Friday 6 February 2015

Sawadeekappp : Part 4 Masjid Darul Aman, Ratchadewi - Grand Palace - off to Airport by train - Hello Krabi

Assalamualaikum

Bertemu kembali. Sambungan dari part 3.1 - Sunset at Chao Phraya

Hari baru. Sehari sebelum tahun baru. Panjang sikit cerita hari ini. Hiks.

Sedikit tangkapan gambar dari De Talak. Basic Thai language.



Pukul 10 pagi kami janji nak jumpa di tempat letak beg, Stesen Keretapi Hua Lamphong.




Kami dah siap letak beg, caj 60 baht/beg (bergantung kepada saiz) dan janji nak ambil balik pukul 4 petang kerana keretapi ke Don Mueang akan bertolak pukul 5.15 petang nanti. Tunggu punya tunggu, Hana dah siap beli tiket tak sampai-sampai atounk dan zaid. Chuak takut kesesatan. Nak pergi cari nanti tak dapat dihubungi pula. Hampir pukul 11 baru nampak batang hidung depa dengan peluh memercik ke muka.

Diorang pakai jalan air naik dari Phra Arthrit untuk ke sini, tapi terturun kat jeti yang awal, lantas terpaksa berjalan kaki lebih kilometer. It's ok. Yang penting semua selamat. Sayangkan beg ditinggal-ditinggalkan jadi kami bercadang untuk ke Ratchadewi pagi ini. Untuk ke Masjid Darul Aman dan mencari makanan halal di kawasan berkenaan.

Masjid Darul Aman


How to go?
BTS Ratchadewi. Exit 3.
Jalan menuju Phetchaburi Road, belok kiri. Seberang flyover/jalan. Dah boleh nampak kedai Muslim. Lalu je sepanjang jalan itu, nampak bangunan ini dan nama jalan ini, tibalah anda ke destinasi.

lintas bawah flyover
terus nampak kedai ni
landmark. halal area setentang bangunan ini
nama jalan.
Cun-cun kami sampai dah nak masuk waktu Zohor. Jadi menunaikan kewajipan sebelum memuaskan kehendak pula selepas itu. Hihi.


muazzin
ruang solat lelaki



Jumpa seorang akak baik dari Indonesia, jadi kami tanya kedai makan mana yang tomyam sedap dan murah. Dah sampai Thailand, kena try rasa tomyam sebenar orang kata. Haha.

Die tunjuk satu kedai ni, tapi tak bukak lagi. Sejam lagi katanya. Kitorang pun pusing-pusing satu blok, banyak jumpa kedai makan halal tapi aim nak yang tadi jugak. hahaha.

melawat kawasan



Dah habis pusing, Sampai-sampai tempat tadi, tak habis preparation lagi. Lantas, kami killing time dengan membuat lawatan ke Grand Palace. tanya abe dekat masjid, begini directionnya jika ke Grand Palace dari Masjid Darul Aman.

How to go to Grand Palace from Masjid Darul Aman?
Dari Masjid tadi. Seberang jalan.
Ambil bas No.2 atau No.60. Kami pergi ambil bas No.2, balik pakai bus No.60.
Tambang 6.5 baht/pax/way. Communication breakdown juga last2 tunjuk gambar Grand Palace, jadi dia alert kan kami bila dah nak sampai tempat kejadian.

jom seberang jalan


Perjalanan tak lama, dan traffic perlahan tapi tak sesak.
Kami diturunkan di hujung jalan, kena jalan sikit baru sampai Grand Palace.
Tapi time nak balik bus lalu depan Grand Palace je, jadi takyah menapak sangat. Cuma bus perlu diambil di bus stop. Konfiden gle kitorang tahan tengah jalan tak berhenti. Malaysia sangaatt. Malu sendiri pastu.

bus akan turunkan kat sini
jalan sampai ke hujung


Bangunan cantik macam kat obersi
kan dah nampak grand palace


bangunan cantik tadi Ministry of Defence punya. Betul2 berhadapan Grand Palace
Follow the crowd

As usual, follow the crowd sebab tengok ramai-ramai nak masuk kan, tapi kena tahan. Foreigner kena ikut pintu lain. 500 baht per entry. haha memang tak masuklah I. dok luar je tolong jaga beg.

Credit picture to Hana untuk gambar2 berikut :






Dah puas-puas, kami tawaf satu Grand Palace tuh nak cari port gambar cantik tapi tak ketemuan. Jumpa wat tapi tak rajin nak masuk. Tahan bas, dan kami balik ke pangkal jalan. Mencari tomyam tidak kesampaian tadi.

Punyalah gigih sampai akak tomyam tuh nak gelak juga tengok kitorang. Dalam hati dia mungkin, datang balik budak-budak ni. Jadi kami order tomyam seafood dan sambal udang dengan petai. Terangkat. Rasa sedang elok. Portion pun just nice. Sementara menunggu, sempat kitorang mengunyah ayam bakar yg dibeli di depan masjid sebelum itu. Harga hidangan makan tengah hari adalah 380 baht untuk 4 orang makan.

kedai yang kami dok gigih tunggu itu


Kenyang-kenyang kami beransur pulang menuju ke Hua Lamphong. Sempat ke tak sempat ni. Tengok jam dah 4 lebih.

Guess what. Kitorang touchdown kat MRT Hua Lamphong pukul 5. Keretapi ke Don Mueang pukul 5.15 petang. Kami ada 15 minit, dengan jarak dari bawah tanah nak ke exit boleh tahan jauh, berlari, yang tak larat berlari sebab tomyam berkocak pun ye siap pesan kat yang lain soh gerak dulu ambil beg. Phew.

Amazing race kat tengah-tengah Hua Lamphong dengan aksi kejar-mengejar kitorang. Petugas/konduktor keretapi siap mintak keretapi kat satu platform ni jangan gerak dulu walaupun kitorang naik platform lain. Haha. Lawak bila ingat balik.

Naik. dan tak lama lepas tuh keretapi gerak. Perjalanan ke stesen Don Mueang mengambil masa lebih kurang sejam. Harga cuma 5 baht/pax/way. Jimat kan. Berbanding naik public transport yang lain.





Hello Krabi!


Destinasi kami seterusnya adalah Krabi. Ada orang nak sambut Tahun Baru kat sana. Jadi kami ke Krabi menggunakan penerbangan AirAsia pada jam 8.20 pm. Harga kami dapat RM70/pax. Thanks kalian yang tolong belikan tiket. Gigih Hana survey. Hee.




Dari pintu masuk ke pintu pelepasan boleh tahan jauh. Panggilan masuk dibuat dan lenalah kami dalam penerbangan selama sejam setengah ini.


Tiba di Krabi di platform 2, pukul 10 pm lebih kurang. Tak nampak shuttle bas. Dan kami berjalan menuju ke jalan besar dan menahan teksi yang nak masuk ke dalam aiport. Ikutkan teksi kena amik kat kaunter di Terminal 2 itu, tapi abang ni pusingkan kereta dia dapat lah kami naik. Tak perlu kami berpatah balik ke tempat sepatutnya. 350 baht/teksi dari airport ke pekan Krabi. Dan kami minta beliau dropkan Hana and I di Pak Up Hostel dan Zaid serta atounk di Baan Nisarine.

Lega dah sampai. Since kami mixed dorm, tanya siap-siap mana lagi ramai laki ke perempuan. Daripada mixed dengan ntah siapa, better dok dengan orang yang kami kenal. So jumpa lah afa, kawan kami yang baru tiba dari Hatyai. Afa join start dari Krabi. Jimat cuti.

Usai check in dan melunaskan pape yang patut. Dah malam dah ni. Gigih pula cari motor sewa. Nak p Ao Nang katanya. Sambut tahun baru kan. Pak Up punya motor dah habis, jalan depan sikit menghala riverside, nampak satu kedai motor. Ikutkan dia tutup 8.30 malam, tapi sebab New Year, tutup lambat sikit. Dapatlah kami menyewa. 200 baht/motor/day.

Pasport ditinggal sebagai cagaran

Off we go to Ao Nang~





fireworks. sekali tengok macam mercun roket pun ye
tak silap ada pesta cahaya. jadi depa lepaskan tanglung ke udara.
Krabi. Happy New Year!
happy happy dengar lagu

Puas hati, cari kedai makan, dan menjumpai pad thai yang diidamkan. Kedai makan ni kat lorong-lorong kampung. Mujur bukak lagi. 120 baht/pax. Kitorang memang bajet dah makanan kat Krabi mahal. Haha. tengoklah order apa selain pad thai. Cappucino, chocolate iced kot memasing. lol.




Agak pagi jugaklah baru kami sampai di Krabi town semula, terus tidur. Esok pengembaraan bermula...

Bersambung...

2 comments:

  1. Pergh...panjaaaaaaagnya entry.... dari utara ke selatan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. heee. tulah. dah habis tulis baru perasan kiki. nak sng kan satu entri satu hari kononnya.

      Delete