Apa khabar? Moga sihat belaka hendaknya.
Bagaimana hujung minggu anda? Saya ke Bandung setelah 2kali trip ke sini tidak menjadi. Trip bersama rakan sekerja di Sarawak dan kawan uni juga - saya, Aisyah, kak Norin dan Nadia.
Fokus entri ini adalah berkenaan floating market.
Ayuh!
Beroperasi dari 2012 tak silap, Lembang floating market terletak on the way ke Tangkuban Perahu. Kami skip tangkuban sebab mahal. Hahaha. Jadi p market je.
Pergi 1 jam. Balik 3 jam. Macet. Tambah libur yang panjang sempena sambutan hari kemerdekaan, semua orang pun ambil kesempatan gitu.
Entrance fee : 17,500 Rupiah/pax
Anda akan diberi tiket masuk berupa kupon yang boleh ditukar kepada minuman sejuk/panas.
Tips:
1. Pembelian di floating market menggunakan sistem koin. Jadi boleh tukar koin siap2. Tak yah tukar awal2 pun xpe sebab kat dalam ada lagi kaunter penukaran.
2. Tukar ikut keperluan sebab tak boleh nak refund. Kitorang tak berapa tahu jadi terus tukar 200,000 Rp untuk 4 orang makan. Hahaha. Macam tips no 1, boleh jalan2 dulu, kalau rasa nak beli boleh tukar kat dalam koin nye.
3. Kaunter penebusan minuman pun ada kat dalam. Bila2 masa boleh tebus. Kami tebus time nak keluar sebab kat dalam fokus kepada misi menghabiskan koin. haha.
Apa yang best kat sini?
Landskap! Saya sangat puji part ni. Banyak betul port bergambar. The rock, kampung leuit yang ada alat muzik dan macam-macam lagi.
Layan gambar jom!
The Rock
Jalan dan jalan nampak reban itik ke angsa lol.
Floating market
Kitorang tawaf satu pusingan baru membeli. Kalo nak main kayuh2 pon ada disediakan.
amik gambar sebab ada lagu dangdut kot korusnya seplak seplak seplak lol. hafal dah sebab berulangkali keluar kat radio. |
dah lama beliau mencari |
Takoyaki |
Okonomiyaki |
Hasil tangkapan. Habis ok 200,000 Rp kitorang. Ingat tadi tak dapat nak habiskan. Alhamdulillah. Semua licin. Tiada pembaziran.
es pisang hijau |
Seblak |
Seblak spesial. Keropok keras macam dalam gambar sebelum ni digoreng dan ditumis bersama bawang putih dan cili. Pedas. Sedap. |
8 ketul 35 ribu Rupiah. Bekalan macet di perjalanan |
Mohon datang awal pagi. Tengah hari nak jalan kat floating market pon macet.
Ramai kan |
Tempat penukaran koin |
Tempat tebus minuman |
Dah kenyang main muzik sat.
Layan lanskap lagi. 2 jam kat dalam pun tak habis explore.
Ada Taman Kelinci. So comel. Rasanya macam 20,000 Rp per person.
Ruang mewarnai budak. Flying fox. Chocoo train. Miniature train. Sesuai untuk seisi keluarga. Dan setiap aktiviti harganya berbeda.
Koin terakhir dihabiskan dengan membeli jagung bakar. Sedap.
Keluar singgah clothing market pulak. Harga ok tapi takde nak menangkap sangat sebab yang lain aim nak shopping di factory outlet pula.
Now everyone can buy |
Moga entri ini bermanfaat. Hingga ketemu lagi. Wassalam.
Hurm nampak lain dari yang lain sket... sebab org kalau pi bandung tempat yg sama jer.. :D
ReplyDeletekann. ni pon kwn yg nak pergi. kami xstudi apa. xsempat hahaha. bertuah x
Delete