Monday, 14 November 2016

SumSel Day 1 : Palembang - Pagaralam

Assalamualaikum

Bertemu kembali! Straight to the point sangat tajuk entri.

Alhamdulillah selamat pulang dari Palembang sempena Deepavali.

Kenapa Palembang?
Sebab AirAsia Big ada promo redeem point ke sini. Tau-tau je terbeli. Ter sangat. Kebetulan cuti panjang dan tiket pun murah, why not gitu.

Intro

Rencana asal mahu ke Pulau Laskar Pelangi di Belitung. Usha tiket mak aih mahal. Mungkin sebab hujung minggu.
Jika nak murah, naik feri dari Palembang je membutuhkan at least 10 jam perjalanan. Takut terkejar sementelah kami cuma ada Jumaat hingga Selasa. Nak jalan-jalan cari makan and shopping buku lagi. Banyak agenda ni.
Sekali bila balik KL, Jeamohamad kata boleh naik speedboat. haha. Nampak sangat tak habis study. Tapi tak mengapa sebab I just wanna hike lately.

Kalau nak tengoh contoh itinerari dan info berkaitan boleh tengok sini:
Supermeng Malaya - Budget & Itinerary
Kaki Travel Khairuddin - Itinerari Mengelilingi Sumatera
http://hellopalembang.com/

Nak hike ke mana pula kat Palembang ini?
Google google tanya orang tengok ada Mount Dempo. Baca entri Zilla terdahulu, beliau pernah camping di sana. Terus mesej Zilla tanya kalau ada contact no sesiapa yang boleh arrange kan trip. Alhamdulillah, Zilla beri kami nombor Ian melalui temannya, Mita.

Terus start lah ye. Hee

Hari 1 (Jumaat)

Perjalanan menaiki kapal terbang memakan masa 1 jam setengah dan kami tiba di Bandara lebih kurang 8.30 pagi waktu tempatan. Tibanya kami disambut dengan petugas kesihatan yang memberikan borang untuk diisi memandangkan virus Zika yang belum surut lagi kan.



Kemudian terus kami ke imigresen. Ada dua kaunter untuk foreigner. Difahamkan perlu mencetak tiket penerbangan pulang. Memang dia mintak kat barisan sebelah. Dekat barisan kami alhamdulillah tak banyak renyah. Tengah-tengah beratur ada akak ni habaq dia nak balik Bangka naik flight, lebih kurang 250k Rupiah sehala. Katanya Bangka best lagi. hihi. Dari Bangka boleh naik feri ke Belitung. Salah satu cara juga kalau tak nak bersusah payah naik feri dari Palembang gitu macam yang thatsofarah pernah buat. At least satu kali je naik feri.

Selesai semua, Ian bagitau nak ambil. Dalam 9.30 pagi lebih kurang dia sampai. Ian bersama teman akan ambil kami dan hantar terus ke stesen bas. Perjalanan ke bandar walaupun tak jauh tapi agak jammed sementelah banyak construction dibuat terutama LRT bagi mempersiapkan Palembang untuk Sukan Asia 2018.

Ada juga option untuk naik kereta api namun kereta api hanya berhenti di Lahat. Dari Lahat ke Pagaralam lebih kurang 2 jam lagi perjalanan. Kami konon nak naik keretapi tapi memang tak sempat lah sebab kereta api nya pukul 9.30 pagi.

Almost 1 jam perjalanan dan kami tiba di stesen bas pukul 10 lebih. Bas kami pukul 11.00 pagi. Hi hi bye bye dengan Ian setelah Ian bagi contact number kawan dia di Pagaralam.

Melati Indah. Tambang 55k seorang kalau tak silap
Macam saya bagitahu tadi kami hendak mendaki. Jadi Pagaralam destinasi yang kami cari.

Pagaralam letaknya 7 hingga 8 jam perjalanan dari Palembang. Merentas peta. Hampir sampai hujung satu lagi. haha. Jauh perjalanan bangun tidur bangun tidur tak sampai-sampai. Bas akan berhenti di satu Rumah Makan. Jadi boleh lah turun makan dan berehat-rehat. Free wifi available.

Pukul 7.20 malam kami tiba di Pagaralam. Time ni tercangak-cangak kami nak turun mana. Lupa nak tanya. Nak telefon lupa caj bateri. Haha. Depa tengok kami dah terpinga-pinga last2 bus turun kan kami di Loket Telaga. Katanya kalau ke depan lagi dah sampai gunung.

Punyalah pikir loket tuh apa. Rupanya tempat bas.

* Di sini tiada terminal bas yakni semua bas berkumpul di satu tempat macam TBS. Sebaliknya bas akan berhenti di syarikat masing-masing.

Sepatutnya kami berhenti di Loket Melati, sebab kami naik bas syarikat Melati. Budi tunggu sana. Dah tersalah turun loket company lain, terus mesej Ian beritahu lokasi kami berada. Lega bila nampak Budi sampai dan terus Budi dan Rangga hantar kami ke rumah keluarga Ian.


Memandangkan saya berdua dengan kawan dan kitorang pun bajet ciput jadi kami menumpang tidur di rumah Ian. Banyak gila mak Ian masak untuk makan malam dan kami berkenalan dengan keluarga Ian serta Anton dan Parjan.

makan malam kami. Tempe sedap!
Berbincang mengenai perjalanan esok, Budi dan Anton akan hantar kami. Parjan dan Rangga akan mengikut kami sepanjang mendaki. Rehat dan perjalanan panjang menanti.

Bersambung...

7 comments:

  1. ajla,

    berapa kos daki dempo tu? dalam byk2 watak tu cuma mita aje yang saya kenal..yang lain semua hanya kenal nama sahaja :D apa pun, org sana baik2kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari tuh Ian quote 500kper person untuk 2d1n. Cover jasa guide/porter, barang-barang pun semua sewa sana. Yang saya bawa cuma diri dan sleeping beg dan personal ration. Saya tak pasti murah ke tak sebab macam pernah jumpa yang murah lg dalam 350k kot ke kurang lagi.Considering sebab ktorg pun berdua je, sy pun on je. lagipun tak sempat juga nak survey yang lain hihi.

      Delete
    2. Betul orang sana baik2 sampai segan jadinya hee

      Delete
    3. kira murahlah tu Ajla..kalau gunung lain jgn harap boleh dapat harga semurah tu..nak tunggu pengalaman daki dempo pula..maklumlah dgr2 cerita tmpt tu boleh tahan mistiknya

      Delete
    4. worait. selamat pulang dari India. hehe

      Delete
  2. Replies
    1. Mistik lah. Kan hr tuh budi tny ada apa2 terjadi tak

      Delete