Belum terlewat rasanya. Masih Syawal lagi bukan. Moga Allah menerima amalan daripada kami dan amalan daripada kamu semua. Amin.
#FromKLtoSBL. Dari Kuala Lumpur ke Surabaya - Bali - Lombok. Cerita bulan 4 yang lalu. Lombok hari tuh saya dah cerita. Boleh rujuk entri kompilasi yang ini. Hihi. Nak cerita pasal Bali takpe je kan.
Diceritakan perjalanan ke Bali bermula dari Surabaya. Patut berdua tapi kawan tak dapat join last minit. Ralat beliau kerana Bromo dan Rinjani adalah wishlist juga.
12 April 2015 (Ahad)
Pagi tuh selepas turun dari Kawah Ijen, kami berlima langsung ke Banyuwangi untuk mandi, berpisah dengan ahli yang lain sebab mereka akan kembali ke Surabaya dan Pak-saya-tak-ingat-nama menurunkan saya di Pelabuhan Ketapang. Di Surabaya kami pakai supir ya. Cun-cun ada bas terus ke Denpasar, jadi saya terus naik. Tambang macam 75,000 rupiah tak silap. Satu jam perjalanan menaiki feri merentasi lautan sebelum tiba di Gilimanuk.
Menaiki feri |
Dah sampai Gilimanuk, kena turun dan melalui imigresen dan menunjukkan identiti diri pula. I penakut sebenarnya. Pestaim sensorang. hahaha tapi follow the crowd dan tunjuk passport Malaysia. Kemudian naik bas balik dan meneruskan 4-5 jam perjalanan lagi untuk ke Denpasar.
Beg besar. Untuk 12 hari perjalanan termasuk trekking pole persediaan mendaki Rinjani (sleeping beg pon i bawak sbb tersilap pemahaman), Memang terpaksa memblock laluan dalam bas tuh. Susunan kerusi lak 2-3 sah-sah sempit. Best nya sebab dok kat pintu, angin kat luar memang langsung kena kat muka.
Seat depan dah ada kosong sebab ada orang dah turun, orang kanan tanya taknak pindah depan ke. I cakap nak stay sebab nak angin. Pastu diorang cakap dalam bahasa Jawa tak silap sesama mereka, "nak dok pintu sebab nak duduk sebelah budak lelaki lettew". lebih kurang macam tu. Tak paham Jawa pun sebenarnya tapi macam boleh tangkap isi perbualannya. Ini agak-agak je sebab lepas tuh depa gelakkan weols. haha. Sabo ajelah. I nak angin ok.
Punya lah jauh bangun tidur bangun tidur tapi view seriusly sangatlah cantik. Kiri sawah padi. Kanan laut. Dok sebelah kiri tak dapat nak menikmati laut sangat. Sayup-sayup nampak pun dah tahu laut tuh lawa.
Almost pukul 4 petang rasanya kami tiba di Terminal. Sebelum tuh ad je bus stop tepi jalan dan dah ada mobil menunggu. Saya tak berapa nak yakin turun kat sini sebab rasa kalo kat terminal boleh dipercayai lagi. Tiba di Terminal Mengwi. Daaang. Tak studi apa sebab pembacaan selama ni bila tanya orang semua pun cakap berhenti kat Ubung.
Ini Mengwi |
Saya paling last dihantar. On google maps waze bagai, xjumpa jalan. Dah call hostel pun tak jumpa. Agak tersorok sikit. Bila dah jumpa pak mobil ni mintak extra 20,000 Rp sebab dah ambil masa nak cari hostel. Hins. Hangin lak saya. Bajet dah seciput ni.
Jadinya hostel apa yang tersorok tuh? Best sangat ke? Haha. Saya cari di booking.com. CX Hostel Kuta Raya, Tuban. So far ok bagi saya sebab sepanjang lorong tuh penuh makanan halal. Walking distance je. Jadi sampai2 tadi terus check in, pastu cari makan malam. Lapar. Dalam bas makan twiggies je. Sobs.
Nasi Bebek Bu Rima menjadi pilihan. 44,000 Rp xsilap. Kata bajet tapi makan boleh tahan kan hahah. Bab makan jangan berkira orang kata. Rasanya bebek saya ni seekor tuh yang mahal. Sedih rasa makan sorang-sorang lol. Kembali ke hostel, dan tidur sampai ke pagi.
Bersambung Bali part 2.
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
ReplyDeleteJika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
pergh...JM respect org yg boleh travel SOLO...walaupun festime tapi dah kira Ajlaa berani tau...dgn beg besar lagi...rentas Surabaya - Bali - Lombok
ReplyDeleteehh..jap...cerita Surabaya dah publish lum..nak korek info :-)
syabas untuk JM juga. Saya solo sekejap je, start dari feri surabaya smpi ke bali. bali-lombok dah berteman balik.
DeleteCerita surabaya tak update kot Jm sbb sama mcm itinerari org lain. hehehe. lagpon keje sy tdo je hahaha. xmencatat apa
Ajlaa, ko pakai pakej ape kat bromo? aku plan nk ke bromo bulan 11. baru je grab ticket. now, berpeluh ketiak sebab tengok all the package mahal2
Delete