Saturday, 26 November 2016

Mesmerizing Mulu : Day 3

Assalamualaikum

Bertemu kembali. Sambungan dari Mulu : Day 2. Ada orang komen gambar dia tak banyak nanti kat sini saya letak ek.

(Amaran : Entri ini akan jadi sangat penuh dengan gambar)

Pukul 5 pagi dah bangun. 6.30 pagi dah nak kena gerak.

Bersiap dan kami menyediakan packed lunch untuk dimakan di puncak Pinnacles berupa ayam sambal dan sayur goreng. Nak masak awal pagi confirm tak sempat jadi dah masak siap-siap malam tadi tinggal nak panaskan je.

Breakfast berupa roti letak marjerin kaya baked beans pun ada.

team packaging

Breakfast is a must

Dah siap semua kami memulakan pendakian dengan sedikit regangan dan bacaan doa memohon pendakian dimudahkan.






6.30 pagi kami bermula. Jarak pendakian hari ini adalah lebih kurang 2.4 km. Jalan punya jalan, dalam 20 minit kami sampai ke 0.5 km. Start dari sini tak silap saya memang mencanak je. Takde diskaun ok. Dan latihan di Nuang sangat membantu. Sebab apa, sampai je Mini Pinnacles di 0.9 km saya dengan kak Pija bersetuju "Susah lagi dari Nuang". haha. Nanges.





Steady pakai jeans



Paras rupa trek di awal pendakian




Mini Pinnacles






Nick and Monique


Dan kami berehat dalam 20 minit jugak lah di sini. Mana yang sampai awal digalakkan meneruskan perjalanan sementara guide menunggu yang lain sampai. Remember cut off time pukul 8.00 pagi kan.

Saya dalam kategori awal kononnya jadi dalam 7.50 pagi kitorang gerak dah. Lagi lama rehat lagi penat. Alhamdulillah dalam 20 minit kami sampai di 1.2 km. Rehat sekejap, tinggalkan separuh bekalan air di sini. Balik nanti boleh ambil balik.


Contoh botol yang ditinggalkan



Menaik



Naik lagi




Lagi-lagi menaik
Allahuakbar. Dah lama tinggal tak jumpa catatan letak mana.

Mohon maaf saya terpaksa agak-agak dan ingat-ingat lupa je pasni.

Dan perjalanan mendaki je selepas itu sehingga ke KM 1.8 lebih kurang pukul 9. (phew lega kat gambar ada masa tarikh semua). Rehat sebentar bersama kit kat dan kami meneruskan pendakian. Time ni guide cakap dah landai tapi rasa lebih kurang je. Landai cuma seketika. Dalam 10-20 minit kami tiba di tangga yang pertama. Ingat tak semalam guide kata cut off time kat tangga pukul 10? Alhamdulillah masih sempat.



Jalan landai katanya

first ladder





Contoh trek

Paras rupa tali

Tali lagi

View dah terang sikit

Bunga

Bunga juga hahaha

Tali, batu, tangga



Tangga bukan main banyak. Berbagai sudut. Belas-belas tangga yang pasti. Pendek je trek tapi sebab kecerunan dan teknikal menyebabkan butuh masa. Bertali dan memerlukan kekuatan tangan dan kaki.

Tepat pukul 10 pagi kami selamat tiba di Pinnacles yang kami impikan. Cantik.
Speechless. Tak percaya dah sampai dekat ikon belakang duit not RM100.

yours truly

Gulung apa kat atas pokok tuh?

View dari port pokok tadi
Gambar perseorangan



Nisham soh letak gambar dia. Kita letak gambar jari je haha

Suspek dijumpai


Gambar berkumpulan. Team oren

Team merah. Team kelabu mana kamu.
Dari pokok tadi lagi


Rendah je tempat panjat nya


Rehat-rehat ambil gambar. Turun naik batu. Turun naik pokok untuk dapatkan sudut angle paling menarik. Makan-makan minum-minum rasanya dalam pukul 11.00 pagi kot kami bergerak turun. Depa tak bagi lama-lama takut lambat sampai bawah.

Sebelah satu lagi. Lepas tangga belah kanan rasanya



2400m kayu tuh kata
Perjalanan menurun mencabar. Untuk yang gayat nak hadap tangga tuh balik memang berdebar.

Tambahan hujung jari kaki dah mencucuk2 sebab menekan kan bila menurun.

Literally trek berbatu memang tercucuk2 lah hahahaha. Belum campur yang tersangkut celah batu sampai tertanggal kasut.

Turun cepat-cepat sebab nak ambil balik air kat KM1.2. Tak cukup kot bekalan. Dekat sini rehat lama sikit. Tapi yang dah sampai awal terus turun je, tunggu lama2 kang malas2 dah nak gerak balik sebab rehat lama nanti badan sejuk kan.






Time turun ni memang turun je, Sayang tunang tinggal-tinggalkan. Sebab jarak masing2 dah jauh pace pun tak sama. Bersalah tinggalkan syima dan nein tapi saya confident sebab Padil ada bersama gitu. Syukur punya teman hiking penyabar tolong sweep dan tolong tunggu kawan yang yang dah start pewai.

Hampir pukul 3 petang saya selamat sampai ke bawah dengan teman terakhir tiba di campsite pada pukul 5 petang. Alhamdulillah semua selamat turun tapi kaki masing-masing memang berbekas. Terus rendam dalam sungai depan Camp5.


Simpang bukti anda tak jauh dah

Recycle

Our favorite lepaking spot


Sejukkan air limau sat
Terlupa yang kitorang dah makan tengah hari kat puncak sampai bawah dah lapar balik. Mujur ada jemput-jemput hasil jemputan gadis comel baik hati dan maggi berapa kali round masak air tangan pelbagai pihak. Air pun dok banyak kali refill. Paling spesial kak pja masakkan maggi + tuna untuk yang kelewatan dan kepenatan.

Jemput makan

Paras rupa Dapur
Menjelang Maghrib masing-masing dok buat time lapse sunset. Walaupun tak nampak sunset tapi suasana Camp5 memang aman damai tenang tanpa gangguan.


Jangan tengok tangan. Tengok gua yang dizoomkan
Malam tiba. Budak-budak lelaki dah ketuk meja kelaparan. Lol. Lepas Isyak baru berkesempatan dinner. Lauk sardin je pun dah bahagia. Haha. Melepak, mengeteh, mengopi dan bercerita pengalaman petang tadi - 

Fai siap jumpa 3 ekor babi hutan besaq gila, dahlah dia sorang masa tuh, habis semua tempat beliau lompat, Wei Kong dengan kasut getah beliau, Nein kena marah ngan Padil. Sukati je Padil dok compare kan Nein dengan orang. Paling best ktorang jumpa dua orang Uncle best friends reunited after so many years kat Mulu. Gigih masing-masing panjat Mulu untuk reunion. Ktorang pun tak cukup nafas je memanjat. Kalau proposed reunion macam ni dekat ahli kumpulan boleh mengundang kemarahan. Haha. Member sorang paling frust sebab terlewat sedikit je dekat tangga dah tak dibenarkan naik. Sikit je kot. Sikit sangat. Bertabah ye. Gambar photoshop dah kan. Fighting.


Our humble dinner

Selain jenga, they have guitar too!

Semakin larut dan kami berkeputusan berbaring di perkarangan menghadap langit. Awal lagi tapi bintang-bintang dah memenuhi langit. Banyak. Bergemintang. Terang-benderang. Melihat sahaja pun dah rasa gembira. Sungguh Camp5 memang membahagiakan.



Esok akan bergerak pulang.

Camp5. Pasti rindu. Selalu.

#geng26mulu
#missUloveU

Thanks Padil untuk gambarnya.

Bersambung...

No comments:

Post a Comment