari novel pun salah satu tujuan utama. Konon nak pergi Gramedia World, toko Gramedia terbesar di Indonesia, tapi Ian kata Gramedia Jalan Atmo dekat lagi.
Pukul 9 Gramedia dah buka, oh my god rambang mata rasa nak beli semua buku. Mujur boleh mengepow credit card Padil hahaha. Dah puas beli buku kami cari hotel dan check in.
Ian mesej tanya nak cari toko outdoor tak, dia bisa hantarkan sebab quite jauh gitu. Dan kami berjanji nak jumpa pukul 12.30 tengah hari.
Ian dan teman menjemput kami di hotel dan terus cari makan tengah hari.
Kami ke Jalan Kebun Manggis tak jauh dari hotel.
Dah sampai Palembang, wajib cuba pempek. Pempek ni berasaskan ikan dan dicicah dengan cuka, gula merah, bawang dengan apa ek lagi. Cili rasanya. hehe. Macam makan yong tau foo.
Dan kami cuba mi celur juga. Gigih tau print screen gambar dari blog Zilla.
Pempek kapal selam tiada pula dijual.
Es mamat pun dilupa jangan. Dibuat dari kacang merah.
Pergh. Kenyang makan.
Dalam Carrefour. Pertama kali jumpa. Mau ambil semua snek yang ada sambil menanti sampai tingkat atas. |
Dah balik hotel kitorang sambung tidur lagi. Gila sakit kaki. Mungkin sebab turun gunung terus balik tidur tak proper dalam bas dapat tidur atas katil nikmat betul.
Rehat-rehat kami keluar balik lepas Maghrib untuk lihat Palembang di waktu malam. Tengok blog abang Meng cam meriah. Kami menuju ke tebingan Sungai Musi. Sunyi. Baru pukul 8 malam. Hari biasa mungkin that's why tiada aktiviti barangkali. Kecewa lantas kami pulang. Nak cari makan malam.
Malam yang sunyi |
Last2 makan set gurame je depan hotel. Sedap makan panas-panas.
Hari ke 5
Hari ni kami akan bergerak pulang. Flight pukul 9.25 pagi jadi pukul 7 pagi kami minta tolong hotel telefon kan teksi Blue Bird. Perjalanan hampir 1 jam. Macet. Dengan construction lagi.
Tambang yang dikenakan adalah sebanyak 110k Rupiah dari bandar ke Bandara. Sama macam rate Supermeng tempoh hari.
Check in, singgah kedai beli Pempek untuk dibawa pulang. Semangat adik tuh bila kami cakap kami singgah Pagaralam. Siap tanya kenapa tak singgah Lubuk Linggau banyak lagi air terjun cantik-cantik. Lagi best katanya. Ada kami ternampak iklan "Lahat daerah 100 air terjun" lebih kurang camtu.
Hahaha. Tunggu LRT siap nanti kami datang lagi ya. Senang sikit tak perlu nak naik teksi atau bas TransMusi dari Bandara.
Tamat perjalanan Palembang kami.
Rezeki kami berjumpa dan dipertemukan dengan teman dan keluarga yang baik hati.
Palembang mu tunggu kami datang lagi!
Terima kasih kerana sudi membaca.
-tamat-
Kalau siap LRT tu nanti boleh saya mengulang ke Palembang lagi...
ReplyDeleteBetul2. Sy pun nk mengulang lagi. Tak puas jln
DeletePempek tu mula2 macam tak boleh terima tapi lama2 sedap pulak...
ReplyDeletebetul2. tengok warna pucat semacam. tapi bila rasa ok je. padat makan sikit dah kenyang
Delete