Sunday 1 February 2015

Sawadeekappp : Part 3.1 Sunset at Chao Phraya

Assalamualaikum

Sambung dari part 3 : Damnoen Sanduak & Maeklong Railway Market

Dari BTS Krungthon Buri kami meneruskan perjalananan sejauh satu stesen untuk ke BTS Saphan Thaksin bagi menikmati sunset.

Sunset at Chao Phraya


How to go?
BTS Saphan Thaksin. Exit No. 2. 


Krungthon Buri.
Turun-turun tuh akan jumpa dua jeti.
Chao Phraya Tourist Cruise and Chao Phraya Express Boat.

Yang tourist punya tuh mak aih. Panjang gileee beratur. Kami tanya orang je macam mana nak ke Phra Athrit Pier, then akak tuh tunjuk soh p cari flag oren.

Chao Phraya Express Boat. Orange flag. 15 baht/pax.










Kenapa Phra Arthrit?
Sebab kami nak ke Khao San Road. Khao San lagi? Try test pakai jalan sungai katanya.













Khao San Road (lagi?) & Wander around


Jadinya, dah turun dari jeti. Kami follow the signage dan crowd yang menuju ke Khao San Road. Misi mencari makanan halal tempat semalam dan menikmati menu yang sama seperti semalam serta mencari tshirt untuk dijadikan kenang-kenangan since malam ini malam terakhir kami di sini. T-shirt ranging from 120 baht ke 160 baht lebih kurang, semakin besar saiz semakin mahal. Fridge magnet adalah mahal jadi dah ada tshirt pon puas hati dah.



Sebelah akak baju kuning adalah makcik Aisyah
merah atas tuh signage rest Aisyah
Sekitar Khao San
As usual, kitorang kan takde hala tuju. hahaha. Dah ar terkejut tiba-tiba ada orang bawah kewarasan dekat Khao San mengangkat kaki hampir ke muka kami. Dekat gilee. Ok abaikan. Jadi tengok map, oh macam dekat dengan Grand Palace. Jadi menapak lah kami dari Khao San ke sana. Niat melihat lampu2 tapi jauh di pandangan mata, jumpa padang siap bentang tikar untuk persediaan New Year, singgah sebentar berguling-guling dan berbaring melihat map untuk merancang perjalanan esoknya.








Dah habis bincang-bincang, tengok malam masih muda kitorang ripit tempat malam tadi pula. Naik teksi dari Khao San ke Siam Center dengan harga 300 baht/taxi.  Serius takde keje kan. Sebab kitorang xbershopping sangat rasanya, jadi dok pusing-pusing tempat sama. Hurm.

Masuk MBK tengok harga GoPro4 black kot murah sikit banding KL. Dah keluar, aktiviti malam ini diteruskan dengan pusing jauh sikit tengok lampu-lampu dan orang raptai bagai untuk sambutan tahun baru. Ada satu kawasan depan shopping complex ni penuh orang bergambar dengan Snoopy ala-ala 1600 pandas itu tapi kitorang tak bergambar pun. 










Jalan lagi. Jika sebelum ni jalan sampai Chit Lom, malam ni extra satu stesen yakni Phloen Chit. Kalau teruskan lagi jalan, Hana and I tak payah balik naik public transport dah. Boleh terus sampai hostel. Haha. Hampir tengah malam dan kami decide untuk mencari jalan pulang. Rasa nak try tuktuk and budak2 lelaki ni naik ojek. Bertiga lak tuh. Harga tuktuk 200 baht untuk Hana and I. 


Tiba di hostel dalam pukul 12 lebih, kemas-kemas barang sebab esok kami akan terus check-out dan meninggalkan Bangkok. And we decided to meet tomorrow dekat tempat simpan beg, Stesen Keretapi Hua Lamphong.

Bersambung...

No comments:

Post a Comment